Latest Post
5:42 PM

Tanggal 17 Ramadan jam 1.48 pagi,
Sahabatku Yang Pergi
Written By Pentadbir on Wednesday, August 8, 2012 | 5:42 PM

Tanggal 17 Ramadan jam 1.48 pagi,
Aku mendapat khabar pilu
Dalam sayu berbaur hiba,
Dalam sebak terasa lara
Aku...capai persalinan yang rengkas
Bergegas...tapi dalam rela dan sabar
Aku pingin lihat..tatap raut wajah mu kali yang penghabisan
Senyuman terukir indah dibibir
Ibarat kamu lena di buai mimpi indah..
Tatapan terakhir ku..
Wahai sahabat..
Sebelum kau terus semadi di Alam mu..
Alam kekal buat kita semua....
Masa mu cuma awal dari kami kami....
Kau pergi menunggu waktu berbuka
Sempat beriba di pangkuan isteri tercinta
Walau ia tanpa terasa...sebab amalan biasa mu..katanya..
Jam 7.05....kau meninggalkan semua
Semua...semua....
Anak anak mu..
Cucu cucu mu yang mungil
Ibu mu yang kian uzur
Dan isteri mu yang setia....
Wajahnya tenang ..senyum di bibir tetap ada
Walau air mata bergenang dalam kelopak berkaca kaca...
Aku tahu dalam hatinya penuh hiba
Lebarannya kali ini tanpa mu..
Tanpa senda gurau mu..
KuasaNya melebihi segala..
Siapa kita untuk menahannya..
Tapi...
Ada bahagia disudut rasa
Di hati hati kami yang menemaninya
Pergi mu SAHABAT dalam Bulan yang berkat
Bulan yang penuh Rahmat
Moga kamu dalam NikmatNya
Mengadap Tuhan dalam Raja segala bulan..
Ramadan ...Ramadan....
Moga Ramadan yang mendatang
Aku dan SAHABAT SAHABAT yang tinggal
Masih ada waktu untuk kita...
Di Ramadan penuh indah penuh baraqah
Dan di Ramadan yang datang dan pergi
Kamu SAHABAT ku..yang telah pergi akan muncul dalam kenangan..
Nukilan Nasrah Khatib
19 Ramadan
Klang.
Al fatihah buat SAHABAT ku yang telah kembali ke Rahmatullah pada tanggal 16 Ramadan .Moga rohnya diletakkan dikalangan orang orang yang beriman..

12:57 PM

Pada jam 06.56 pagi (07/08/2012) aku dikejutkan oleh satu SMS daripada Fatimawati Bustami berbunyi:
"Aslmkm abg katam.. Fatimawati ni.. lalok ko? sori gnggu tido.. Abg.. den ko ado bondo nk share n mntak pandangn n pendapat abg. den trbaco dlm salah satu akbar tntang sahabat kito yg kematian suami. ado anak tigo urang. umur anak2 ea bwah 15 thn xsalah den dan wae mangidap kanser rahim,. dlu wae ado taska. lapeh suami ea mninggal wae baliek duduok jo amak ayah ea tp ayah ea lak maningga awal poso baru ni. dduk ke Taman Klana dopan Smdkp tu. Namo ea Adila Baktiar. pasti wae memerlukan bantuan. apo kato kito buek kutipan sabalun rayo ni. kito paie ziarah,, sekurang ea ringan baban ea jo ank2 n amak ea.. Ni la tanggung jwb kito kek laman kito kn bang.. memberi manafaat pd urang lain yg mmrlukan. K tq"
Selepas menghantar isteri ke tempat kerja, aku terus bertolak ke Lenggeng. Dalam perjalanan aku membuat temujanji dengan Cikgu Shamsul Bahrin (Cicit Bagindo), Setiausaha Alutra. Lebih kurang jam 10.15 pagi kami sudah sampai ke rumah Adila.
Untuk pengetahuan sahabat-sahabat semua, Adila merupakan bekas pelajar SMDKP 1981-1985 dan merupakan seorang yang peramah dan periang. Perkahwinan beliau telah menghasilkan 3 orang cahayamata dengan yang kecil sekali berusia 10 tahun sekarang dan yang sulung masih di SMDKP (bawah 15 tahun.)
4 tahun sudah suaminya meninggal dunia kerana kemalangan semasa bertugas yang menyebabkan pendarahan di otak. Oleh kerana penyakit yang beliau sendiri tanggung iaitu Kanser Pangkal Rahim (Cervic Cancer), beliau tidak mampu meneruskan usaha mengelolakan taska yang pernah diusahakan bersama suami beliau. Selepas kematian suami, Adila kembali bernaung dibawah jagaan ayahanda tersayang sebagai tempat bergantung.
Allah mempunyai perancanganNya tersendiri dengan dugaan yang maha hebat. Ayahanda tersayang meninggal dunia pula sebelum bermula bulan Ramadhan baru-baru ni (aku sempat berziarah pada hari tersebut selepas mendapat maklumat daripada Norizan Moez)
Walaupun Adila masih mempunyai adik beradik dan saudara mara, namun sebagai insan yang berkemampuan untuk menghulur sedikit bantuan kepada beliau, marilah bersama kita membantu supaya Aidil-Fitri ini akan lebih bermakna kepada beliau dan ahli keluarganya.
Kami, sekumpulan bekas pelajar SMDKP akan mengadakan Majlis Santai Berbuka Puasa di rumah beliau padahari Ahad ini 12hb Ogos 2012 HARI SABTU 11HB OGOS 2012 secara "potluck". Kepada mereka yang ingin menyertai kami adalah dialu-alukan.
Semoga dengan semangat ukhwah ini dapat merapatkan lagi tali silaturrahim kita bersama. Program ini adalah program perintis untuk membantu mereka-mereka yang memerlukan dan InsyaAllah, beberapa program jangka panjang akan dirancangkan untuk beliau dan bekas-bekas pelajar yang lain.
Oleh:
Mohd Arizan Hashim
@ KetamGila MadCrab
Adila Bakhtiar di ambang Aidil-Fitri 2012
Written By Pentadbir on Tuesday, August 7, 2012 | 12:57 PM

Pada jam 06.56 pagi (07/08/2012) aku dikejutkan oleh satu SMS daripada Fatimawati Bustami berbunyi:
"Aslmkm abg katam.. Fatimawati ni.. lalok ko? sori gnggu tido.. Abg.. den ko ado bondo nk share n mntak pandangn n pendapat abg. den trbaco dlm salah satu akbar tntang sahabat kito yg kematian suami. ado anak tigo urang. umur anak2 ea bwah 15 thn xsalah den dan wae mangidap kanser rahim,. dlu wae ado taska. lapeh suami ea mninggal wae baliek duduok jo amak ayah ea tp ayah ea lak maningga awal poso baru ni. dduk ke Taman Klana dopan Smdkp tu. Namo ea Adila Baktiar. pasti wae memerlukan bantuan. apo kato kito buek kutipan sabalun rayo ni. kito paie ziarah,, sekurang ea ringan baban ea jo ank2 n amak ea.. Ni la tanggung jwb kito kek laman kito kn bang.. memberi manafaat pd urang lain yg mmrlukan. K tq"
Selepas menghantar isteri ke tempat kerja, aku terus bertolak ke Lenggeng. Dalam perjalanan aku membuat temujanji dengan Cikgu Shamsul Bahrin (Cicit Bagindo), Setiausaha Alutra. Lebih kurang jam 10.15 pagi kami sudah sampai ke rumah Adila.
Untuk pengetahuan sahabat-sahabat semua, Adila merupakan bekas pelajar SMDKP 1981-1985 dan merupakan seorang yang peramah dan periang. Perkahwinan beliau telah menghasilkan 3 orang cahayamata dengan yang kecil sekali berusia 10 tahun sekarang dan yang sulung masih di SMDKP (bawah 15 tahun.)
4 tahun sudah suaminya meninggal dunia kerana kemalangan semasa bertugas yang menyebabkan pendarahan di otak. Oleh kerana penyakit yang beliau sendiri tanggung iaitu Kanser Pangkal Rahim (Cervic Cancer), beliau tidak mampu meneruskan usaha mengelolakan taska yang pernah diusahakan bersama suami beliau. Selepas kematian suami, Adila kembali bernaung dibawah jagaan ayahanda tersayang sebagai tempat bergantung.Allah mempunyai perancanganNya tersendiri dengan dugaan yang maha hebat. Ayahanda tersayang meninggal dunia pula sebelum bermula bulan Ramadhan baru-baru ni (aku sempat berziarah pada hari tersebut selepas mendapat maklumat daripada Norizan Moez)
Walaupun Adila masih mempunyai adik beradik dan saudara mara, namun sebagai insan yang berkemampuan untuk menghulur sedikit bantuan kepada beliau, marilah bersama kita membantu supaya Aidil-Fitri ini akan lebih bermakna kepada beliau dan ahli keluarganya.
Kami, sekumpulan bekas pelajar SMDKP akan mengadakan Majlis Santai Berbuka Puasa di rumah beliau pada
Kepada mereka-mereka yang ingin menyumbang kewangan bolehlah menggunakan beberapa cara seperti di bawah ini:
- Menitip/mengirimkan kepada mereka yang akan hadir pada hari tersebut, atau
- Menitip/mengirimkan kepada Nasrah Khatib, Fatimawati Bustami, Norizan Moez, Shamsul Bahrin, atau
- Pindahan Bank (Bank Transfer) ke akaun seperti Maybank
- Mohd Arizan Bin Hashim
- No: Akaun: 1622-1848-5215
- sila emel ke ketamgila@yahoo.com butir-butir pembayaran, atau
- sms ke 019-2744894, atau
- tinggalkan mesej di Facebook saya http://www.facebook.com/ketamgila
Semoga dengan semangat ukhwah ini dapat merapatkan lagi tali silaturrahim kita bersama. Program ini adalah program perintis untuk membantu mereka-mereka yang memerlukan dan InsyaAllah, beberapa program jangka panjang akan dirancangkan untuk beliau dan bekas-bekas pelajar yang lain.Oleh:
Mohd Arizan Hashim
@ KetamGila MadCrab