Powered by Blogger.
Latest Post
Showing posts with label Asmarani Abdullah. Show all posts
Showing posts with label Asmarani Abdullah. Show all posts

Dialog Rasulullah s.a.w Dengan Iblis 5

Written By asmaraniabdullah on Wednesday, November 9, 2011 | 12:02 PM

bismillah...sambungan,

Soalan Nabi(10)
"Bagaimanakah tipu daya engkau kepada umatku?"

Jawab Iblis:" Umat tuan itu ada tiga macam.

Yang pertama~seperti hujan dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan iaitu ulama yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah serta meninggalkan segala laranganNya seperti kata Jibrail a.s~'ulama itu adalah pelita dunia dan pelita akhirat.`

Yang kedua~ umat tuan seperti tanah iaitu orang yang sabar,syukur dan redha sengan kurniaan Allah.Berbuat amalan soleh,tawakal dan kebajikan.

Yang ketiga~umat tuan seperti Firaun,terlampau tamak dengan harta dunia serta dihilangkan amal akhirat.Maka hamba pun sukacita lalu masuk ke dalam badannya,hamba putarkan hatinya ke lautan derhaka dan hamba hela ke mana sahaja mengikut kehendak hamba.Jadi dia sentiasa bimbang kepada dunia dan tidak hendak menuntut ilmu,tiada masa beramal ibadat,tidak hendak mengeluarkan zakat,miskin hendak beribadat.Lalu hamba godanya mirip kaya dulu,dan apabila diizinkan Allah dia menjadi kaya,maka dilupakan beramal,tidak berzakat seperti Qarun yang tenggelam dengan istana mahligainya.Bila umat tuan terkena penyakit tidak sabar dan tamak,dia sentiasa bimbang akan hartanya dan sesetengahnya asyik hendak merebut harta dunia,cakap besar sesama Islam,benci dan menghina kepada yang miskin,membelanjakan hartanya untuk jalan maksiat,tempat judi dan perempuan lacur."


Soalan Nabi(11):
"Siapakah yang serupa dengan engkau?"

Jawab Iblis:"Orang yang meringankan syariat tuan hamba dan membenci orang yang belajar agama Islam."


Soalan Nabi (12):
"Siapakah yang mencahayakan muka engkau?"

Jawab Iblis:"Orang yang berdosa,bersumpah bohong,saksi palsu,pemungkir janji."


Soalan Nabi(13):
"Apakah rahsia engkau kepada umatku?"

Jawab Iblis:"Jika seseorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaga doa pelindung syaitan,maka hamba gosok-gosokkan najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari."

bersambung.....insyaAllah.

Dialog Rasulullah s.a.w Dengan Iblis 4

Written By asmaraniabdullah on Monday, October 10, 2011 | 9:34 PM

bismillah..sambungan;

Soalan Nabi(9):
"Hai Iblis!Bagaimana sekelian sahabatku kepada engkau?"

Jawab Iblis :"Sekelian sahabat tuan hamba juga adalah sebesar-besar seteru hamba.Tiada upaya hamba melawannya dan tiada suatu tipu daya yang dapat masuk kepada mereka.Kerana tuan sendiri telah berkata "Sekelian sahabatku adalah seperti bintang di langit,jika kamu mengikut mereka,maka kamu akan mendapat petunjuk".

Saidina Abu Bakar al- Siddiq sebelum bersama tuan lagi,hamba tidak dapat hampir kepadanya,inikan pula setelah berdamping dengan tuan.Beliau juga percaya atas kebenaran tuan hingga dia menjadi wazirul a'zam.Bahkan tuan sendiri telah mengatakan "Jika ditimbang sekelian isi dunia ini dengan amal kebajikan Abu Bakar,maka akan lebih berat amal kebajikan Abu Bakar."Tambahan pula dia telah menjadi mertua tuan kerana tuan berkahwin dengan anaknya,Saiyidatina Aisyah yang juga banyak menghafal Hadis tuan.

Saidina Umar Al- Khattab pula tidaklah berani hamba pandang akan wajahnya kerana dia sangat keras menjalankan hukum syariat Islam dengan saksama.Jika hamba pandang wajahnya,maka gementarlah segala tulang sendi hamba kerana sangat takut.Ini kerana imannya sangat kuat apalagi tuan telah mengatakan,"JIKALAU adanya Nabi sesudah aku maka Umar boleh menggantikan aku",kerana dia adalah orang harapan tuan serta pandai membezakan antara kafir dan Islam hingga digelar `Al-Faruq'.

Saidina Usman Al- Affan lagi hamba tidak boleh hampir,kerana lidahnya sentiasa bergerak membaca Al- Quran.Dia penghulu orang sabar,penghulu orang mati syahid dan menjadi menantu tuan sebanyak dua kali.Kerana taatnya maka malaikat datang melawat dan memberi hormat kepadanya kerana Malaikat itu sangat malu kepadanya hingga tuan mengatakan,"Barang siapa menulis Bismillahir rahmanir rahim pada kitab atau kertas-kertas dengan dakwat merah,nescaya mendapat pahala seperti pahala Usman mati syahid."

Saidina Ali Abi Talib pun itu hamba sangat takut kerana hebatnya dan gagahnya dia di medan perang,tetapi sangat bersopan,alim orangnya.Jika iblis,syaitan dan jin memandang beliau,maka terbakarlah kedua matanya mereka kerana dia sangat kuat beribadat serta beliau adalah budak pertama memeluk agama Islam dan tidak pernah menundukkan kepalanya kepada sebarang berhala.Dia digelar `Ali Karamullah Wajhahu'-dimuliakan Allah akan wajahnya dan juga `Harimau Allah' dan tuan sendiri berkata "Akulah negeri segala ilmu dan Ali itu pintunya."Tambahan pula dia menjadi menantu kepada tuan,lagilah hamba ngeri kepadanya.

***bagaimana pula tipu daya Iblis kepada umat nabi?(KITALAH)
Ikuti pada post akan datang,InsyaAllah.

Dialog Rasulullah s.a.w Dengan Iblis 3

Written By asmaraniabdullah on Saturday, October 1, 2011 | 8:57 AM

assalamualaikum,bismillah..sambungan.....

Soalan Nabi(4):
"Hai Iblis!Apakah yang pertama engkau tipu akan manusia?"

Jawab Iblis: "Petama sekali hamba palingkan iktikadnya(pegangan/kepercayaan),imannya kepada kafir sama ada dari segi perbuatan,perkataan,kelakuan atau hatinya.(i)
Jika tidak berjaya juga,hamba akan tarik dengan cara mengurangkan pahala(ii)
Lama-kelamaan mereka akan terjerumus mengikut kemahuan jalan hamba.


Soalan Nabi(5):

"Hai iblis! Jika umatku sembahyang kerana Allah,bagaimana hal engkau?"

Jawab Iblis:"Sebesar-besar kesusahan kepada hamba.Gementarlah badan hamba dan lemah tulang sendi hamba. Maka hamba akan kerahkan berpuluh-puluh iblis datang menggoda seorang manusia,pada setiap anggota badannya.(i)
Setengah-setengahnya datang pada setiap anggota badannya supaya malas sembahyang, was-was,terlupa bilangan rakaatnya,bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkan,sentiasa hendak cepat habis solat,hilang kusyuknya-mata sentiasa menjeling ke kiri kanan,telinganya sentiasa mendengar orang bercakap serta bunyi-bunyi lain.Setengah iblis duduk di belakang badan orang yang sembahyang itu supaya dia tidak kuasa sujud lama-lama,penat atau duduk tahiyat dan dalam hatinya sentiasa hendak cepat habis sembahyang,itu semua membawa kepada kurang pahala.(ii)Jika iblis tidak dapat menggoda manusia itu,maka hamba sendiri akan menghukum mereka dengan seberat-berat hukuman.


Soalan Nabi(6):
"Jika umatku membaca Al-Quran kerana Allah,apakah rasa engkau?"

Jawab Iblis: "Jika mereka membaca Al-Quran kerana Allah,maka rasa terbakarlah tubuh hamba,putus-putus segala urat hamba lalu hamba lari daripadanya."


Soalan Nabi(7):
"Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah,bagaimana rasa engkau?"
Jawab Iblis: "Binasalah diri hamba,gugurlah daging dan tulang hamba kerana mereka telah mencukupkan rukun Islamnya."


Soalan Nabi(8):
"Jika umatku berpuasa kerana Allah,bagaimana hal engkau?"

Jawab Iblis: "Ya Rasulullah,inilah bencana yang paling besar kepada hamba.Apabila masuk awal bulan Ramadan,maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi,bahkan sekelian Malaikat
menyambut dengan kesukaan.Bagi orang yang berpuasa Allah akan mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak dicatat dosanya selama dia berpuasa. Yang menghancurkan hati hamba ialah segala isi langit dan bumi; yakni Malaikat,bulan,bintang,burung dan ikan-ikan semuanya siang malam mendoakan keampunan bagi orang yang berpuasa.

Satu lagi kemuliaan orang yang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka.Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya,serta dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama Angin Syirah yang amat lembut ke dalam syurga.

Pada hari umat tuan mula berpuasa,dengan perintah Allah datanglah sekelian Malaikat dengan garangnya menangkap hamba dan tentera hamba;jin,syaitan dan ifrit lalu dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang dalam.Di sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami.

Setelah habis umat tuan berpuasa,barulah hamba dilepaskan dengan amaran agar tidak mengganggu umat tuan.
Umat tuan sendiri telah merasakan ketenangan berpuasa seperti mana mereka bekerja dan bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut berbanding bulan biasa."


*** akan bersambung,insyaAllah.

Ada Apa Pada Niat? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Written By asmaraniabdullah on Friday, September 30, 2011 | 7:16 PM

Dialog Rasulullah s.a.w Dengan Iblis 2

sambungan.....

Soalan Nabi(1):
"Hai Iblis!Siapakah sebesar-besar musuh engkau dan bagaimana aku terhadap engkau?"

Jawab Iblis: "Ya Nabi Allah!Tuanlah musuh hamba yang paling besar diantara segala musuh hamba di muka bumi ini."
(Maka Nabi pun memandang muka Iblis, dan Iblis pun menggeletar kerana ketakutan.)
......sambung Iblis,"Ya Khatamul Anbiya! Ada pun hamba dapat merupakan diri hamba seperti sekelian manusia,binatang dan lain-lain rupa dan suara pun tidak salah sepertinya,kecuali diri tuan sahaja yang tidak dapat hamba tiru kerana ditegah oleh Allah.Kiranya hamba menyerupai diri tuan,maka terbakarlah diri hamba menjadi abu.(i)
Hamba cabutkan iktikad anak Adam supaya menjadi kafir kerana tuan berusaha memberi nasihat dan pengajaran supaya mereka kuat untuk memeluk agama Islam,begitu jugalah hamba berusaha menarik mereka kepada kafir,murtad dan munafik.(ii)
Hamba akan tarik sekelian umat Islam dari jalan yang benar kepada jalan yang salah supaya masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya bersama hamba."(iii)


Soalan Nabi (2):
"Hai Iblis!Betapa perbuatanmu kepada makhluk Allah?"

Jawab Iblis:"Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua pehanya kepada lelaki yang bukan suaminya,setengahnya hingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya.(i)
Hamba goda segala manusia supaya meninggalkan solat,leka dengan makan minum,berbuat durhaka,hamba lalaikan dengan harta benda daripada emas,perak dan permata,rumahnya,tanahnya,ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan ke jalan haram.(ii)

Demikian juga ketika temasya yang bercampur lelaki perempuan.Di situlah hamba lepaskan sebesar-besar godaan supaya hilang maruah dan minum arak.Apabila terminum arak itu,maka hilanglah akal fikiran dan malunya.(iii)
Lalu hamba hulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar,datang perasaan hasad dengki hingga kepada pekerjaan zina.Apabila terjadi kasih antara mereka,terpaksalah mereka mencari wang hingga menjadi penipu,peminjam dan pencuri.(iv)

Apabila mereka teringat akan salah mereka lalu hendak bertaubat atau amal ibadat,hamba akan halang mereka supaya mereka menangguhkannya.(v)Bertambah keras hamba goda supaya menambahkan maksiat dan mengambil isteri orang.Bila
kena goda hatinya,datanglah rasa riak,takbur,megah,sombong dan melengahkan amalnya.(vi)
Bila pada lidahnya,mereka akan gemar berdusta,mencela dan mengumpat(vii)
Demikianlah hamba goda mereka setiap saat."


Soalan Nabi(3):
"Hai Iblis!Mengapa engkau bersusah payah dan berpenat melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah bahkan menambah laknat yang besar serta siksa yang besar di neraka yang paling bawah?Hai kutukan Allah!Siapa yang menjadikan engkau?Siapa yang melanjutkan usia engkau?Siapa yang menerangkan mata engkau?Siapa yang memberi pendengaran engkau?Siapa yang memberi kekuatan anggota badan engkau?"

Jawab Iblis:"Sekelian itu adalah anugerah daripada Tuhan Yang Maha Besar juga.Tetapi hawa nafsu dan takbur(i) menceburkan hamba menjadi sebesar-besar jahat.
Tuan lebih tahu bahawa hamba telah beribu-ribu tahun menjadi ketua kepada sekelian Malaikat dan pangkat hamba telah dinaikkan dari satu langit ke satu langit yang tinggi.
Kemudian hamba tinggal di dunia ini beribadat bersama sekelian Malaikat beberapa lama.
Tiba-tiba datang firman Allah s.w.t hendak menjadikan seorang Khalifah di dunia ini,maka hamba pun membantah.Lalu Allah mencipta lelaki(Nabi Adam) lalu dititahkan sekelian Malaikat memberi hormat pada lelaki itu,kecuali hamba yang ingkar.(ii)

Oleh itu Allah murka kepada hamba dan muka hamba yang cantik molek dan bercahaya itu bertukar menjadi keji dan hodoh.Hamba berasa sakit hati(iii).Kemudian Allah menjadikan Adam raja di syurga dan dikurniakan seorang permaisuri(Siti Hawa) yang memerintah sekelian bidadari.Hamba bertambah dengki dan berdendam (iv)kepada mereka.Akhirnya dapat juga hamba tipu melalui Siti Hawa yang menyuruh Adam memakan buah Khuldi,lalu keduanya dihalau dari syurga ke dunia.Kedua mereka berpisah beberapa tahun dan kemudian dipertemukan Allah(di Padang Arafah),hingga mereka mendapat beberapa orang anak.Kemudian kami hasut(v) anak lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil.Itu pun hamba masih tidak puas hati (vi)dan berbagai tipu daya (vii)hamba lakukan hingga Hari Kiamat.(viii)

Sebelum tuan lahir ke dunia,hamba serta bala tentera hamba dengan mudah dapat naik ke langit untuk mencuri segala rahsia serta tulisan yang menyuruh manusia berbuat ibadat serta balasan pahala dan syurga mereka.Kemudian hamba turun ke dunia,dan memberitahu manusia yang lain daripada apa yang sebenarnya hamba dapat,dengan berbagai tipu daya hingga tersesat dengan berbagai kitab bidaah dan karut marut.(viiii)

Tetapi apabila tuan lahir sahaja ke dunia ini,maka hamba tidak dibenarkan oleh Allah untuk naik ke langit serta mencuri rahsia,kerana banyak Malaikat menjaga di setiap lapisan pintu langit.Jika hamba berkeras juga hendak naik,maka Malaikat akan melontar dengan anak panah daripada api yang menyala.Sudah banyak bala tentera hamba yang terkena lontaran Malaikat itu dan semuanya terbakar menjadi abu..Maka besarlah kesusahan hamba dan tentera hamba untuk menjalankan tugas hasutan."



* * akan bersambung...insyaAllah pada posting seterusnya.


Dialog Rasulullah s.a.w Dengan Iblis

Written By asmaraniabdullah on Thursday, September 29, 2011 | 12:26 PM

Assalamualaikum w.b.t
Sewaktu suami pulang dari kerja,dia membawa naskah berikut untuk dijadikan panduan kami sekeluarga,nota berikut merupakan nota usrah dan TAZKIRAH suami daripada En. Kamaruddin B M Ali , yang saya fikir amat baik kita kongsi bersama di laman ini.


Dialog Rasulullah SAW dengan Iblis.


Allah SWT telah memerintahkan Malaikat berjumpa Iblis supaya dia berjumpa Rasulullah s.a.w untuk memberitahu segala rahsianya; sama ada yang disukai mahupun yang dibencinya. Hikmatnya ialah untuk meninggikan darjat Nabi Muhammad s.a.w dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada umat manusia.

Maka Malaikat itu pun berjumpa Iblis dan berkata;
"Hai Iblis! Bahawa Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar menyuruh engkau mengadap ke hadrat Rasulullah s.a.w. Hendaklah engkau buka segala rahsia dan apa-apa yang disoal oleh Rasulullah hendaklah engkau jawab dengan sebenar-benarnya. Jikalau engkau berdusta walau satu perkataan pun, nescaya akan diputuskan segala suku-suku anggota badanmu,uratmu serta disiksa dengan azab yang amat keras."

Demi mendengar saja kata Malaikat yang dasyat itu, Iblis sangat ketakutan. Maka segeralah dia mengadap Rasulullah s.a.w dengan menyamar sebagai seorang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai, panjangnya seperti ekor lembu. Iblis pun memberi salam, sehingga 3 kali tetapi tidak dijawab oleh Rasulullah s.a.w.

Maka sembah Iblis."Ya Rasulullah! Mengapa tuan hamba tidak menjawab salam hamba?
Bukankah salam itu sangat mulia disisi Allah?"

Maka jawab Nabi dengan marah,
"Hai Aduwullah, seteru Allah! Kepada aku engkau menunjuk baikmu? Jangan engkau cuba hendak tipu aku sebagaimana engkau tipu Nabi Adam a.s sehingga keluar dari syurga. Habil mati teraniaya dibunuh Qabil dengan sebab hasutan engkau. Nabi Ayub engkau tiup dengan asap racun ketika dia sedang sujud sembahyang hingga dia sengsara beberapa lama. Kisah Nabi Daud dengan perempuan Urya, Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu juga beberapa Anbiya dan pendita yang telah menanggung sengsara akibat hasutan engkau.

Hai Iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia disisi Allah azza wajalla, cuma salam engkau saja aku tidak hendak menjawabnya kerana diharamkan Allah. Maka aku kenal baik-baik engkaulah Iblis, raja segala iblis, syaitan dan jin yang menyamar diri. Apa kehendak engkau datang berjumpa aku?"

Sembah Iblis, "Ya Nabi Allah! Janganlah tuan hamba marah. Kerana tuan adalah Khatamul Anbiya, maka tuan dapat kenal akan hamba. Kedatangan hamba adalah disuruh Allah untuk memberitahu segala tipu daya hamba terhadap umat tuan dari zaman Nabi Adam hingga akhir zaman.

Ya Nabi Allah! Setiap apa yang tuan tanya hamba sedia menerangkan satu persatu dengan sebenarnya,tiadalah berani hamba sembunyikan."

Maka Iblis pun bersumpah menyebut nama Allah dan berkata,"Ya Rasulullah! Sekiranya hamba berdusta barang sepatah pun nescaya hancur leburlah badan hamba menjadi abu."

Apabila mendengar sumpah Iblis itu, Nabi pun tersenyum dan berkata dalam hati, inilah satu peluang aku untuk menyiasat segala perbuatannya agar didengar oleh sekelian sahabat yang ada di majlis ini dan menjadi perisai kepada sekelian umatku.

*Apakah soalan-soalan yang dikemukakan oleh Rasulullah s.a.w kepada Iblis?

Ikuti posting seterusnya,InsyaAllah.
Wassalam.

Hati

Written By asmaraniabdullah on Wednesday, September 28, 2011 | 4:03 PM



Kepentingan Memelihara Hati
"Hati merupakan raja dalam diri yang mempengaruhi tindakan dan kelakuan kita.
Imam Ibnul Qayyim al- Jauziyah menjelaskan bahawa Ibnu Abbas berkata hati yang bersih diperolehi dengan melakukan perkara-perkara yang baik.Perkara kebaikan yang kita lakukan menyebabkan muka bercahaya,hati dikurniakan nur,kesihatan tubuh badan,rezeki yang luas dan menyebabkan dikasihi orang lain."

(101 Doa daripada Hadis-hadis Sahih~Zahazan Mohamed)

Memetik kata-kata dan kenyataan di atas sama-samalah kita mengambil ikhtibar betapa pentingnya peranan hati dalam memandu arah sikap dan tindakan kita.Banyak ayat Al Quran dan hadis nabi menerangkan hakikat kepentingan menjaga hati ini atau lebih jelas lagi qalbun bukan berupa tafsiran medik,ianya lebih berupa batiniah/jiwa.

Sering juga kita mendengar kata-kata yang agak kurang tepat mengatakan yang penting hati
sebagai alasan terhadap sesuatu tindakan dan sikap.Hendaklah kita berhati-hati dalam menggunakan ungkapan tersebut supaya ianya bukan dijadikan sebagai alasan untuk menghalalkan yang haram.

Hati yang mendapat nur petunjuk dari Allah,akan selalu melihat sesuatu dari sudut batiniahnya.Inilah yang sering diperkatakan sebagai hati yang bercahaya.Hati yang bercahaya akan lebih mementingkan pandangan Allah daripada pandangan makhluk.Inilah yang dimaksudkan dengan jiwa yang merdeka.

"Seseorang hamba yang telah dipilih Allah untuk memiliki hati yang bercahaya,akan melihat segala-galanya dari sudut yang berbeza dari kebanyakkan manusia biasa."

Waullahualam.


Persaudaraan.

Written By asmaraniabdullah on Monday, September 26, 2011 | 1:16 AM

Lihatlah Dengan Matahatimu,
Erti Persaudaraan-

Rasulullah saw bersabda,
"Seorang Muslim adalah saudara bagi sesama Muslim yang lain,
tidak boleh menganiaya atau membiarkan dianiaya.
Dan sesiapa memenuhi hajat saudaranya maka Allah akan memenuhi hajatnya.
Dan sesiapa membebaskan kesusahan seorang Muslim
maka Allah akan membebaskan kesusahannya di hari kiamat.
Dan sesiapa menutupi aib seorang Muslim maka Allah akan menutupi aibnya di hari kiamat."
(HR Bukhari dan Muslim)


Pengajaran Hadis:

1.Menjadi tanggungjawab sesama muslim untuk menjaga saudaranya sama ada dari segi
lahiriah maupun batiniah.
2.Tidak menganiaya,atau membiarkan dianiaya.
3.Berusaha membantu memenuhi hajat saudara kita(yg.tidak bertentangan dengan syariat)
4.Membantu mereka yang dalam kesusahan.
5.Menutup aib(perkara yang tidak disukainya) daripada diketahui oleh orang lain.
Tetapi ini berbeza dengan kemungkaran yang mesti sama-sama kita cegah.

Rujukan 1.Hadis Sahih~Bukhari dan Muslim
2.Usrah Mingguan.Pn. Hjh. Fatimah bt. Muhammad

Haji

"Sampaikan Olehmu" (walau sepotong ayat)
Tuntutan mengerjakan haji, bersesuaian dengan firman Allah s.w.t, yang bermaksud:-

"Dan maklumkanlah kepada manusia supaya mengerjakan haji,nescaya mereka akan datang kepada Engkau dengan berjalan kaki dan mengenderai unta yang kurus,mereka akan datang dari segenap ceruk penjuru atau pelusuk yang jauh(seluruh dunia)".
(Surah al- Haj: 27)

Hikmah Mengerjakan Haji (secara ringkas)
1.Menjadi tempat pertemuan umat Islam dari seluruh dunia atas label "Tetamu Allah"dengan berpakaian ihram serba putih,tanpa mengira pangkat,kedudukan dan keturunan.
2.Dapat menyaksikan sendiri bagaimana kesan perjuangan para rasul,dapat menghayatinya sendiri dengan melawat tempat-tempat bersejarah.
3.Dapat menyemai rasa keinsafan bahawa kita semua akan kembali menemui Allah suatu hari nanti.(padang Arafah~bayangan Masyar)

Sumber rujukan~Panduan LengkapFardu Ain
Indahnya Hidup Bersyariat~Dato`Ismail Kamus

KEMBARA NURANI

Written By asmaraniabdullah on Sunday, September 25, 2011 | 11:50 PM

SEPATAH KATA~Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah ,segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah yang Maha Esa,Maha Bijaksana,lagi Pencipta dan Pengatur alam semesta.
Selawat dan salam keatas junjungan nabi Muhammmad s.a.w dan ahli keluarga baginda.
Melalui KEMBARA NURANI ini saya ingin mengajak semua pembaca mengembara dengan hati nurani dalam perkongsan ilmu.InsyaAllah dalam ruang ini saya akan berusaha membawa info-info yang bermanfaat dari pelbagai aspek sama ada dari aspek duniawi maupun ukhrawi.

Segala kekurangan dan ketidakpuasan hati dalam info-info yang bakal diketengahkan nanti saya dengan ini awal-awal lagi memohon ribuan ampun dan maaf.

Saya juga bermohon agar Allah s.w.t pimpin saya dan kita dengan hati yang tulus ikhlas dalam menyampaikan dan berkongsi info-info itu nanti.Semoga memberi manfaat pada diri dan kita semua.
Wassalam.

KEMBARA NURANI
1.Sampaikan Olehmu.
2.Lihatlah Dengan Matahati.
3.Cetusan Rasa.
4. Lain-lain.

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2013. Ex-SMDKP Boys n Girls - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger