Beraja ke Johor, Bertali ke Siak, Bertuan ke Minangkabau
Pada asalnya Orang Minangkabau seperti di Naning, Rembau, Seri Menanti, Penajis, Ulu Muar dan beberapa tempat lagi mengadap ke Melaka sebagai sultan mereka. Sebarang kesulitan mereka akan dibawa oleh ketua luak masing-masing yang dipanggil Datuk Undang Luak.
Apabila Portugis menyerang Melaka pada tahun 1511, Sultan Melaka lari ke Johor dan menubuhkan kerajaan baru di sana, orang Minangkabau juga beralih arah ke Johor pula.
Sekitar tahun 1760 semasa Belanda menguasai Melaka setelah mengambil alih pentadbiran daripada Portugis, Belanda mula mengganggu Johor di samping kacau bilau yang ditimbulkan oleh orang Bugis ke atas Orang Minangkabau. Orang Bugis yang diketuai oleh Daeng Kemboja mahu supaya masyarakat Minangkabau tunduk kepada mereka tetapi tidak dipersetujui oleh Orang Minangkabau yang telah melafazkan taat setia kepada Kesultanan Melayu Johor.
Kesultanan Melayu Johor pada ketika itu tidak lagi mampu untuk mentadbir negeri-negeri Melayu di bawah jajahannya. Memandangkan mereka yang berada di bawah Datuk Undang Luak ini berasal dari Melaka dan mengamalkan Adat Perpatih sedangkan Kesultanan Melaka pula mengamalkan Adat Temenggung maka sultan telah menitahkan Undang Luak untuk memperolehi seorang ketua yang boleh diangkat sebagai sultan atau raja daripada Kerajaan Minangkabau. Maka bermulalah pencarian seorang Sultan dari Pagar Ruyung.
Di antara tahun 1760-1770 Datuk-Datuk Undang Luak ini mula mengatur perancangan. Muafakat mengumpulkan luak, menentukan hukum, kuasa dan wakil yang akan dihantar ke Pagar Ruyung pada tahun 1770. Raja Pagar Ruyung telah berkenan untuk menghantar seorang daripada putera baginda yang bernama Raja Mahmud untuk dipertuankan di Negeri Sembilan.
Terdapat dua peristiwa bersejarah berlaku sebelum ketibaan Raja Mahmud:
- 1757 - Peristiwa Memutus Tali dengan Johor oleh Datuk Moyang Salleh, Undang Luak Jelebu yang tidak berpuashati dengan tindakan Sultan Johor yang membunuh Si Amat, tunangan Seri Banun (anak kepada Datuk Uban, Datuk Penghulu Rembau). Ini disebabkan pinangan baginda ditolak Penghulu Rembau yang kemudian mengadu kepada Datuk Moyang Salleh. (Rujuk Di SINI dan Di SINI)
- Sebelum ketibaan Raja Mahmud, Raja Khatib telah terlebih dahulu dihantar untuk membuat persediaan menyambut dan mengaturkan pertabalan. Apabila sampai, beliau telah belot dan mengakui bahawa dirinya adalah anak raja yang dihantar untuk ditabalkan. Kehadiran Raja Mahmud tidak dipersetujui oleh Undang Luak Sungai Ujong (Datuk Kelana Putera) dan Undang Luak Johol (Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Datuk Puteri Setiawan II, 1760-1790. Rujuk di SINI) Kedua-dua mereka telah menerima Raja Khatib pada mulanya dan berada di dalam keadaan serba-salah. Datuk Moyang Salleh telah bermuafakat dengan kedua-dua Undang Luak tersebut sehingga terdirinya Tiang Balai iaitu Tiang Istana di Seri Menanti pada 17 Syawal 1192 Hijrah. (Rujuk juga di SINI)
Aturan adat pertabalan Raja Mahmud telah disempurnakan oleh Datuk Moyang Salleh dengan membawa gelaran Raja Melewar dan bermulalah sistem Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Tanah mengandung di Seri Menanti
Tanah kerajaan di Penajis
Balai melintang di Sungai Ujong
Balai bertingkat di Johol
Yang mengatur bilangan adat di Jelebu
Yang mengukurkan di Rembau
Rengkasan
Salasilah
Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan (Yam Tuan) |
|||
Tahun | Nama | Peristiwa | Keturunan |
1977 | Raja Katib | Diutus untuk menyediakan persediaan menyambut ketibaan dan pertabalan Raja Melewar tetapi telah belot dan mengakui dirinya sebagai anak raja yang dihantar dari Pagar Ruyong, Minangkabau | |
1977-1795 | 1. Tuanku Melewar | Berasal dari Pagar Ruyong, Minangkabau. Nama sebelum pertabalan ialah Raja Mahmud. Perkahwinan 1 - Cik Seni, anak kepada Penghulu Naam (Penghulu Luak Ulu Muar yang pertama) Ditabalkan di Penajis, Rembau dan berpindah ke Seri Menanti |
1. Tengku Totok
2. Tengku Aishah |
1795-1808 | 2. Tuanku Hitam | Berasal dari Pagar Ruyong, Minangkabau Perkahwinan 1 - Tengku Aishah - puteri Raja Melewar Perkahwinan 2 - Cik Jingke - orang kebanyakan - |
1. Tengku Alan Hussein 2. Tengku Ngah 3. Tengku Ibrahim 4. Tengku Awi |
1808-1824 | 3. Tuanku Lenggang | Berasal dari Pagar Ruyong, Minangkabau Perkahwinan 1 - Tengku Ngah |
1.
Tengku Radin 2. Tengku Imam |
1824-1826 | Raja Kerjan | Pemangku Yang Di Pertuan Besar | |
1826-1830 | Raja Sati | Berasal dari Pagar Ruyong, Minangkabau Nama sebelum pertabalan ialah Raja Labuh Perkahwinan 1 - Raja Asil Dilantik kerana ketika itu Raja Radin baru berusia 15 tahun. Dipecat dan lari berlindung ke Melaka dan pemerintahan baginda tidak diiktirafkan |
|
1824-1861 | 4. Tuanku Radin | YDP Besar pertama dari kelahiran Negeri
Sembilan Putera kepada Raja Lenggang |
1. Tengku Lintau 2. Tengku Antah 3. Tengku Muda Cik |
1861-1869 | 5. Tuanku Imam | Putera kedua kepada Raja Lenggang. Naik takhta kerana Tengku Antah menolak kerana belum dewasa Perkahwinan 1 - Tengku Ampuan Intan Ibni Tunku Alan Hussein |
1. Tengku Cindai 2. Tengku Ahmad Tunggal |
1869-1872 | Tengku Ampuan Intan | Pemangku Yang Di
Pertuan Besar Permaisuri kepada Tuanku Imam Perebutan di antaran Tengku Antah dan Tengku Ahmad Tunggal |
|
1872-1888 | 6. Tuanku Antah | Putera kepada Raja Radin Menaiki takhta setelah Tengku Lintau (Tengku Besar) yang merupakan kekanda kepada baginda tetapi berlain ibu, menolak perlantikan untuk menumpukan kepada keagamaan. |
1. Tengku Muhammad |
1888-1933 | 7. Tuanku Muhammad | Putera Tuanku Antah Berlaku perebutan dengan Tengku Muda Cik tetapi ditolak oleh Undang Luak |
1. Tengku Abdul Rahman |
1933-1960 | 8. Tuanku Abdul Rahman | Putera Tuanku Muhammad Perkahwinan 1 (1919) - Dulcie Campbell (Cik Maimunah) Perkahwinan 2 (1920) - Tunku Mahrum Perkahwinan 3 (1929) - Tunku Kurshiah Perkahwinan 4 (1948) - Tunku Zaidah binti Tunku Zakaria Merupakan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung Malaysia yang pertama |
1a. Tunku Aidah 1b. Tunku Jaafar 1c. Tunku Abdullah 2a. Tunku Munawir 3a. Tunku Baiyah 3b. Tunku Shahariah |
1960-1967 | 9. Tuanku Munawir | Putera Tuanku Abdul Rahman Perkahwinan 1 - Tunku Durah |
Putera: 1. Tunku MuhrizPuteri: 1. 2. 3. 4. 5. |
1967-2008 | 10. Tuanku Jaafar | Putera Tuanku Abdul Rahman Adinda kepada Tuanku Munawir berlainan ibu Perkahwinan 1: Tuanku Najiah Tunku Besar Burhanuddin |
Putera:1. Tunku Naquiyuddin2. Tunku Imran 3. Tunku Putra Nazaruddin Puteri: 1. Tunku Jawahir 2. Tunku Naquiah 3. Tunku Irinah |
2008 | 11. Tuanku Muhriz | Putera kepada Tuanku Munawir Perkahwinan 1: Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud | Putera: 1. Tunku Ali Redhauddin 2. Tunku Zain Al'Abidin 3. Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin. |
Sumber rujukan:
:Asal usul dan kedatangan Raja-Raja dan Sultan ke Negeri Sembilan
+ comments + 42 comments
tuan, siapa kah antara raja negeri sembilan yang lari merajuk dan keturunannya dikatakan menghilang sehinnga sekarang. Kehilangan akibat merajuk itulah yang telah menyebabkan atau mewujudkan nama ISTANA SERI MENANTI. hubungi saya di email farikh1977@gmail.com
Terima kasih atas perkongsian ini.
TG Lijah atau pun TG Tijah.. Kebanyakkan keturunannya ada di pahang dn Kuala Lumpur ;)
Assalamualaikum....dlm salasilah yg saya simpan,terdapat keturunan Tok Sialang anak TokMunawer....dtg ke Tanah melayu...membuka Seri Menanti,anaknya Tok Beringin,Tok Balih dan Tok Malim Bahan.....ank kpd Tok beringin ialah Ahmad dan ank Tok Ahmad Muhammad kemudian ank Muhammad ialah Abd Rahman.....adakah ini keturunan Yamtuan diN9....tq
di kampung saya...kampung tengah Sri Menanti terdapat kubur lama.di hadapan rumah...Kata orang tua...kubur Imam dulu-dulu....ada sesiapa yang tau...sejarah ini
Salam...adakah Tengku Ahmad Tunggal itu Tengku Jumaat, adinda kepada Tengku Cindai?
Boleh perincikan siapa nama2 yang lari ke pahang tuan...
Dan kemana mereka pergi
Dan kemana mereka pergi
Boleh perincikan siapa nama2 yang lari ke pahang tuan...
Tuan klau saya ingin mengetahui dgn lanjut betoi kah dua org adik beradik yang lari meninggal kn istana ?
Tuan klau saya ingin mengetahui dgn lanjut betoi kah dua org adik beradik yang lari meninggal kn istana ?
As Salam
Saya ingin tahu siapakah nama2 yang lari ke Pahang especially yang lari ke Benta, Pahang. Saya ada bukti xp kekurangan info so harap mendapat pencerahan dari yang ada maklumat lanjut.
yang lari ke benta pahang mungkin ada hubungan dengan keluarga di raja negeri sembilan. Hrp mendapat pencerahan. Terima Kasih.
Saya juga nak tahu siapakah 2 beradik yg lari swhingga ujudnya sri menanti..saya juga ingin mengenal pasti siapakah tengku ya'kob bin raja tiang alam bin raja zulkarnain..hubungi saya 0126751141 or email norlidabd@gmail.com
Saya juga nak tahu siapakah 2 beradik yg lari swhingga ujudnya sri menanti..saya juga ingin mengenal pasti siapakah tengku ya'kob bin raja tiang alam bin raja zulkarnain..hubungi saya 0126751141 or email norlidabd@gmail.com
Keturunan Raja N.Sembilan ada di Kuala Pilah... Kg Parit
Keturunan Raja N.Sembilan ada di Kuala Pilah... Kg Parit
saya dari keturunan yam tuan antah yg keluar dari istana.. and sekarang saya dlam proses menyelidik asal usul keturunan sebelah ayah saya.. and saya sendiri dpat info ayah saya sendiri lahir di istana sri menanti. and saya nk tahu info mengenai nama usoli. ada sesiapa tahu? tolong bg info di email aswadsniper@gmail.com
dan boleh hubungi saya di talian 0122706977 aswad. tq
Macammana nak cri salasilah...dato sy pun kluar dr istana 0183753048
dari pemahaman saya oleh lisan, kami dari keturunan Tunku Lintau abg kepada Tuanku Antah. 3 dari 7 barang pertabalan yg asli ada dalam simpanan ayah saya (yg diturunkan dari moyang saya Tunku Siti Diawan & Tunku Abdullah).
Saya kenal cicit kpd Tunku Ahmad Tunggal...yg menukar nama dan hidup spt org kebanyakan. Boleh dpt semula ke takhta klau beliau tampilkan diri?
@Mohd Farikh,
Raja negeri sembilan yang lari merajuk dan keturunannya dikatakan menghilang sehinnga sekarang adalah Tuanku Ahmad Tunggal. Menyamar diri menjadi Gendut Bin Lenggang
Saya salah seorang cicit yamtuan antah...
Tau x siapa yg lahir di istana menanti sebelum pegolakan berlaku...
salam...
saya skarang nie tgh cari salasilah kluaga sy...berkait dgan yg keluar istana...
kuzan.zan@gmail.com
Salam, sy nk tau atau sesiapa keturunan drpd tunku ahmad tunggal ibni yamtuan imam.. (susur jalur dr almarhum yamtuan imam) emel annurshah@yahoo.com
Tq in advance.
Ada je waris2 dorang nie kt seremban..tp anak kpd tuanku ahmad tunggal dh meninggal tengku hj sidek y tinggal anak2 die je...
Assalamualiakum. Moyang saya tengku hamzah, juga lari dari lstana dan tinggal di Gombak.Di Gombak di gunakn nama Tok menteri Ada salasilah yg di simpan olih makcik saya beserta tombol dgn cop mohor Raja melewar, masa hidup nya Tuanku Jaafar ada datang ke rumah makcik saya di Gombak.
Juga ada di simpan kain cindai, badek, alquran kecil
Saya cicit juga kepada Tuanku Ahmad Tunggal , bole wasap saya jika ada yang tahu salur keturunan Tuanku Ahmad Tunggal, dan dan dimanakah makamnya..wasap 0196974794
Asal sya Kg Parit K.Pilah & moyang sya juga adalah dri Tuanku Besar Lintau (nama asal Hj Md Rom) seorng alim ulamak yg kluar dri istana Sri Menanti brkhwin dgn wanita biasa brnma Munah. Anaknya 2 lelaki & 2 prmpuan.Salh seorng ank prmpuannya brnma Sapiah bt Hj Md Rom & suami Hj Bahari (orng Cirebon Indo) & punyai 5 orng ank, salah sorang ank prmpuan mreka brnma Idah suami Hj. Kadir (org Klntan) & punyai ank 4 orng. Salh seorng ank prmpuannya adalah ibu saya. Kubur almarhum Hj Md Rom maseh ada di Kg Parit. Ada orng2 tua mngtakn semasa kemangkatan almarhum rombongn dri istana Sri Mnanti membawa meriam ke Kg Parit utk sprti upucra mjlis kemngkatann raja2. Ada juga yg brithu Tuanku Muhamad dgn menaiki padati yg ditarik oleh kuda selalu singgah dikg parit utk melwat bapa saudranya Hj Md Rom (Tngku Lintau) buktinya ialah barang protokol sekitanya Tuanku Muhmad dtng melawat. Apa2 pun sya & kluarga tidak akn menuntut apa2 gelran dri istana sri mnanti atau mna2 pihak. Alhamdulillah cukuplah dgn cara kehidupan kmi skrang.
Boleh saya tahu siapakah dia tok paduko besar seri menanti sebab saya keturunan darinya dan memegang 3 bilah iaitu keris badik dan keris panjang ini email saya fifihustle@gmail.com
Keturunan tengku lengang .. ankny tgku radin Dan tengku imam, kenapa keturunan tidak beliau xdiceritakan... ??
@Cicit kepada Gendut bin Lenggang di kg tanjong agas, N9. Muara Sungai Linggi
Kerana mengetahui usul asal Seri Menanti adalah utk pewaris yang cukup sedia jati diri. Bukan rebutan takhta. Tetapi bagi yg sedia utk akhir zaman
Post a Comment
Nak komen tu komen gak tapi agak agaklah sikiek yo. hehehe