Talapeh entri?
Co caghik MENU kek ateh nun
Powered by Blogger.
Blog Ex-SMDKP Boys n Girls ini adalah kesinambungan kepada kumpulan Facebook Boys n Girls. Maklumat yang dikumpulkan di sini adalah sumbangan daripada bekas pelajar SMDKP/SMKDKP untuk dikongsi bersama.

Buat Duit Mudah?

Anda hanya perlu mengisi Borang Soal Selidik (Survey Forms) dan dapat duit!

Peringkat permulaan ini PERCUMA! Bila saya dah mula buat website panduan nanti anda kena bayar. hehehehe

Jangan tunggu lama-lama.Daftar sekarang!
Klik DI SINI

berita entri

About

Kok ado yang alah sampai siko, tulihlah komen ko umpek ko apo ko supayo kami tau ado antu ko ghimau ko yang mambaco bondo Allah kek siko.
Blog ini adolah cadangan daghi Abah Warisan (Dr Aziz Kasim) yang mulo ea ingin menobit an buletin bulanan. Tujuan ea iyolah untuok mangumpo an maklumat-maklumat baguno jo santai supayo dapek di kungsi dek kengkawan yang lain.

Dek itu kek sia yang ingin menyumbang artikel jo maklumat memang ditunggu. Sumbangan bulieh dihanta kek emel den arizan.usana@gmail.com.

Bagi bakeh palaja SMDKP/SMKDKP yang alah punyo blog ea sandighi, bulieh yo tingga an alamat blog kek memano komen supayo dapek ditanjo an.

Nak tau caghito baghu, masuok an emel kek ateh "SUPPORT MY SPONSOR". Bukan ea kek sabalah kanan "Topics" tu
>

Perkahwinan Minang - Malam Berinai

Thursday, March 14, 2013

Mandi Berlangir
  • Mandi belangir ialah menggunakan limau dan juga bunga-bungaan.  
  • Terdapat beberapa tempat di Minangkabau yang melakukan adat mandi berlangir pada sebelah petang yang menyerupai acara siraman dalam perkahwinan orang Jawa. Di beberapa tempat di Malaysia seperti di Johor, Melaka, dan Negeri Sembilan juga masih ada yang mengamalkan tradisi ini.
  • Berbeza mandi pengantin dengan sesetengah budaya termasuk di Sabah dan Sarawak, mandi berlangir orang Minangkabau hanya dilakukan di kalangan sanak saudara yang perempuan. Walaupun bapa atau bapa-bapa saudara yang layak menjadi wali juga dibenarkan tetapi kurang mendapat sambutan walaupun hanya memercikkan sedikit sahaja.
  • Begitu juga dengan penyertaan pengantin. Di tempat-tempat lain, penyertaannya adalah pasangan pengantin itu sendiri sedangkan mandi berlangir orang Minangkabau hanya melibatkan pengantin perempuan sahaja.

Malam Berinai/Malam Bainai
  • Merupakan kemuncak debaran seorang gadis sebelum dinikahkan.
  • Berinai ialah meletakkan tanda merah di jari sebagai tanda seseorang itu baru berkahwin dengan menggunakan sejenis daun inai yang ditumbuk dan dibasahkan. Lebih bagus sekiranya daun tersebut dicampurkan dengan sedikit nasi supaya memudahkan ia melekat.
  • Malam berinai lazimnya diadakan satu malam sebelum majlis persandingan. Mengikut kelaziman dahulu di mana majlis pernikahan dan persandingan diadakan serentak pada hari yang sama maka tajuk ini didahulukan sebelum majlis akad nikah.
  • Mengikut amalan dulu malam berinai adalah malam di mana pengantin perempuan diinaikan oleh saudara mara dan sahabat handai yang perempuan.
    Namun begitu perlu ada seseorang yang mahir dalam perkara ini untuk memberi tunjuk ajar atau bimbingan kepada mereka yang ingin menginaikan pengantin. Bagi mereka yang berhajat mungkin dibenarkan untuk menginai satu jari atau tempat-tempat tertentu.
  • Adakalanya sebelum acara menginai pengantin di penghujung malam, terlebih dahulu diadakan persandingan pengantin perempuan dengan memakai beberapa busana untuk membiasakan diri. Dengan cara ini, rasa gementar di hari persandingan akan berkurangan atau terus hilang.
    Amalan ini masih dibuat di beberapa tempat sekadar untuk mengambil gambar pengantin dalam berbagai gaya dan busana.
  • Perlu diingat bahawa kedua-dua acara ini tidak melibatkan pengantin lelaki kerana biasanya kedua mereka masih belum dinikahkan ketika ini.
  • Ada juga beberapa kelumpok di Melaka yang menjemput pengantin lelaki untuk sama diinaikan dengan syarat mereka telah dinikahkan lebih awal. Walau bagaimana pun kedua pengantin ini tidak akan disandingkan bersama pada Malam Berinai. Cara ini tidak ada di dalam adat Minangkabau.

Perkahwinan Minang - Menjemput

Monday, March 11, 2013

Menjemput:
  • Terdapat sedikit perbezaan acara menjemput di antara bakal pengantin lelaki dan bakal pengantin perempuan.
  • Adalah sesuatu kemestian bagi bakal pengantin lelaki sendiri pergi menjemput sanak saudaranya. Ini disebabkan bakal pengantin lelaki perlu meminta izin dan restu keluarganya terutama ketua-ketua adat di tempatnya, bapa-bapa saudara dan orang-orang tertentu yang mempunyai kepentingan dalam adat. Adat ini dinamakan Minta Izin.
  • Bagi pihak perempuan pula cukup sekadar menghantar wakil kerana mengikut adat, perempuan selalunya dipingit kecuali yang sudah berumahtangga. Wakil terdiri daripada kaum keluarga yang terdekat untuk menjemput sanak saudara. Adat ini juga dikenali dengan adat Manghanta Sirieh/Menghantar Sireh.
  • Untuk menjemput jiran tetangga atau teman-teman, kedua-dua pihak dibenarkan menghantar wakil sahaja.
    Aku masih ingat lagi satu ketika dahulu aku mengikut pergi menjemput. Kami membawa tepak sireh berbungkus kain dan rokok pucuk bersama tembakau. Biasanya jemputan kami singgah ditangga sahaja atau dipangkin bawah pokok di depan rumah kerana perlu menjemput ramai lagi. Tak sempat minum. hehehehe

Perkahwinan Minang - Meminang

Meminang:
  • Pertunangan adalah satu kontrak perjanjian sebuah perkahwinan. Kerana itu deraf perjanjian itu hendaklah dimuktamadkan dahulu sebelum ianya diikat secara rasmi dalam ikatan yang diberi nama Pertunangan. Sekiranya deraf perjanjian tidak dimuktamadkan oleh wakil-wakil risik, acara pertunangan ini akan berpanjangan atau sukar mendapat kata sepakat. Kemungkinan acara pertunangan ini terpaksa diulang semula pada masa lain.
  • Biasanya, rombongan peminangan akan dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua pihak seperti ibubapa, bapa saudara, adik beradik dan sebagainya sebagai saksi.
  • Menggunakan seorang wakil setiap satu pihak untuk mengemudikan acara ini. Selalunya wakil akan mendapat maklumat terlebih dahulu dari wakil merisik segala persetujuan yang telah dicapai sebelum ini. Oleh itu, istiadat meminang ini lebih berbentuk persembahan dari apa yang telah dipersetujui kedua-dua pihak.
  • Wakil yang berhajat akan memulakan dengan membuka sireh adat dan mempelawa wakil pihak yang dihajati. Sireh merupakan perlambangan adat yang membawa maksud kehidupan. Di dalam sireh terdapat bermacam-macam rasa seperti disebut dalam pepatah:

  • Malamar/Melamar  bererti membuat lamaran secara rasmi dengan ketertiban dan beradat.
  • BaretongBerhitung bererti melakukan memperhalusi kata sepakat yang telah dibuat oleh wakil-wakil sebelum ini.
  • Manakuak Hari/Menentu Hari bererti menentukan hari penyatuan itu akan dilaksanakan bersesuaian dengan keadaan masing-masing.
  • Seperkara yang penting di dalam acara pertunangan ialah syarat mungkir yang perlu dipersetujui. Mengikut yang biasa diamalkan, sekiranya pihak lelaki mungkir maka barang tanda termasuk cincin, wang hantaran, hadiah iringan dan sebagainya akan luput. Dan sekiranya pihak perempuan yang mungkir maka pihak perempuan hendaklah memulangkan sireh junjung bersama barang tanda yang digandakan termasuk wang hantaran. Contohnya, dua bentuk cincin.
    Namun, kebiasaan amalan atau pun adat sekalipun masih boleh diubah dengan syarat diperakui satu perjanjian baru dengan syarat "walau menongkah arus tapi jangan mengempang badai".
  • Apabila sesuatu ikatan pertunangan itu telah dibuat secara rasmi barulah disebut sebagai pepatah di bawah ini:

Barang-barang yang dibawa:
  • Tepak sirih lengkap adalah keperluan adat dalam acara ini. Tepak sirih lengkap dengan kapur, pinang dan gambir.
  • Tanda pertunangan seperti cincin, rantai atau gelang. Cincin merisik biasanya akan dipulangkan dan digantikan dengan cincin pertunangan. Namun begitu, cincin merisik boleh juga dijadikan hadiah sekiranya pihak yang berhak tadi berhasrat sedemikian
  • Dulang iringan mengikut jumlah ganjil. Pihak perempuan akan menyediakan tambahan dua dulang sebagai balasan.
  • Adakalanya dulang iringan diisi dengan barang-barang pusaka yang menunjukkan kebesaran dan kemuliaan keturunan sesuatu keluarga. Barang-barang seperti ini akan dipulangkan dalam satu acara yang dinamakan Penutup Adat/Memulangkan Tanda.

Contoh pantun meminang:
1. Versi Bahasa Melayu
2. Versi Minangkabau

Perkahwinan Minang - Merisik

Saturday, March 9, 2013

Merisik:
  • Merisik lebih merupakan usaha mencari calun atau menjejak calun. Umumnya di Minangkabau, usaha merisik ini dilakukan oleh wakil-wakil pihak perempuan tetapi ianya bukanlah sesuatu kemestian. Urusan ini tidak boleh disamakan dengan perumpamaan "perigi mencari timba" kerana perumpamaan tersebut lebih merujuk kepada pergaulan di antara lelaki dengan perempuan.
  • Merisik juga boleh dilakukan oleh wakil pihak lelaki berdasarkan pepatah:
  •  
  • Berdasarkan keadaan semasa, pasangan yang ingin berkahwin mungkin telah mengenali antara satu sama lain berbanding di zaman dahulu di mana wakil merisik ini yang akan terlebih dahulu cuba mengenali pasangan atau calun. Oleh itu, mungkin ada di antara kita yang menyatukan acara merisik dengan meminang. Namun begitu, acara ini masih elok dilakukan berasingan.
  • Biasanya, satu barang tanda akan ditinggalkan yang boleh diibaratkan sebagai "tempahan" apabila terdapat persetujuan. Biasanya barang tanda itu ialah sebentuk cincin atau seutas rantai kepunyaan keluarga terdekat seperti ibu atau kakak kepada pihak yang berhajat. Biasa juga acara ini disebut sebagai "Menghantar Tanda".
  • Selepas mendapat persetujuan pihak yang dirisik, pihak wakil tadi akan kembali membawa khabar gembira tersebut kepada keluarga yang berhajat untuk merundingkan tarikh pertunangan.
  • Acara merisik ini tidak semestinya berlaku sekali sahaja. Mungkin ianya berulangkali untuk merundingkan beberapa perkara sebelum satu pertemuan rasmi diadakan di antara kedua-dua keluarga. Ini bermakna acara merisik ini lebih kepada membuat deraf perjanjian yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak sebelum dirasmikan dalam satu majlis yang dinamakan PERTUNANGAN.
  • Sekiranya di dalam tempoh merisik ini salah satu pihak membatalkan hasrat mereka maka "tanda" tersebut akan dipulangkan kerana ianya bukanlah satu pemberian yang muktamad.
  • Di dalam risikan, wakil akan berunding beberapa perkara asas seperti:
    1. Tarikh pertunangan
    2. Maskawin:
      Lain tempat lain jumlahnya
    3. Wang hantaran:
      Sama ada dihantar separuh masa pertunangan atau penuh atau mengiringi pengantin semasa akad nikah.
    4. Dulang iringan
      Mengikut adat, perempuan akan membalas dengan tambahan dua dulang dari yang dihantar lelaki.

Perkahwinan Minang - Carta

Bila bercerita tentang perkahwinan, terdapat banyak "adat" yang diamalkan di Malaysia. Namun begitu, aturan adatnya masih lagi tidak jauh berbeza. Cuma, mungkin dewasa ini, adat hanya tinggal pada nama sahaja sedangkan tidak dipraktikkan sepenuhnya. Ini disebabkan kebanyakkan kita mengambil ringkas dengan melalukan PINTASAN ADAT yang menyebabkan kemeriahannya semakin hambar. Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
  1. Masaalah kewangan
  2. Masaalah kesuntukan masa
  3. Masaalah kurangnya tenaga sokongan
  4. Masaalah kurangnya kefahaman tentang adat itu sendiri
Akhirnya kita akan melihat satu perkahwinan yang dilangsungkan berdasar kepada "orang lain pun buat macam itu."

Apabila aku menyemak semula aturan beberapa adat perkahwinan, aku membuat kesimpulan bahawa adat perkahwinan cara Minangkabau masih lagi mempunyai aturan yang lengkap. Mungkin dengan mempraktikkan sebahagian daripadanya akan dapat mengembalikan kemeriahan dan kegemilangan yang pernah berlaku satu masa dahulu. Namun begitu, kerjasama semua pihak seperti keluarga dan masyarakat adalah perlu.

Di sini aku akan cuba menerangkan secara ringkas aturan adat tersebut. Perinciannya akan aku huraikan di dalam tajuk-tajuk khas. Sila rujuk dahulu carta di bawah ini:

 Hebat, bukan?

Merisik:
  • Merisik lebih merupakan usaha mencari calun atau menjejak calun. Umumnya di Minangkabau, usaha merisik ini dilakukan oleh wakil-wakil pihak perempuan tetapi ianya bukanlah sesuatu kemestian. Urusan ini tidak boleh disamakan dengan perumpamaan "perigi mencari timba" kerana perumpamaan tersebut lebih merujuk kepada pergaulan di antara lelaki dengan perempuan.

Meminang:
  • Pertunangan adalah satu kontrak perjanjian sebuah perkahwinan. Kerana itu deraf perjanjian itu hendaklah dimuktamadkan dahulu sebelum ianya diikat secara rasmi dalam ikatan yang diberi nama Pertunangan
Menjemput Saudara Mara:
  • Bagi bakal pengantin lelaki, dia sendiri akan pergi menjemput saudara mara untuk memberitahu hari langsung perkahwinan. Ianya adalah adat memohon restu terutama daripada saudara terdekat pertalian darah. Kebanyakan tempat di Minangkabau memanggil adat ini Adat Meminta Izin.
  • Bagi bakal pengantin perempuan pula, jemputan ini akan dilakukan oleh saudara perempuannya yang telah berumahtangga memandangkan pada ketika itu anak gadis dipingit di dalam rumah dan tidak bebas keluar. Adat ini juga dikenali dengan panggilan Adat Menghantar Sirih.
Babako Babaki:
  • Adat ini hanya ditujukan kepada bakal pengantin perempuan. Bakal pengantin akan bermalam di rumah bapa-bapa saudara sebelah ayahnya untuk memohon restu dan panduan.
Berinai
  • Malam berinai biasanya dibuat pada malam sehari sebelum akad nikah dijalankan. Inai adalah tanda bahawa seseorang itu baru dimiliki. Adakalanya majlis berinai di adakan serentak dengan mandi limau dan bunga pada sebelah petangnya supaya pengantin berbau harum
Akad Nikah/Persandingan
  • Mengikut kebiasaan dahulu, akad nikah dijalankan pada pagi hari yang sama dengan hari langsung/persandingan tetapi sekarang ianya selalu diadakan lebih awal atas sebab yang tertentu seperti masa kelapangan jurunikah/kadhi dan sebagainya.
Bertandang
  • atau juga dikenali dengan Manjalang. Buruk juga bunyinya, kan? hehehe.. Ada yang memanggilnya Manjalang Mintua atau Menjenguk Mertua. Adat ini dilakukan untuk membalas kunjungan keluarga pengantin lelaki.
Penutup Adat
  • Akhir sekali dalam carta ini ialah Penutup Adat. Ketika ini beberapa acara dilakukan seperti Mamulang Tando, Malewakan Gala Marapulai, Balantuang Kaniang, Mangaruak Nasi Kuniang dan Bamain Coki. Acara ini lebih merupakan pesta untuk merapatkan kemesraan kedua pengantin yang kemungkinan tidak pernah berkenalan sebelum berkahwin. Di samping itu ianya digunakan untuk memulangkan beberapa peralatan yang digunakan seperti peralatan semasa bertunang dan dulang iringan semasa persandingan.

Asas Adat Minang

Saturday, March 2, 2013

Di Malaysia, bila bercakap pasal adat seringkali kita dengar nama Adat Perpatih atau Adat Negeri Sembilan yang akan timbul. Ini disebabkan adat tersebut masih diamalkan hampir sepenuhnya oleh penduduk di sesuatu kawasan yang masih kuat memegang adat seperti di Rembau, Kuala Pilah, Rantau dan beberapa tempat lagi.

Malahan, kalau dikutip amalam adat perkahwinan di antara puak-puak Melayu di Malaysia ini ternyata banyak persamaannya:
  1. Merisik
  2. Meminang
  3. Majlis Pernikahan dan persandingan
  4. Majlis bertandang
Ini tidak termasuk dengan adat menghormati orang lain. Adat kunjung mengunjung. Ada berpenghulu di kampung-kampung. Adat menguruskan masyarakat dan bermacam-macam lagi. Cuma, Adat Perpatih dan Adat Temenggung masih lagi mengekal aturan adatnya.

Bila bercakap pasal Adat Orang Minang ini aku rasa lagi baik aku gunakan Bahasa Melayu. Mungkin ada di kalangan orang Minang di Malaysia ini semakin kurang kefahamannya dengan loghat Minang kerana telah lama merantau atau tidak dibiasakan oleh keluarga dari kecil. Bukan aku menuduh mereka ini lupa asal-usul kerana ramai yang masih megah mengaku orang Minang walaupun mereka tidak boleh cakap dalam loghat tersebut.


Bukan niat hati hendak mengajar tapi kerana tertariknya aku pada adat ini menyebabkan aku mula mencari, memahami dan menyayangi. Semuga adat ini tidak hanyut dan tercemar oleh peredaran masa seperti yang ditakuti oleh pusaka adat:



Kalau di  Malaysia ini seringkali adat orang Minang dikaitkan dengan Adat Perpatih di Negeri Sembilan. Walaupun adat Perpatih itu di bawa dari Tanah Minang tetapi ianya telah diubahsuai mengikut kesesuaian dan keperluan sesuatu tempat seperti yang dinyatakan di bawah ini:


Jadi, bolehkah kita mengatakan adat ini ketinggalan zaman?
Ternyata adat ini begitu flexible, bukan? Mengapa? Tak Pecaya?


Menyelami kata-kata adat, pantun, pepatah dan petitih di atas maka kita dapat melihat betapa Adat Minang menggalakan orang-orangnya terus belajar dari kehidupan dan mengatur masyarakat mengikut kesesuaian suapaya ia terus diterima dari generasi ke genarasi.


Begitu juga apabila telah jadi orang yang pandai. Diperingatkan juga untuk tidak membangga diri kerana mencari ilmu itu tidak semudah yang dijangkakan:


Popular Posts

Re-Union 03/09/2011

Ex-Smdkp re-Union 03/09/2011 Slideshow: KetamGila’s trip from Putrajaya, Selangor, Malaysia to Seremban was created by TripAdvisor. See another Seremban slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ex-SMDKP Boys n Girls - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Inspired by Sportapolis Shape5.com
Proudly powered by Blogger