- Mandi belangir ialah menggunakan limau dan juga bunga-bungaan.
- Terdapat beberapa tempat di Minangkabau yang melakukan adat mandi berlangir pada sebelah petang yang menyerupai acara siraman dalam perkahwinan orang Jawa. Di beberapa tempat di Malaysia seperti di Johor, Melaka, dan Negeri Sembilan juga masih ada yang mengamalkan tradisi ini.
- Berbeza mandi pengantin dengan sesetengah budaya termasuk di Sabah dan Sarawak, mandi berlangir orang Minangkabau hanya dilakukan di kalangan sanak saudara yang perempuan. Walaupun bapa atau bapa-bapa saudara yang layak menjadi wali juga dibenarkan tetapi kurang mendapat sambutan walaupun hanya memercikkan sedikit sahaja.
- Begitu juga dengan penyertaan pengantin. Di tempat-tempat lain, penyertaannya adalah pasangan pengantin itu sendiri sedangkan mandi berlangir orang Minangkabau hanya melibatkan pengantin perempuan sahaja.
Malam Berinai/Malam Bainai
- Merupakan kemuncak debaran seorang gadis sebelum dinikahkan.
- Berinai ialah meletakkan tanda merah di jari sebagai tanda seseorang itu baru berkahwin dengan menggunakan sejenis daun inai yang ditumbuk dan dibasahkan. Lebih bagus sekiranya daun tersebut dicampurkan dengan sedikit nasi supaya memudahkan ia melekat.
- Malam berinai lazimnya diadakan satu malam sebelum majlis persandingan. Mengikut kelaziman dahulu di mana majlis pernikahan dan persandingan diadakan serentak pada hari yang sama maka tajuk ini didahulukan sebelum majlis akad nikah.
- Mengikut amalan dulu malam berinai adalah malam di mana pengantin perempuan diinaikan oleh saudara mara dan sahabat handai yang perempuan.
Namun begitu perlu ada seseorang yang mahir dalam perkara ini untuk memberi tunjuk ajar atau bimbingan kepada mereka yang ingin menginaikan pengantin. Bagi mereka yang berhajat mungkin dibenarkan untuk menginai satu jari atau tempat-tempat tertentu. - Adakalanya sebelum acara menginai pengantin di penghujung malam, terlebih dahulu diadakan persandingan pengantin perempuan dengan memakai beberapa busana untuk membiasakan diri. Dengan cara ini, rasa gementar di hari persandingan akan berkurangan atau terus hilang.
Amalan ini masih dibuat di beberapa tempat sekadar untuk mengambil gambar pengantin dalam berbagai gaya dan busana. - Perlu diingat bahawa kedua-dua acara ini tidak melibatkan pengantin lelaki kerana biasanya kedua mereka masih belum dinikahkan ketika ini.
- Ada juga beberapa kelumpok di Melaka yang menjemput pengantin lelaki untuk sama diinaikan dengan syarat mereka telah dinikahkan lebih awal. Walau bagaimana pun kedua pengantin ini tidak akan disandingkan bersama pada Malam Berinai. Cara ini tidak ada di dalam adat Minangkabau.
Post a Comment
Nak komen tu komen gak tapi agak agaklah sikiek yo. hehehe