Home » , » Pepatah: Tabangkik batang...

Pepatah: Tabangkik batang...

Written By Pentadbir on Monday, November 4, 2013 | 12:00 AM

Mungkin ada yang merasakan ayat ini ayat lucah tapi sebenarnya yang mempunyai maksud yang mendalam.

Mengikut hukum lama, selalunya batang kayu yang terendam akan menjadi reput dan hancur. Namun apabila ia timbul dan kering kerana terjemur, ianya akan menjadi begitu keras dan tahan lama. Ini disebabkan getah-getah yang ada di dalam kayu tersebut semasa ia mula terendam akan berbuku di dalam serat kayu dan mampat bersamanya apabila kering.

Kejadian alam inilah yang dijadikan perumpamaan Minang untuk membayangkan kehebatan seseorang apabila mereka berusaha untuk keluar dari kesusahan.

Perumpamaan ini boleh juga ditujukan kepada mereka yang menuntut ilmu. Sebagai contoh, dahulu kala ramai yang pergi bertapa untuk mengasah ilmu masing-masing. Apabila mereka keluar dari pertapaan, mereka akan menjadi lebih hebat dari sebelumnya.

Daftar emel anda di "Masuok an emel kek siko laa"
untuk mendapatkan entri terbaru dari blog ini!
Share this article :

Post a Comment

Nak komen tu komen gak tapi agak agaklah sikiek yo. hehehe

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2013. Ex-SMDKP Boys n Girls - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger