Home » , » BERTANI DENGAN ILMU

BERTANI DENGAN ILMU

Written By Abah Warisan on Tuesday, September 13, 2011 | 3:08 PM





Assalamualaikum semua..... Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat hari raya Aidil Fitri kepada semua kawan kawan dan pembaca sekelian. Ucapan terima kasih di dahulukan kepada Saudara Arizan Hashim (Nama pena, Madcrab) kerana atas usaha beliau telah membolehkan saya menulis di ruangan ini untuk menyampaikan sedikit sebanyak pengetahuan dalam bidang berkaitan pertanian merangkumi penanaman , penternakan & juga perikanan.

Ilmu adalah satu elemen yang penting didalam apa jua perkara yang ingin kita lakukan. Dengan adanya ilmu pengetahuan maka apa yang kita usahakan atau kerjakan akan lebih mudah dilakukan dan mempunyai peratusan kejayaan yang tinggi.

Didalam bidang pertanian juga begitu, petani mestilah mempunyai ilmu sedikit sebanyak didalam apa apa bidang pertanian yang ingin diceburi. Saya akan bercerita sedikit berkenaan ilmu dalam bertani yg menjurus kepada bidang penanaman termasuk perkebunan dan perladangan.

Bagi memperolehi kejayaan didalam bidang penanaman seperti, sayuran, buah buahan, padi dan lain lainnya, terdapat 5 faktor utama yang perlu diketahui dan di praktik kan bagi menjamin kejayaan dan bagi mendapat hasil yang tinggi.

Faktor faktor itu adalah:

1) Media (tanah) - Tanah mestilah ditentukah PH (kadar kemasaman, ini adalah Asas) yang bersesuaian dengan jenis tanaman yang bakal ditanam (contoh : padi PH 5.5 ke 6.5), Kalau boleh dapatkan bacaan kadar NPK dalam tanah & yang lebih baik lagi dapatkan analisa bacaan CEC/KTK (Kadar Tukaran Kation). Semua perkara berkaitan tanah ini perlu diketahui sebelum memulakan sesuatu tanaman. Maklumat ini juga bakal menentukan berapa kah kadar baja yang bakal digunakan nanti.

2) Benih - Haruslah menggunakan benih yang di buat khas untuk benih (hibrid: contoh benih jagung siri 1253 taiwan sweetcorn). kerana benih ini berkualiti dan potensi untuk percambahan yang tinggi, juga telah dirawat dengan ubat kulat seperti benomyl dan sebagainya.

3) Baja - Baja NPK (kimia) dan baja organik atau baja Bio-organik perlu digunakan bersesuaian dengan keadaan kesuburan tanah dan juga jenis tanaman yang bakal diusahakan.

4) Pengairan - Saliran perlu lah disediakan kerana jika berlaku kemarau, tanaman akan mati.

5) Kawalan penyakit/ serangga - Mengawal penyakit dan musuh perosak tanaman adalah perlu dan kaedah mencegah dahulu perlu diamalkan.

Faktor tambahan: sikap - Faktor ini bergantung kepada individu atau petani itu sendiri. Contohnya: bagi penanaman padi yang diusahakan oleh beberapa orang petani di sesebuah kampung. Sikap bekerjasama diantara mereka adalah penting kerana boleh melakukan sesuatu aktiviti secara bersepadu: contoh: Apabila tiba waktu meracun serangga, Petani A meracun dikawasan mereka tetapi petani B tidak mau ikut serta. Musuh serangga tanaman akan lari ke sawah petani B. Dana apabila petani B pula meracun kemudiannya, maka musuh serangga akan berpindah ke sawah petani A.

Adalah lebih baik jika kedua dua petani berpakat dan melakukan kawalan secara bersama, maka musuh akan dapat di banteras dengan lebih berkesan.

Ulasan:

Cuba kita tinggalkan salah satu dari 5 faktor diatas maka tanaman kita akan berisiko dan berkemungkinan akan gagal. Saya tidak dapat untuk memperincikan setiap faktor itu disini, kerana ianya lebih sesuai diterangkan secara lisan. Walau bagaimana pun, tuan tuan dan puan puan yang mempunyai minat dalam bertani boleh mengemukakan soalan disini. Insyaallah saya akan cuba untuk menjawabnya.

sekian, terima kasih.

Dr Aziz (Abah Warisan)

Link to : www.kurmatech.blogspot.com




Share this article :

+ comments + 5 comments

September 13, 2011 at 3:11 PM

soalan: Macamano nak bolo unto, mano nak dapek anak eh... TQ

September 13, 2011 at 7:23 PM

bolo unto mintak anak ea kek Ija Honey. hihihi

Ajih!, edit balik posting tu. masukan perkataan "Pertanian" ko "Ternakan" ko atau apo yang bakaitan kek ruangan "Labels for this post."

nanti dio akan kumpo an maklumat tasabuit dalam satu topik. sanang kok nak mancaghi ea lain kali.

September 13, 2011 at 8:40 PM

ok, boss
iko testing yo...

September 14, 2011 at 7:25 AM

Congratulation. A very start Dr Aziz.

Anonymous
September 28, 2012 at 1:13 PM

salam semua. sye ahli baru

Post a Comment

Nak komen tu komen gak tapi agak agaklah sikiek yo. hehehe

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2013. Ex-SMDKP Boys n Girls - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger