Pada jam 06.56 pagi (07/08/2012) aku dikejutkan oleh satu SMS daripada Fatimawati Bustami berbunyi:
"Aslmkm abg katam.. Fatimawati ni.. lalok ko? sori gnggu tido.. Abg.. den ko ado bondo nk share n mntak pandangn n pendapat abg. den trbaco dlm salah satu akbar tntang sahabat kito yg kematian suami. ado anak tigo urang. umur anak2 ea bwah 15 thn xsalah den dan wae mangidap kanser rahim,. dlu wae ado taska. lapeh suami ea mninggal wae baliek duduok jo amak ayah ea tp ayah ea lak maningga awal poso baru ni. dduk ke Taman Klana dopan Smdkp tu. Namo ea Adila Baktiar. pasti wae memerlukan bantuan. apo kato kito buek kutipan sabalun rayo ni. kito paie ziarah,, sekurang ea ringan baban ea jo ank2 n amak ea.. Ni la tanggung jwb kito kek laman kito kn bang.. memberi manafaat pd urang lain yg mmrlukan. K tq"
Selepas menghantar isteri ke tempat kerja, aku terus bertolak ke Lenggeng. Dalam perjalanan aku membuat temujanji dengan Cikgu Shamsul Bahrin (Cicit Bagindo), Setiausaha Alutra. Lebih kurang jam 10.15 pagi kami sudah sampai ke rumah Adila.
Untuk pengetahuan sahabat-sahabat semua, Adila merupakan bekas pelajar SMDKP 1981-1985 dan merupakan seorang yang peramah dan periang. Perkahwinan beliau telah menghasilkan 3 orang cahayamata dengan yang kecil sekali berusia 10 tahun sekarang dan yang sulung masih di SMDKP (bawah 15 tahun.)
4 tahun sudah suaminya meninggal dunia kerana kemalangan semasa bertugas yang menyebabkan pendarahan di otak. Oleh kerana penyakit yang beliau sendiri tanggung iaitu Kanser Pangkal Rahim (Cervic Cancer), beliau tidak mampu meneruskan usaha mengelolakan taska yang pernah diusahakan bersama suami beliau. Selepas kematian suami, Adila kembali bernaung dibawah jagaan ayahanda tersayang sebagai tempat bergantung.
Allah mempunyai perancanganNya tersendiri dengan dugaan yang maha hebat. Ayahanda tersayang meninggal dunia pula sebelum bermula bulan Ramadhan baru-baru ni (aku sempat berziarah pada hari tersebut selepas mendapat maklumat daripada Norizan Moez)
Walaupun Adila masih mempunyai adik beradik dan saudara mara, namun sebagai insan yang berkemampuan untuk menghulur sedikit bantuan kepada beliau, marilah bersama kita membantu supaya Aidil-Fitri ini akan lebih bermakna kepada beliau dan ahli keluarganya.
Kami, sekumpulan bekas pelajar SMDKP akan mengadakan Majlis Santai Berbuka Puasa di rumah beliau pada
Kepada mereka-mereka yang ingin menyumbang kewangan bolehlah menggunakan beberapa cara seperti di bawah ini:
- Menitip/mengirimkan kepada mereka yang akan hadir pada hari tersebut, atau
- Menitip/mengirimkan kepada Nasrah Khatib, Fatimawati Bustami, Norizan Moez, Shamsul Bahrin, atau
- Pindahan Bank (Bank Transfer) ke akaun seperti Maybank
- Mohd Arizan Bin Hashim
- No: Akaun: 1622-1848-5215
- sila emel ke ketamgila@yahoo.com butir-butir pembayaran, atau
- sms ke 019-2744894, atau
- tinggalkan mesej di Facebook saya http://www.facebook.com/ketamgila
Oleh:
Mohd Arizan Hashim
@ KetamGila MadCrab
+ comments + 1 comments
insyaallah..sama2 lah kita bantu setakat yg mampu.
Post a Comment
Nak komen tu komen gak tapi agak agaklah sikiek yo. hehehe