Merisik:
- Merisik lebih merupakan usaha mencari calun atau menjejak calun.
Umumnya di Minangkabau, usaha merisik ini dilakukan oleh wakil-wakil
pihak perempuan tetapi ianya bukanlah sesuatu kemestian. Urusan ini
tidak boleh disamakan dengan perumpamaan "perigi mencari timba" kerana
perumpamaan tersebut lebih merujuk kepada pergaulan di antara lelaki
dengan perempuan.
- Merisik juga boleh dilakukan oleh wakil pihak lelaki berdasarkan pepatah:
-
- Berdasarkan keadaan semasa, pasangan yang ingin berkahwin mungkin telah
mengenali antara satu sama lain berbanding di zaman dahulu di mana wakil
merisik ini yang akan terlebih dahulu cuba mengenali pasangan atau
calun. Oleh itu, mungkin ada di antara kita yang menyatukan acara
merisik dengan meminang. Namun begitu, acara ini masih elok dilakukan berasingan.
- Biasanya, satu barang tanda akan ditinggalkan yang boleh diibaratkan
sebagai "tempahan" apabila terdapat persetujuan. Biasanya barang tanda
itu ialah sebentuk cincin atau seutas rantai kepunyaan keluarga terdekat seperti ibu atau
kakak kepada pihak yang berhajat. Biasa juga acara ini disebut sebagai "Menghantar Tanda".
- Selepas mendapat persetujuan pihak yang dirisik, pihak wakil tadi akan kembali
membawa khabar gembira tersebut kepada keluarga yang berhajat untuk
merundingkan tarikh pertunangan.
- Acara merisik ini tidak
semestinya berlaku sekali sahaja. Mungkin ianya berulangkali untuk
merundingkan beberapa perkara sebelum satu pertemuan rasmi diadakan di
antara kedua-dua keluarga. Ini bermakna acara merisik ini lebih kepada
membuat deraf perjanjian yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak sebelum dirasmikan dalam satu majlis yang dinamakan PERTUNANGAN.
- Sekiranya di dalam tempoh merisik ini salah satu pihak membatalkan
hasrat mereka maka "tanda" tersebut akan dipulangkan kerana ianya
bukanlah satu pemberian yang muktamad.
- Di dalam risikan, wakil akan berunding beberapa perkara asas seperti:
- Tarikh pertunangan
- Maskawin:
Lain tempat lain jumlahnya
- Wang hantaran:
Sama ada dihantar separuh masa pertunangan atau penuh atau mengiringi pengantin semasa akad nikah.
- Dulang iringan
Mengikut adat, perempuan akan membalas dengan tambahan dua dulang dari yang dihantar lelaki.
Post a Comment
Nak komen tu komen gak tapi agak agaklah sikiek yo. hehehe