Home » , , , » Pepatah Adat - Pengurusan Kampung/Negeri

Pepatah Adat - Pengurusan Kampung/Negeri

Written By Pentadbir on Sunday, December 21, 2014 | 2:16 PM


Klik imej untuk paparan jelasMeneliti semula pepatah-petitih, kiasan dan pantun Minangkabau ternyata Adat Perpatih begitu menekankan kemampuan berkomunikasi mengikut protokol. Setiap lapisan dalam masyarakat telah diberikan ketua dan tugas masing-masing. Kuasa dan tanggungjawab setiap lapisan dalam masyarakat diperjelaskan satu persatu supaya keamanan di dalam sesuatu tempat masyarakat itu dapat dipelihara dan dikekalkan.


Elok nagari dek Panghulu.
Bila bercakap mengenai sesuatu negeri maka penghulu atau ketua kampung yang akan diperbualkan. mereka ini mewakili kampung-kampung yang berlindung di bawah satu negeri. Sekiranya elok pengurusan mereka maka eloklah keadaan di penempatan mereka dan negeri tersebut

Rancak kampuong dek nan tuo
Kebiasaannya orang tua dianggap sebagai orang yang berpengalaman, berwibawa dan bijaksana. Kehadiran mereka di penempatan menjadi tempat rujukan dan semangat kepada penduduk.

Elok musajik dek Tuanku
Raja atau Sultan adalah Ketua Agama sesebuah negeri maka perlantikan mereka sebagai payung negeri perlu memenuhi kriteria tertentu selain daripada darah keturunan.

Rancak tapian den nan mudo
Berdasarkan kepada pesekitaran di zaman dulu, tepian sungai merupakan tempat bersukaria orang muda. Keakraban bersama memeriahkan suasana penempatan seperti ketika beramai-ramai membasuh pakaian atau bermandi-manda.

Elok rumahtanggo dek mandeh kanduang
Sapakaik lahia jo batin
Sasuai muluit jo hati
Masyarakat Minangkabau sangat menghargai peranan kaum ibu dalam membina masyarakat generasi baru mereka. Tanggungjawab yang mereka laksanakan dengan keikhlasan mendapat pengiktirafan sehingga pewarisan suku dan tanah adat dibuat mengikut salasilah ibu.

Kamanakan barajo ka mamak
Mamak barajo ka panghulu
Panghulu barajo ka muafakaik
Sistem protokol dan dewan perbincangan telah lama diamalkan oleh orang Minangkabau. Setiap lapisan masyarakat mempunyai perwakilan mereka sendiri untuk mengadu permasaalahan.

Muafakaik badiri kanan bana
Bana badiri sandiri
Nan manuruit aluo dengan patuit
Walau di dalam sesuatu penempatan itu mempunyai ketua ulong malahan seorang sultan sekalipun namun tiada kuasa mutlak yang dimiliki oleh mereka. Adat Minangkabau begitu mengambil berat keputusan bersama dalam menangani sesuatu isu atau pertelingkahan. Kerana itu ditegaskan betapa pentingnya sesuatu muafakat itu sekiranya tiada peruntukan yang telah ditetapkan sebelumnya.

Kerana itu diperjelaskan juga di dalam satu lagi pepatah:
"Walau memegang tampok alam
Kata muafakatlah yang berkuasa"
Dan
"Yang raja kata muafakat
yang benar kata seiya"

(Kalau salah ditegur, ya. Terjemahan tidak mengikut patah kata tetapi mengikut pengertian.) 

Daftar emel anda di "Masuok an emel kek siko laa"
untuk mendapatkan entri terbaru dari blog ini!
Share this article :

Post a Comment

Nak komen tu komen gak tapi agak agaklah sikiek yo. hehehe

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2013. Ex-SMDKP Boys n Girls - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger