Home » » Bicara Cikgu JK - Melakukan Umrah

Bicara Cikgu JK - Melakukan Umrah

Written By Pentadbir on Thursday, October 13, 2011 | 7:16 PM

Menjadi kelaziman pelajar di luar negara, seperti United Kingdom, apabila kembali bercuti di Malaysia mereka transit di Jeddah dan kemudian ke Mekkah untuk melakukan umrah. Mungkin terdapat agensi di Kotaraya London agensi yang mengeruskan Haji dan Umrah, sepertimana terdapat di Malaysia, Singapura, Brunei dan negara negara lain. Sebenarnya saya tidak pernah kembali bercuti di Malaysia kerana isteri dan anak anak saya ada bersama sama saya di London. Jika hendak bercuti satu keluarga ke Malaysia, kos penerbangannya tinggi dan di luar kemampuan saya. Bagi seorang pelajar untuk kembali bercuti di Malaysia mungkin secara perbandingan kosnya lebih rendah, mengambil kira sewa bilik untuk beberapa bulan serta menjimat makanan dan minuman semasa bercuti di Malaysia (ditanggung oleh keluarga).

Pelajar Malaysia di London hidup di dalam kemewahan, jika sanggup bekerja sambilan di tempat tempat seperti KFC, McD, Pissa Hut dan seumpamanya,dan pendapatan dari kerja sambilan mungkin melebihi biasiswa yang mereka terima daripada kerajaan dan agensi agensi lain. Biasanya bagi memaximumkan pendapatan, mereka perlu bekerja 3 hari saja, Jumaat, Sabtu dan Ahad antara jam 7 petang sampai jam 11 malam, dan Jika sanggup balik sehingga restaurant ditutup mereka bukan sahaja layak dapat OT tetapi dihantar balik dengan kos teksi ditanggung oleh restaurant. Kerja sambilan ini dibenarkan oleh undang undang dan tidak memerlukan Permit Kerja. Apabila mereka kembali ke tanahair mereka membawa bersama kamera, komputer, talipon, pakaian berjenama (termasuk jeans) dan berbagai lagi. Ada antara mereka melakukan umrah dalam perjalanan balik ke tanahair atau melancung di Eropah. Ada pula yang melakukan umrah berkali kali.

Untuk mendapatkan visa umrah, apa yang perlu dilakukan (termasuk saya sendiri) ialah menempah tiket penerbangan balik ke Malaysia (single atau return) dengan Saudi Air (Syarikat Penerbangan lain tidak ada kemudahan terbang dari London ke Jeddah dan kemudian meneruskan penerbangan ke Malaysia). Mungkin boleh dilakukan menggunakan syarikat penerbangan negara Timur Tengah tapi kos penerbangan mungkin lebih tinggi. Tambang penerbangan Saudi Air London - Malaysia adalah tinggi berbanding dengan syarikat penerbangan lain dan jarang pelajar Malaysia, kecuali dengan tujuan melakukan umrah.

Itulah yang saya lakukan untuk kembali ke Malaysia menggunakan khidmat Saudi Air dan hanya dikenakan bayaran transit sebanyak £20 dan setelah mendapat tiket saya ke Kedutaan Saudi di London untuk dapatkan pula visa umrah. Sukarkah untuk mendapatkannya dan berapa pula kos mendapat visa umrah. Susah untuk dipercayai saya mendapat visa umrah dalam tempoh tiga (3) hari dan tiada dikenakan apa apa bayaran. Saya andaikan kalau membeli tiket penerbangan pergi balik, London - Jeddah - London boleh juga mendapat visa umrah. Alhamdulilah, sampai hajat saya untuk mengerjakan umrah, dengan cara saya sendiri tanya menggunakan khidmat agen.

