Setiap kita berhasrat melanjutkan pelajaran tinggi sama ada di dalam negeri atau diluar negara, sama ada secara sepenuh masa atau sambilan atau lebih dikenali sebagai off kampus. Pada hari ini melanjutkan pelajaran tinggi lebih mudah dengan adanya Universiti Terbuka (Open University) dengan adanya cawangan dihampiri setiap negeri. Terdapat pula hampir setiap Universiti Awam dan Swasta di negara ini mempunyai cawangan atau usahasama dengan kolej tempatan yang mengadakan kursus tertentu. Secara perbandingan peluang bagi seorang amat terbuka untuk melanjutkan pelajaran tinggi dan banyak bank atau instutusi kewangan memberikan pinjaman untuk membiayai kursus kajian.
Semasa mengajar di SMDKP Lenggeng saya mendaftar untuk kursus Diploma in Public Administration (ITM) secara off campus. Sebenar permohonan saya telah ditolak dan apabila saya berjumpa dengan Koordinator Kajian Luar Kampus, saya dimaklumkan bahawa belum ada sesiapa dari Seremban yang mendaftar dan tamat kursus. Saya meminta pengecualian dan memberikan saya peluang. Disamping itu saya perlu mendapat kelulusan dari Pengarah Pelajaran Negeri yang memberikan perakuan bahawa kursus diambil relevant dan bersesuaian dengan keperluan masadepan Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagitulah sukar dan masalah yang saya hadapi untuk mengambil kursus ini. Inilah yang melayakkan saya untuk melanjutkan pelajaran di London. Saya terhutang budi pada Encik Shaari Isa (pengarang buku perdagangan dan akaun), yang dengan berani memberikan perakuan bahawa kursus ijazah yang saya ambil relevan dan memenuhi kehendak masadepan Kementerian Pelajaran Malaysia. Mujurlah saya mengambil tugas Encik Aziz mengajar perdagangan apabila dia melepaskan jawatannya.
Semasa menuntut di London, saya mendaftar dibeberapa universiti disekitar London, dengan tujuan mendalami kursus ijazah yang berkaitan dengan matapelajaran tertentu yang saya ambil. Yang anehnya ke mana saya belajar, pensyarah yang sama mengajar matapelajaran yang sama. Buat saya itu memudah saya mendalami matapelajaran tersebut dan mendapat gred yang baik. Saya mendaftar di Goldsmith College di New Cross dan Imperial College di London (kedua dua college ini adalah rangkaian University of London. Sudah diketahui umum University of London memang terkenal dengan kursus ijazah External Degree Programme - di Malaysia kursus ijazah yang popular dari universiti ini ialah kursus ijazah Undang Undang Undang (LLB) dan banyak dijalankan di kolej swasta di negara ini.
Semasa saya memegang jawatan sebagai Assistant Budget Accountant di Greenwich District Hospital di London saya diwajibkan mengikuti kursus CIMA dan menamatkannya dalam tempoh tertentu. Kursus ini diambil secara sambilan dengan mengikuti kursus pada sebelah malam pada hampir setiap hari atau mengambilnya pada satu hari di dalam seminggu dari 9 pagi sehingga 9 malam. Bayaran kursus, buku dan peperiksaan ditanggung sepenuhnya oleh majikan dan bagi mengikuti kursus harian gaji dibayar sepenuhnya. Saya mendaftar mengambil kursus ini di Croydon College (sekarang Universiti) dan mengambil masa 2 perjalanan berkereta, yang bererti saya sampai di rumah selepas jam 11 malam.
Perbandinglah kemudahan untuk menyambung pelajaran tinggi di negara ini dengan di United Kingdom. Banyak pilihan, murah atau percuma dan digalakkan pula oleh Majikan. Bertuah sungguh rakyat di UK kerana kemudahan menyambung pelajaran tinggi yang disediakan oleh Kerajaan. Bayangkan kalau kemudahan seperti ini ujud di negara ini beramaikah yang akan merebut peluang ini.
Kebanyakan orang tidak berusaha untuk menyambung pelajaran tinggi mereka lebih lebih lagi setelah berkahwin dan berkeluarga. Antara sebabnya kerana kesibukan bekerja, tanggung jawap pada keluarga tahun demi tahun bertambah kerana anak anak sendiri yang bersekolah dan sampai masanya anak anak mereka menyambung pelajaran di menara gading. Nyatalah sebab utama tidak menyambung pelajaran tinggi adalah juga kewangan. Di negara ini kos menyambung pelajaran tinggi bukanlah murah, dan menjadi hak yang mampu saja. Kita perlu memberikan priority kepada keluarga, membeli rumah, kereta dan berbagai lagi, dan apa baki yang tinggal tidak mencukupi untuk melanjutkan pelajaran tinggi, kecuali bagi yang bernasib baik ditanggung sepenuhnya oleh pihak majikan termasuk Kerajaan.
Yang mampu menyambung pelajaran tinggi ada yang meneruskan sebaik sahaja tamat ijazah pertama. Bagi setengah kursus yang bersifat akademik ini tiada menjadi masalah. Ia lebih mendalami apa yang telah dipelajari pada ijazah pertama. Dalam kursus ini penekanan ke atas pengalaman bekerja tidak relevant.Ada atau tidak pengalaman bekerja tidak menjadi prasyarat bagi mengikuti kursus lepasan ijazah.
Biasanya kursus professional seperti berbagai ijazah lanjutan MBA yang dijalankan oleh universiti tempatan dan luar negara lebih bersesuaian untuk mereka yang telah ada ijazah pertama dan mempunyai pengalaman pekerjaan yang relevan. Graduan bukan diajar teori semata mata tetapi menggunakan pengalaman pekerjaan yang ada untuk berbicaraa secara kritikal atas Case Studies sama ada secara kumpulan atau secara individual. Ia dilakukan dengan mengambil bahagian dalam pembentangan hujjah, dan tiada tempat bagi seorang yang bersifat pendiam dan pasif di dalam kelas. Ia bukan lagi bersifat menyalin nota nota yang dihuraikan oleh pensyarah. Dalam scenario seumpama ini penguasaan Bahasa Inggeris sewajar satu prasyarat Jika menyambung pelajaran tinggi dilakukan di luar negara. Inilah antara dilemma pelajar pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran tinggi di luar negara.
Keadaan ini mengingatkan saya semasa di Ampang Hospital ketika kumpulan doktor pelatih ditanya satu demi satu apa yang mereka ketahui tentang sesuatu keadaan pesakit (termasuk saya yang sedang mendapat rawatan). Saya yakin mereka memahami soalan yang ditanya tapi kerana kurang keyakinan di dalam penguasaan Bahasa Inggeris, jawapan yang diberikan tidak memuasakan hati doktor pakar yang tertanya. Bandingkan scenario ini - seorang doktor pelatih mengambil tugas doktor pengajar. Kerana fasih berbahasa Inggeris role play yang dimainkan sangat menyakinkan. Apa saja perkara yang doktor doktor pelatih tidak faham, segera mereka dapatkan melalui internet menggunakan komputer saku (pocket computer). Berapa ramai kita membekalkan komputer seumpama ini kepada anak anak kita yang menyambung pelajaran tinggi sama ada dalam negeri atau luar negara. Mungkin ada dan lebih dari itu juga kita lakukan. Adakah mereka gunakannya sebaik mungkin?
Dalam zaman internet ini, menimba pengetahuan secara formal dan tidak formal terbentang luas. Kalau dahulu hendak menyediakan assignment terpaksa ke perpustakaan dan membuat rujukan daripada sumber terdapat di situ. Saya masih teringat semasa di London rakan rakan berpusu pusu ke perpustakaan berjam jam lamanya membuat rujukan. Berapa banyak yang boleh dilakukan dalam masa yang terbatas itu. Cara saya ialah mendapatkan bahan dan fotokopi mana yang relevan, dan di dalam sejam dua saya sudah tinggal perpustakaan. Pada masa tersebut tempat membuat perbincangan dengan kawan kawan ialah di Perpustakaan Regent Mosque, masjid terbesar di Eropah. Kami akan berbincang seawal jam 9 pagi hingga 9 malam dan berhenti setiap kali masuk waktu solat dan makan tengahari dan minum petang.
Dengan adanya internet dengan hanya 'cut and paste' banyak maklumat boleh disimpan di pendrive. Semasa menjadi tenaga pengajar di United College Sarawak di Sibu, pelajar pelajar bagi kursus diploma dan ijazah cari jalan mudah menyiapkan assignment dan thesis mereka dengan cara 'cut and paste'. Kelihatan cantik dan siap dengan binding sekali. Bila buat penilaian paling baik dapat grade C saja. Tidak salah menggunakan maklumat dari Internet tapi biarlah didalam keadaan disusun semula dengan memberikan pandangan sendiri. Saya rasa ini juga dilakukan di pusat pengkajian tinggi di negara ini dan di negara negara lain.
Mendapat gred yang baik bukan setakat reproduce semula apa yang diperolehi semasa menhadziri kuliah. Yang diutamakan ialah memperlihatkan kematangan menghuraikan sesuatu dan bukti banyak membaca dan buat rujukan. Di sini sekali lagi pelajar Melayu kita khususnya, yang kurang penguasaan Bahasa Inggeris, bahan bacaan dan rujukan mereka terbatas, kerana kebanyakan buku rujukan atau di internet sekali pun adalah dalam Bahasa Inggeris. Tanyalah sendiri banyak mana bacaan di dalam Bahasa Inggeris yang kita semua lakukan. Inilah yang diwaris oleh anak anak kita. Penguasaan bahasa itu adalah berdasarkan kekerapan menggunakan bahasa itu, sama ada lisan atau bertulis.
Memang susah untuk mencapai kejayaan seperti kita kehendaki. Kita akui bahawa pelajaran dan pengetahuan itu penting bagi masadepan kita dan anak anak kita. Hampir setiap kita ada talipon bibit, kemudahan wifi, laptop dan macam macam lagi yang kita miliki. Banyak mana kita guna peralatan ini untuk mencapai kemajuan dan masadepan kita. Jika kita liat menimba ilmu dan tidak ada keinginan menyambung pelajaran tinggi, kita persalahan diri kita sendiri jika 5 - 10 tahun kita masih di takok lama. Di United Kingdom satu soalan tidak pernah tertinggal semasa temuduga atau suaikenal (orientation) ditanya ialah 'What will you be in 5 - 10 years from today. Bila ditanya pada saya soalan tersebut jawapan saya pantas, "I aim to be the Number 2". Yang bertanya ialah Number 1 di Greenwich District Hospital, seorang FCIMA. Terus dia bertanya saya, "Why not be the Number 1". Saya naikkan lengen baju saya dan menjawap "I don't think the society is ready to accept me as the Number 1. Saya memberikan jawapan apa yang difikiran semasa itu. Suaikenal saya dengannya mengambil masa hampir satu jam. Tentu banyak perkara yang kami sentuhi dalam tempoh 1 jam itu.
Adakah kita benar benar mengambil tahu pelajaran tinggi anak anak kita. Adakah kita tertanya kepada mereka apakah core subjects yang mereka ambil,optional subjects, assignments, project dan berbagai bagai lagi mengenei jurusan dan major yang mereka ambil. Mungkin kita sendiri melaluinya bagi mereka yang bernasib menyambung pelajaran tinggi. Bagi setengah pula kerana diri sendiri tidak pernah berkesempatan menyambung pelajaran tinggi atas pelbagai sebab, kita akui sendiri kelemahan kita dan tidak tahu apa yang hendak ditanyakan kepada anak kita. Kita semua pernah melihat gambar dan berita OKU, warga emas, dari keluarga yang miskin berjaya di dalam mendapat ijazah pertama, Master dan kedoktoran. Tidakkah semua ini cukup menjadi peransang untuk kita mencapai kejayaan di dalam pelajaran tinggi kita dan anak anak kita. Where there is a will, there is a way. Dimana ada kemahuan di situ ada jalannya. (Bukannya No Road No Jalan)
Post a Comment
Nak komen tu komen gak tapi agak agaklah sikiek yo. hehehe