Latest Post
Showing posts with label Kematian. Show all posts

5:42 PM

Tanggal 17 Ramadan jam 1.48 pagi,
Sahabatku Yang Pergi
Written By Pentadbir on Wednesday, August 8, 2012 | 5:42 PM

Tanggal 17 Ramadan jam 1.48 pagi,
Aku mendapat khabar pilu
Dalam sayu berbaur hiba,
Dalam sebak terasa lara
Aku...capai persalinan yang rengkas
Bergegas...tapi dalam rela dan sabar
Aku pingin lihat..tatap raut wajah mu kali yang penghabisan
Senyuman terukir indah dibibir
Ibarat kamu lena di buai mimpi indah..
Tatapan terakhir ku..
Wahai sahabat..
Sebelum kau terus semadi di Alam mu..
Alam kekal buat kita semua....
Masa mu cuma awal dari kami kami....
Kau pergi menunggu waktu berbuka
Sempat beriba di pangkuan isteri tercinta
Walau ia tanpa terasa...sebab amalan biasa mu..katanya..
Jam 7.05....kau meninggalkan semua
Semua...semua....
Anak anak mu..
Cucu cucu mu yang mungil
Ibu mu yang kian uzur
Dan isteri mu yang setia....
Wajahnya tenang ..senyum di bibir tetap ada
Walau air mata bergenang dalam kelopak berkaca kaca...
Aku tahu dalam hatinya penuh hiba
Lebarannya kali ini tanpa mu..
Tanpa senda gurau mu..
KuasaNya melebihi segala..
Siapa kita untuk menahannya..
Tapi...
Ada bahagia disudut rasa
Di hati hati kami yang menemaninya
Pergi mu SAHABAT dalam Bulan yang berkat
Bulan yang penuh Rahmat
Moga kamu dalam NikmatNya
Mengadap Tuhan dalam Raja segala bulan..
Ramadan ...Ramadan....
Moga Ramadan yang mendatang
Aku dan SAHABAT SAHABAT yang tinggal
Masih ada waktu untuk kita...
Di Ramadan penuh indah penuh baraqah
Dan di Ramadan yang datang dan pergi
Kamu SAHABAT ku..yang telah pergi akan muncul dalam kenangan..
Nukilan Nasrah Khatib
19 Ramadan
Klang.
Al fatihah buat SAHABAT ku yang telah kembali ke Rahmatullah pada tanggal 16 Ramadan .Moga rohnya diletakkan dikalangan orang orang yang beriman..

3:26 AM

Pak Hj. Hashim Bin Ismail (ayahanda kepada Hjh Hismayati Binti Hashim) telah kembali ke rahmatullah pada jam 9.45 malam 22/05/2012. Jenazah beliau akan dikebumikan pada 23/05/2012 di Lenggeng (lebih kurang jam 11.00 pagi)
Aku mengenali arwah Pak Hashim ketika beliau ditugaskan sebagai pengajar silat oleh Persatuan Seni Silat Semula Jadi (PSSSJ). Memandangkan asal silat ini di bawah almarhum Imam Abu yang berasal dari Minangkabau maka ilmu ini diperturunkan dari gelanggang ke gelanggang, maka cara pengajarannya tidak tersusun kerana ianya diajar mengikut kemampuan murid itu sendiri.
Apabila PSSSJ ditubuhkan pada tahun 1973/74 dengan Arwah Pak Nawi menjadi mahagurunya, usaha mengembangkan ilmu persilatan ini dilakukan dengan lebih aktif. Salah satu program asalnya ialah memperkenalkan di sekolah-sekolah. Arwah Pak Hashim yang merupakan murid tertua Arwah Pak Nawi telah ditugaskan menyusun semula corak latihan yang seragam untuk disesuaikan dengan pengajaran di sekolah-sekolah. Beliau juga diberi tugas untuk mengajar di SMDKP sebagai projek perintis sebelum dikembangkan ke Sekolah Menengah Tunku Durah, Seremban. (SMTD).
Kali terakhir aku menemui beliau ialah pada tahun lepas (2011) sebelum rumah lama beliau dirobohkan untuk pembinaan semula selepas lebih 30 tahun terpisah. Walaupun sebelum menyertai PSSSJ aku pernah terlibat dengan beberapa gelanggang dan beberapa orang guru silat sebelum itu, namun sebagai orang yang pernah mengajarku walau selangkah pencak, sekilas tepis aku telah memperakui beliau adalah guruku. Kegagalan aku mengetahui pemergian guru-guruku sebelum ini membuatkan aku merasa terkilan. Akhirnya Allah SWT telah memberi peluang untukku memberikan penghormatan terakhir untuk beliau. Alhamdulillah.
Kepada mereka yang pernah mengenali beliau atau yang pernah belajar dengan beliau, marilah bersama-sama kita sedekahkah Al-Fatehah. Semoga beliau ditempat orang-orang yang beriman. Bagi mereka yang berkesempatan untuk menziarahi, jenazah bertolak dari Semenyih jam 9.00 pagi dan dijangkakan sampai ke Masjid Lenggeng pada jam 9.30 pagi.
Mohd Arizan Bin Hashim
(ditulis sepulangnya aku dari menziarahi jenazah beliau di rumah anakandanya di Semenyih)
03.22am 24/05/2012
Gambar pada tahun 1974
Kenangan di SMDKP (1974)
Dari koleksi Facebok Hajjah Hismayati Binti Hashim
Gambar ketika beliau sudah mula udzur
Dari koleksi Facebok Hajjah Hismayati Binti Hashim
Al-fatihah - Pak Haji Hashim Bin Ismail
Written By Pentadbir on Wednesday, May 23, 2012 | 3:26 AM

Kemaskini terbaru (24/05/2012):
Titipan dari Facebook Hajjah Hismayati Binti Haji Hashim

Hismayati Hasim Assalamualaikumwarahmatullahiwabaratuhh... Ingin mengesahkan berita kembalinya ke rahmatullah bapak kesayangan dan kebanggan saya juga bapak kpd Hisma, Hashimy, Hasbi, Hisham & Hisbany yg dipost oleh Noormah Shaari (Noormah memang ahli keluarga kami & merupakan antara insan yg disayangi & disenangi aruah bapak) Terima kasih tidak terhingga di atas ucapan takziah & Alfatihah. Bapak telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kg Tengah sebelum Zohor semalam. Aruah menghembuskan nafas terakhir di rumah abang sulung (Hisma) di Taman Tasik Semenyeh pd 23 Mei bersamaan 1 Rejab. (Terkilan jugak sbb aruah tidak sempat utk mendiami rumah yg sedang dibina semula khusus buat aruah dan mak oleh abang Hisma) Pada Arizan Hashim berserta isteri & anak yg dtg menziarah malam tersebut t kasih byk2. Noormah & anak juga ada sepanjang malam itu... Terima kasih & wassalam.. |
Labels:
Arizan,
Kematian,
Pak Hashim