Home » , » Dialog Rasulullah s.a.w Dengan Iblis 4

Dialog Rasulullah s.a.w Dengan Iblis 4

Written By asmaraniabdullah on Monday, October 10, 2011 | 9:34 PM

bismillah..sambungan;

Soalan Nabi(9):
"Hai Iblis!Bagaimana sekelian sahabatku kepada engkau?"

Jawab Iblis :"Sekelian sahabat tuan hamba juga adalah sebesar-besar seteru hamba.Tiada upaya hamba melawannya dan tiada suatu tipu daya yang dapat masuk kepada mereka.Kerana tuan sendiri telah berkata "Sekelian sahabatku adalah seperti bintang di langit,jika kamu mengikut mereka,maka kamu akan mendapat petunjuk".

Saidina Abu Bakar al- Siddiq sebelum bersama tuan lagi,hamba tidak dapat hampir kepadanya,inikan pula setelah berdamping dengan tuan.Beliau juga percaya atas kebenaran tuan hingga dia menjadi wazirul a'zam.Bahkan tuan sendiri telah mengatakan "Jika ditimbang sekelian isi dunia ini dengan amal kebajikan Abu Bakar,maka akan lebih berat amal kebajikan Abu Bakar."Tambahan pula dia telah menjadi mertua tuan kerana tuan berkahwin dengan anaknya,Saiyidatina Aisyah yang juga banyak menghafal Hadis tuan.

Saidina Umar Al- Khattab pula tidaklah berani hamba pandang akan wajahnya kerana dia sangat keras menjalankan hukum syariat Islam dengan saksama.Jika hamba pandang wajahnya,maka gementarlah segala tulang sendi hamba kerana sangat takut.Ini kerana imannya sangat kuat apalagi tuan telah mengatakan,"JIKALAU adanya Nabi sesudah aku maka Umar boleh menggantikan aku",kerana dia adalah orang harapan tuan serta pandai membezakan antara kafir dan Islam hingga digelar `Al-Faruq'.

Saidina Usman Al- Affan lagi hamba tidak boleh hampir,kerana lidahnya sentiasa bergerak membaca Al- Quran.Dia penghulu orang sabar,penghulu orang mati syahid dan menjadi menantu tuan sebanyak dua kali.Kerana taatnya maka malaikat datang melawat dan memberi hormat kepadanya kerana Malaikat itu sangat malu kepadanya hingga tuan mengatakan,"Barang siapa menulis Bismillahir rahmanir rahim pada kitab atau kertas-kertas dengan dakwat merah,nescaya mendapat pahala seperti pahala Usman mati syahid."

Saidina Ali Abi Talib pun itu hamba sangat takut kerana hebatnya dan gagahnya dia di medan perang,tetapi sangat bersopan,alim orangnya.Jika iblis,syaitan dan jin memandang beliau,maka terbakarlah kedua matanya mereka kerana dia sangat kuat beribadat serta beliau adalah budak pertama memeluk agama Islam dan tidak pernah menundukkan kepalanya kepada sebarang berhala.Dia digelar `Ali Karamullah Wajhahu'-dimuliakan Allah akan wajahnya dan juga `Harimau Allah' dan tuan sendiri berkata "Akulah negeri segala ilmu dan Ali itu pintunya."Tambahan pula dia menjadi menantu kepada tuan,lagilah hamba ngeri kepadanya.

***bagaimana pula tipu daya Iblis kepada umat nabi?(KITALAH)
Ikuti pada post akan datang,InsyaAllah.
Share this article :

Post a Comment

Nak komen tu komen gak tapi agak agaklah sikiek yo. hehehe

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2013. Ex-SMDKP Boys n Girls - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger