- Ada yang memanggil Adat Meminang ini dengan panggilan Batimbang Tando (bertukar tanda)
- Pertunangan adalah satu kontrak perjanjian sebuah perkahwinan. Kerana itu deraf perjanjian itu hendaklah dimuktamadkan dahulu sebelum ianya diikat secara rasmi dalam ikatan yang diberi nama Pertunangan. Sekiranya deraf perjanjian tidak dimuktamadkan oleh wakil-wakil risik, acara pertunangan ini akan berpanjangan atau sukar mendapat kata sepakat. Kemungkinan acara pertunangan ini terpaksa diulang semula pada masa lain.
- Biasanya, rombongan peminangan akan dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua pihak seperti ibubapa, bapa saudara, adik beradik dan sebagainya sebagai saksi.
- Menggunakan seorang wakil setiap satu pihak untuk mengemudikan acara ini. Selalunya wakil akan mendapat maklumat terlebih dahulu dari wakil merisik segala persetujuan yang telah dicapai sebelum ini. Oleh itu, istiadat meminang ini lebih berbentuk persembahan dari apa yang telah dipersetujui kedua-dua pihak.
- Wakil yang berhajat akan memulakan dengan membuka sireh adat dan mempelawa wakil pihak yang dihajati. Sireh merupakan perlambangan adat yang membawa maksud kehidupan. Di dalam sireh terdapat bermacam-macam rasa seperti disebut dalam pepatah:
- Malamar/Melamar bererti membuat lamaran secara rasmi dengan ketertiban dan beradat.
- BaretongBerhitung bererti melakukan memperhalusi kata sepakat yang telah dibuat oleh wakil-wakil sebelum ini.
- Manakuak Hari/Menentu Hari bererti menentukan hari penyatuan itu akan dilaksanakan bersesuaian dengan keadaan masing-masing.
- Seperkara yang penting di dalam acara pertunangan ialah syarat mungkir yang perlu dipersetujui. Mengikut yang biasa diamalkan, sekiranya pihak lelaki mungkir maka barang tanda termasuk cincin, wang hantaran, hadiah iringan dan sebagainya akan luput. Dan sekiranya pihak perempuan yang mungkir maka pihak perempuan hendaklah memulangkan sireh junjung bersama barang tanda yang digandakan termasuk wang hantaran. Contohnya, dua bentuk cincin.
Namun, kebiasaan amalan atau pun adat sekalipun masih boleh diubah dengan syarat diperakui satu perjanjian baru dengan syarat "walau menongkah arus tapi jangan mengempang badai". - Apabila sesuatu ikatan pertunangan itu telah dibuat secara rasmi barulah disebut sebagai pepatah di bawah ini:
Barang-barang yang dibawa:
- Tepak sirih lengkap adalah keperluan adat dalam acara ini. Tepak sirih lengkap dengan kapur, pinang dan gambir.
- Tanda pertunangan seperti cincin, rantai atau gelang. Cincin merisik biasanya akan dipulangkan dan digantikan dengan cincin pertunangan. Namun begitu, cincin merisik boleh juga dijadikan hadiah sekiranya pihak yang berhak tadi berhasrat sedemikian
- Dulang iringan mengikut jumlah ganjil. Pihak perempuan akan menyediakan tambahan dua dulang sebagai balasan.
- Adakalanya dulang iringan diisi dengan barang-barang pusaka yang menunjukkan kebesaran dan kemuliaan keturunan sesuatu keluarga. Barang-barang seperti ini akan dipulangkan dalam satu acara yang dinamakan Penutup Adat/Memulangkan Tanda.
Contoh pantun meminang:
1. Versi Bahasa Melayu
2. Versi Minangkabau
Post a Comment
Nak komen tu komen gak tapi agak agaklah sikiek yo. hehehe