Powered by Blogger.
Latest Post
Showing posts with label Tips IT. Show all posts
Showing posts with label Tips IT. Show all posts

Tips IT - Jom Buat Kad Raya!

Written By Pentadbir on Friday, July 19, 2013 | 5:30 PM

Dah lama aku terfikir nak mulakan semula kumpul kad raya dan gantung di rumah. Baru-baru ni aku terbaca keluhan di Facebook yang rindukan pada zaman mengumpul kad raya.
Maka timbullah idea ini.

Jom kita buat balik tradisi mengumpul kat raya. Kalau nak pos tu belanja setem dah mahal sekarang. Jadi kita edarkan saja dalam Facebook atau emel dan suruh si penerima cetak dan gantung kad tersebut di rumah masing-masing. Mungkin dengan cara ini akan mengembalikan semula nostalgia zaman kumpul kad raya. hehehe



Caranya mudah sahaja sekiranya korang ada PowerPoint (PP). Tak kiralah versi mana. Kalau nak jelas dengan imej tu, klik saja untuk paparan lebih jelas.








Memula sekali ialah dapatkan imej latar. Yang ini korang boleh pilih samada nak pakai warna, corak warna (gradient fill) atau imej yang telah disediakan macam di sini:





Atau pun korang boleh juga masukkan imej sendiri sebagai latar belakangnya. Kalau tak ada imej yang sesuai, goggle dan download jer dari internet.

Gunakan menu: Insert -> Picture kat PP tu

Dah? Re-size supaya penuh sebelah kiri atas dan bawah. yang lebih sebelah kanan tu biarkan saja.

Sekarang baru kita mula mengarang. hehehe

Korang agak-agaklah kalau nak letak benda-benda lain tu. Kalau kemudian nanti korang nak kerat imej tu macam bentuk poskad ke jadi tinggalkan ruang samada di atas atau di bawah.

Seperti yang korang tengok dalam imej atas tu aku dah masuk kan teks "Selamat Hari Raya Aidil-Fitri". Gunakan "Insert Text" bukannya WordArt kerana WordArt lebih terkongkong untuk diubahsuai. Bold dan Resize teks tersebut mengikut kehendak korang laaa... Lepas tu pergi ke Menu Format dan pilih bentuk/warna teks yang sesuai dengan background korang. Biarlah warnanya berlawanan.

Klik pada Text Effects dan pilih rekabentuk yang korang suka. Dah siap asas dia dah kan? Bukannya susah sangat.

Sekarang kita lebih personalise kan kad tu, ek? Oppssss... kena buat ucapan dulu laaaa.... Yang ini terpulang kepada korang. Nak buat ucapan biasa, berbunga-bunga, berpantun, bersyair, berpuisi atau apa sajalah.

Insert Text lagi dan masukan ucapan. Lepas itu pilih menu Format -> Shape Stye dan pilih lu punya suka. Lepas tu korang re-size laa teks yang kat dalam box tu.

Dah? Sekarang korang masukkan pula nama, alamat ke, nombor telefon ke, emel ke, apa ke benda lagi korang nak letak kat bawah tu. Nak letak gambar sendiri ker atau gambar famili pun lantak korang laaa. Bukan kena tangkap pun. hihihi.

Kalau korang nak personalise kepada siapa korang nak bagi kad raya ni pun boleh. Sebenarnya lagi bagus supaya yang terima kad tu boleh bangga nama dia disebut kat dalam tu.

Contoh:
"Kepada,
Bekas Kekasihku yang dah lama aku lupa" 
kah kah kah!!!!

Langkah terakhir ialah convert menatang tu jadi imej. Preview slide tu dan tekan butang PrtSc. Buka Paint (paintbrush) dan paste kat sini. Edit saiz dia terutama buang lebihan yang tidak diperlukan.

JANGAN re-size imej tersebut dalam Paint kerana ini akan merosakkan texture dia nanti. Biar dia besar, tak apa. Terpulang kepada penerima nak re-size semasa dia cetak nanti. Simpan fail tu dengan nama Kadraya-NamaAnda.jpg supaya senang si penerima menyemaknya selepas download.

Sekarang, masa untuk upload/posting dalam facebook atau emel. Letakkan teks seperti di bawah ni supaya yang dapat imej tu paham apa nak buat.

"Jom print dan kumpul kad raya! Gantungkan dalam rumah korang! Nanti aku datang beraya, aku nak tengok kad raya aku kat situ. Kalau tak ada, SIAP KAAAAAAAUUU!!!!!"
Kalau tak tau buat kad sendiri boleh pergi kat http://smdkp-bng.blogspot.com


Selamat mencuba!!

Daftar emel anda di "Masuok an emel kek siko laa"
untuk mendapatkan entri terbaru dari blog ini!

Tips IT 01-04 Salin dan tampal

Written By Pentadbir on Friday, March 1, 2013 | 1:50 AM

Korang biasa buat kerja camni kan? Highlight guna mouse, klik butang kanan dan pilih Copy, kan?


Lepas tu korang buat macam kat bawah ni kan? Letak kursor tu kat memana korang nak, klik butang kanan dan kemudian klik Paste, kan?


Tapi, korang terfikir tak macam mana nak buat kalau mouse korang rosak? Dan menggunakan mousepad di atas laptop lagi menyusahkan kerana korang kena buat satu persatu:
  1. tekan butang Windows Special Command macam imej di sebelah, 
  2. memilih arahan menggunakan kursor, dan
  3. butang Enter.

Bab highlighting tu aku dan cerita sebelum ni (Klik kat SINI). Sekarang ni aku nak cerita macam mana nak salin dan tampal menggunakan butang kekunci. Kalau korang biasa gunakannya, dia lebih mudah dan cepat dari menggunakan mouse.

Katakan lah korang nak taip sesuatu yang berulang-ulang masa chatting di Pesbuk.

 

Highlight teks yang korang nak salin. Selain gunakan teknik higlight dalam tajuk sebelum, orang juga boleh gunakan butang Ctrl + butang A. Butang A di sini bermakna All (semua).

Untuk menyalin dan menyimpan teks tersebut di dalam clipboard (memori) korang hanya perlu gunakan butang Ctrl + butang C.

Selepas itu korang bolehlah mula tampal (paste) seberapa banyak yang korang nak dengan menggunakan butang Ctrl + butang V macam imej di bawah ini:


Mudah bukan? TETAPI......

Menekan butang Enter di dalam Pesbuk bermakna korang dah masukan teks itu untuk dipamerkan. Jadi kalau orang nak teks yang korang tepek (paste) tadi disusun ke bawah, korang tekan dulu butang Shift + butang Enter sebelum menggunakan butang Ctrl + butang V. Nanti korang akan dapat contoh macam kat bawah ni pula:


Korang nak cuba tekan butang Ctrl + butang A ketika ini, cubalah! hehehe

Fungsi butang-butang yang aku sebutkan di atas tadi boleh digunakan di dalam hampir semua applikasi termasuk Words, Wordpad, Excel, Frontpage, Paintbrush dan sebagainya. Mungkin kalau korang dah biasa menggunakan teknik ini korang akan rasa lebih mudah daripada menggunakan tetikus atau mousepad di atas laptop korang. Dengan teknik ini dapat mempercepatkan kerja dan meningkatkan prestasi korang. InsyaAllah.

Tips IT 01-03 Carian Kata

Written By Pentadbir on Tuesday, February 26, 2013 | 11:16 AM

Korang tak berair ke mata korang bila kena cari satu perkataan dalam satu dokumen teks?

Dulu, masa aku guna Wordstar, WordPro (Lotus Suite) atau Words (MS Office) seronok juga aku buat kerja sebab kalau ada perkataan yang silap senang cari guna wordsearch. Kalau nak tukar ejaan dalam satu dokumen pun.

Katakanlah korang buat cerpen atau novel. Bila dah siap novel tu tetiba gf korang ke, bini korang ke tak berkenan dengan nama watak perempuan dalam cerita tu sebab sama dengan ex-gf korang. Dia pun suruh tukar pakai nama dia. Kalau cerpen tu ok juga nak tukar semua nama yang ada dalam 4-5 mukasurat. Mungkin adalah dalam 15-20 kali nama tu timbul. Tapi kalau dalam novel? Terkentut-kentut juga kalau nak dibelek satu-satukan? Jadi, korang bolehlah gunakan fungsi find and replace dalam applikasi tersebut.

Itu kita cerita dalam applikasi yang memang telah menyediakan fungsi tersebut. Bagaimana pula masa korang tengah baca dokumen yang panjang di internet? Lagi haru kalau dokumen tu menggunakan font yang kecil. Payah juga kan?

Selalu dulu aku menyumpah bila kena sunting skrip .xml yang digunakan untuk susun-atur blog. Dengan segala cacing kerawit pun ada kat situ berselerak.

Cuba korang klik imej kat sebelah ni biar dia besar sikit. Bayangkan kod-kod javascripts, css dan entah apa ke benda lagi macam yang korang nampak tu. Panjang kod tu lebih kurang sepanjang scrollbar warna merah. HTML tag dia jer yang sepanjang scrollbar warna hijau.

Korang tengok tak saiz scrollbar indicator yang kecik tu (warna biru) menunjukkan berapa panjang lagi yang nak korang scroll ke bawah.

Banyak tak? Yang nak dicari satu tag macam <id:sidebar>. Lenguh jugalah. Kalau masa buat javascripts tu tak susah sangat mencarinya sebab biasanya jscripts tak banyak arahan dalam satu-satu dokumen .htm/html, tapi kalau blog layout punya skrip memang PUNYAla panjang.

Jadi untuk memudahkan kerja, korang boleh gunakan butang F3 saja.

Nak cuba? Mudah saja.

Korang cari apa-apa dokumen kat internet tu atau tengok entri dalam Facebook yang panjang berjela.  Atau mungkin korang dengar ada berita dalam akhbar Online yang tersilap taip menyebabkan perkataan tersebut jadi perkataan lucah tapi bila korang baca ulang-ulang kali korang tak jumpa sebab mata dah tinggal sebaris lidi dek mengantuk.
Nak cuba kat sini pun boleh.

Lepas tu korang tekan butang F3 dan tengok sebelah bawah kiri skrin korang tu. Ada tak benda macam yang aku tunjukkan dengan anak panah merah?

Dalam ruangan yang disediakan tu cuba korang taip satu perkataan dengan cara huruf demi huruf. Sambil tu korang tengoklah skrin tu sekali. Amacam? Jadi tak?

Kalau korang nak cari perkataan yang sama seterusnya, korang tekan jer butang F3 tu berulang kali sehingga korang sampai kepada ayat yang sebenar korang nak cari menggunakan perkataan tersebut.

Selain daripada itu, kalau korang perhatikan sebelah ruang masukan kata di bawah tu ada menu di sebelah kanannya. Korang boleh juga gunakan menu Next atau Previous yang ada kalau nak cari perkataan tersebut sebelum atau sesudah carian terakhir.

Cuba korang klik butang Highlight All pula. Apa jadi? Yang Match Case tu korang cuba sendiri laaaa... hehehehe

(Kalau nak komen tu, komen lah kat bawah ni. kalau korang komen kat Pesbuk tu nanti ruang komen kat bawah ni tinggal kosong jer. Kesian dia, kan? lagipun, kalau korang komen kat bawah ni, komen tu akan kekal sampai bila-bila selagi blog ni masih bernyawa. Bolehlah juga orang lain baca komen korang tu termasuk anak cucu. Kat Pesbuk tu kita-kita jer yang baca. Kalau komen korang tu dasat, nanti aku salin dan tempekkan kat dinding Pesbuk, ya? hehehe)

Yang ini ialah contoh baru tadi aku buat kat Facebook:

Tips IT 01-02 Memudahkan Highlighting

Written By Pentadbir on Friday, February 15, 2013 | 11:02 AM

Ada bermacam-macam cara untuk melakukan 'highlight'. Cara yang paling mudah ialah dengan menggunakan tikus mondok korang seperti yang selalu korang buat tu laaa... (aku pun buat macam tu juga. hehehe)

Itu pun tak tahu juga? Meh aku ajar kejap. Bagi yang dah tau tu jangan nak ngada-ngada mengomen. Abaikan saja bab ni. Pergi main jauh-jauh sikit.

1. Highlight menggunakan tetikus
Apa yang perlu korang buat ialah meletak penanda tetikus (mouse pointer) korang kat permulaan dokumen macam imej kat bawah ni (tengok penanda merah):

Klik imej untuk paparan jelas

Kemudian klik butang kiri tetikus dan tahan! Seret penunjuk tetikus tu sampai hujung dokumen yang korang nak macam imej di bawah dan lepaskan butang kiri tetikus tadi.

Klik imej untuk paparan jelas

Sonang yo tu, kan? Tunggulah masa korang buat kerja mustahak dan perlu disiapkan cepat, masa itulah tikus mondok korang meragam. Domam....... hehehe

Bagi yang menggunakan pad sesentuh (touch pad) menggantikan tetikus, letakkan penunjuk seperti di atas. Dwiklik dan tahan pada klik kedua dan seret. Cuma yang menjadi masaalahnya ialah bila dokumen yang diperlukan terlalu panjang. Jadi, cara yang di bawah ini boleh memudahkan kerja korang.

2. Highlight menggunakan Penunjuk dan butang 'Shift'
Mula-mula korang letakkan penunjuk tetikus atau penunjuk sesentuh di awal dokumen. Lepas tu, tekan butang 'Shift' di papan kekunci dan TAHAAANNN!!! (ewah! Macam Hetty Koes Endang bagi ulasan dalam AF pula.). Kemudian korang letak penunjuk tetikus tu di hujung dokumen dan klik butang kiri tetikus. Walaahhh.... Dan boleh lepaskan butang 'Shift' di papan kekunci.


3. Highlight menggunakan butang di papan kekunci
Ini adalah cara lama. Aku gunakan teknik ini masa zaman belum ada tikus mondok lagi. Azab, kan? Tak juga kalau korang dah biasa. Cuma kerja tu lambat la sikit. Cuma kelebihan mengetahui cara ini ialah apabila tetikus atau 'touchpad' korang rosak. Tak perlulah nak menjerit cari duit nak ganti tetikus tengahmalam atau nak hantar laptop tu pergi kedai pertengahan bulan. Gaji belum masyuuukkkkkkk....

Mudah saja sebenarnya. Korang hanya perlu meletakan penanda (tiang yang lip-lap tu laaa) di awal dokumen kunci kursor (cursor key). Terdapat empat kunci kursor yang mewakili arah kiri, kanan, atas dan bawah (macam silat Imam Abu pula - kiri, kanan, depan dan belakang).

Tekan butang 'Shift' di papan kekunci dan tahan. Gunakan kunci kursor untuk mengheret penanda ke hujung dokumen dan lepaskan butang 'Shift'. Aku selalu gunakan teknik ini untuk 'highlight' beberapa perkataan sahaja terutama bila tetikus aku melompat-lompat (jumpy), kadang-kadang ada kadang-kadang tidak.

OK laaa..... kalau ada maklumat lain untuk topik ni nanti aku kemaskinikan kemudian. Lepas ni aku nak akan cerita pula macam mana nak gunakan butang lain pula. Jangan jadi macam aku yang memang selalu pakai baju tak berbutang. kih kih kih.

Tips IT 01-01 Jom belajar menaip dulu!

Written By Pentadbir on Monday, February 4, 2013 | 3:47 PM

Memanglah komputer ada sediakan kemudahan menyunting (edit), menyimpan dan menyunting semula sebelum dicetak atau dihantar. Ini membolehkan kita menaip sesuatu teks tersebut dengan lebih senang hati kerana boleh dibetulkan sebarang kesilapan berbanding dengan menaip di mesentaip. Namun, dengan kemahiran menaip akan lebih banyak membantu mempercepatkan kerja-kerja kita.


Cuba rujuk gambar di atas.
  • Huruf Q, A, Z - Jari kelingking kiri
  • Huruf W, S, X - Jari manis kiri
  • Huruf E, D, C - Jari tengah (hantu) kiri
Untuk jari telunjuk pula mempunyai tugas yang lebih berat kerana bertanggungjawab ke atas dua butang kekunci setiap baris.

Begitu juga dengan jari di tangan kanan yang berfungsi sebagai replika kepada tangan kiri.

Kedua-dua jari ibu pula berkongsi tugas untuk butang 'spacebar'.

Mudah bukan? hehehe....

Mudah kalau kita menggunakan teknik di atas untuk mesintaip tetapi untuk papan kekunci komputer pula terdapat banyak butang fungsi lain yang perlu ditekan. Biasakan sahaja menggunakan asas di atas ini dahulu dan untuk butang yang lain tu ikut suka hati korang lah nak pakai jari mana. Cuma untuk bermula, biasakan meletak jari kelingking kiri di atas butang "A"

Akan datang nanti kita cerita pasal jalan pintas pula.

Tips IT 00 - Pengenalan

Written By Pentadbir on Wednesday, January 9, 2013 | 2:15 PM

Aku ni bukanlah pandai sangat pasal komputer tapi setakat nak bagi tips sikit-sikit tu bolehlah. Sekolah aku tinggi di atas bukit. Balik sekolah, ke kiri turun bukit (ke Pekan Lenggeng) dan ke kanan juga turun bukit (ke Kg. Sg. Machang Ulu). Belajar jer tak tinggi. hehehe

Tapi sebagai pengguna komputer sejak tahun 1985 dengan menggunakan sistem XT, 286, 386, 486 SX/DX sampai sekarang pakai laptop jer (Ipad/tablet tu kecik sangat skrin dia. Mata dah rabun.), aku rasa dapat juga berkongsi ilmu yang sedikit ni dengan korang semua.

Zaman memula aku pakai komputer, cakera keras (harddisk) pun tak ada inikan pula tikus mondok yang korang panggil tetikus (mouse). Jadi, kenalah mahirkan jari kematu ni dengan papan kekunci (keyboard). Applikasi yang senang dan popular zaman tu ialah Wordstar, WordPerfect, Lotus 123, Dbase, Symphony dan sebagainya. Tiap kali tukar printer, setiap applikasi tersebut kena pasang pemandu (driver) dia setiap satu. Itupun kalau reti. Kalau tak reti, kenalah panggil jurujual/technician yang pasangkan (setup). Kurang-kurang terbang jugalah RM50.00 sekali servis.

Sememangnya komputer dicipta untuk memudahkan dan mempercepatkan kerja. Kalau dulu kebanyakkan kita menggunakan mesintaip, bunyinya boleh buat orang sakit gigit jadi meroyan. Setting margin nak betul. Kalau tidak nanti jawabnya menaiplah kat atas "roller bar".

Bila tinggal 10 aksara di hujung baris sebelum sampai margin tab, berbunyilah locengnya sekali. Kalau menaip tengahmalam seram juga dibuatnya dengan bunyi loceng tu. Bila dah sampai hujung, kena tolak balik bar tu ke pangkal. Yang bestnya, bar tu akan berpusing secara otomatik untuk barisan yang seterusnya. HEBATkan? kah kah kah.

Mempelajari teknik menaip adalah satu kelebihan. Ramai yang ambil kursus menaip 3 bulan selepas SPM sebagai persediaan tak kira lelaki atau perempuan. Minima kelayakan sijil ialah 25patah perkataan seminit. Yang jadi masaalahnya ialah bila berlaku kesilapan. Bukan boleh guna getah pemadam. berlubang jawabnya. Kenalah pakai Tippex. Lagi haru kalau menaip beberapa salinan menggunakan kertas karbon. Seksaaaaaaa......

Selepas zaman mesintaip manual, terciptalah mesintaip elektrik di awal tahun 80an. Tak payah nak ketuk kuat-kuat sampai jari lenguh. Cukup dengan sentuhan manja. Tapi awas! Jangan nak suka-suka meraba atas butang kekunci. Sekali dia meletup, satu huruf akan melekat di atas kertas. Kalau terlelap atas butang kekunci lagi naya. Selama mana butang tu tertekan, sebanyak itulah huruf yang akan berpindah ke hamparan. Yang lecehnya, mesintaip jenis ni tidak menggunakan reben kain untuk karbon/dakwatnya. Mesentaip jenis ini menggunakan reben filem. Boleh gunakan sekali lalu saja. bila rebennya dan sampai penghujung, kena ganti. bukannya murah.

Untuk mengurangkan risiko melakukan kesalahan semasa menaip maka di awal tahun 80an juga dicipta mesintaip elektrik yang mempunyai memori dan skrin. Kita boleh taip dan sunting semula ayat-ayat dalam jumlah yang terhad sebelum dicetak di atas kertas. Dengan cara begini, kesilapan boleh dikurangkan sehingga tahap sifar kecuali kalau kita ni asik berangan jer masa buat semakan atau memang bingai tahap superman (yang pakai seluar dalam kat luar).

Oit!!!! yang korang pegi letak cawan nescafe kat atas kibod tu buat apaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!

Cukuplah setakat ini jer bab Pengenalan. Dalam entri akan datang baru aku mula cerita pasal komputer dan macam mana nak cepat dan mudahkan kerja-kerja harian.



 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2013. Ex-SMDKP Boys n Girls - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger