Home » , » Tips IT 00 - Pengenalan

Tips IT 00 - Pengenalan

Written By Pentadbir on Wednesday, January 9, 2013 | 2:15 PM

Aku ni bukanlah pandai sangat pasal komputer tapi setakat nak bagi tips sikit-sikit tu bolehlah. Sekolah aku tinggi di atas bukit. Balik sekolah, ke kiri turun bukit (ke Pekan Lenggeng) dan ke kanan juga turun bukit (ke Kg. Sg. Machang Ulu). Belajar jer tak tinggi. hehehe

Tapi sebagai pengguna komputer sejak tahun 1985 dengan menggunakan sistem XT, 286, 386, 486 SX/DX sampai sekarang pakai laptop jer (Ipad/tablet tu kecik sangat skrin dia. Mata dah rabun.), aku rasa dapat juga berkongsi ilmu yang sedikit ni dengan korang semua.

Zaman memula aku pakai komputer, cakera keras (harddisk) pun tak ada inikan pula tikus mondok yang korang panggil tetikus (mouse). Jadi, kenalah mahirkan jari kematu ni dengan papan kekunci (keyboard). Applikasi yang senang dan popular zaman tu ialah Wordstar, WordPerfect, Lotus 123, Dbase, Symphony dan sebagainya. Tiap kali tukar printer, setiap applikasi tersebut kena pasang pemandu (driver) dia setiap satu. Itupun kalau reti. Kalau tak reti, kenalah panggil jurujual/technician yang pasangkan (setup). Kurang-kurang terbang jugalah RM50.00 sekali servis.

Sememangnya komputer dicipta untuk memudahkan dan mempercepatkan kerja. Kalau dulu kebanyakkan kita menggunakan mesintaip, bunyinya boleh buat orang sakit gigit jadi meroyan. Setting margin nak betul. Kalau tidak nanti jawabnya menaiplah kat atas "roller bar".

Bila tinggal 10 aksara di hujung baris sebelum sampai margin tab, berbunyilah locengnya sekali. Kalau menaip tengahmalam seram juga dibuatnya dengan bunyi loceng tu. Bila dah sampai hujung, kena tolak balik bar tu ke pangkal. Yang bestnya, bar tu akan berpusing secara otomatik untuk barisan yang seterusnya. HEBATkan? kah kah kah.

Mempelajari teknik menaip adalah satu kelebihan. Ramai yang ambil kursus menaip 3 bulan selepas SPM sebagai persediaan tak kira lelaki atau perempuan. Minima kelayakan sijil ialah 25patah perkataan seminit. Yang jadi masaalahnya ialah bila berlaku kesilapan. Bukan boleh guna getah pemadam. berlubang jawabnya. Kenalah pakai Tippex. Lagi haru kalau menaip beberapa salinan menggunakan kertas karbon. Seksaaaaaaa......

Selepas zaman mesintaip manual, terciptalah mesintaip elektrik di awal tahun 80an. Tak payah nak ketuk kuat-kuat sampai jari lenguh. Cukup dengan sentuhan manja. Tapi awas! Jangan nak suka-suka meraba atas butang kekunci. Sekali dia meletup, satu huruf akan melekat di atas kertas. Kalau terlelap atas butang kekunci lagi naya. Selama mana butang tu tertekan, sebanyak itulah huruf yang akan berpindah ke hamparan. Yang lecehnya, mesintaip jenis ni tidak menggunakan reben kain untuk karbon/dakwatnya. Mesentaip jenis ini menggunakan reben filem. Boleh gunakan sekali lalu saja. bila rebennya dan sampai penghujung, kena ganti. bukannya murah.

Untuk mengurangkan risiko melakukan kesalahan semasa menaip maka di awal tahun 80an juga dicipta mesintaip elektrik yang mempunyai memori dan skrin. Kita boleh taip dan sunting semula ayat-ayat dalam jumlah yang terhad sebelum dicetak di atas kertas. Dengan cara begini, kesilapan boleh dikurangkan sehingga tahap sifar kecuali kalau kita ni asik berangan jer masa buat semakan atau memang bingai tahap superman (yang pakai seluar dalam kat luar).

Oit!!!! yang korang pegi letak cawan nescafe kat atas kibod tu buat apaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!

Cukuplah setakat ini jer bab Pengenalan. Dalam entri akan datang baru aku mula cerita pasal komputer dan macam mana nak cepat dan mudahkan kerja-kerja harian.



Share this article :

Post a Comment

Nak komen tu komen gak tapi agak agaklah sikiek yo. hehehe

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2013. Ex-SMDKP Boys n Girls - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger