Adat Orang Berguru
Written By Pentadbir on Saturday, July 20, 2013 | 7:00 AM
Pembuka kata kepada mereka yang ingin berguru supaya bermula dari yang sepatutnya. Ramai yang ingin mengetahui isi sesuatu ilmu itu dengan cepat tanpa mempelajari asas sesuatu ilmu itu sendiri.
Seperti yang pernah kita lihat kini, dengan kemudahan karaoke yang ada, ramai yang ingin terus menyanyi sedangkan untuk perlu mempelajari beberapa keperluan asas seperti nada, rentak/tempo dan irama.
Sebagai tips untuk belajar, diperingatkan supaya mencari guru yang sesuai dan layak.
Contohnya:
1. Berjalan dengan yang tua supaya dapat dibimbing dan mempelajari segala pengalamannya.
2. Berlayar bernakhoda supaya hidup ini tidak terombang-ambing tanpa tujuan.
Di dalam melayari kehidupan ini, ilmu adalah penting. Orang Minangkabau terkenal sebagai perantau samada untuk mencari nafkah ataupun ilmu. Setiap anak-anak Minang terutamanya yang lelaki akan dibekalkan dengan pesanan seperti ini sebagai petua.
Dunia ini hendaklah dipandang dalam pandangan yang terbuka supaya dapat mempelajari segala yang tersurat atau yang tersirat.
Namun, perlu diingat. Walau setinggi atau sehebat mana ilmu seseorang itu, tidaklah boleh dia berbangga-bangga kerana takbur akan membawa lebur. masih banyak lagi yang perlu dipelajari.
Kalau diperamati kata-kata ini menunjukkan betapa banyaknya ilmu yang perlu dipelajari. Bermula dahan dan ranting yang merupakan asas ilmu sehingga dikupas kulitnya untuk mendapatkan isi sebenar seperti kata pepatah Melayu "kalau tak dikopek kulit manakan dapat sagunya". Sama seperti sabda Rasullullah "Tuntutlah ilmu hingga ke Negeri China".
Berbalik kepada keajaiban alam yang dijadikan oleh Allah SWT, setiap kejadian membawa maksud yang tersendiri untuk dipelajari. Untuk memperolehi sesuatu yang terbaik itu perlulah dengan usaha. Adalah lebih bermakna mengusahakan tempat yang selesa itu sendiri daripada menerima sahaja keadaan.
Di samping itu diingatkan juga bahawa sesuatu yang berlaku itu ada logiknya. Tidak ada yang tersangkut kalau tidak terpacak. Tiada siapa yang terkurung kalau tidak terkunci dari luar. Kata-kata ini mengingatkan supaya kita hendaklah sentiasa berwaspada dalam segala keadaan.
Dengan kemudahan teknologi maklumat yang ada kini, banyak ilmu boleh dicapai dengan mudah. Namun begitu, belum tentu lagi kefahaman dari pembacaan tersebut boleh dijadikan teras ilmu. Oleh tiu, adalah dinasihatkan supaya terus belajar terutama daripada orang-orang yang lebih berkelayakan supaya kefahaman terhadap sesuatu perkara (terutama dalam soal agama) tidak terpesong.
Orang Minang begitu berhati-hati dalam mempelajari ilmu kerana setiap ilmu yang dipelajari itu mempunyai nilai yang tinggi.
Post a Comment
Nak komen tu komen gak tapi agak agaklah sikiek yo. hehehe