Malahan, kalau dikutip amalam adat perkahwinan di antara puak-puak Melayu di Malaysia ini ternyata banyak persamaannya:
- Merisik
- Meminang
- Majlis Pernikahan dan persandingan
- Majlis bertandang
Bila bercakap pasal Adat Orang Minang ini aku rasa lagi baik aku gunakan Bahasa Melayu. Mungkin ada di kalangan orang Minang di Malaysia ini semakin kurang kefahamannya dengan loghat Minang kerana telah lama merantau atau tidak dibiasakan oleh keluarga dari kecil. Bukan aku menuduh mereka ini lupa asal-usul kerana ramai yang masih megah mengaku orang Minang walaupun mereka tidak boleh cakap dalam loghat tersebut.
Bukan niat hati hendak mengajar tapi kerana tertariknya aku pada adat ini menyebabkan aku mula mencari, memahami dan menyayangi. Semuga adat ini tidak hanyut dan tercemar oleh peredaran masa seperti yang ditakuti oleh pusaka adat:
Kalau di Malaysia ini seringkali adat orang Minang dikaitkan dengan Adat Perpatih di Negeri Sembilan. Walaupun adat Perpatih itu di bawa dari Tanah Minang tetapi ianya telah diubahsuai mengikut kesesuaian dan keperluan sesuatu tempat seperti yang dinyatakan di bawah ini:
Jadi, bolehkah kita mengatakan adat ini ketinggalan zaman?
Ternyata adat ini begitu flexible, bukan? Mengapa? Tak Pecaya?
Menyelami kata-kata adat, pantun, pepatah dan petitih di atas maka kita dapat melihat betapa Adat Minang menggalakan orang-orangnya terus belajar dari kehidupan dan mengatur masyarakat mengikut kesesuaian suapaya ia terus diterima dari generasi ke genarasi.
Begitu juga apabila telah jadi orang yang pandai. Diperingatkan juga untuk tidak membangga diri kerana mencari ilmu itu tidak semudah yang dijangkakan:
Post a Comment
Nak komen tu komen gak tapi agak agaklah sikiek yo. hehehe