Home » , , » Adham Bustami - Berpantang Maut Sebelum Ajal

Adham Bustami - Berpantang Maut Sebelum Ajal

Written By Pentadbir on Sunday, February 15, 2015 | 9:02 PM

Pada 12hb Februari 2015 kita dikejutkan dengan kemalangan yang menimpa ke atas Adham Bustami (Tingkatan 5 Tahun 1976). Berita tersebut dikongsi oleh Rosmawaty Mohammad dari laman Facebook Athirah Adham (Anak). Maka pada 15hb Februari 2015 saya telah pergi melawat beliau di Menara Utama, Tingkat 7, Bilik U0731, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya. Beginilah kisah yang diceritakan oleh beliau kepada saya.

Gambar oleh Nasrah Khatib
Pada pagi 11hb Februari 2015, beliau sedang memandu ke tempat kerja lebih kurang jam 06.30 pagi. Selepas tol Setia Alam, beliau telah bertembung dengan sebuah motorsikal yang terjatuh di hadapan keretanya. Beliau berusaha memberhentikan keretanya sementara penunggang motorsikal tersebut yang menyedari kehadiran kereta tersebut sempat melompat ke tepi jalan untuk menyelamatkan diri. 

Tiba-tiba tanpa disedari sebuah bas express dua tingkat menghentam kereta beliau dari belakang dengan kuatnya sehingga menyebabka kereta tersebut melayang ke laluan sebelah yang bertentangan. Serasa kereta tersebut terbang melayang melepasi pembahagi jalan.

Gambar oleh Arizan Hashim
Di jalan yang bertentangan itu pula beliau bertembung dengan sebuah kereta Proton Saga Iswara sehingga menyebabkan kaki pemandu kereta tersebut patah. Adham Bustami yang tersepit oleh stering kereta pengsan sekejap sehingga pihak bomba mengumpil pintu keretanya. Kedua-dua mangsa dibawa oleh ambulan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Setelah diimbas, pihak hospital mendapati tiada tulang yang patah dan beliau dibenarkan pulang. Apabila sampai ke rumah, beliau merasa sakit perut dan semakin sukar bernafas. Beliau dikejarkan pula ke PPUM yang mendapati terdapat tiga usus kecilnya pecah.

Nasib beliau baik dan Allah SWT memudahkan kesukaran beliau. Tiada banyak pembedahan kecemasan semasa itu maka beliau terus menjalani pembedahan serta merta.

Sehingga petang tadi keadaan beliau semakin stabil dan boleh bercerita cuma tidak dibenarkan makan. Minggu hadapan beliau akan menjalani imbasan sekali lagi untuk memastikan tiada lagi kebocoran usus. Sekiranya masih lagi berlaku maka beliau kemungkinan akan menjalani pembedahan semula.

Marilah bersama-sama kita mendoakan semoga kesihatan beliau kembali pulih dan Allah SWT terus mempermudahkan kehidupan beliau.


Daftar emel anda di "Masuok an emel kek siko laa"
untuk mendapatkan entri terbaru dari blog ini!
Share this article :

Post a Comment

Nak komen tu komen gak tapi agak agaklah sikiek yo. hehehe

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2013. Ex-SMDKP Boys n Girls - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger