Home » , , , , , » Mengenali Ketumanggungan Dan Perpatih

Mengenali Ketumanggungan Dan Perpatih

Written By Pentadbir on Monday, January 20, 2014 | 11:34 PM

Datuk Ketumanggungan
Merupakan putera dari hasil perkahwinan Puteri Indah Jelita (Puteri Bunga Alam/Puteri Bunga Setangkai) dengan Datuk Sri Maharaja Di Raja putera Sultan Hidayatullahsyah (Raja Rom Timur), kekanda kepada Sultan Zattullahsyah (Raja Air Pura Inderapura).

Sewaktu kecilnya beliau diberi nama Sutan Paduko Basa. Ketika berumur 18 tahun (1165M), beliau diangkat menjadi penghulu dengan gelaran Datuk Ketumanggungan sekaligus menduduki takhta kerajaan Minangkabau.

Datuk Ketumanggungan terkenal kerana menyusun semula adat Minangkabau yang dipanggil Laras Koto Piliang atau dikenali dengan panggilan Adat Temenggung.

Datuk Perpatih Nan Sebatang
Merupakan adinda kepada Datuk Ketumanggungan seibu tetapi berlainan bapa. Ada sumber mengatakan bapanya ialah Sri Sultan Muhamadsyah, suami kedua ibunya. Ada sumber mengatakan bapanya ialah Cati Bilang Pandai (Wisnu Rupakumara) yang merupakan bangsawan Majapahit dan juga penasihat Raja Raden Wijaya (Raja Majapahit).

Sewaktu kecilnya beliau diberi nama Sutan Balun. Nama-nama lain yang dikaitkan dengan beliau ialah Jatang atau Cumatang.

Datuk Perpatih Nan Sebatang terkenal kerana menyusun semula adat Minangkabau yang diterajui oleh kekandanya dengan adat yang dipanggil Laras Bodi Caniago atau dikenali dengan Adat Perpatih.

Maklumat tambahan
Terdapat juga satu lagi adat yang digagaskan oleh adik lelaki dari kedua tokoh di atas ini. Adat tersebut dipanggil Laras Panjang.

Sumber:
Wikipedia - Datuk Ketumanggungan
Wikipedia - Datuk Perpatih Nan Sebatang
Wikipedia - Adat Minangkabau

Daftar emel anda di "Masuok an emel kek siko laa"
untuk mendapatkan entri terbaru dari blog ini!
Share this article :

Post a Comment

Nak komen tu komen gak tapi agak agaklah sikiek yo. hehehe

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2013. Ex-SMDKP Boys n Girls - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger