Home » , , , , » Luhak-Luhak di Negeri Sembilan

Luhak-Luhak di Negeri Sembilan

Written By Pentadbir on Thursday, August 13, 2015 | 9:11 PM

Dipetik dari buku:
Sistem Sosial Adat Perpatih
Dr. Nordin Selat
Buku Utusan


Luhak atau sering disebut sebagai Luak adalah jajahan sesuatu pentadbiran. Luhak bertaraf dan bertindak sebagai sebuah negeri dengan diterajui oleh Undang dan Penghulu Luhak. Luhak berhak menentukan pentadbirannya sendiri dan berhak menentukan samada ingin bersendirian atau bernaung dengan negeri-negeri yang mempunyai Sultan.

Negeri Sembilan pada asasnya ditubuhkan dengan gabungan sembilan Luhak/Negeri utama. Ini tidak bermakna hanya ada sembilan luhak sahaja yang ada di dalam komposisinya. Terdapat juga luhak-luhak kecil yang menjadi serambi kepada luhak-luhak utama. Komposisi ini juga berubah-rubah mengikut sejarah sebelum ianya menjadi tetap selepas merdeka.

Suatu ketika dulu beberapa luhak seperti Kelang (Selangor), Segamat (Johor), Naning (Melaka) dan beberapa kawasan di Negeri Pahang termasuk dalam Negri Sembilan. Oleh beberapa sebab, luhak-luhak ini beralih arah ke dalam negeri-negeri seperti yang tersebut dalam kurungan.

Terdapat beberapa versi penulis-penulis dan penyelidik sejarah berkenaan dengan luhak-luhak asal di Negeri Sembilan.

Newbold
  1. Segamat,
  2. Johol,
  3. Naning,
  4. Sungai Ujong,
  5. Jelebu,
  6. Rembau,
  7. Kelang,
  8. Ulu Pahang dan
  9. Jelai. 
M. Lister
  1. Segamat,
  2. Johol,
  3. Naning,
  4. Sungai Ujong,
  5. Jelebu,
  6. Rembau,
  7. Kelang,
  8. Pasir Besar dan
  9. Jelai. 
R.J Wilkinson
  1. Segamat,
  2. Inas,
  3. Naning,
  4. Sungai Ujong,
  5. Jelebu,
  6. Rembau,
  7. Kelang,
  8. Ulu Pahang dan
  9. Jelai. 
Winstedt dan Nathan
  1. Sungai Ujong,
  2. Jelebu,
  3. Rembau,
  4. Naning,
  5. Kelang,
  6. Segamat,
  7. Pasir Besar (sekarang Johol),
  8. Jelai (sekarang Inas) dan,
  9. Hulu Pahang (kawasan antara HuIu Serting dengan Temerloh).

Yang Dipertuan Besar bersemayam di Sri Menanti. Mengelilingi Sri Menanti ialah:
  1. Ulu Muar,
  2. Jempol,
  3. Teraci,
  4. Gunong Pasir.
Empat luhak sebelah dalam ini  dipanggil Luhak Tanah Mengandung. Tanah Mengandung membawa pengertian tanah ibunda yang selaras membawa konotasi kawasan tempat bersemayamnya Yang Dipertuan Besar. Yang Dipertuan Besar tidak merupakan ketua Luhak Tanah Mengandung walaupun Sri Menanti dalam luhak Ulu Muar. Penghulu-penghulu di luhak-luhak inilah yang bertanggungjawab menjaga baginda. Mereka mengaku taat setia dengan mengadap. Paling bertanggungjawab sekali ialah Penghulu Ulu Muar. Bila Yang Dipertuan Besar mangkat, adalah menjadi tugas luhak Ulu Muar untuk membawa berita itu kepada Undang Yang Empat.
 Mengelilingi di sebelah luar luhak-luhak ini pula ialah empat luhak utama:
  1. Sungai Ujong,
  2. Jelebu,
  3. Johol,
  4. Rembau.
Empat luhak utama inilah yang dipanggil Undang Yang Empat dan membentuk satu ikatan adat (Rujuk Suku-Suku Minangkabau di sini). Keempat-empatnya ada persangkutannya dengan empat buah Luhak Tanah Mengandung. Luhak Tanah Mengandung merupakan serambi bagi luhak yang empat itu.
  1. Serambi Sungai Ujong ialah Terachi, 
  2. Serambi Jelebu ialah Jempol
  3. Serambi Johol ialah Ulu Muar,
  4. Serambi Rembau ialah Gunong Pasir.
Wakil dari Ulu Muar ke luhak yang empat ditemani oleh wakil dari serambi luhak itu. Contoh, kalau
  1. ke Sungai Ujung, Datuk Paduka Besar (Ulu Muar) dan Raja Di Muda (Terachi);
  2. ke Jelebu, Orang Kaya Bongsu (Ulu Muar) dan Datuk Lela Raja (Jempol);
  3. ke Johol, Sri Menanti (Ulu Muar) dan Datuk Andika (Johol);
  4. ke Rembau, Datuk Senara Muda (Ulu Muar) dan Paduka Sri Maharaja (Gunong Pasir),
Kesimpulannya, ada 9 luhak semuanya. Di tengah-tengah Sri Menanti, kemudian dililit oleh 4 luhak di sebelah dalam dan 4 luhak di sebelah luar.

Empat luhak yang lain iaitu Inas, Gemencheh, Ayer Kuning dan Linggi termasuk juga dalam Luhak Tanah Mengandung. 'I'etapi luhak-luhak ini bersama 'I'ampin tak dikira dalam pola ideal terutama dalam menentukan Yang Di Pertuan Besar.

Di antara empat luhak yang utama, paling kanan sekali ialah luhak Sungai Ujong. Undang Sungai Ujong merupakan ketua dan jurubicara bagi Undang yang tiga lagi. Beliaulah yang merasmikan perlantikan 'Yang Dipertuan Besar.
 
Berdasarkan giliran mengadap waktu upacara pertabalan Yang Dipertuan Besar, hiraki luhak itu adalah seperti berikut:
  1. Sungai Ujong 
  2. Jelebu
  3. Johol 
  4. Rembau
  5. Ulu Muar
  6. Jempol 
  7. Terachi 
  8. Gunong Pasir
  9. Inas (rujuk sejarah Luhak Inas)(Kampung Inas)
  10. Gemencheh
  11. Ayer Kuning
  12. Linggi.
  • Sri Menanti terkeluar kerana ketuanya adalah Yang Dipertuan Besar sendiri.
  • Tampin pula yang diketuai oleh Tengku Besar seolah-olah berdiri dengan sendirinya walaupun bernaung di bawah Negeri Sembilan.
Negeri Sembilan kini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu yang mengamalkan Adat Perpatih dan yang tidak mengamalkan Adat Perpatih. Kebanyakan bahagian yang tidak mengamalkan Adat Perpatih ini samada mengamalkan Adat Temenggung (Ketumangungan), mengamalkan cebisan adat yang bercampur-aduk atau tidak mempraktikkan sebarang adat.

Bahagian yang tidak mengamalkan adat pepatih terdiri daripada sebahagian besar daerah Port Dickson, iaitu meliputi kawasan Linggi, Lukut dan kawasan pingir pantai Selat Melaka.
Wilayah Negeri Sembilan yang mengamalkan adat pula terdiri daripada daerah Seremban, Tampin, Kuala Pilah, Jempol dan Jelebu.

Di samping perbezaan sistem adat di sebahagian besar daerah Port Dickson dan daerah-daerah lain di Negeri Sembilan, terdapat juga kelainan sistem adat dalam kalangan luak tradisi Adat Perpatih. Berdasarkan sistem politik tradisi wilayah adat perpatih, 
Negeri Sembilan kini dapat dibahagikan kepada tiga, iaitu:
  • Wilayah Luak Berundang
  • Wilayah Luak Tanah Mengandung
  • Wilayah Luak Tampin
Sebelum dijajah Inggeris, luak-luak ini bertaraf negeri dan mempunyai kuasa mutlak dengan Undang dan Penghulu menjadi pemimpin.

Wilayah adat yang diperintah Undang atau Penghulu Luak Adat yang ada ialah:
  1. Sungai Ujong,
  2. Jelebu,
  3. Rembau,
  4. Johol,
  5. Inas,
  6. Jempol,
  7. Gunung Pasir,
  8. Ulu Muar,
  9. Terachi, dan
  10. Naning (Melaka).
rujuk juga Pentadbiran Luhak

Daftar emel anda di "Masuok an emel kek siko laa"
untuk mendapatkan entri terbaru dari blog ini!
 

Share this article :

Post a Comment

Nak komen tu komen gak tapi agak agaklah sikiek yo. hehehe

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2013. Ex-SMDKP Boys n Girls - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger