Terdapat beberapa aturcara dan peradapan yang dilalui untuk mempamirkan kehebatan adat, tertib dan kesopanan Orang Minangkabau.
Acara Manjampuit Marapulai (Menjemput Mempelai/Pengantin)
Bagi pengantin lelaki yang duduk berhampiran atau sekampung sudah pastinya tidak mendatangkan masaalah. Sekiranya pengantin lelaki itu datang dari jauh maka disediakan sebuah rumah singgah (rumah beranggau) untuk mereka membuat persiapan. Wakil pengantin perempuan akan datang menjemput dengan membawa tiga barang:
- Sirih lengkap dalam tepak/cerana menandakan datang secara beradat dan untuk manis mulut pembuka kata.
- Sepersalinan pakaian pengantin yang lengkap untuk dipakai semasa majlis persandingan
- Nasi/pulut kuning ayam panggang (singgang ayam) bersama lauk lain dan kueh mueh sebagai buahtangan terutama bagi rombongan yang terpaksa menumpang di rumah persinggahan kerana datang dari jauh.
Peradapan Acara Menjemput Mempelai/Pengantin
- Rombongan penjemput (wakil pengantin perempuan) ke rumah/rumah persinggahan pengantin lelaki dengan segala kelengkapan
- Ketua
wakil berbisik dahulu bertanya kepada wakil yang mengiringi mereka
siapakan Ketua Sambutan sebelah perempuan yang perlu dibicarakan.
Selepas pasti maka barulah wakil pengantin lelaki mendahulukan hajat
seperti:
Jikok ado nan takana di ati.
Nan tailan-ilan dimato.
Alah kok buliah kami katangahkan?Jika ada yang terkenang di hati
Yang melintas-lintas di mato
Sudah ke boleh kami tengahkan? - Ketua wakil perempuan pula akan mempelawa tetamu menghadapi seteguk air sebelum meneruskan rundingan:
Jikok manggolek di nan data
Jikok batanyo lapeh arak
Jikok barundiang sudah makan.Jika menggolek di tempat data.
Jika bertanya lepas berarak.
Jika berunding sesudah makan - Seterusnya maka dipersembahkan maksud menjemput pengantin lelaki untuk bertandang ke rumah pengantin perempuan untuk disandingkan.
Biasanya ada empat peringkat sambutan yang dilakukan di rumah pengantin perempuan.
- Menyambut pengantin lelaki dengan payung di jalan sehingga ke pagar rumah. Bunga manggar juga diarak bersama mengiringi pengantin sebagai syarat menunjukkan jalan.
- Menyambut pengantin lelaki dengan tarian silat gelombang oleh pemuda-pemuda yang digelar sebagai parik pagar (parit pagar). Sambutan ini dilakukan sebelum pengantin lelaki memasuki pagar rumah. Biasanya kumpulan ini terdiri daripada enam orang. Selepas tamat tarian silat tersebut, pemencak-pemencak akan membentuk satu laluan di kiri kanan jalan seolah-olah melindungi pengantin lelaki dari sebarang gangguan diperjalanan.
- Apabila berada di tengah halaman pula, rombongan ini akan bertembung dengan sekumpulan pemencak lagi yang akan mempersembahkan tarian mereka pula. Kumpulan ini juga biasanya mempunyai enam orang pemencak sebagai pengawal kampung pengantin perempuan. Selepas itu kedua-dua kumpulan ini akan bergabung membuat satu lagi tarian pencak menyatakan penyatuan di antara dua keluarga. Ada juga yang memanggil tarian ini sebagai Gelombang Duabelas kerana memerlukan duabelas orang pemencak
Untuk mengindahkan suasana, terdapat juga dilakukan pencak laga yang mempertemukan dua jaguhan dari dua kumpulan ini sebagai selingan. Pertembungan ini biasanya akan leraikan oleh seseorang seperti bapa saudara sebelah pihak perempuan dan minta mereka berdamai.
Selesai acara pencak silat barulah datang kumpulan gadis-gadis yang datang membawa tepak sireh dan bunga pahau untuk ditukarkan oleh kedua-dua wakil dalam acara sambah manyambah (sembah menyembah) yang dilakukan oleh wakil yang berpengalaman dengan pantun dan pepatah petitih.
Kalau mengikut cara dulu, pengantin perempuan hanya menunggu di atas pelamin di dalam rumah. Kemudian, cara ini diubah. Pengantin perempuan turun menyambut di tengah laman untuk bersama mengiringi pengantin lelaki menaiki rumah. - Sambutan di pintu rumah dilakukan oleh orang perempuan-perempuan berumur yang akan menaburkan beras kunyit dan bunga rampai sebagai tanda kegembiraan menerima tetamu.
Sedikit air akan dicurahkan di hujung sepatu seolah-olah membasuh kaki pengantin sebelum dijemput naik ke dalam rumah. Acara ini sebagai perlambangan membuang segala macam kekotoran sepanjang perjalanan kehidupan.
Post a Comment
Nak komen tu komen gak tapi agak agaklah sikiek yo. hehehe