Ada Apa Pada Niat? | iluvislam.com + discover the beauty of islam
Written By asmaraniabdullah on Friday, September 30, 2011 | 7:16 PM
Dialog Rasulullah s.a.w Dengan Iblis 2
Soalan Nabi(1):
"Hai Iblis!Siapakah sebesar-besar musuh engkau dan bagaimana aku terhadap engkau?"
Jawab Iblis: "Ya Nabi Allah!Tuanlah musuh hamba yang paling besar diantara segala musuh hamba di muka bumi ini."
(Maka Nabi pun memandang muka Iblis, dan Iblis pun menggeletar kerana ketakutan.)
......sambung Iblis,"Ya Khatamul Anbiya! Ada pun hamba dapat merupakan diri hamba seperti sekelian manusia,binatang dan lain-lain rupa dan suara pun tidak salah sepertinya,kecuali diri tuan sahaja yang tidak dapat hamba tiru kerana ditegah oleh Allah.Kiranya hamba menyerupai diri tuan,maka terbakarlah diri hamba menjadi abu.(i)
Hamba cabutkan iktikad anak Adam supaya menjadi kafir kerana tuan berusaha memberi nasihat dan pengajaran supaya mereka kuat untuk memeluk agama Islam,begitu jugalah hamba berusaha menarik mereka kepada kafir,murtad dan munafik.(ii)
Hamba akan tarik sekelian umat Islam dari jalan yang benar kepada jalan yang salah supaya masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya bersama hamba."(iii)
Soalan Nabi (2):
"Hai Iblis!Betapa perbuatanmu kepada makhluk Allah?"
Jawab Iblis:"Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua pehanya kepada lelaki yang bukan suaminya,setengahnya hingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya.(i)
Hamba goda segala manusia supaya meninggalkan solat,leka dengan makan minum,berbuat durhaka,hamba lalaikan dengan harta benda daripada emas,perak dan permata,rumahnya,tanahnya,ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan ke jalan haram.(ii)
Lalu hamba hulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar,datang perasaan hasad dengki hingga kepada pekerjaan zina.Apabila terjadi kasih antara mereka,terpaksalah mereka mencari wang hingga menjadi penipu,peminjam dan pencuri.(iv)
Apabila mereka teringat akan salah mereka lalu hendak bertaubat atau amal ibadat,hamba akan halang mereka supaya mereka menangguhkannya.(v)Bertambah keras hamba goda supaya menambahkan maksiat dan mengambil isteri orang.Bila kena goda hatinya,datanglah rasa riak,takbur,megah,sombong dan melengahkan amalnya.(vi)
Bila pada lidahnya,mereka akan gemar berdusta,mencela dan mengumpat(vii)
Demikianlah hamba goda mereka setiap saat."
Jawab Iblis:"Sekelian itu adalah anugerah daripada Tuhan Yang Maha Besar juga.Tetapi hawa nafsu dan takbur(i) menceburkan hamba menjadi sebesar-besar jahat.
Tuan lebih tahu bahawa hamba telah beribu-ribu tahun menjadi ketua kepada sekelian Malaikat dan pangkat hamba telah dinaikkan dari satu langit ke satu langit yang tinggi.
Tiba-tiba datang firman Allah s.w.t hendak menjadikan seorang Khalifah di dunia ini,maka hamba pun membantah.Lalu Allah mencipta lelaki(Nabi Adam) lalu dititahkan sekelian Malaikat memberi hormat pada lelaki itu,kecuali hamba yang ingkar.(ii)
Sebelum tuan lahir ke dunia,hamba serta bala tentera hamba dengan mudah dapat naik ke langit untuk mencuri segala rahsia serta tulisan yang menyuruh manusia berbuat ibadat serta balasan pahala dan syurga mereka.Kemudian hamba turun ke dunia,dan memberitahu manusia yang lain daripada apa yang sebenarnya hamba dapat,dengan berbagai tipu daya hingga tersesat dengan berbagai kitab bidaah dan karut marut.(viiii)
Tetapi apabila tuan lahir sahaja ke dunia ini,maka hamba tidak dibenarkan oleh Allah untuk naik ke langit serta mencuri rahsia,kerana banyak Malaikat menjaga di setiap lapisan pintu langit.Jika hamba berkeras juga hendak naik,maka Malaikat akan melontar dengan anak panah daripada api yang menyala.Sudah banyak bala tentera hamba yang terkena lontaran Malaikat itu dan semuanya terbakar menjadi abu..Maka besarlah kesusahan hamba dan tentera hamba untuk menjalankan tugas hasutan."
* * akan bersambung...insyaAllah pada posting seterusnya.
PUISI SYAHDU BUAT TATAPAN SAHABAT2 KU........
-TEMANKU SAHABATKU-Temanku sahabatku,
Dari kejauhan ku merindui mu
Dari kejauhan ku merindui senyum tawa mu
Dari kejauhan ingin ku genggam erat jemari mu
Dari kejauhan ingin ku renung sejuk redup matamu
Tapi....
Semua itu bisa kah terjadi..?
Dalam rindu ku ,dalam khayal ku
Temanku sahabatku..
Ku takut pada kenangan lalu.
Kini...adakah teman seperti dulu..
Kini..adakah sahabat seperti dulu..
Apa adakah jurang antara kita?..
Apa adakah batas antara kita?.
Maafkan aku wahai teman..
Jika tafsir ku melukai hatimu.
Maafkan ku wahai sahabat..
Jika soal benakku menyayat jantungmu
Temanku Sahabatku..
Hargailah perhubungan indah ini
Bila terluka nya hati, Maafkan lah...
Bila ada nya keliru, Fahami lah..
Bila ada terleka, Nasihati lah....
Bila tersilap, Tegur lah..
Wahai temanku...wahai sahabatku..
Kita rakamkan kenangan lalu..
Kita terima lah kesilapan..
Tapi jauhi melakukan kesilapan..
Biar tiada penyesalan yang panjang.
Biar keakraban....kita tetap berpadu..
(Di dalam kerinduan kuciptakan sajak ini khas untuk semua yg ada di sini, sesungguhnya hargailah persaudaraan yg terjalin ini....)29/09/2011
BATU BUROK
Dialog Rasulullah s.a.w Dengan Iblis
Written By asmaraniabdullah on Thursday, September 29, 2011 | 12:26 PM
Assalamualaikum w.b.tDialog Rasulullah SAW dengan Iblis.
Maka Malaikat itu pun berjumpa Iblis dan berkata;
"Hai Iblis! Bahawa Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar menyuruh engkau mengadap ke hadrat Rasulullah s.a.w. Hendaklah engkau buka segala rahsia dan apa-apa yang disoal oleh Rasulullah hendaklah engkau jawab dengan sebenar-benarnya. Jikalau engkau berdusta walau satu perkataan pun, nescaya akan diputuskan segala suku-suku anggota badanmu,uratmu serta disiksa dengan azab yang amat keras."
Demi mendengar saja kata Malaikat yang dasyat itu, Iblis sangat ketakutan. Maka segeralah dia mengadap Rasulullah s.a.w dengan menyamar sebagai seorang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai, panjangnya seperti ekor lembu. Iblis pun memberi salam, sehingga 3 kali tetapi tidak dijawab oleh Rasulullah s.a.w.
Bukankah salam itu sangat mulia disisi Allah?"
"Hai Aduwullah, seteru Allah! Kepada aku engkau menunjuk baikmu? Jangan engkau cuba hendak tipu aku sebagaimana engkau tipu Nabi Adam a.s sehingga keluar dari syurga. Habil mati teraniaya dibunuh Qabil dengan sebab hasutan engkau. Nabi Ayub engkau tiup dengan asap racun ketika dia sedang sujud sembahyang hingga dia sengsara beberapa lama. Kisah Nabi Daud dengan perempuan Urya, Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu juga beberapa Anbiya dan pendita yang telah menanggung sengsara akibat hasutan engkau.
*Apakah soalan-soalan yang dikemukakan oleh Rasulullah s.a.w kepada Iblis?
Ikuti posting seterusnya,InsyaAllah.
Hati
Written By asmaraniabdullah on Wednesday, September 28, 2011 | 4:03 PM

Kepentingan Memelihara Hati
"Hati merupakan raja dalam diri yang mempengaruhi tindakan dan kelakuan kita.
Imam Ibnul Qayyim al- Jauziyah menjelaskan bahawa Ibnu Abbas berkata hati yang bersih diperolehi dengan melakukan perkara-perkara yang baik.Perkara kebaikan yang kita lakukan menyebabkan muka bercahaya,hati dikurniakan nur,kesihatan tubuh badan,rezeki yang luas dan menyebabkan dikasihi orang lain."
Sering juga kita mendengar kata-kata yang agak kurang tepat mengatakan yang penting hati
Hati yang mendapat nur petunjuk dari Allah,akan selalu melihat sesuatu dari sudut batiniahnya.Inilah yang sering diperkatakan sebagai hati yang bercahaya.Hati yang bercahaya akan lebih mementingkan pandangan Allah daripada pandangan makhluk.Inilah yang dimaksudkan dengan jiwa yang merdeka.
"Seseorang hamba yang telah dipilih Allah untuk memiliki hati yang bercahaya,akan melihat segala-galanya dari sudut yang berbeza dari kebanyakkan manusia biasa."
Waullahualam.
Panduan berPesBuk 4 - Peti Undi
Written By Pentadbir on Tuesday, September 27, 2011 | 11:09 AM
- Mancaghi pasatujuan sasuatu usul (isu)
- Mandapek tau sambutan sasuatu pakagho
- Mandapek an usul-usul tambahan dsb
Untuok manggunoan kamudahan tasabuit, cuit pado menu "Ask Question" cando dalam gamba di bawah ko:

Cuit pulak "Add Poll Options" kok nak yang lelain ngundi.

Kok nak urang lain manambah an pilihan, bia an panado (tick) tu kek sinan tapi kalau indak maun tambahan cadangan, buang yo bondo Allah tu. manyamak an yo nanti.

Mulokan manulih cadangan di siko. Lotak lah apo ko bondo ea. Taghang an babatuo kek sinan supayo urang lain paham undi tu untuok apo.

Bagi an pilihan cadangan untuk dipilih sakurang-kurang ea duo. kok ciek yo tak payahlah nak manyusah dighi. Tu bukan cadangan namo ea tapi kemahuan. hikhikhik

Dan satalah salasai sado ea. Cuit butang "Post" yang kala bighu tu. Jangan lo dicuit jo jaghi! Den kaghek jaghi tu kang!
Bicara Cikgu JK - THE AUDACITY OF HOPE (Barack Obama)
Written By Pentadbir on Monday, September 26, 2011 | 12:00 PM
This is my attempt to summarise my understanding on a book I just read. Way back when I was in school, it was a common practice to write a summary on at least one book read on a weekly basis. We also had to read the summary that was written infront of the classroom. I did my part. The things I like about this book, is the passion, maturity, values and others discussed in the book. Obama was a Senator from Illinois when he wrote the book.
He was born in 1961 in Hawaii. His father is from Kenya and his mother from Kansas. He grew up partly in Hawaii and partly in Indonesia. He went to law school at Harvard University.
He was elected to Illinois State Senate in 1996, and elected to US Senate in 2004. He is married to Michelle, and they have two daughters, Sasha and Malia. In 2007 he announced his candidacy for 2008 presidential election, and won and made history by been first black to become the President of US.
The book was written in 375 pages (The Text Publishing Company, Melbourne, Australia). There are nine chapters in the book, and the events discussed are not in chronological order, hence one may start by choosing any particular chapter. I started by reading Chapter 1 - Republicans and Democrats, and continued with Chapter 8 - The World Beyond Our Borders and then to Chapter 4 - Politics, and finished reading the rest in proper sequence.
It will take me quite awhile to complete this summary. I had made some comparisons with what are practiced in the States to other countries, particularly Malaysia.
It is interesting to note Obama was born when John F Kennedy became the President of US, the youngest ever to hold the office.
Obama' account of Indonesia is interesting and quite details indeed. There was nothing mentioned on Malaysia to be found in this book. Perhaps it was of no interest to him. In his opening statement on Indonesia, he described the republic as 4th most populated nation in the world after China, India and the US, and the most populated Muslim in the world. There were more than 700 ethnic groups and 742 languages spoken in Indonesia.
Obama came to Indonesia when he was six years old with his mother, who remarried his step father, an Indonesian lieutenant. He went through the same life style of normal Indonesia of his age such as chasing down chickens, running from water buffalo, nights of shadow puppets and ghost stories. As his mother was working at the US Embassy as an English teacher and paid salaries in US dollars, he had good food and led a moderate living standard. His stepfather later worked for an American company, and afford to live in bigger house and got a car and a driver, a refrigerator and a TV set. Because of his mum's concerned for his education, Obama was sent back to live with his grand parents in Hawaii.
Obama gave a detailed of what US went through the several stages of development, transformations and others to be what US is today. Been a Democrat he did not attributed all the credits were due to strong leadership of Democrat Presidents and the weakness were due to poor the leadership of the Republicans. What US is today were made by every single US Presidents who were either Democrats or Republicans. Of course he did criticised the poor leadership of several presidents irrespective whether they were Democrats or Republicans.
This is unlikely to occur in many countries and Malaysia is no exception. It is as though it gives the ruling party the sole right to critics the opposition whenever the opportunities arise and these are echoed through the mass media extensively. The people who had voted the opposition had to pay a very price for electing the opposition members. Development were either blocked or delayed. It worked extremely well during those days but may now actually backfire in this age of IT. Several Acts of Parliament were introduced and implemented to curb people's freedom in the name of national security, and hundreds of people, mainly opposition were imprisoned without proper courts trials.
Google has its Corporate Headquarters in Palo Alto in the heart of Silicon Valley in California. It achieved iconic status by mid 2004. The company started with two Stanford Ph D candidates in computer studies - Larry Page and Sergey Brin. They collaborated in a dorm room to develop a better way to search the webs. In 1998 with million dollars raised from various contracts Google was formed with three employees operating from a garage. Six years later when Google went public, it made Mr Page and Mr Brin two of the richest people on earth.
Google's mission - to organise all of the world's information into a universally accessible, unfiltered and usable forms. Google site index has already more than 6 billion webpages, and these numbers are ever increasing. Book Project's goal was to scan every book ever published into a web accessible format, creating a virtual library that would store the entirety of human knowledge.
To stay competitive Google hires the top graduates of the top maths, engineering and computer programs, and usually relied heavily on foreign students.
What does all these lead to. In simple language, nothing in any country including ours are no longer confidential, including our so called Malaysia's classified P & C. One needs to put in the Search Engines to know the amount the personal data stored somewhere. These include all comments, petitions that one has made in the past. Every photo albums stored online, such as Facebook had been recorded perpetually, and it is an impossible task to retrieve and delete them.
To Obama, the Iraq invasion was a big mistake. There was no evidence of mass destruction weapons found in Iraq even to these day. Daily bombings and innocent people were killed, and when this meaningless killing will end is full of uncertainties. But true in the American spirits, they upheld the actions by Bush inspite of the fact many American soldiers were killed in Iraq and Afghanistan.
The book is also about the rights of the individuals as to their freedom of speech, movements and rights to peaceful assembly to petition the government, the right to buy, sell and own property, and to have it taken without fair compensation. In reality these are universal rights. How do we fare on these issues. Anyone familiar with the Malaysian Constitution, will smile when discussing these rights. Of course we will argue that we fare better than neighbouring countries. Why make such comparison. Isn't it fair that comparison be made with countries like UK, Canada, Japan and others.
The US poor takes for granted for goods and services - electricity, clean water, indoor plumbing, telephone, TV and household appliances, that are still unattainable for most of the world. In broad outline, government actions has three forms - build the infrastructure, train the workforce and laying the foundation necessary for economic growth. In a dynamic growth, anyone with enough energy and talents could rise to the top, based on meritocracy rather than hereditaryAssalamualaikum...
Salam persaudaraan...Saya berasa amat bertuah kerana dapat berbakti di sekolah yang banyak mendidik dan menjadikan saya manusia yang berguna.
Sebagai bekas pelajar dan juga salah seorang tenaga pengajar di SMKDKP (dulu dikenali sebagai SMDKP), saya amat berharap blog ini dapat membantu warga sekolah melonjakkan nama SMKDKP agar berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan institusi-institusi lain.
Persaudaraan.
Pengajaran Hadis:
4.Membantu mereka yang dalam kesusahan.
Tetapi ini berbeza dengan kemungkaran yang mesti sama-sama kita cegah.
Rujukan 1.Hadis Sahih~Bukhari dan Muslim
2.Usrah Mingguan.Pn. Hjh. Fatimah bt. Muhammad
Haji
Tuntutan mengerjakan haji, bersesuaian dengan firman Allah s.w.t, yang bermaksud:-
"Dan maklumkanlah kepada manusia supaya mengerjakan haji,nescaya mereka akan datang kepada Engkau dengan berjalan kaki dan mengenderai unta yang kurus,mereka akan datang dari segenap ceruk penjuru atau pelusuk yang jauh(seluruh dunia)".
Hikmah Mengerjakan Haji (secara ringkas)
1.Menjadi tempat pertemuan umat Islam dari seluruh dunia atas label "Tetamu Allah"dengan berpakaian ihram serba putih,tanpa mengira pangkat,kedudukan dan keturunan.
2.Dapat menyaksikan sendiri bagaimana kesan perjuangan para rasul,dapat menghayatinya sendiri dengan melawat tempat-tempat bersejarah.
3.Dapat menyemai rasa keinsafan bahawa kita semua akan kembali menemui Allah suatu hari nanti.(padang Arafah~bayangan Masyar)
Sumber rujukan~Panduan LengkapFardu Ain
Indahnya Hidup Bersyariat~Dato`Ismail Kamus
KEMBARA NURANI
Written By asmaraniabdullah on Sunday, September 25, 2011 | 11:50 PM
SEPATAH KATA~Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Alhamdulillah ,segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah yang Maha Esa,Maha Bijaksana,lagi Pencipta dan Pengatur alam semesta.
Selawat dan salam keatas junjungan nabi Muhammmad s.a.w dan ahli keluarga baginda.
Melalui KEMBARA NURANI ini saya ingin mengajak semua pembaca mengembara dengan hati nurani dalam perkongsan ilmu.InsyaAllah dalam ruang ini saya akan berusaha membawa info-info yang bermanfaat dari pelbagai aspek sama ada dari aspek duniawi maupun ukhrawi.
Segala kekurangan dan ketidakpuasan hati dalam info-info yang bakal diketengahkan nanti saya dengan ini awal-awal lagi memohon ribuan ampun dan maaf.
Saya juga bermohon agar Allah s.w.t pimpin saya dan kita dengan hati yang tulus ikhlas dalam menyampaikan dan berkongsi info-info itu nanti.Semoga memberi manfaat pada diri dan kita semua.Wassalam.
KEMBARA NURANI
1.Sampaikan Olehmu.
3.Cetusan Rasa.
4. Lain-lain.
Macamana tanam jagung 1 ekar boleh dapat rm8 ribu semusim
Written By Abah Warisan on Thursday, September 22, 2011 | 10:00 PM
Galeri bergambar ini memaparkan sebahagian dari projek tanaman jagung dibeberapa tempat seperti, Tuaran Sabah, Batu Pahat, Paya rumput Melaka, Alor Star, Batang Berjuntai dan Behrang. Kebanyakan dari pengusaha adalah terdiri dari mereka yg sedang bekerja dan berkelulusan tinggi (university) tetapi menjadikan tanaman jagung dengan menggunakan teknologi "pricision farming" sebagai hobi dan kerja sampingan. Sungguh pun begitu, kejayaan demi kejayaan yang telah dicapai telah menjadikan projek tanaman jagung ini sebagai sumber pendapatan yang tinggi yang dapat menjana pendapatan sebagai memperkukuhkan ekonomi mereka.Bicara Cikgu JK - SMDKP Boys n Girls
Written By Pentadbir on Monday, September 19, 2011 | 11:02 PM

Saya mula bertugas sebagai guru pada tahun 1969 di Sekolah Menengah Datuk Mansur, Bahau, Negeri Sembilan dan kemudian bertukar ke Sekolah Menengah Datuk Klana Putra (SMDKP), Lenggeng pada tahun 1973. Sudah sifat semula jadi saya suka ke tempat kerja lama saya untuk bertemu rakan rakan lama, dan juga pelajar saya yang pernah saya didik, dan setiap kali saya ke SM Datuk Mansur, Bahau, saya akan dikelilingi oleh bekas pelajar pelajar saya. Seorang rakan saya, Peter Lee mengeluarkan kata kata, "Whenever you returned to this school, it is like Jesus coming back from haven". Saya rasa perbandingan tersebut keterlaluan. Masakan saya dibandingkan dengan Nabi Isa SAW.
Saya bertugas sebagai guru di SMDKP sehingga 24hb Ogos 1984 apabila saya ke London kerana mendapat berpeluang menyambung pelajaran di dalam jurusan Management. Sepanjang tempoh tersebut pernah juga saya memohon bertukar sekolah tetapi tidak berjaya. Saya hampir berjaya bertukar sekolah apabila rakan baik saya Allahyarhamah Asmah Yusuf dari Kolej Tuanku Kurshiah (TKC) memohon bertukar sekolah ke SMDKP dan saya mengambil tempatnya di TKC.
Apabila saya kembali dari London pada akhir tahun 1988, saya memeranjat ramai orang, kerana tanpa diundang saya hadziri Sukan Tahun SMDKP. Saya dijemput duduk di khemah VIP dan diberikan penghormatan duduk di barisan hadapan bersama dengan VIP yang lain.
Saya menyebut perkara di atas sebagai kecenderungan saya sayang kepada pelajar pelajar didikan saya. Ia sudah menjadi sifat semula jadi saya. Isteri saya, Kalsum Mod Noh pernah berkata, "What kind of a teacher are you. I too have many teachers, and I am yet to visit them as I have no plan to visit any of them." Dia pernah saya bawa ke Sukan Tahunan SMDKP bersama dengan rakan sekerjanya. Apabila dilihatnya ramai yang mengeliling saya, dia bertanya pada isteri saya, tidak cemburukah dia melihat ramainya pelajar perempuan mengeliling saya. Jawapan isteri saya ringkas saja. Anak murid murid dia. Apa hendak dicemburukan.
Perhubungan baik saya dengan pelajar pelajar tidak terbatas di sekolah saja atau di dalam aktiviti pengakap. Menjadi kelaziman saya membawa pelajar pelajar tinggal di rumah saya semasa cuti sekolah. Aziz, Norazilan dan dua orang lagi pelajar perempuan pernah saya bawa tinggal bersama saya semasa cuti sekolah. Bilangan yang telah datang dan bermalam di rumah saya di Rasah mencecah lebih 100 orang terdiri dari pelajar lelaki dan perempuan, Melayu, China dan India. Saya kira saya mendahului PM Najib di dalam konsep 1Malaysia.
Lebih 30 tahun telah berlalu saya meninggalkan SMDKP. Kira kira 2 bulan yang lalu, saya mendapat mesej daripada seorang bekas pelajar saya, Madrus Alias, yang bertanya adakah saya Cikgu Jamlus yang pernah bertugas di SMDKP suatu masa dahulu. Bayangkan bagaimana gembira dan terharunya apabila memberikan jawapan bahawa saya Cikgu Jamlus yang pernah bertugas di SMDKP. Selang sehari dua kemudian saya menerima mesej dari Fatimawati dan Samsinar memberitahu kegembiraan mereka dapat berhubung dengan saya sekali pun melalui FB. Antara terawal menghubungi saya ialah Asmarani, Aziz, Nasrah dan hampir pada setiap hari ada saja bekas pelajar saya yang menghubungi saya.
Semasa ini SMDKP Boys n Girls sudah pun diasaskan oleh Zainal Md Nor. Dengan usaha saya saya dapat meningkat keahlian dengan membawa masuk mereka yang menghubungi saya secara FB atau email. Yang mengharu dan menggembirakan saya ialah apabila saya terima panggilan talipon dari Aziz yang menyatakan dia ingin menemui saya di rumah saya di Rasah. Sungguh bagai kata Aziz sampai di rumah saya jam 9 malam bersama isteri dan dua orang puterinya. Dalam beberapa minit kemudian muncul pula Hamdan bersama isterinya Rosilawati. Dari rumah saya kami ke gerai makan di Rasah Jaya. Kemudian kembali semula ke rumah saya untuk bergambar, dan diposkan ke FB pada malam itu juga oleh Rosilawati.
Bagi saya lawatan mereka berlaku pada ketika keadaan saya hampir tidak boleh berjalan kecuali menggunakan kedua dua kaki disebabkan terlibat di dalam kemalangan jalanraya di Kuala Lumpur. Saya terpaksa menggunakan dua tongkat (crutches) untuk berjalan dengan kaki kanan saya mesti diangkat (arahan doktor pakar saya, Dr Tay).
Seminggu kemudian yang menzirahi saya di rumah saya lebih ramai. Shamsuddin Ghani dan isterinya datang kira kira kira jam 5 petang dan membawa bersama mereka durian dan rambutan. Kira kira jam 9 malam yang datang pada malam itu termasuklah Aziz, Nasrah dan suami bersama dua orang puterinya, Zainal Md Nor dan isteri, Hamdan dan isterinya, Rosilawati, Hamdan (maaf sudah lupa bin nya) dan Norhayati sekeluarga. Yang sangat menyayati dan mengharukan saya masing masing membawa buah tangan (makanan dan minuman yg sehingga penulisan ini stoknya masih banyak lagi). Lebih memeranjat dan mengharukan lagi apabila Aziz menghulurkan wang tunai RM1,800 atau pun lebih kepada saya termasuk dari mereka yang tidak dapat hadziri berjumpa saya pada malam itu. Aziz telah meminta saya tidak menhebahkan kutipan ini pada sesiapa pun. Saya melakukan ini sebagai rakam terima saya kepada setiap penderma. Allah SWT saja yang membalas baik budi kalian, Insya Allah.
Sehari selepas pertemuan ini, saya ke Hospital Ampang untuk rawatan susulan. Disahkan oleh doktor tiada apa apa kecederaan berlaku kepada bahagian pembedahan di kaki kanan saya, dan saya boleh menggunakan kedua dua kaki saya untuk berjalan tapi masih menggunakan kedua dua tongkat. Alhamdulilah, berita ini segera saya hebahkan melalui sms, email dan Facebook.
Bersama sama dengan ahli SMDKP Boys n Girls, kami membuat rancangan untuk mengadakan Reunion pada minggu pertama Syawal sempena menyambut Hari Lebaran. Pada perjumpaan yang lagu, Aziz menawarkan Reunion diadakan di rumahnya. Semua ahli menerima dengan penuh kesyukuran di atas tawaran Aziz. Memang menjadi masalah untuk mencari pilihan tempat yang sesuai pada masa itu.
Kejayaan mengadakan Reunion pada 3hb September 2011 adalah kejayaan bersama setiap ahli. Aziz, Nasrah dan Ketamgila adalah pergerakan utama yang memain peranan penting kejayaan mengadakan Reunion ini. Melalui pendaftaran online diperkenalkan oleh Ketamgila berjaya mendapatkan ramai ahli menghadziri Reunion tidak menjadi sukar. Nasrah bertindak selaku bendahari untuk ahli membuat bayaran dengan memasukkannya ke akaun bank beliau. Juga ramai ahli yang derma di dalam bagai bentuk seperti dua ekor kambing, ayam Belanda dan berbagai lagi termasuklah tenaga.
Ija Honey yang berkhidmat di Saudi Arabia memohon dipertimbangkan Reunion diadakan semasa dia kembali bercuti di Malaysia. Alhamdulilah, hayatnya terkabul, dan bukan itu saja dia membawa buah korma untuk disajikan semasa Reunion. My special thanks to her - dia sendiri menjemput saya dari rumah saya di Rasah untuk dibawa di Kampung Rawa, Lenggeng di mana Reunion diadakan, dan meminta saya tidak memberitahu sesiapa pun.
Semasa saya sampai untuk hadziri Reunion, Ketamgila yang pada ketika itu memandu mereka, segera berhentikan keretanya dan lantas meluru ke arah saya, memeluk, mencium dan mendukung saya ke kawasan khemah. (I was worried if he could slipped and he would be crushing on me - it would mean back to the ward for me).
Saya sungguh terharu dengan sambutan di hari Reunion yang dihadziri oleh ramai ahli SMDKP Boys n Girls. Saya terharu dengan sambutan yang diberikan kepada saya, dan mereka terharu kerana dapat bertemu semula sesama mereka setelah 30 tahun terputus hubungan. Saya lebih terharu apabila diminta memberikan ucapan dan seterusnya meresmikan pembukaan Reunion. Saya juga terharu apabila melihat antara yang hadziri majlis ialah sahabat lama Encik Ibrahim Shair.
Everyone had a good time, and the food prepared were delicious. Semua orang mengambil kesempatan bersejarah itu dengan mengambil gambar beramai ramai dan kebanyakan gambar ini sudahpun diposkan ke FB. Thanks to Aziz and his family for hosting the Reunion at his house, and to each and everyone of you who made this event a success story. Due credit should be given to Ketamgila, as an MC he did an extremely good job.
Beberapa hari yang lalu, atas cadangan Ketamgila, Aziz membuka satu langkah lagi dengan memperkenalkan blog untuk menyumbang dalam bentuk artikel bagi faedah ahli dan orang ramai. Sebagai seorang pakar pertanian dan berkelayakan dia menghasilkan satu artikel di bidang diminatinya. Mudah mudahan kita semua mendapat faedah besar dari nasihat yang diberikannya melalui penulisannya. Saya berharap lebih ramai lagi akan menyumbang artikel dalam bidang yang mereka minati dan pakar.
Saya telah menghadziri majlis perkahwinan di rumah Ija Honey di Semenyih, di mana saya sempat bertemu dengan beberapa orang lagi ahli SMDKP Boys n Girls. Mazlan dan isteri menghantar saya kembali ke rumah saya di Rasah, dan singgah di rumah saya. Dia telah mencadangkan satu gotong royong untuk membersihkan kawasan rumah saya sebagai satu aktiviti SMDKP Boys n Girls. Saya sungguh terharu dan berterima kasih di perhatian yang berat yang kalian berikan kepada saya. Insya Allah gotong royong ini akan dilakukan pada hari Sabtu, 17hb September 2011 ini.
Saya percaya SMDKP Boys n Girls berada di landasan yang betul dan baik. Saya yakin kita akan maju setapak demi setapak. Saya minta ahli SMDKP Boys n Girls memberikan sokongan dan kerjasama dengan mereka yang nama mereka tidak perlu disebut. Nyata mereka telah memperlihatkan ketokokan dan kepimpinan yang nyata berkebolehan. Kehadziran saya tidak lebih sebagai permerhati dan membuat teguran sewajarnya, dan tidak semestinya dipatuhi. Lakukan sesuatu sebaik mungkin dan utamakan kepentingan ramai.
JOM BELAJAR LOGHAT TERENGGANU
Written By jumeah ali on Sunday, September 18, 2011 | 9:30 AM
ASSALAMUALAIKUM,Pertama sekali, sebelum belajar bahasa Terengganu, kita perlu tahu daerah-daerah di dalam negeri Terengganu. Terengganu mempunyai 7 daerah iaitu Kemaman, Dungun, Marang, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Besut dan Setiu. Loghat Terengganu ada macam-macam jenis sebenarnya, orang di daerah Besut dan Setiu kebanyakannya menggunakan loghat Kelantan, orang Hulu Terengganu gunakan loghat mereka sendiri (yang ni saya sendiri pun tak faham sbb pekat sangat...) dan lain-lain daerah gunakan bahasa Terengganu biasa.
Disini saya ingin berkongsi serba sedikit loghat orang Terengganu..kot-kot la ada yang melancong ke pulau-pulau di Terengganu, mungkin istilah ini dapat membantu. Orang luar tahu sikit-sikit je, contoh, makan jadi makang dan hanya ditambah 'g' saja. Untuk pengetahuan semua, kami di Terengganu yang dok area Kuala Terengganu ni sebut Tranung ataupun Teranung bukannya Ganu sbb perkataan Ganu tu orang Kelate yang sebut....Sebagai pemulaan berikut adalah senarai loghat Terengganu yang akan saya update dari semasa ke semasa...
Ok..untuk sesiapa yang berminat ......SELAMAT BELAJAR BAHASA TERENGGANU
WASALAM.
1. Nebbeng > Berlebihan/keterlaluan/ Over
(Eg: Mu ni nebeng guh ari ni ...maksudnya : Awak ni over sungguhlah ari ni)
2. Nano > Nakal
(Eg: Anok mu nano guh kat sekoloh = Anak awak nakal sungguh kat sekolah)
3. Cak Duh > Sembarangan
(Eg: Bakpa mu buat keje cak duh ngat? = Kenapa awak buat keje sambil lewa/sembarangan?)
4. Gong > sombong/Eksen
(Eg: Mu le ning aku tengok gong sungguh ? = Awak sekarang ni saya nampak sombong sangat?
5. Siyek > Koyak
(Eg: Bakpa mu siyek kertas soalang peksa nu? = Kenapa awak koyakkan kertas soalan periksa tu?)
6. Nembo > Blah/pergi/keluar
(Eg: Aku nok nembo jap, malah doh nak kije = Saya nak keluar kejap, malas nak keje)
7. Bising Bango > Teramat Bising
(Eg: Bakpalah jabat ni bising bango, pening pala dengo!! = Kenapalah pejabat ni bising sangat, pening
kepala dibuatnya)
8. Lebong > Tipu
(Eg : Tadi mu lebong aku ye? = Tadi awak tipu saya ye?)
9. Puahsang > Bosan
(Eg: Aku rase puahsanglah, jom kite gi jalang = Saya rasa bosan lah , jom kita jalan)
10. Berat Nanang > teramat berat/teruk sangat
(Eg; Bakpa mu berat nanang ngat?, meluat lak aku nengok = kenapa awak teruk sanagt, meluat pulak
saya tengok
Setakat ini dulu.......sebab takut ada yang pening .......nanti kita sambung lagi ye....
Panduan berPesBuk 3 - Manjampuit Kandughi
Pesbuk ado manyadio an kad jamputan pacumo. Tak payah nak tampah-tampah kad kek kadai. Setem tak payah pakai. Posmen tak payah guno. Awak pun tak payah nak malilau daghi ghumah ka ghumah.Kek siko pun kito buleh tantu an kek sia nak di anta (tantu ea la yang ado dalam Pesbuk tu.) dan mintak paja-paja nun kompom kan kok nak datang ko tidak. Cando jamputan Dinner gak la.
Apo yang nak dibuek cumo klik yo kek menu "Create Event" cando kek gamba sabalah ko. Menu ko ado kek sabalah kanan untuk Group atau kek bawah gamba kalian yang santiang untuk pasandirian. Kok tak nampak gak (ghabun yo cando den ni ha?) klik yo gamba tu untuk gamba gadang.
Iko lo ghupo ea salapeh di klik menu di ateh tadi. Paghati batuo-batuo sabalum den mulo an caghito 1001 malam kajap laie
Mamulo sekali ialah gamba kok ado. Tempek an yo la gamba baghuok sanang ko kek sinan. kan sanang.Tapi, kok ado logo atau gamba yang manggamba an karamaian tasabuit lagi elok. Nak anta jamputan bia ikhlas. Klik yo kek anak panah kala meghah tu.
Dah biaso tengok menatang ni ? Macam la tak biaso. Tak kan ini pun den nak caghito.
Tantu an tarikh bilo nak diado an kadughi.- Tantu an pulak maso jamuan dimulokan. Lambek capek tatamu tu lantak yo la.
- Kok ado lak tamat tempoh ea, tantu an la pulak puko bagha majlis basurai. Kang ado la pulak yang manonggok tak ghati nak balik.
Kek siko tulih an apo karamaian ea yo? (bukan tulih jo pensel doh) Kok nak baghalek gadang ko, epi befdei ko, tahlil ko, cuko remos ko, korban pacintaan ko. Apo yo la.Kan sanang. Memacam bulieh buek kan? Tak kalua duiek pun. (Tutuit lo kadai printing. hihihi)
Yang elok ea kek siko masuok an namo tampek yang didaftarkan kek "Goggle Map". Bia sanang urang nak mancaghi ea nanti. Tak payah awak nak menjawab tipun maso dio urang malilau. Poto dah ado.Klik kek "Add Street Address" untuk masuok an alamat panuoh.
Ado mukadimmah, alu-aluan, ucapan, pasanan atau apo yang tabuku di ati? Masuok an kek siko.Nak tulih panjang ko. Nak tulih pendek ko. tak nak tulih langsuong ko. Suko ati la. Bukan den punyo pun. hehehehe.
Ko bahagian yang paling kritikal (kecek Sasterasawan lak. hehehe)Siko tampek manantu an sia yang nak dijampuit.
Kok nak manjampuit cumo kengkawan yang ado dalam senarai sandighi yo, klik butang ni. Lapeh tu pilih yo. Asalkan katigo-tigo pilihan tu dibuang panando ea.
Kok nak buek jamputan tabuko guno an menu di bawah tadi.- Manjampuit sado ea yang ado dalam sesatu kumpulan/group, tak kigho dah ADD ko lun sabagai pren.
- Manjampuit sado ea yang ado dalam Pesbuk. Kok dicuit panando ea nanti kalua pilihan untuk dio bawak kawan ko tidak. Sah gadang alek ko. hehehe
- Pilihan katigo iyolah manantu an samo ado nak ditayangkan ko tidak namo tatamu yang dah kompom nak datang.

Dan akhir sakali, cuit butang ko untuk mengkompomkan borang. Kok tak dicuit, sado yang dibuek tadi sio-sio yo la. heheheBunga Ros (Rosaceae)
Written By Abah Warisan on Friday, September 16, 2011 | 11:45 AM
Botanical name/ Nama sains: Rosa spp.Common name/ Nama biasa: Rose/ Bunga mawar
Family/ Famili: Rosaceae
Origin/Negara asal: Asia, Europe, North America , North west africa
Growth habits or types/ Jenis: Shrubs, Trailing , climbers and some species can grow up to 7 meters./ Banyak jenis , ada Pokok sesemak, memanjat, merayap dan ada jenis yang yang boleh mencapai tinggi 7 meter
Sunlight/Matahari: Semi shade to full sunlight/Separa hingga matahari penuh
Other info/Info lain: Flowers are distilled for essential oil. Medicinal plants, it is a practice to soak 10 rose flowers to drunk daily to stay healthy./ Bunga mawar disuling untuk minyak atsiri dan digunakan didalam industry minyak wangi. Pokok bunga mawar ada mempunyai khasiat perubatan, mengikut amalan perubatan tradisional 10 kuntum bunga ros yang tidak terdedah kepada racun serangga direndam didalam segelas air dan diminum setiap hari untuk kekel sihat.
Landscape uses/Kegunaan lanskap: Aromatic garden, specimen planting, ornamental flowers hedges , climbers and barriers







Panduan berPesBuk 2 - Manapih pasanan ka dalam Inbox emel.
Cubo tengok kek sabalah kanan namo kumpulan tasabuit. Nampak tak butang "Edit Settings" kek sinan? Kok tak nampak gak, capek tuka wasiat tu ateh namo den yo? hihihi

Cuit yo bando Allah tu. Nanti kalua la gamba baghu yang labieh santiang cando ko:
Tadapek duo pilihan utamo kek sino:- Also send an email to:
makno ea, pasanan yang dimasukan dek kengkawan di siko akan di anta taghuih ka emel kito. Kok dipadam an penando kek sinan mako "Inbox" dalam emel kito akan kaghieng kontang. Osah pamaleh lo urang ko. hihihi - Send me group chat messages
makno ea, apobilo kito ditaghiek masuok dalam sesuatu sidang kumpulan mako apo yang yang dibughak an kek sinan akan sampai kek "Inbox" emel kito. Kok manyampah banyak nak kecek ea, padam an yo panando tu.
Jangan padam panado tu jo gatah sekrap atau yang sawaktu dangan ea (rubber eraser). tepek an yo jo samba balacan atau tenyeh jo ayer lio. kok tak yo padam, buang an yo skrin monitor tu. kahkahkah
Kito buleh yo manantu an janih pasanan yang ndak kito taghimo.
Tadapat ampek pilihan kek siko:- A member posts or comments
Makno ea: sado Allah yang ditulih dek ahli kumpulan tu akan masuok ka dalam "Inbox" emel kito samo ado masukan topik baghu ataupun komen mangomen ea sakali - A member posts
Makno ea: Cumo topik baghu yo yang akan masuok. Sakigho ea kito tak buek komen kek sinan, komen-komen lain dalam topik tu tak masuok laie dalam "Inbox" emel kito. Abih camtu yo. - A friend posts
Makno ea: Cumo topik yang dibuek oleh urang yang dah kito "ADD" sabagai kawan kito yo akan sampai ka emel kito. Yang tak kawan tu tak ado kojo posmen nak manganta ea. Asal jangan mangawan yo sudahlah. - Only posts I am following
Makno ea: cumo post yang kito ado buek komen atau yang kito pilih untuk ikuit akan masuok sampai ke "Inbox" emel kito. Kalau kito cuit butang "Like" pun bamakno kito ikuti topik tasabuit yo. Cam mano nak pilih topik yang nak kito ikuit?
Tak nampak ko "Follow Post" yang ado bulatan meghah ke gamba ateh tu? den cucok mato tu kang! Cuik yo menatang tu. Sanang kan?
Kok alah manyampah nak ikuit topik tu, klik yo pado menu (cando nak oda mee ghabuih yo bunyi ea. hehehe) "Unfollow Post". Tobat posmen nak manganta ea laie. Kok di anta yo, ghabuih komputer tu duo haghi ampek malam.

Sekian yo la murid-murid. Cikgu nak lalok dah. hehehehe












