Saya mula bertugas sebagai guru pada tahun 1969 di Sekolah Menengah Datuk Mansur, Bahau, Negeri Sembilan dan kemudian bertukar ke Sekolah Menengah Datuk Klana Putra (SMDKP), Lenggeng pada tahun 1973. Sudah sifat semula jadi saya suka ke tempat kerja lama saya untuk bertemu rakan rakan lama, dan juga pelajar saya yang pernah saya didik, dan setiap kali saya ke SM Datuk Mansur, Bahau, saya akan dikelilingi oleh bekas pelajar pelajar saya. Seorang rakan saya, Peter Lee mengeluarkan kata kata, "Whenever you returned to this school, it is like Jesus coming back from haven". Saya rasa perbandingan tersebut keterlaluan. Masakan saya dibandingkan dengan Nabi Isa SAW.
Saya bertugas sebagai guru di SMDKP sehingga 24hb Ogos 1984 apabila saya ke London kerana mendapat berpeluang menyambung pelajaran di dalam jurusan Management. Sepanjang tempoh tersebut pernah juga saya memohon bertukar sekolah tetapi tidak berjaya. Saya hampir berjaya bertukar sekolah apabila rakan baik saya Allahyarhamah Asmah Yusuf dari Kolej Tuanku Kurshiah (TKC) memohon bertukar sekolah ke SMDKP dan saya mengambil tempatnya di TKC.
Apabila saya kembali dari London pada akhir tahun 1988, saya memeranjat ramai orang, kerana tanpa diundang saya hadziri Sukan Tahun SMDKP. Saya dijemput duduk di khemah VIP dan diberikan penghormatan duduk di barisan hadapan bersama dengan VIP yang lain.
Saya menyebut perkara di atas sebagai kecenderungan saya sayang kepada pelajar pelajar didikan saya. Ia sudah menjadi sifat semula jadi saya. Isteri saya, Kalsum Mod Noh pernah berkata, "What kind of a teacher are you. I too have many teachers, and I am yet to visit them as I have no plan to visit any of them." Dia pernah saya bawa ke Sukan Tahunan SMDKP bersama dengan rakan sekerjanya. Apabila dilihatnya ramai yang mengeliling saya, dia bertanya pada isteri saya, tidak cemburukah dia melihat ramainya pelajar perempuan mengeliling saya. Jawapan isteri saya ringkas saja. Anak murid murid dia. Apa hendak dicemburukan.
Perhubungan baik saya dengan pelajar pelajar tidak terbatas di sekolah saja atau di dalam aktiviti pengakap. Menjadi kelaziman saya membawa pelajar pelajar tinggal di rumah saya semasa cuti sekolah. Aziz, Norazilan dan dua orang lagi pelajar perempuan pernah saya bawa tinggal bersama saya semasa cuti sekolah. Bilangan yang telah datang dan bermalam di rumah saya di Rasah mencecah lebih 100 orang terdiri dari pelajar lelaki dan perempuan, Melayu, China dan India. Saya kira saya mendahului PM Najib di dalam konsep 1Malaysia.
Lebih 30 tahun telah berlalu saya meninggalkan SMDKP. Kira kira 2 bulan yang lalu, saya mendapat mesej daripada seorang bekas pelajar saya, Madrus Alias, yang bertanya adakah saya Cikgu Jamlus yang pernah bertugas di SMDKP suatu masa dahulu. Bayangkan bagaimana gembira dan terharunya apabila memberikan jawapan bahawa saya Cikgu Jamlus yang pernah bertugas di SMDKP. Selang sehari dua kemudian saya menerima mesej dari Fatimawati dan Samsinar memberitahu kegembiraan mereka dapat berhubung dengan saya sekali pun melalui FB. Antara terawal menghubungi saya ialah Asmarani, Aziz, Nasrah dan hampir pada setiap hari ada saja bekas pelajar saya yang menghubungi saya.
Semasa ini SMDKP Boys n Girls sudah pun diasaskan oleh Zainal Md Nor. Dengan usaha saya saya dapat meningkat keahlian dengan membawa masuk mereka yang menghubungi saya secara FB atau email. Yang mengharu dan menggembirakan saya ialah apabila saya terima panggilan talipon dari Aziz yang menyatakan dia ingin menemui saya di rumah saya di Rasah. Sungguh bagai kata Aziz sampai di rumah saya jam 9 malam bersama isteri dan dua orang puterinya. Dalam beberapa minit kemudian muncul pula Hamdan bersama isterinya Rosilawati. Dari rumah saya kami ke gerai makan di Rasah Jaya. Kemudian kembali semula ke rumah saya untuk bergambar, dan diposkan ke FB pada malam itu juga oleh Rosilawati.
Bagi saya lawatan mereka berlaku pada ketika keadaan saya hampir tidak boleh berjalan kecuali menggunakan kedua dua kaki disebabkan terlibat di dalam kemalangan jalanraya di Kuala Lumpur. Saya terpaksa menggunakan dua tongkat (crutches) untuk berjalan dengan kaki kanan saya mesti diangkat (arahan doktor pakar saya, Dr Tay).
Seminggu kemudian yang menzirahi saya di rumah saya lebih ramai. Shamsuddin Ghani dan isterinya datang kira kira kira jam 5 petang dan membawa bersama mereka durian dan rambutan. Kira kira jam 9 malam yang datang pada malam itu termasuklah Aziz, Nasrah dan suami bersama dua orang puterinya, Zainal Md Nor dan isteri, Hamdan dan isterinya, Rosilawati, Hamdan (maaf sudah lupa bin nya) dan Norhayati sekeluarga. Yang sangat menyayati dan mengharukan saya masing masing membawa buah tangan (makanan dan minuman yg sehingga penulisan ini stoknya masih banyak lagi). Lebih memeranjat dan mengharukan lagi apabila Aziz menghulurkan wang tunai RM1,800 atau pun lebih kepada saya termasuk dari mereka yang tidak dapat hadziri berjumpa saya pada malam itu. Aziz telah meminta saya tidak menhebahkan kutipan ini pada sesiapa pun. Saya melakukan ini sebagai rakam terima saya kepada setiap penderma. Allah SWT saja yang membalas baik budi kalian, Insya Allah.
Sehari selepas pertemuan ini, saya ke Hospital Ampang untuk rawatan susulan. Disahkan oleh doktor tiada apa apa kecederaan berlaku kepada bahagian pembedahan di kaki kanan saya, dan saya boleh menggunakan kedua dua kaki saya untuk berjalan tapi masih menggunakan kedua dua tongkat. Alhamdulilah, berita ini segera saya hebahkan melalui sms, email dan Facebook.
Bersama sama dengan ahli SMDKP Boys n Girls, kami membuat rancangan untuk mengadakan Reunion pada minggu pertama Syawal sempena menyambut Hari Lebaran. Pada perjumpaan yang lagu, Aziz menawarkan Reunion diadakan di rumahnya. Semua ahli menerima dengan penuh kesyukuran di atas tawaran Aziz. Memang menjadi masalah untuk mencari pilihan tempat yang sesuai pada masa itu.
Kejayaan mengadakan Reunion pada 3hb September 2011 adalah kejayaan bersama setiap ahli. Aziz, Nasrah dan Ketamgila adalah pergerakan utama yang memain peranan penting kejayaan mengadakan Reunion ini. Melalui pendaftaran online diperkenalkan oleh Ketamgila berjaya mendapatkan ramai ahli menghadziri Reunion tidak menjadi sukar. Nasrah bertindak selaku bendahari untuk ahli membuat bayaran dengan memasukkannya ke akaun bank beliau. Juga ramai ahli yang derma di dalam bagai bentuk seperti dua ekor kambing, ayam Belanda dan berbagai lagi termasuklah tenaga.
Ija Honey yang berkhidmat di Saudi Arabia memohon dipertimbangkan Reunion diadakan semasa dia kembali bercuti di Malaysia. Alhamdulilah, hayatnya terkabul, dan bukan itu saja dia membawa buah korma untuk disajikan semasa Reunion. My special thanks to her - dia sendiri menjemput saya dari rumah saya di Rasah untuk dibawa di Kampung Rawa, Lenggeng di mana Reunion diadakan, dan meminta saya tidak memberitahu sesiapa pun.
Semasa saya sampai untuk hadziri Reunion, Ketamgila yang pada ketika itu memandu mereka, segera berhentikan keretanya dan lantas meluru ke arah saya, memeluk, mencium dan mendukung saya ke kawasan khemah. (I was worried if he could slipped and he would be crushing on me - it would mean back to the ward for me).
Saya sungguh terharu dengan sambutan di hari Reunion yang dihadziri oleh ramai ahli SMDKP Boys n Girls. Saya terharu dengan sambutan yang diberikan kepada saya, dan mereka terharu kerana dapat bertemu semula sesama mereka setelah 30 tahun terputus hubungan. Saya lebih terharu apabila diminta memberikan ucapan dan seterusnya meresmikan pembukaan Reunion. Saya juga terharu apabila melihat antara yang hadziri majlis ialah sahabat lama Encik Ibrahim Shair.
Everyone had a good time, and the food prepared were delicious. Semua orang mengambil kesempatan bersejarah itu dengan mengambil gambar beramai ramai dan kebanyakan gambar ini sudahpun diposkan ke FB. Thanks to Aziz and his family for hosting the Reunion at his house, and to each and everyone of you who made this event a success story. Due credit should be given to Ketamgila, as an MC he did an extremely good job.
Beberapa hari yang lalu, atas cadangan Ketamgila, Aziz membuka satu langkah lagi dengan memperkenalkan blog untuk menyumbang dalam bentuk artikel bagi faedah ahli dan orang ramai. Sebagai seorang pakar pertanian dan berkelayakan dia menghasilkan satu artikel di bidang diminatinya. Mudah mudahan kita semua mendapat faedah besar dari nasihat yang diberikannya melalui penulisannya. Saya berharap lebih ramai lagi akan menyumbang artikel dalam bidang yang mereka minati dan pakar.
Saya telah menghadziri majlis perkahwinan di rumah Ija Honey di Semenyih, di mana saya sempat bertemu dengan beberapa orang lagi ahli SMDKP Boys n Girls. Mazlan dan isteri menghantar saya kembali ke rumah saya di Rasah, dan singgah di rumah saya. Dia telah mencadangkan satu gotong royong untuk membersihkan kawasan rumah saya sebagai satu aktiviti SMDKP Boys n Girls. Saya sungguh terharu dan berterima kasih di perhatian yang berat yang kalian berikan kepada saya. Insya Allah gotong royong ini akan dilakukan pada hari Sabtu, 17hb September 2011 ini.
Saya percaya SMDKP Boys n Girls berada di landasan yang betul dan baik. Saya yakin kita akan maju setapak demi setapak. Saya minta ahli SMDKP Boys n Girls memberikan sokongan dan kerjasama dengan mereka yang nama mereka tidak perlu disebut. Nyata mereka telah memperlihatkan ketokokan dan kepimpinan yang nyata berkebolehan. Kehadziran saya tidak lebih sebagai permerhati dan membuat teguran sewajarnya, dan tidak semestinya dipatuhi. Lakukan sesuatu sebaik mungkin dan utamakan kepentingan ramai.
+ comments + 3 comments
Tkasih cikgu JK kerana memberi kami peluang sama sama mengimbau kembali kenangan silam. Untuk makluman, kutipan sumbangan adalah diterima dari beberapa org kawan yg mana ada yg tidak mahu nama mereka disebutkan di sini. Terima kasih kepada semua kawan kawan. Saya,Nasrah, Rosilawati dan lain2 cuma sebagai pengantara sahaja... tkasih semua..
Terima kasih kepada setiap ahli SMDKP Boys n Girls. Dalam solat saya, saya memohon Allah SWT, kalian diberkati dan mendapat pahala di atas perbuatan baik dan budi kalian. AMIN
Alhamdulillah,semoga perjalanan SMDKP Boys n Girls seterusnya sentiasa di atas landasan yang tepat dan betul.Amin
Post a Comment
Nak komen tu komen gak tapi agak agaklah sikiek yo. hehehe