Powered by Blogger.
Latest Post

Adat Perpatih VS Temenggung

Written By Pentadbir on Thursday, December 26, 2013 | 9:10 AM

Sebenarnya ramai yang menyedari bahawa hampir semua masyarakat Melayu di dunia terutama di Asia mengamalkan cara hidup dan Adat Minangkabau kerana adat ini telah berkembang sejak dari seawal abad ke13. (Sila rujuk Penghijrahan Minangkabau) Apabila adat ini mula disusun oleh Datuk Ketemenggungan yang berpusat di Palembang dalam abad ke 14 maka berlaku pemisahan di antara cara hidup orang Minangkabau dengan yang lain-lain. Apabila Datuk Perpatih Nan Sebatang yang merupakan adik kepada Datuk Temenggungan mula mengasas Adat Perpatih yang berpusat di Pagar Ruyung, ramai yang menganggap bahawa Adat Perpatih itulah adat Minang tanpa menyedari bahawa Adat Temenggung yang mereka amalkan itu juga adalah Adat Minang. Sehingga kini, Adat Perpatih banyak diamalkan di Pagar Ruyung, Indonesia dan Negeri Sembilan, Malaysia.

Adat Temenggung
(Datuk Ketemenggungan)
Adat Perpatih
(Datuk Perpatih Nan Sebatang)
Masyarakat
Kedudukan dalam keluarga dan masyarakat
  • Anak lelaki mempunyai hak dalam pewarisan harta
  • Nasab keturunan dikira dari sebelah bapa.
  • Lelaki juga berperanan sebagai ketua keluarga.
Kedudukan dalam keluarga dan masyarakat
  • Kaum wanita mempunyai keutaman dalam pewarisan harta
  • Nasab keturunan dikira melalui suku ibu
  • Anak perempuan menjadi asas dalam wujudnya suku.
Rasionalnya:
Kaum lelaki mampu untuk memperolehi harta mereka sendiri tetapi pergerakan kaum perempuan terbatas.
Perkahwinan
  • Selepas perkahwinan isteri mesti mengikut suami dan boleh tinggal bersama keluarga suami.
  • Selepas berkahwin, suami tinggal bersama isteri dalam lingkungan sukunya.
  • bertanggungjawab menyediakan kediaman untuk isteri dan anak-anaknya
  • tempat kediaman atau rumah kemudiannya menjadi hak isteri.
Rasionalnya:
Sekiranya berlaku musibah seperti kematian si suami atau perceraian, perempuan masih berada di dalam perlindungan keluarganya yang asal.


Nota:
(Suami dikenali sebgai orang Semenda)
Tarap Perkahwinan Perkahwinan dibenarkan dengan sesiapa sahaja asalkan tidak melanggar hukum syarak. Perkahwinan melibatkan berlainan suku kerana yang sesuku dianggap bersaudara.

Rasionalnya:
Adat Perpatih menggalakkan masyarakatnya berkembang tetapi di dalam lingkungan satu adat (berlainan suku tetapi dalam kelompok orang Minangkabau sendiri)
Pentadbiran
Bersifat autokrasi (kuasa mutlak) :
  • hak istimewa memperkukuhkan kuasa sultan.
  • Pemilihan ketua/pembesar dilakukan oleh Sultan atas nasihat pembesar
  • pembesar peringkat paling bawah ialah ketua kampung
  • pentadbiran diketuai oleh raja/sultan dan dibantu oleh pembesar.
  • Putera sulong sultan adalah pewaris takhta
  • sekiranya tiada putera, adinda sultan akan mewarisi takhta
Bersifat demokrasi :
  • kuasa dibahagi dari bawah ke atas
  • Pemilihan ketua dilakukan dengan persetujuan ketua-ketua yang berada di setiap peringkat dari bawah
  • Ketua paling bawah ialah Perut (ketua keluarga seibu)
  • Pentadbiran diketuai oleh raja/sultan atas nasihat dan persetujuan sekumpulan Undang (Undang Luak)
  • Perut akan memilih Buapak, Buapak memilih Lembaga, Lembaga memilih Undang dan Undang memilih Yang Di Pertuan Besar.
  • Putera sultan bukan pewaris mutlak takhta. Kumpulan Undang boleh memilih putera yang lain malah dari nasab yang berlainan sekiranya difikirkan sesuai.
  • Kumpulan Undang berhak melucut atau memecat sultan dari takhtanya.
Perundangan
Undang-undang jenayah berunsur pembalasan dan undang-undangnya lebih tegas
  • Hukuman keras dan mirip ke arah Hukum Hudud
  • hukuman terhadap pembunuhan ialah balasan bunuh, mencuri akan dipotong tangan.
  • Hanya raja/sultan yang akan menjatuhkan hukuman bunuh.
Undang-undang jenayah bersifat pemulihan untuk menyedarkan masyarakat
  • Hukuman lebih kepada Qisas dan Takzir
  • kesalahan yang dilakukan boleh ditebus dengan membayar ganti rugi atau hukuman lain yang difikirkan sesuai
  • Yang Dipertuan Besar atau Undang sahaja yang boleh menjatuhkan hukuman bunuh
Nota:
Ganti rugi mengikut tahap seperti seorang yang dicederakan akan dibayar dengan ayam atau kambing. Mangsa kecurian akan memperolehi kembali gantian barang-barangnya. Pembunuh akan menanggung kehidupan keluarga mangsa.
Pembahagian harta
Harta Milik Individu:
  • Berdasarkan undang-undang Islam dan memberi keadilan kepada semua pihak .
  • Anak lelaki berhak mewarisi harta pusaka denga kadar 2/3 berbanding anak perempuan kerana berdasarkan tanggungjawab anak lelaki yang lebih besar dalam keluarga.
  • Anak perempuan berhak mewarisi sebahagian kecil daripada harta pusaka 1/3 bahagian.
Harta Milik Keluarga :
  • Pembahagian harta pusaka diwarisi daripada ibu kepada anak perempuan.
  • Harta pusaka turun temurun adalah kepunyaan suku.
  • Harta carian : harta yang diperoleh oleh pasangan sepanjang perkongsian hidup. Jika berlaku perceraian harta dibahagi dua.
  • Harta dapatan : harta seia ada pada isteri sebelum berkahwin kekal di tangan isteri.
  • Harta pembawaan : harta yang dimiliki oleh suami sebelum berkahwin kekal di tangan suami. Bekas isteri tidak boleh menuntut hartanya.
Rujuk di sini:
Status Harta Adat


Sumber rujukan:
Weblog Cikgu Jumali

Daftar emel anda di "Masuok an emel kek siko laa"
untuk mendapatkan entri terbaru dari blog ini!

Sejarah - Penghijrahan Minangkabau Ke Negeri Sembilan

Written By Pentadbir on Tuesday, December 24, 2013 | 4:10 PM

Penghijrahan orang Minangkabau ke Tanah Melayu bermula sejak dari zaman kegemilangan Melaka. Beberapa rombongan dari Pagar Ruyong telah memasuki Melaka lantas terus membuka beberapa penempatan di Negeri Sembilan.

Terdapat beberapa sebab penghijrahan ini seperti:
  1. Orang Minangkabau yang terkenal dengan sikap mereka untuk merantau untuk mencari rezeki terutamanya kepada kaum lelaki.
  2. Kegemilangan Melaka pada ketika itu menarik minat mereka.
  3. Kaum lelaki yang merajuk kerana tidak diberikan harta pusaka kerana mengikut adat Perpatih, harta pusaka akan diturunkan kepada anak perempuan
  4. Pasangan yang lari untuk berkawin di tempat lain kerana adat Perpatih melarang perkahwinan sesuku.



Rombongan Nama Ketua Kampung Asal Perjalanan Bermastautin
1 Datuk Raja dan
isterinya Tok Seri
Tidak pasti. Singgah di Siak kemudian ke Johor.
Dari Johor, mereka ke Naning dan terus ke Rembau
Londar Naga
(Kampung Galau)
2 Datuk Rajo Kuga dari keluarga Datuk Bandaro Penghulu Alam
Sungai Tarok
(mungkin melalui Melaka) Kampung Sungai Layang
3 Sutan Sumanik dan
Johan Kebesaran
keluarga Datuk Mangkudun Sati di Sumanik,
Batu Sangkar
Melalui Siak, Melaka dan Rembau Tanjung Alam
(Gunung Pasir)
4 Datuk Putih Sarilamak, Payakumbuh (mungkin melalui Melaka) Seri Menanti
(yang menamakan tempat tersebut)
5 Datuk Lelo Balang Batu Hampar, Payakumbuh
Pengiringnya juga ada yang datang dari Mungka
(mungkin melalui Melaka) Rembau
6 Datuk Laut Dalam Batu Hampar, Payakumbuh
Adik kepada Datuk Lelo Balang
(mungkin melalui Melaka) Rembau
? Sheikh Ahmad Tidak pasti asal di Minangkabau (mungkin melalui Melaka)
Meninggal pada tahun 872H (1467 Masehi)
Port Dickson

Nota Tambahan:

Se awal tahun 1390 suku bangsa Minangkabau telah menjejakkan kaki ke pesisiran Kalimantan Utara diketuai oleh Datuk Bagindo. Keturunannya bukan sahaja menetap di Sarawak tetapi terdapat juga di Berunai dan Pulau Sulu di Filipina dan mendirikan kerajaan Sulu pada tahun 1410.

Pada tahun 1550, Raja Minangkabau telah menerima utusan dari Melaka dan mengirim pula sembilan (9) orang utusan ke Melaka. Di antaranya ialah:
  • Tuanku Arifinsyah yang kemudiannya menetap di Terengganu
  • Tan Sri Abdul Kadir yang kemudiannya menetap di Patani, Kedah,
  • Tan Sri Maharaja Besar yang kemudiannya menetap di Johor.
Pada tahun 1568, saudara sebapa dengan Sultan Usmansyah iaitu Puteri Ambon Saripah berkahwin dengan Sultan Hasanudin (Sultan Banten)

Pada tahun 1630, puteri kepada Raja Sri Sultan Malapersyah iaitu Puteri Gumala Intan berkahwin dengan Sultan Ibrahim (Raja Aceh).

Sumber:
Minang XT Gem Dot Com
Kerajaan Air Pura - Hubungan Diplomatik
Daftar emel anda di "Masuok an emel kek siko laa"
untuk mendapatkan entri terbaru dari blog ini!

Sejarah - Ringkasan Sejarah DYMM Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan

Beraja ke Johor, Bertali ke Siak, Bertuan ke Minangkabau

Pada asalnya Orang Minangkabau seperti di Naning, Rembau, Seri Menanti, Penajis, Ulu Muar dan beberapa tempat lagi mengadap ke Melaka sebagai sultan mereka. Sebarang kesulitan mereka akan dibawa oleh ketua luak masing-masing yang dipanggil Datuk Undang Luak.

Apabila Portugis menyerang Melaka pada tahun 1511, Sultan Melaka lari ke Johor dan menubuhkan kerajaan baru di sana, orang Minangkabau juga beralih arah ke Johor pula.

Sekitar tahun 1760 semasa Belanda menguasai Melaka setelah mengambil alih pentadbiran daripada Portugis, Belanda mula mengganggu Johor di samping kacau bilau yang ditimbulkan oleh orang Bugis ke atas Orang Minangkabau. Orang Bugis yang diketuai oleh Daeng Kemboja mahu supaya masyarakat Minangkabau tunduk kepada mereka tetapi tidak dipersetujui oleh Orang Minangkabau yang telah melafazkan taat setia kepada Kesultanan Melayu Johor.

Kesultanan Melayu Johor pada ketika itu tidak lagi mampu untuk mentadbir negeri-negeri Melayu di bawah jajahannya. Memandangkan mereka yang berada di bawah Datuk Undang Luak ini berasal dari Melaka dan mengamalkan Adat Perpatih sedangkan Kesultanan Melaka pula mengamalkan Adat Temenggung maka sultan telah menitahkan Undang Luak untuk memperolehi seorang ketua yang boleh diangkat sebagai sultan atau raja daripada Kerajaan Minangkabau. Maka bermulalah pencarian seorang Sultan dari Pagar Ruyung.

Di antara tahun 1760-1770 Datuk-Datuk Undang Luak ini mula mengatur perancangan. Muafakat mengumpulkan luak, menentukan hukum, kuasa dan wakil yang akan dihantar ke Pagar Ruyung pada tahun 1770. Raja Pagar Ruyung telah berkenan untuk menghantar seorang daripada putera baginda yang bernama Raja Mahmud untuk dipertuankan di Negeri Sembilan.

Terdapat dua peristiwa bersejarah berlaku sebelum ketibaan Raja Mahmud:
  1. 1757 - Peristiwa Memutus Tali dengan Johor oleh Datuk Moyang Salleh, Undang Luak Jelebu yang tidak berpuashati dengan tindakan Sultan Johor yang membunuh Si Amat, tunangan Seri Banun (anak kepada Datuk Uban, Datuk Penghulu Rembau). Ini disebabkan pinangan baginda ditolak Penghulu Rembau yang kemudian mengadu kepada Datuk Moyang Salleh. (Rujuk Di SINI dan Di SINI)
  2. Sebelum ketibaan Raja Mahmud, Raja Khatib telah terlebih dahulu dihantar untuk membuat persediaan menyambut dan mengaturkan pertabalan. Apabila sampai, beliau telah belot dan mengakui bahawa dirinya adalah anak raja yang dihantar untuk ditabalkan. Kehadiran Raja Mahmud tidak dipersetujui oleh Undang Luak Sungai Ujong (Datuk Kelana Putera) dan Undang Luak Johol (Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Datuk Puteri Setiawan II, 1760-1790. Rujuk di SINI) Kedua-dua mereka telah menerima Raja Khatib pada mulanya dan berada di dalam keadaan serba-salah. Datuk Moyang Salleh telah bermuafakat dengan kedua-dua Undang Luak tersebut sehingga terdirinya Tiang Balai iaitu Tiang Istana di Seri Menanti pada 17 Syawal 1192 Hijrah. (Rujuk juga di SINI)

 Aturan adat pertabalan Raja Mahmud telah disempurnakan oleh Datuk Moyang Salleh dengan membawa gelaran Raja Melewar dan bermulalah sistem Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Tanah mengandung di Seri Menanti
Tanah kerajaan di Penajis
Balai melintang di Sungai Ujong
Balai bertingkat di Johol
Yang mengatur bilangan adat di Jelebu
Yang mengukurkan di Rembau





Rengkasan Salasilah
Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan
(Yam Tuan)
Tahun Nama Peristiwa Keturunan
1977 Raja Katib Diutus untuk menyediakan persediaan menyambut ketibaan dan pertabalan Raja Melewar tetapi telah belot dan mengakui dirinya sebagai anak raja yang dihantar dari Pagar Ruyong, Minangkabau
1977-1795 1. Tuanku Melewar Berasal dari Pagar Ruyong, Minangkabau.
Nama sebelum pertabalan ialah Raja Mahmud.
Perkahwinan 1 - Cik Seni, anak kepada Penghulu Naam (Penghulu Luak Ulu Muar yang pertama)
Ditabalkan di Penajis, Rembau dan berpindah ke Seri Menanti
1. Tengku Totok
2. Tengku
Aishah
1795-1808 2. Tuanku Hitam Berasal dari Pagar Ruyong, Minangkabau
Perkahwinan 1 - Tengku Aishah - puteri Raja Melewar
Perkahwinan 2 - Cik Jingke - orang kebanyakan -
1. Tengku Alan Hussein
2. Tengku Ngah
3. Tengku Ibrahim
4. Tengku Awi
1808-1824 3. Tuanku Lenggang Berasal dari Pagar Ruyong, Minangkabau
Perkahwinan 1 -
Tengku Ngah
1. Tengku Radin
2.
Tengku Imam
1824-1826 Raja Kerjan Pemangku Yang Di Pertuan Besar
1826-1830 Raja Sati Berasal dari Pagar Ruyong, Minangkabau
Nama sebelum pertabalan ialah Raja Labuh
Perkahwinan 1 - Raja Asil

Dilantik kerana ketika itu Raja Radin baru berusia 15 tahun.
Dipecat dan lari berlindung ke Melaka dan pemerintahan baginda tidak diiktirafkan
1824-1861 4. Tuanku Radin YDP Besar pertama dari kelahiran Negeri Sembilan
Putera kepada Raja Lenggang
1. Tengku Lintau
2. Tengku Antah
3. Tengku Muda Cik
1861-1869 5. Tuanku Imam Putera kedua kepada Raja Lenggang.
Naik takhta kerana Tengku Antah menolak kerana belum dewasa
Perkahwinan 1 - Tengku Ampuan Intan Ibni Tunku Alan Hussein
1. Tengku Cindai
2. Tengku Ahmad Tunggal
1869-1872 Tengku Ampuan Intan Pemangku Yang Di Pertuan Besar
Permaisuri kepada Tuanku Imam
Perebutan di antaran Tengku Antah dan Tengku Ahmad Tunggal
1872-1888 6. Tuanku Antah Putera kepada Raja Radin
Menaiki takhta setelah Tengku Lintau (Tengku Besar) yang merupakan kekanda kepada baginda tetapi berlain ibu, menolak perlantikan untuk menumpukan kepada keagamaan.
1. Tengku Muhammad
1888-1933 7. Tuanku Muhammad Putera Tuanku Antah
Berlaku perebutan dengan Tengku Muda Cik tetapi ditolak oleh Undang Luak
1. Tengku Abdul Rahman
1933-1960 8. Tuanku Abdul Rahman Putera Tuanku Muhammad
Perkahwinan 1 (1919) - Dulcie Campbell (Cik Maimunah)
Perkahwinan 2 (
1920) - Tunku Mahrum
Perkahwinan 3 (
1929) - Tunku Kurshiah
Perkahwinan 4 (
1948) - Tunku Zaidah binti Tunku Zakaria
Merupakan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung Malaysia yang pertama

1a. Tunku Aidah
1b. Tunku Jaafar
1c. Tunku Abdullah

2a. Tunku Munawir
3a. Tunku Baiyah
3b. Tunku Shahariah
1960-1967 9. Tuanku Munawir Putera Tuanku Abdul Rahman
Perkahwinan 1 - Tunku Durah
Putera:
1.
Tunku MuhrizPuteri:
1.
2.
3.
4.
5.
1967-2008 10. Tuanku Jaafar Putera Tuanku Abdul Rahman
Adinda kepada Tuanku Munawir berlainan ibu

Perkahwinan 1: Tuanku Najiah Tunku Besar Burhanuddin
Putera:1. Tunku Naquiyuddin2. Tunku Imran 3. Tunku Putra Nazaruddin

Puteri:
1. Tunku Jawahir
2. Tunku Naquiah
3. Tunku Irinah
2008 11. Tuanku Muhriz Putera kepada Tuanku Munawir
Perkahwinan 1: Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud
Putera:
1. Tunku Ali Redhauddin
2. Tunku Zain Al'Abidin
3. Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin.

167891011


Sumber rujukan:
:
Asal usul dan kedatangan Raja-Raja dan Sultan ke Negeri Sembilan





Kias - Merancang Sesuatu Kerja


Di dalam melakukan sesuatu kerja terutamanya secara berkumpulan pula, kiasan Minangkabau mengingatkan kita supaya sentiasa mencari jalan yang terbaik dan waspada. Peringatan ini disebut di dalam kiasannya yang tertera di sebelah ini:

Berlebih berancak-ancak, bakurang sio-sio merujuk kepada keuntungan atau kerugian yang akan diperolehi. Kalau lebih, sudah pastilah kita merasa gembira dan sekiranya kerugian pula membuatkan segala usaha kita menjadi sia-sia. Anggaran yang munasabah perlu dilakukan sebelum sesuatu itu dibahagi-bahagikan. Sesuatu yang akan dilakukan itu pula perlulah diteliti dari semua sudut sebelum dilakukan. Ini disebut di dalam baris:

  • Diagak mangko diagieh
  • Dibaliek mangko dibalah

Tindakan yang akan diambil hendaklah positif dan logik supaya tidak melebihi kemampuan diri kita sendiri. Ini disebut di dalam baris:
  • Bayang-bayang sapanjang badan - Bayangan kemampuan fisikal
  • Nan babarieh nan dipahek - Kerjakan sesuatu yang telah ditentukan
  • Nan baukuo nan dikabuang - Kerjakan sesuatu yang telah diperhitongkan
Menggunakan segala kebiasaan adalah yang disyorkan supaya tidak merumitkan keadaan seperti di dalam kata-kata berikut:
  • Jalan nan luruih nan ditampuah - tidak perlu menggunakan cara yang rumit
  • Jalan pasa nan dituruit - Cara biasa yang digunakan seperti cara kita ke pasar setiap hari 
Melakukan sesuatu itu hendaklah pada tempatnya supaya tumpuan yang diberikan tidak tersasar seperti:
  • Di garieh makanan pahek
  • Di aie makanan tubo
  • Tantang sakiek lakek an ubek 
Di dalam keadaan apa sekalipun, sesuatu tindakan itu hendaklah lakukan tanpa melanggar adat supaya tidak menyinggung mana-mana pihak yang lain. Di samping itu, setiap tindakan orang Minangkabau menampilkan keperibadian kaum itu sendiri.


Daftar emel anda di "Masuok an emel kek siko laa"
untuk mendapatkan entri terbaru dari blog ini!

Gadis Jolobu (WARIS) - Bila Adat Dipersendakan

Written By Pentadbir on Saturday, December 21, 2013 | 12:58 PM

Klik imej untuk paparan jelas
Sebelum aku mula berhikayat di sini mari kita teliti dahulu lirik lagu "Gadis Jolobu" dendangan WARIS feat Dato Hattan ini terlebih dahulu.

Dah? Faham ke?

Bagi yang bukan dari Negeri Sembilan pula jangan tersilap. Percakapan Negeri Sembilan lebih kepada Bahasa Melayu yang diloghatkan seperti Minangkabau sedangkan percakapan Minangkabau adalah satu bahasa yang tersendiri.

Memang fobia bagi orang luar untuk memilih jodoh gadis Negeri Sembilan. Hanya kerana kata-kata pantun gurindam:

Pantun ini mungkin membawa unsur mistik pada satu ketika dahulu sehingga membawa anggapan bahawa orang Jelebu adalah orang yang pandai ilmu guna-guna (pengasih?). Dari kisah ini menyebabkan seluruh gadis Negeri Sembilan terlibat sama. Itulah ironinya.

Kalau kita tafsirkan betul-betul cerita dalam lagu tersebut, ternyata Orang Jelebu khasnya dan Orang Negeri Sembilan amnya tidak perlu menggunakan sebarang ilmu kerana, mereka yang datang ke tempat-tempat tersebut selalunya datang berseorangan untuk mencari rezeki. Jadi, apabila terpikat atau terpaut hati (kerana kesepian berada di perantauan) maka mereka ingin menumpang kasih. Momokan bahawa orang Jelebu/N9 suka mengunakan ilmu adalah untuk menakut-nakutkan orang luar sahaja sama seperti "kawin perempuan Negeri Sembilan kena masuk suku."

Mewarisi kecantikan dan peradaban dari Minangkabau, gadis Negeri Sembilan selalunya memukau sehingga seringkali ramai lelaki akan terlupa kepada asal usul mereka.

Cuma, di dalam lirik lagu "Gadis Jolobu" WARIS tidak dapat menceritakan kisah sebenar yang tersurat di sebalik pemilikan harta. Mungkin kerana kekangan ruang, rima atau sebagainya.

Sememangnya mengikut ada Perpatih Nan Sebatang, harta pusaka akan diserahkan kepada anak perempuan kerana anak lelaki boleh mencari hartanya sendiri disamping akan dipertanggungjawab untuk menjaga dan menguruskan harta bakal isteri masing-masing. Sebab itu dikatakan lelaki dibuang ke hutan pun boleh hidup.

Tetapi, itu cerita harta pusaka "Ninik Muyang" seperti Tanah Adat. Kalau harta tersebut adalah harta pencarian maka ibubapa berhak memberikan kepada anak-anak mereka mengikut ketentuan mereka sendiri atau mengikut Hukum Faraid. Kerana hak-hak anak lelaki telah disebutkan oleh Hukum Syarak, maka Adat Perpatih memberikan keutamaan kepada anak perempuan.

Sekarang berbalik pula kepada kisah harta milik perempuan apabila bercerai. Isu di sini bukan kerana harta lelaki akan dibolot oleh bekas isterinya tetapi lelaki pada ketika itu memang tidak mempunyai harta. Apabila mereka merantau dan berkahwin di Negeri Sembilan, kebanyakkan lelaki akan menumpang di tanah pusaka isterinya. Kalau bercerai, takkan rumah yang dibina di atas tapak tanah pusaka isteri pun nak dibongkar dan dibawa pergi? Sekurang-kurangnya ada juga peninggalan untuk isteri/bekas isteri. Sekiranya ada zuriat maka, zuriat tersebut akan mewarisi juga harta tersebut.

Kalau lelaki ada pencarian yang baik dan mampu membeli harta sendiri, tidak ada undang-undang yang boleh merampas harta tersebut dari mereka KECUALI sekiranya ia adalah Harta Pencarian Bersama iaitu harta yang dimiliki selepas perkahwinan. Maka, separuh daripada harta tersebut perlu diserahkan kepada bekas isteri. (KLIK DI SINI untuk keterangan lanjut mengenai Pengurusan Harta Adat Perpatih)

Yang menjadi masaalahnya ialah, kebanyakkan lelaki yang mengahwini gadis Negeri Sembilan akan membeli harta dan meletakkan nama isteri mereka sebagai pemilik. Seperti kata P. Ramlee "Sape tak sayang bini ooooiiii!!!!" hehehe



Daftar emel anda di "Masuok an emel kek siko laa"
untuk mendapatkan entri terbaru dari blog ini!

Asal Lenggeng

Written By Pentadbir on Tuesday, December 17, 2013 | 12:31 AM

Lenggeng adalah sebuah mukim di Seremban, Negeri Sembilan. Untuk mencapai Pekan Lenggeng, anda boleh menggunakan jalan masuk melalui:

  1. Bukit Mantin ke Bukit Puyoh, atau
  2. Pekan Mantin ke Kg Sg Machang Hilir, atau
  3. Pekan Beranang Hilir ke Kg Rawa atau Kg Tengah, atau
  4. Semenyih ke Broga.
Walaupun ia sebuah mukim terpencil tetapi telah melahirkan beberapa orang ternama seperti Tuan Mustapha Kamal Yasin (Kala Dewata). Beliau yang juga digelar sebagai Bapa Drama Moden Malaysia berasal dari Kg Sg Machang Ulu, Lenggeng.

Bagaimana Lenggeng mendapat namanya?

Berikut ialah penerangan yang diberikan oleh beberapa orang semasa perbincangan di dalam Grup Orang Lenggeng di Facebook. Mungkin sekiranya ada masa, aku akan terjemahkan dialog Minangkabau ini ke dalam Bahasa Melayu.

Sekiranya anda mempunyai maklumat dan bukti yang lebih sahih, sila tinggalkan di ruangan komen.

Terima kasih.







Daftar emel anda di "Masuok an emel kek siko laa"
untuk mendapatkan entri terbaru dari blog ini!

Bantuan dan Keperihatinan anda diperlukan

Written By Pentadbir on Monday, December 9, 2013 | 2:58 PM

Abdul Othman adalah bekas pelajar SMDKP, Lenggeng, Negeri Sembilan. Beliau belajar di SMDKP 1978 sehingga tahun 1981 dan berpindah ke Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar, Seremban Negeri Sembilan pada tahun 1982-1983. Bekas pelajar lain yang seangkatan dengan beliau di SMDKP ialah Mustafa Hassan, Samsiah Samsuddin, Samsiah Mustafa, Jan Moez, Zul Azki Mat Sulop, Ruduan Omar, Norliza Nasir, Adnan Nordin, Rahim Razali, Samsul Bahrin (Cicit Bagindo), Yahya Minhat dan lain lain lagi

1979 Tingkatan 1 C,
(Sessi Petang)
Sekolah Menengah Datok Klana Putra,
Lenggeng, Negeri Sembilan
(Gambar Ehsan dari Ruduan Omar)


Hari ini aku mendapat mesej di Facebook dari Ummi Aishah  meminta sesiapa yang sudi membantu menderma darah untuk tujuan pembedahah anak kepada Abdul Othman iaitu adik Amirul Ariff (sila rujuk imej di bawah)


SILA BACA BERITA TERKINI DI BAWAH!



Kepada sesiapa yang ingin membantu sila ke laman Pusat Darah Negara. InsyaAllah aku akan berada HUKM besok pada pukul 11 pagi.


Tak tau macam mana nak pergi? Perghhh!!!! Goggle laaaaaaa...


Jangan lupa!!!!



BERITA TERKINI 10/12/13,
Anakanda Muhammad Amirul Al Ariff Bin Abdul Halim tidak jadi dibedah pada hari ini kerana kesihatan beliau tidak mengizinkan pembedahan itu dilakukan. Pembedahan tersebut ditunda sehingga diberitahu kelak. Maka dengan ini masih ada waktu kepada mereka yang ingin menderma darah bagi meringankan beban yang perlu dipikul oleh Abdul Halim Othman untuk mencari darah ganti.

Sila lakukan HANYA di Pusat Darah Negara (http://www.pdn.gov.my/) dan beritahu kepada pegawai bertugas bahawa darah tersebut adalah darah ganti yang akan digunakan oleh Anakanda yang kini masih berada di HUKM.

Gambar terbaru beliau dan ibu beliau (duduk) bersama kami yang melawat. Doakan semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT. amin.
— with Normi Md Saleh.

11/12/14



Daftar emel anda di "Masuok an emel kek siko laa"
untuk mendapatkan entri terbaru dari blog ini!
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2013. Ex-SMDKP Boys n Girls - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger