Home » , , » Al-fatihah - Pak Haji Hashim Bin Ismail

Al-fatihah - Pak Haji Hashim Bin Ismail

Written By Pentadbir on Wednesday, May 23, 2012 | 3:26 AM


Pak Hj. Hashim Bin Ismail (ayahanda kepada Hjh Hismayati Binti Hashim) telah kembali ke rahmatullah pada jam 9.45 malam 22/05/2012. Jenazah beliau akan dikebumikan pada 23/05/2012 di Lenggeng (lebih kurang jam 11.00 pagi)

Aku mengenali arwah Pak Hashim ketika beliau ditugaskan sebagai pengajar silat oleh Persatuan Seni Silat Semula Jadi (PSSSJ). Memandangkan asal silat ini di bawah almarhum Imam Abu yang berasal dari Minangkabau maka ilmu ini diperturunkan dari gelanggang ke gelanggang, maka cara pengajarannya tidak tersusun kerana ianya diajar mengikut kemampuan murid itu sendiri.

Apabila PSSSJ ditubuhkan pada tahun 1973/74 dengan Arwah Pak Nawi menjadi mahagurunya, usaha mengembangkan ilmu persilatan ini dilakukan dengan lebih aktif. Salah satu program asalnya ialah memperkenalkan di sekolah-sekolah. Arwah Pak Hashim yang merupakan murid tertua Arwah Pak Nawi telah ditugaskan menyusun semula corak latihan yang seragam untuk disesuaikan dengan pengajaran di sekolah-sekolah. Beliau juga diberi tugas untuk mengajar di SMDKP sebagai projek perintis sebelum dikembangkan ke Sekolah Menengah Tunku Durah, Seremban. (SMTD).

Kali terakhir aku menemui beliau ialah pada tahun lepas (2011) sebelum rumah lama beliau dirobohkan untuk pembinaan semula selepas lebih 30 tahun terpisah. Walaupun sebelum menyertai PSSSJ aku pernah terlibat dengan beberapa gelanggang dan beberapa orang guru silat sebelum itu, namun sebagai orang yang pernah mengajarku walau selangkah pencak, sekilas tepis aku telah memperakui beliau adalah guruku. Kegagalan aku mengetahui pemergian guru-guruku sebelum ini membuatkan aku merasa terkilan. Akhirnya Allah SWT telah memberi peluang untukku memberikan penghormatan terakhir untuk beliau. Alhamdulillah.

Kepada mereka yang pernah mengenali beliau atau yang pernah belajar dengan beliau, marilah bersama-sama kita sedekahkah Al-Fatehah. Semoga beliau ditempat orang-orang yang beriman. Bagi mereka yang berkesempatan untuk menziarahi, jenazah bertolak dari Semenyih jam 9.00 pagi dan dijangkakan sampai ke Masjid Lenggeng pada jam 9.30 pagi.

Mohd Arizan Bin Hashim
(ditulis sepulangnya aku dari menziarahi jenazah beliau di rumah anakandanya di Semenyih)
03.22am 24/05/2012
Gambar pada tahun 1974
Kenangan di SMDKP (1974)
Dari koleksi Facebok Hajjah Hismayati Binti Hashim

Gambar ketika beliau sudah mula udzur
Dari koleksi Facebok Hajjah Hismayati Binti Hashim

Kemaskini terbaru (24/05/2012):
Titipan dari Facebook Hajjah Hismayati Binti Haji Hashim
Hismayati Hasim

Assalamualaikumwarahmatullahiwabaratuhh... Ingin mengesahkan berita kembalinya ke rahmatullah bapak kesayangan dan kebanggan saya juga bapak kpd Hisma, Hashimy, Hasbi, Hisham & Hisbany yg dipost oleh Noormah Shaari (Noormah memang ahli keluarga kami & merupakan antara insan yg disayangi & disenangi aruah bapak)

Terima kasih tidak terhingga di atas ucapan takziah & Alfatihah. Bapak telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kg Tengah sebelum Zohor semalam. Aruah menghembuskan nafas terakhir di rumah abang sulung (Hisma) di Taman Tasik Semenyeh pd 23 Mei bersamaan 1 Rejab. (Terkilan jugak sbb aruah tidak sempat utk mendiami rumah yg sedang dibina semula khusus buat aruah dan mak oleh abang Hisma)

Pada Arizan Hashim berserta isteri & anak yg dtg menziarah malam tersebut t kasih byk2. Noormah & anak juga ada sepanjang malam itu... Terima kasih & wassalam..

Share this article :

+ comments + 3 comments

Anonymous
May 23, 2012 at 8:40 AM

alfatihah

May 24, 2012 at 10:57 AM

Terima kasih kepada saudara Arizan kerana coretan beliau dapat mengimbau kembali kenangan dan jasa arwah kepada sebahagian dari kita dulu. Saya masuk tingkatan 1 tahun 1976, Kalau dilihat dalam gambar tu (tahun 1974), Guru besar masih sama Cikgu Hashim Thani dan walaupun saya tak joint gelanggang beliau tetapi saya masih ingat pada arwah yg banyak menyumbang kepada sekolah dan masyarakat setempat. (Den joint gelanggang tok Nawi dah lambek, kok tak silap eh dlm tahun 1980, anak murid eh yg ngajar maso tu ayah Tapa HA klinik Longgeng...).Al Fatihah untuk arwah Pak Hashim..

Jamlus
May 25, 2012 at 11:57 AM

Alfatihah

Post a Comment

Nak komen tu komen gak tapi agak agaklah sikiek yo. hehehe

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2013. Ex-SMDKP Boys n Girls - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger