Sewaktu suami pulang dari kerja,dia membawa naskah berikut untuk dijadikan panduan kami sekeluarga,nota berikut merupakan nota usrah dan TAZKIRAH suami daripada En. Kamaruddin B M Ali , yang saya fikir amat baik kita kongsi bersama di laman ini.
Dialog Rasulullah SAW dengan Iblis.
Allah SWT telah memerintahkan Malaikat berjumpa Iblis supaya dia berjumpa Rasulullah s.a.w untuk memberitahu segala rahsianya; sama ada yang disukai mahupun yang dibencinya. Hikmatnya ialah untuk meninggikan darjat Nabi Muhammad s.a.w dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada umat manusia.
Maka Malaikat itu pun berjumpa Iblis dan berkata;
"Hai Iblis! Bahawa Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar menyuruh engkau mengadap ke hadrat Rasulullah s.a.w. Hendaklah engkau buka segala rahsia dan apa-apa yang disoal oleh Rasulullah hendaklah engkau jawab dengan sebenar-benarnya. Jikalau engkau berdusta walau satu perkataan pun, nescaya akan diputuskan segala suku-suku anggota badanmu,uratmu serta disiksa dengan azab yang amat keras."
Demi mendengar saja kata Malaikat yang dasyat itu, Iblis sangat ketakutan. Maka segeralah dia mengadap Rasulullah s.a.w dengan menyamar sebagai seorang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai, panjangnya seperti ekor lembu. Iblis pun memberi salam, sehingga 3 kali tetapi tidak dijawab oleh Rasulullah s.a.w.
Maka sembah Iblis."Ya Rasulullah! Mengapa tuan hamba tidak menjawab salam hamba?
Bukankah salam itu sangat mulia disisi Allah?"
Bukankah salam itu sangat mulia disisi Allah?"
Maka jawab Nabi dengan marah,
"Hai Aduwullah, seteru Allah! Kepada aku engkau menunjuk baikmu? Jangan engkau cuba hendak tipu aku sebagaimana engkau tipu Nabi Adam a.s sehingga keluar dari syurga. Habil mati teraniaya dibunuh Qabil dengan sebab hasutan engkau. Nabi Ayub engkau tiup dengan asap racun ketika dia sedang sujud sembahyang hingga dia sengsara beberapa lama. Kisah Nabi Daud dengan perempuan Urya, Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu juga beberapa Anbiya dan pendita yang telah menanggung sengsara akibat hasutan engkau.

Hai Iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia disisi Allah azza wajalla, cuma salam engkau saja aku tidak hendak menjawabnya kerana diharamkan Allah. Maka aku kenal baik-baik engkaulah Iblis, raja segala iblis, syaitan dan jin yang menyamar diri. Apa kehendak engkau datang berjumpa aku?"
Sembah Iblis, "Ya Nabi Allah! Janganlah tuan hamba marah. Kerana tuan adalah Khatamul Anbiya, maka tuan dapat kenal akan hamba. Kedatangan hamba adalah disuruh Allah untuk memberitahu segala tipu daya hamba terhadap umat tuan dari zaman Nabi Adam hingga akhir zaman.
Ya Nabi Allah! Setiap apa yang tuan tanya hamba sedia menerangkan satu persatu dengan sebenarnya,tiadalah berani hamba sembunyikan."
Maka Iblis pun bersumpah menyebut nama Allah dan berkata,"Ya Rasulullah! Sekiranya hamba berdusta barang sepatah pun nescaya hancur leburlah badan hamba menjadi abu."
Apabila mendengar sumpah Iblis itu, Nabi pun tersenyum dan berkata dalam hati, inilah satu peluang aku untuk menyiasat segala perbuatannya agar didengar oleh sekelian sahabat yang ada di majlis ini dan menjadi perisai kepada sekelian umatku.
*Apakah soalan-soalan yang dikemukakan oleh Rasulullah s.a.w kepada Iblis?
Ikuti posting seterusnya,InsyaAllah.
Wassalam.
Post a Comment
Nak komen tu komen gak tapi agak agaklah sikiek yo. hehehe