Terjemahan bebasnya = rang sumando (menantu lelaki)
Orang Semenda di letakkan di dalam 4 kategori,
- Lapiak buruak - Walaupun tidak mendatangkan masaalah kepada puak/suku/keluarga, Menantu seperti ini tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada keluarga.
- Langau hijau - Selain berbau cuma menumpang makan. Tidak berguna dan cuma bawa kuman. Maksudnya menantu yang tidak mempunyai pekerjaan/harta dan membawa pengaruh yang tidak baik.
- Kacang miang - Kacang yang sudah tidak sedap dimakan. Menantu seperti ini ialah jenis menantu yang berubah selepas kahwin walaupun pada mulanya dia seorang menantu yang baik. Mungkin sebelum kawin dia pandai berpura-pura menunjuk baiknya.
- Niniak mamak
- Menantu yang bertanggungjawab dan mengambil peduli
terhadap lingkungannya. Dia tidak hanya mengurus anak dan isterinya saja,
tetapi juga bertanggungjawab terhadap suka dan duka yang dialami saudara-saudara
isteri beserta anak cucunya dan anggota
kaum lainya.Ia sangat peduli dengan kesulitan kaum. Perilakunya
disenangi dan disegani. Niniak Mamak merasa terbantu kerana dia ikut
membimbing yang kecil dan yang muda.
Ia menjadi : "Rang sumando nan tinggi tampak jauh. Nan dakek jolong basuo." (Yang tinggi nampak jauh, yang dekat nampak besar)
- Apak Paja - Menantu seperti ini memang tidak memberi erti kepada persekitaran masyarakat dan keluarga kerana hanya mengharap mereka menambahkan zuriat sahaja tanpa boleh dipertanggungjawabkan atas sebarang tugas. Mereka tidak mengambil peduli apa yang berlaku di dalam masyarakat isterinya tetapi mengambil berat dengan sebarang kejadian di dalam masyarakat ibunya sahaja.
- Gadang Malendo - Telah menjadi tradisi kepala adat sesuatu puak itu diterajui oleh saudara lelaki terutamanya 'mamak' (bapa saudara) sebelah perempuan di dalam sesuatu masyarakat. Namun begitu berlaku juga peralihan teraju ini apabila kepala adat diambil alih oleh menantu lelaki. Perkara seperti ini biasa berlaku di penempatan Minangkabau yang bermastautin di perantauan.
+ comments + 1 comments
tq
Post a Comment
Nak komen tu komen gak tapi agak agaklah sikiek yo. hehehe