Home » » Cilok FB - Tok Janggut

Cilok FB - Tok Janggut

Written By Pentadbir on Monday, May 27, 2013 | 12:51 AM

Sejarah Beranang

Lokasi

Mukim Beranang terletak di daerah Hulu Langat, negeri Selangor. Mukim ini bersebelahan dengan Mukim Semenyih dan Daerah Sepang. Di utaranya ialah Semenyih dan di selatannya ialah Mantin, Negeri Sembilan.

Muka bumi

Muka bumi Beranang tidaklah begitu tinggi. Bukit yang terdapat di sini ialah :

* Bukit Tempurung - 401 kaki
* Bukit Buluh - 401 kaki
* Bukit Ulu Beranang - 2654 kaki

Sungai

Terdapat beberapa sungai di Beranang. Sungai Beranang merupakan ranting Sungai Semenyih. Antara sungai yang terdapat di sini ialah :

* Sungai Beranang
* Sungai Tarun
* Sungai Beroga
* Sungai Jai
* Sungai Lumut
* Sungai Balau

Kebanyakan punca sungai-sungai ini ialah kawasan Bukit Ulu Beranang. Biasanya sungai menjadi sempadan antara negeri. Tetapi apabila pertikaian berlaku akibat 'perebutan Semenyih dan Beranang' , kajian pemetaan semula telah dibuat. Pihak juru ukur telah mengambil point dari Bukit Ulu Beranang ke Kampung Jalan Enam Kaki , Beranang sebagai sempadan. Dari Kampung Jalan Enam Kaki melintang ke ke Barat menuju point Ladang Bukit Tunggul.

Masjid Beranang

Masjid utama di Beranang ialah masjid Raja Alang yang terletak tengah-tengah pekan Beranang.

Asal-usul

Beranang mendapat nama dari loghat Negeri Sembilan yang bermaksud 'berenang'. Enam sahabat yang diketuai oleh Tok Batin Lidah hitam terpaksa berenang di sebuah sungai yang cetek untuk ke seberang sungai. Malangnya sungai yang disangka cetek , rupa-rupanya dalam dan arusnya deras . Setelah Tok Batin Lidah Hitam melepasi Sungai Beranang, air sungai tersebut kering atau cetek. Penduduk sekitarnya tidaklah perlu berenang lagi dan mengucapkan terima kasih kepada Tok Batin Lidah Hitam.Masjid Beranang

Sejarah awal

Beranang betul-betul terletak di atas sempadan negeri Selangor dan negeri Sembilan. Sebahagian Ulu Beranang termasuk dalam negeri Sembilan. Beranang dan Semenyih pada suatu ketika dimiliki dan ditadbir oleh Dato' Kelana Sungai Ujong . Dato' Kelana Sungai Ujong mentadbir jajahan Lukut kawasan di negeri Sembilan. Pada tahun 1883, kerajaan Selangor telah mengambil Mukim Beranang. Sebelum itu telah wujud beberapa pertikaian antara Dato Kelana Sungai ujong dan Datok Kelana Sendeng. Permasalahan sempadan Semenyih dan Beranang wujud berikutan sempadan yang mengelirukan. Dalam satu surat, pertikaian ini berlaku kerana penggunaan kompas yang tidak betul dan kawasan hutan tidak diukur dengan jelas.

Sempadan Pilihanraya

Sejak pilihan raya tahun 1955 hingga 1990, Beranang termasuk dalam Dewan Undangan Negeri Selangor Kawasan Semenyih. DUN Semenyih meliputi tiga mukim iaitu mukim Semenyih, mukim Hulu Semenyih dan mukim Beranang. Tapi persempadanan semula kawasan pilihan raya 1999, DUN Semenyih telah dinamakan DUN Beranang kerana penduduk Beranang lebih ramai dari penduduk Semenyih . Ini berikutan dari wujudnya Bandar Rinching, Bandar Tasik Kesuma dan lain-lain. Namun pada pilihanraya Mac 2004, persempadanan ditukar kembali kepada DUN Semenyih. DUN Semenyih terletak di bawah kawasan Parlimen Hulu Langat bersama DUN Dusun Tua dan DUN Kajang.

Sumber : Wikipidea

KETURUNAN

Di Beranang, majoriti penduduknya berketurunan minang, maka mereka masih berpegang kuat terhadap kebudayaan tersebut. Kebanyakan rumah - rumah kampungnya masih mengekalkan tradisi minangkabaunya. Berikut ialah gambar-gambar rumah penduduk yang masih mengekalkan tradisi mereka. Walaupun terdapat rumah yang dibina bercirikan kemodenan, namun mereka masih mengekalkan tradisi mereka seperti ciri-ciri atap, tangga dan juga reka bentuk rumah tersebut.

Di Beranang ini juga mereka masih memainkan alatan tradisional minang Rumah Minangkabauiaitu Cak Lempong. Di Kg. Sesapan Batu Minangkabau terdapat kumpulan yang masih memainkan alatan muzik ini terutama semasa majlis perkahwinan. Lagu-lagu yang dimainkan melalui alat muzik ini merupakan lagu minangkabau yang begitu digemari ramai. Mereka yang juga terdiri daripada golongan belia memainkan alat muzik ini dengan diiringi tarian piring oleh golongan beliawanis. Mereka juga sering mendapat jemputan untuk majlis korporat, majlis perasmian dan pelbagai undangan lain. Selain itu, terdapat beberapa buah kampung di Beranang ini yang menubuhkan kumpulan kompang bagi kampung masing-masing yang dipelopori oleh belia dan juga beliawanis. Mereka juga sering menerima undangan untuk majlis perkahwinan yang diadakan oleh penduduk di Beranang dan juga kawasan berhampiran.
Share this article :

+ comments + 1 comments

February 17, 2016 at 10:14 AM

T.ksih dgn info2 tuan.Saya dari Hulu langat. Nenek seblh abah saya berasal dr Jenderam Hulu, atok sblh abah pula dari Sasapan batu rembau n sasapan batu minangkabau. Mnakala mak pula berasal dari Sg Jai. Dgn mmbaca info ini dptlah juga sy bljr sjrh Beranang n sjrh kluarga sya

Post a Comment

Nak komen tu komen gak tapi agak agaklah sikiek yo. hehehe

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2013. Ex-SMDKP Boys n Girls - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger