Home » , , » Status Harta Adat Perpatih

Status Harta Adat Perpatih

Written By Pentadbir on Tuesday, December 16, 2014 | 2:42 PM

Bila bercakap pasal harta, ramai yang fobia dengan Adat Perpatih dan perempuan Negeri Sembilan seperti yang diceritakan dalam lagu "Gadis Jolobu". Lebih menyayat hati bila dituduh perempuan Negeri Sembilan suka membolot harta suami dan apabila bercerai, sang suami akan keluar rumah sehelai sepinggang. Perkara sebegini berlaku apabila kurangnya kefahaman orangramai tentang Adat Perpatih itu sendiri.

Tiga kategori harta di dalam Adat Perpatih:
  1. Harta Dapatan
  2. Harta Bawaan
  3. Harta Carian
Terdapat bermacam-macam harta yang boleh dikategorikan sebagai harta bernilai. Di antaranya ialah barang kemas, perniagaan, wang, perabut/peralatan dapur, tanah, rumah dan sebagainya. Untuk memudahkan kefahaman biarlah kita bercerita mengenai tanah sahaja kerana harta-harta yang lain tersebut mempunyai isu-isu remeh seperti:
  1. Barang kemas dan perabut/peralatan dapur - boleh dijual, dipajak atau dilupuskan
  2. Perniagaan -  terikat dengan undang-undang sivil
  3. Rumah - terikat dengan pajakan 99 tahun
  4. Wang -  boleh habis begitu sahaja.
Harta Dapatan
Klik untuk besarkan imejHarta Dapatan  atau lebih dikenali dengan nama Tanah Adat hanya melibatkan harta warisan perempuan. Harta ini tidak boleh dijual sama sekali.

Suami tidak mempunyai sebarang hak untuk mempertikaikan harta tersebut dan harta ini tidak boleh dijual atau dipindahmilik kepada sesiapa kecuali pewaris yang berhak. Walau bagaimana pun suami boleh mengusahakan tanah tersebut dengan keizinan isteri. Pendapatan dari usaha tersebut boleh dibahagikan mengikut nisbah yang dipersetujui. Dengan cara ini suami boleh membeli atau menambah hartanya sendiri.

Harta ini diwariskan turun temurun kepada anak perempuan sahaja. Isu berbangkit apabila pasangan tersebut tidak mempunyai anak perempuan. Mengikut Adat Perpatih harta tersebut hendaklah diwariskan kepada anak saudara perempuan dari sebelah si isteri. Dengan cara ini adat dapat mengekalkan harta tersebut di dalam keluarga turun-temurun. Di samping itu, masa depan pewaris perempuan akan terjamin walaupun berpisah dengan suami samada disebabkan kematian atau bercerai. Kerana itu, pewarisan suku adalah mengikut suku ibu yang bermakna hartanah tersebut akan kekal di dalam suku tersebut.

Harta Bawaan
Klik untuk besarkan imejHarta Bawaan ialah harta yang dimiliki sebelum sesuatu perkahwinan. Harta ini boleh diberikan kepada pasangan masing-masing samada sebahagian atau keseluruhannya.

Sekiranya berlaku perceraian, harta ini tidak boleh dituntut oleh pihak yang lagi satu kerana ia merupakan pencarian persaorangan sebelum berkahwin.

Apabila berlaku kematian, harta ini akan dibahagikan secara wasiat dan faraid.

Harta Carian
Klik untuk besarkan imej Harta Carian adalah harta yang diperolehi selepas perkahwinan. Harta ini merupakan pendapatan bersama termasuk hasil keuntungan yang diusahakan dari Harta Dapatan dan Harta Bawaan. Harta ini boleh diberikan kepada anak-anak dengan persetujuan kedua-duanya sekali.

Sekiranya berlaku perceraian, pasangan tersebut layak mendapat separuh bahagian setiap seorang. Dan, apabila berlaku kematian kepada salah seorang daripada pasangan tersebut, harta ini akan dimiliki sepenuhnya oleh pasangan yang tinggal.

Seperti Harta Dapatan, harta ini akan dibahagikan secara wasiat dan faraid apabila berlaku kematian kedua-duanya.

Kesimpulan
 Klik untuk besarkan imejSebenarnya ramai yang tidak menyedari sistem Tanah Adat ini merupakan sistem cara terbaik mengekalkan pemilikan harta di dalam Adat Perpatih seperti sistem Simpanan Melayu (Malay Reserve) di dalam Hukum Sivil. Namun begitu kedua-dua sistem ini menghadapi masaalah yang sama dari segi keluasan (saiz) apabila pewarisannya semakin mengecil berdasarkan kepada jumlah pewaris sesuatu tanah.

Untuk mengatasi masaalah ini, setiap hartanah  (berstatus Milik Bebas) yang diberikan oleh si ibu kepada anak perempuan mereka hendaklah diisytiharkan sebagai Tanah Adat

Nenek sesuatu keluarga boleh mewasiatkan sebahagian daripada Harta Bawaan dan Harta Carian mereka kepada cucu-cucu lelaki untuk mengelakkan rasa tidak puashati. Cara ini mampu mengekal atau menambah jumlah keluasan Tanah Adat kerana Tanah Adat tidak ini tidak boleh dijual atau dilupuskan.

Daftar emel anda di "Masuok an emel kek siko laa"
untuk mendapatkan entri terbaru dari blog ini!
Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
September 11, 2019 at 3:06 AM

harta tetek nenek

Post a Comment

Nak komen tu komen gak tapi agak agaklah sikiek yo. hehehe

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2013. Ex-SMDKP Boys n Girls - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger