Terdapat beberapa sebab penghijrahan ini seperti:
- Orang Minangkabau yang terkenal dengan sikap mereka untuk merantau untuk mencari rezeki terutamanya kepada kaum lelaki.
- Kegemilangan Melaka pada ketika itu menarik minat mereka.
- Kaum lelaki yang merajuk kerana tidak diberikan harta pusaka kerana mengikut adat Perpatih, harta pusaka akan diturunkan kepada anak perempuan
- Pasangan yang lari untuk berkawin di tempat lain kerana adat Perpatih melarang perkahwinan sesuku.
Rombongan | Nama Ketua | Kampung Asal | Perjalanan | Bermastautin |
1 | Datuk Raja dan isterinya Tok Seri |
Tidak pasti. | Singgah di Siak kemudian ke Johor. Dari Johor, mereka ke Naning dan terus ke Rembau |
Londar Naga (Kampung Galau) |
2 | Datuk Rajo Kuga | dari keluarga Datuk Bandaro Penghulu Alam Sungai Tarok |
(mungkin melalui Melaka) | Kampung Sungai Layang |
3 | Sutan Sumanik dan Johan Kebesaran |
keluarga Datuk Mangkudun Sati di Sumanik, Batu Sangkar |
Melalui Siak, Melaka dan Rembau | Tanjung Alam (Gunung Pasir) |
4 | Datuk Putih | Sarilamak, Payakumbuh | (mungkin melalui Melaka) | Seri Menanti (yang menamakan tempat tersebut) |
5 | Datuk Lelo Balang | Batu Hampar, Payakumbuh Pengiringnya juga ada yang datang dari Mungka |
(mungkin melalui Melaka) | Rembau |
6 | Datuk Laut Dalam | Batu Hampar, Payakumbuh Adik kepada Datuk Lelo Balang |
(mungkin melalui Melaka) | Rembau |
? | Sheikh Ahmad | Tidak pasti asal di Minangkabau | (mungkin melalui Melaka) Meninggal pada tahun 872H (1467 Masehi) |
Port Dickson |
Nota Tambahan:
Se awal tahun 1390 suku bangsa Minangkabau telah menjejakkan kaki ke pesisiran Kalimantan Utara diketuai oleh Datuk Bagindo. Keturunannya bukan sahaja menetap di Sarawak tetapi terdapat juga di Berunai dan Pulau Sulu di Filipina dan mendirikan kerajaan Sulu pada tahun 1410.
Pada tahun 1550, Raja Minangkabau telah menerima utusan dari Melaka dan mengirim pula sembilan (9) orang utusan ke Melaka. Di antaranya ialah:
- Tuanku Arifinsyah yang kemudiannya menetap di Terengganu
- Tan Sri Abdul Kadir yang kemudiannya menetap di Patani, Kedah,
- Tan Sri Maharaja Besar yang kemudiannya menetap di Johor.
Pada tahun 1630, puteri kepada Raja Sri Sultan Malapersyah iaitu Puteri Gumala Intan berkahwin dengan Sultan Ibrahim (Raja Aceh).
Sumber:
Minang XT Gem Dot Com
Kerajaan Air Pura - Hubungan Diplomatik
+ comments + 1 comments
Sebab yang ke-4 mungkin tidak sepenuhnya benar. Karena tidak semua kampung/suku di Minangkabau mengamalkan adat Perpatih. Di kampung/suku yang mengamalkan adat Tumenggung (di Minangkabau disebut laras Koto-Piliang atau kaum Datuk Katumanggungan) tidak berlaku larangan berkawin satu suku. Dan adat ini diamalkan di banyak kampung di kawasan Tanah Datar (Pagarruyung) dan Agam. Jadi mereka boleh berpindah kampung ke kampung kaum yang lain kalau ingin berkawin.
Post a Comment
Nak komen tu komen gak tapi agak agaklah sikiek yo. hehehe