Bila mentafsirkan pepatah Minang, perlulah berhati-hati kerana kebanyakan pepatah minang menggunakan simbolik dalam kiasan seperti pepatah yang disebut di atas "Alun Takileh Lah Takalam"
1. Tafsiran terus secara luaran:
"Belum Terkilat Sudah Terkelam." Kekeliruan akan berlaku sekiranya pepatah ini ditafsirkan sebegini. Seolah-olah ia bersamaan dengan belum diterangi sudah kegelapan yang membawa maksud kegagalan di dalam sesuatu usaha.
2. Tafsiran secara kiasan perlambangan:
"Belum Terkilat Sudah Terkalam" pula memberi maksud yang berlainan. Kilat di dalam tafsiran ini dijadikan sebagai perlambangan sesuatu yang pantas melintasi keadaan. Kalam pula bererti Tulis. Ini membawa maksud bahawa kita telah tahu sebelum sesuatu itu berlaku.
Jika kita melihat pepatah ini di dalam konteks yang kedua, kita akan dapati bahawa maksud yang ingin disampaikan sama seperti pepatah "Sekilas ikan di air sudah tahu jantan betinanya".
Home »
Pepatah Minang
» Kias - Alun Takileh Lah Takalam
Kias - Alun Takileh Lah Takalam
Written By Pentadbir on Wednesday, March 11, 2015 | 12:00 AM
Labels:
Pepatah Minang
Post a Comment
Nak komen tu komen gak tapi agak agaklah sikiek yo. hehehe