Saya memang selalu mengerjakan solat di Regent Mosque di Kotaraya London. Cuma solat fardu subuh saja yang saya tidak dirikan di masjid itu. Dalam musim summer solat subuh mungkin seawal 3 pagi dan musim winter sebelum jam 9 pagi. Di samping itu makanan dijual di masjid itu mungkin yang termurah di United Kingdom mahu pun di Europe. Nasi dalam kotak lauk ayam hanya dikenakan £2 dan dihidangkan dalam suhu yang masih panas, dan menyelera untuk makan (masakan Arab). Value meal McD berharga £2.99. Kadang kala selepas mengerjakan solat Jumaat, diumumkan makanan dan minuman percuma kepada semua. Masyallah.

Dari Tube Station ke Regent Mosque (kurang 1 km) terdapat banyak kedai atau gerai dijalankan oleh orang Arab, dan menjual barang barang halal seperti minuman dan makanan, alat solek, sejadah, pakaian haji dan umrah dan lain lain. Daripada situlah saya mendapatkan pakaian umrah dan bahan bacaan mengenei Umrah dihuraian di dalam Bahasa Inggeris. Tiket penerbangan saya juga saya perolehi dari situ. Mereka menesihat saya membuat tempatan bilik penginapan semasa di Mekkah dan Madinah daripada mereka. Kerana khutair tiada tempat tinggal, saya bersetuju setelah mereka diberikan jaminan tempat tinggal tersebut tidak jauh dari Kaabah dan Masjid Nabawi.

Hasrat saya melakukan Umrah saya maklumkan kepada isteri saya, dan mengajak dia turut sama. Saya berusaha cuba memahami apa yang perlu saya lakukan semasa umrah, dan belajar membaca doa doa dan lain lain yang perlu saya ketahui. Seorang rakan saya dari Kuching mengirimkan buku mengenei mengerjakan Umrah termasuk rakaman kaset.

Saya bertolak ke Heathrow selepas solat magrib dan dihantar oleh seorang kawan, Sharimin, yang telah menetap sekian lama serta mendapat kerakyataan British. Di Heathrow terdapat mereka yang ke Mekkah yang telahpun memakai pakaian umrah mereka. Saya masih dengan pakaian biasa saya, dan ini mengingatkan saya seorang kawan dari Melaka yang ketika menaiki kapal terbang untuk mengerjakan Haji, masih berpakaian biasa dan seluar jean biru.

Setelah mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal kepada Sharimin, saya menaiki kapal terbang Saudi Air dan meletakkan bahan bacaan mengenei Umrah ditempat bersesuaian. Duduk sebelah saya ialah seorang teruna keturunan Pakistan dan ke tanah suci untuk tujuan yang sama. Penerbangan mengambil masa 5 jam. Pendaratan di Jeddah ialah pada waktu subuh, dan sempat saya mengerjakan solat subuh sebelum memulakan perjalanan ke Mekkah. Pemuda Pakistan yang saya temui sewaktu penerbangan mengajak saya menyewa sebuah taxi untuk berkongsi bersama tambangnya. Saya tidak berfikir panjang dan menerimnya kerana saya ada dua beg besar yang tidak memudahkan saya untuk bergerak.

Kami sampai di Kotaraya Mekkah, pemuda Pakistan diturunkan dahulu tidak jauh dari Masjidi Haram dan selepas itu baru giliran saya pula. Rupanya tempat tinggal saya bukanlah berdekatan dengan Masjidi Haram, dan setiap kali saya pergi atau balik, saya terpaksa menggunakan taxi atau bas. Akhirnya saya menjejakkan kaki saya di Masjidi Haram kira kira jam 10 pagi, dan segera mengambil wuduk, dan setapak demi setapak saya ke hadapan dan akhirnya baru ternampah Kaabah. Saya terus sujud kesyukuran, dan mara kehadapan sadikit lagi sebelum mengerjakan solat sunat. Bercucuran airmata saya semasa mengerjakan solat sunat itu, dan kemudian terus melakukan kerja umrah. Setelah selesai saya kembali ke tempat penginapan saya. Setelah mandi, wuduk dan menggantikan pakaian saya kembali ke Masjidi Haram. Selang tidak lama kemudian saya bersama jemaah yang lain mengerjakan solat fardu zohor, pertama kali bagi saya solat fardu berdepan dengan Kaabah. Sekali lagi bercucuran airmata saya keluar, dan saya rasa bukan keseorangan. Subhanallah Alhamdulilah Allah Akhbar.

Kesempatan saya berada di Tanah Suci saya gunakan sebaik mungkin. Entah bila lagi saya berkesempatan menjadi tetamu Allah SWT lagi, walau pun hajat itu kalau boleh datang lagi sekerap yang mungkin. Pada mulanya makanan tengahari dan malam saya masih lagi nasi serta lauk yang ada disajikan. Kerana tidak mahu berada di dalam keadaan mengantuk, malas dan selalu ke tandas, saya biasakan makan satu kebab untuk sarapan pagi dan petang, dan satu atau dua kebab untuk makanan tengahari dan malam. Itulah juga amalan makanan saya semasa di Madinah.

Saya akan berada di Masjidi Haram sebelum subuh, sama ada berjalan kaki atau menaiki teksi, dan terus tawab mengelilingi Kaabah sehingga masuk waktu solat, dan solat berhadapan Kaabah, biasanya di saf pertama bagi hampir setiap solat bila berada di Masjidi Haram, dan tawab semula mengelilingi Kaabah sesudah solat. Saya tidak ke mana mana dan duduk di Masjidi Haram sehingga selesai solat Isyak. Saya biasanya kembali ke tempat penginapan saya, dan tidur awal untuk pastikan saya akan bangun awal untuk berada di Masjidi Haram sebelum subuh bagi keesukan hari.

Saya bertolak ke Madinah pada hari ketiga bagi mempastikan saya akan ada berada semula di Mekkah, kerana hajat besar bersolat fardu Jumaat di hadapan Kaabah. Saya ke Madinah menggunakan pengangkutan bas, dan keadaan bas di dalam perjalanan sangatlah panas dan tidak selesa. Di kiri kanan jalan ialah padang pasir terdedah pada panas terik. Terfikir di ingatan saya, kalau saya merasa resah dan tidak selesa di dalam bas yang bergerak (hawa dingin bas kurang berfungsi) bagaimana pula keadaan Nabi Muhammad SAW dan rombongannya semasa berhijarah dari Mekkah ke Madinah. Subhanallah Alhamdulilah Allah Akhbar. Duduk sebelah saya ialah seorang bangsa Arab yang berkerakyatan Amerika Syarikat dan fasih berbahasa Inggeris. Rupa rupa dia juga memikirkan perkara yang sama. Dia cuma pembawa teksi di New York.

Kami makan tengahari di dalam perjalanan serta melakukan solat fardu zohor. Dari jauh lagi sudah kelihatan Masjidi Nabawi. Saya terus ke tempat penginapan saya kira kira 3 km dari Masjidi Nabawi. Saya telah diberitahu oleh penjaga penginapan saya di Mekkah, bahawa saya boleh dapat kunci bilik saya di bawah alas kaki depan pintu masuk, dan meninggal kunci di tempat yang sama bila kembali ke Mekkah. Saya tidak ingat lagi di tingkat ke berapa dan berapa banyak bilik di tingkat saya tinggal. Saya ingat cukup untuk 100 orang, dan semasa tinggal di apartment itu saya sendirian. Saya serahkan nyawa dan keselamatan saya pada Allah SWT. Saya datang hanya dengan satu niat, membanyakkan amalan ibadat kepada Allah SWT.

Saya ambil teksi untuk ke Masjidi Nabawi untuk solat asar dan kembali ke apartment saya selepas Isyak dengan berjalan kaki. Seperti di Masjidi Haram, saya berjalan kaki setiap pagi sebelum subuh untuk sampai ke Masjidi Nabawi. Timbul juga ketakutan berjalan kaki di pagi pagi buta di dalam keadaan senyap dan sepi, nasib baik terang menerang. Di Masjidi Nabawi sempat saya membaca surah Yaseen di hadapan Makam Nabi Muhammad SAW dan sahabat baginda. Sebelum kembali ke Mekkah, saya terjumpa rakan karib dan jiran saya semasa di London - Hishamuddin Yunus (sekarang Datuk), isteri dan anaknya Amar (dilahirkan di London) dan pernah saya dukung ke sini sana. Datuk Hishamuddin Yunus pada hari ini ialah Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia. Tanpa diduga saya ketemui sekali YA Datuk Hishamuddin dan anaknya sekembali saya ke Mekkah

Saya kembali ke Mekkah pada hari Khamis kerana hasrat saya ingin solat Jumaat di hadapan Kaabah. Setelah barang ditinggalkan di penginapan saya, saya ke Masjidi Haram untuk mengerjakan Umrah, dan kembali ke apartment saya untuk tukar pakaian dan kembali semula ke Masjidi Haram untuk solat magrib dan Insyak.

Pada pagi Jumaat pertama saya rasa memang luar biasa. Terlalu ramai orang, bermacam rupa, ada yang tempang malahan ada yang merangkak. Saya terpaksa lebih berhati hati takut terlanggar atau terpijak sesiapa. Yang anehnya setelah solat subuh yang tempang, merangkak dan berbagai ragam lagi hilang bagitu saja. Hajat saya untuk memberikan sedekah kepada mereka.

Setelah sarapan pagi saya mencari tempat yang tidak banyak orang lalu lalang untuk membaca surah Yaseen. Kali ini saya tandakan didalam buku yang muka suratnya tertulis. Setiap kali saya tamat membaca Surah Yaseen, saya tandakan dan pada bila bila masa saya akan ketahui berapa kali saya sudah membaca Surah Yaseen. Kira kira jam 10 pagi hampir setiap tempat di depan, belakang dan kiri dan kanan sudah dipenuhi oleh orangramai. Hajat saya bersolat berhampiran dengan Kaabah. Malahan di hadapan Kaabah sudah terlalu ramai orang. Adakah saya berpeluang untuk solat berhampiran dengan Kaabah. Dalam sekelip mata saya melihat seorang tua dalam keadaan susah berjalan dan berdiri, mencari tempat untuk solat. Saya berdiri dan tinggalkan bag saya, hampiri orang tua itu, dan pimpin dia berjalan ke arah beg saya, dan tinggalkan dia di situ. Dengan penuh kegembiraan saya melakukan tawab sehingga masuk waktu solat. Alhamdulilah hajat saya bersolat Jumaat berhampiran Kaabah dimakburkan oleh Allah SWT.

Visa Umrah saya hanya untuk 14 hari saja dan saya membuat persiapan untuk kembali ke Malaysia. Saya ke pejabat Saudi Air untuk mengesahkan penerbangan saya. Saya diminta datang ke pejabat selepas zohor untuk mendapat pengesahan. Apabila saya ke pejabat, saya dimaklumkan penerbangan saya dijadualkan semula tiga hari lagi. Saya menerimnya dengan kegembiraan kerana saya boleh berada di Masjidi Haram untuk tiga hari lagi. Permintaan saya ditolak tapi saya diminta pergi ke Jeddah pada petang itu juga. Segala perbelanjaan perjalanan, makanan minuman dan tempat tinggal ditanggung sepenuhnya oleh Saudi Air. Jika saya tinggal juga di Mekkah, saya tidak mendapat apa apa kemudahan. Dengan berat hati saya terima dan melakukan tawab terakhir selepas solat asar. Saya cuba mendapat bekas air untuk diisi dengan air zamzam yang saya ambil sendiri di perigi dalam kawasan Masjidi Haram,Bertuah sungguh rasa saya dapat mengambil air zamzam secara sendiri untuk di bawa balik ke Malaysia. Walau pun tempoh saya berada di Tanah Suci tidaklah panjang, saya sudah sebati dengan minuman air zamzam, dan mungkin dalam cuaca panas itu saya telah meminum bergalleon galleon air zamzam. Menitis airmata apabila saya memandang Masjidi Haram buat kali terakhir. Saya berdoa kepada Allah SWT supaya panjangkan usia saya, dan dalam keadaan sihat, dan akan kembali semula ke Tanah Suci bagi mengerjakan Rukun Islam Kelima.

Saya ke Jeddah dengan menaiki bas exclusive yang kebetulan tidak ramai penumpang dan sampai di Airport Jeddah sebelum magrib. Saya mengambil teksi untuk ke hotel saya, dan checked in. Buat pertama kali setelah meninggalkan UK, saya dapat makanan barat. Saya tidak ke mana mana pada malam itu, dan menonton Cable TV. Buat pertama kali ini saya menonton siri Pua Chu Kang (Don't play play). Saya buat panggilan talipon kepada anak saya, dan meminta dia menghubungi tiga rakan baik saya untuk maklumkan perubahan dalam jadual penerbangan saya. Sekurang kurangnya seorang daripada tiga berada di KLIA pada hari saya dijudual sampai,

Selepas sarapan pagi di hotel pagi itu, saya ke Jeddah buat pertama kali seorang dan sempat solat zohor di madarasah berdekatan dengan pantai. Saya ke Jeddah sekali pada hari berakhir dan kali ini saya menyusur pantai dan sebelah kanan dan hadapan saya ialah padang pasir yang luas. Sayang saya sendirian dan tidak dapat meluakkan perasaan saya semasa menyusur pantai. Malahan tidak ada gambar saya sewaktu meninggal Heathrow atau sampai di Jeddah, Mekkah atau Madinah. Tiada ada yang saya kesalkan kerana niat saya untuk beribadat di Tanah Suci. Saya sempat membaca Surah Yaseen sebanyak 88 kali di hadapan Kaabah. Alhamdulilah.

Saya dibangunkan awal dan disediakan sarapan pagi sebelum dihantar dengan teksi tanpa dikenakan bayaran, ke Airport Jeddah. Kecuali winter coat saya yang tertinggal di bilik hotel saya, tiada apa yang hilang atau tercicir. Alhamdulilah. Penerbangan memakan masa 8 jam. Semasa mendarat di KLIA, saya tengah solat zohor. Tak tahu di mana salahnya. Saya tidak mendengar apa apa pengumuman kapal terbang akan mendapat. Mujurlah tiada apa apa berlaku ke atas saya.

Menunggu di KLIA ialah tiga orang putera saya bersama isteri masing masing. Kami berpelukan kegembiraan. Buat pertama kali saya kembali ke Tanahair memakai sarung dan baju berlaboh panjang yang saya beli di Mekkah. Nyata bahawa mesej saya minta anak saya sampaikan tidak dimaklumkan kepada mereka. Kecuali air zamzam, ketayap dan tudung, saya tidak membeli apa apa pun untuk sesiapa pun. Tapi isteri saya telah membekalkan banyak pakaian dan lain lain sebelum saya tinggalkan UK untuk anak anak kami. Beberapa hari kemudian saya ke Kulim, dan kemudian ke Kuantan dan seterusnya ke Kuching bertemu dengan mereka untuk menjelaskan perubahan penerbangan saya balik ke Malaysia.

Jika berkesempatan dan diizinkan oleh Allah SWT saya ingin mengerjakan fardu haji dan umrah dengan terbang ke London, dan dari sana memohon mendapatkan visa haji atau umrah. Saya akan uruskan perjalanan dan penginapan secara sendiri. Saya yakin penginapan tidak menjadi masalah jika untuk seorang dua. Saya fikir perbelanjaan tidak sebanyak mana. Saya tidak kesempatan melawat tempat bersejarah tapi kali ini saya akan lebih bersedia. Umrah yang saya lakukan ialah pada bulan Rejab. Saya ingin mengerjakan Umrah di bulan Ramadan dan menyambut 1 Syawal di Masjidi Haram, Insya Allah.

Share this article :

Post a Comment

Nak komen tu komen gak tapi agak agaklah sikiek yo. hehehe

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2013. Ex-SMDKP Boys n Girls - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger