|
Klik Imej untuk paparan jelas |
Orang Minangkabau merupakan puak yang begitu mengambil berat dalam hidup bermasyarakat. Di alam kehidupan yang sederhana mereka akan membantu saudara atau jiran sekampung yang di dalam kesusahan setakat yang termampu.
Dalam keadaan genting seperti kemalangan atau kematian, tiada yang dapat menghalang mereka daripada datang berziarah walaupun terdapat pergeseran di antara mereka seperti yang dinyatakan sebagai
"Adat tidak bersilang tenggang". Begitulah besarnya rasa tanggungjawab mereka terhadap hidup bermasyarakat.
Namun begitu, orang Minangkabau adalah orang yang sungguh kuat berpenggang kepada janji dan tidak suka orang lain memungkiri janji seperti kata pepatah
"Kerbau dipegang pada tali. Manusia dipegang pada janji".
|
Klik Imej untuk paparan jelas |
Melihat kepada kekuatan ukwah yang ada di kalangan orang Minangkabau kita akan melihat rasa kekeluargaan di dalam masyarakat itu sendiri tapi mengira darjat dan kedudukan. Bagi mereka, setiap ahli masyarakat itu adalah serupa yang hendaklah mendapat layanan yang sama walaupun ahli masyarakat itu merupakan orang baru di tempat mereka.
|
Klik Imej untuk paparan jelas |
Sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini ke atas salah seorang ahli masyakat maka yang lain akan berusaha untuk mententeramkan. Dengan cara ini, kekuatan masyakat itu tidak akan pincang disebabkan oleh masaalah yang dilalui oleh salah seorang dari mereka.
|
Klik Imej untuk paparan jelas |
Walaupun terdapat pertelingkahan di antara ahli masyarakat, ianya perlu diketepikan sekiranya terdapat ancaman dari luar. Ancaman tidak bermakna dari orang jahat tetapi juga dari pengaruh yang tidak sesuai untuk diterima.
|
Klik Imej untuk paparan jelas |
Mungkin ada di antara kita merasa rendah diri dengan kekurangan yang kita miliki tetapi bagi adat Minangkabau, setiap seorang ahli masyarakat itu mempunyai peranan mereka yang tersendiri. Setiap ahli masyarakat itu penting untuk membentuk satu masyarkat yang harmoni sehingga tiada sesiapapun yang ditinggalkan di dalam sesuatu aktiviti.
Walaupun berlainan peranan tetapi tanggungjawab untuk kekuatan masyarakat itu perlu dipikul bersama. Tiada alasan untuk tidak bersama atau untuk tidak mahu seseorang itu bersama-sama. Ini bermakna tiada alasan untuk meminggirkan sesiapa sahaja di dalam kelompok masyarakat itu.
Daftar emel anda di
untuk mendapatkan entri terbaru dari blog ini!
Post a Comment
Nak komen tu komen gak tapi agak agaklah sikiek yo. hehehe