Powered by Blogger.
Latest Post
Showing posts with label Dr Aziz. Show all posts
Showing posts with label Dr Aziz. Show all posts

Sakit tengkuk, bahu dan belikat

Written By Pentadbir on Saturday, February 2, 2013 | 7:11 AM

Dari Facebook Wong Solo,

Sakit tengkuk, bahu dan belikat merupakan gejala klasik bagi sakit sendi faset tengkuk (cervical facet syndrome). Penyakit ini sejenis keradangan sendi (artritis) yang boleh berlaku di sepanjang tulang belakang kita. Bahagian paling biasa terlibat adalah pinggang dan leher kerana kedua-dua bahagian inilah yang paling banyak melakukan pergerakan pada tulang belakang kita. Sakit pada tengkuk akan lebih ketara pada waktu pagi selain daripada rasa kejang. Pening atau rasa hanyut juga boleh menyusul.

Selain itu, otot-otot pada bahu dan leher juga menjadi sakit apabila dipicit. Pesakit juga berasa seperti kebas pada tangan atau jari. Jika sendi bahu sudah mula sakit dan susah digerakkan, ini menandakan anda mendapat penyakit susulan kesan daripada sakit sendi faset ini, iaitu kekakuan sendi bahu (frozen shoulder). Ini biasa berlaku pada pesakit yang mengidap sakit sendi faset tengkuk jika dibiarkan tanpa rawatan.

Rawatan perubatan alternatif banyak yang tidak terbukti keberkesanannya. Rawatan yang mujarab ialah suntikan radiofrekuensi pada saraf sendi faset tersebut. Suntikan ini akan melemahkan saraf yang membawa signal sakit pada sendi terlibat. Apabila saraf sudah ‘kebas’, maka tiada lagi rasa sakit atau pening.

Jika kita sudah tidak rasa sakit, leher boleh bergerak bebas dan lebih produktif. Kita tidak perlu risau proses artritis kerana penuaan jika ia tidak memberi rasa sakit. Ramai orang yang mengalami artritis pada sendi tapi penyakit ini tidak mengganggu mereka.

Majoriti daripada pesakit (80 peratus) telah sembuh sehari selepas rawatan radiofrekuensi. Pengambilan suplemen antioksidan dan vitamin sendi seperti chondrotin-glucosamine amat digalakkan untuk proses penyembuhan sendi dan memperlahankan proses penuaan.

Rawatan radiofrekuensi tidak terdapat di hospital kerajaan kecuali HUSM.

Tetapi rawatan ini boleh didapati di hospital swasta tertentu. Perlu diingatkan, hasil yang cemerlang daripada rawatan suntikan ini bukan disebabkan oleh teknologi atau suntikan semata-mata, tetapi ia banyak bergantung pada kepakaran doktor (yang terlatih) melakukan suntikan, diagnosis yang tepat dan masa yang betul (tidak terlalu serius). Sendi bahu yang sakit dan kaku boleh dirawat dengan suntikan ubat ke dalam sendi dan juga rawatan suntikan radiofrekuensi. — with Rosilawati Abdul Rahman and 2 others.

Penawar Sakit Belikat, Sakit Bahu, Sakit Pinggang, Sakit Badan, Sakit Urat dan Angin dalam Badan.

Dari entri Facebook Wong Solo


PUSAT RAWATAN ISLAM KISWAH
Penawar Sakit Belikat, Sakit Bahu, Sakit Pinggang, Sakit Badan, Sakit Urat dan Angin dalam Badan.


Daun katik murai sangat berkesan mengurangkan sakit belikat dan sakit badan.

Antara rawatan sakit badan, sakit belikat adalah:
Mengambil secara rutin rebusan air herba katik murai selama seminggu - 40 hari. Alhamdulillah pengalaman pengguna dan keluarga nya, jika sakit belikat dan bahu kerana 'masuk angin' akibat duduk terlalu lama, salah tidur dan sebagainya, herba katik murai sangat-sangat membantu...

Urut / sakit badan / sengal / masuk angin –

minyak zaitun, garam bukit, madu, cuka epal

Pegang dengan tangan kanan dan baca
Surah Ali Imran ayat 145 dan al Anbiya' ayat 30 serta Surah al Qadr sebanyak 7 kali.

Baca banyak kali bacaan bertikut sambil memegang tempat sakit:
بِسْمِ اللهِ الَّذِى لا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِى الأَرْضِ وَلا فِى السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ

Amalan lain:

1) Mandi ais setiap petang selama 7 hari sebelum Maghrib. Campuran segelas air ruqyah, sebaldi besar air paip, garam secawan dan limau purut. Jangan lap selepas mandi. Selepas 7 hari mandi jadi ketika perlu.

2) Rendam kaki dan tangan dengan bahan berikut selama 7 hari:
a. Air panas + secawan garam bukit selama sejam selepas Isyak.
b. Air sejuk + secawan garam; seperti di atas- dibuat bergilir-gilir.

3) Sapu / urut dengan minyak zaitun sekerap mungkin. Pastikan sentiasa berminyak.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
مَا أَنْزَلَ اللهُ دَاءً إِلاَّ أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً – رواه البخاري –

Mafhumnya : Rasulullah s.a.w bersabda: “ Tidaklah Allah menurunkan penyakit kecuali berserta dengan ubatnya.”
— with Noriah Kasnon, Rosilawati Abdul Rahman and KetamGila MadCrab.

Macamana tanam jagung 1 ekar boleh dapat rm8 ribu semusim

Written By Abah Warisan on Thursday, September 22, 2011 | 10:00 PM




Galeri bergambar ini memaparkan sebahagian dari projek tanaman jagung dibeberapa tempat seperti, Tuaran Sabah, Batu Pahat, Paya rumput Melaka, Alor Star, Batang Berjuntai dan Behrang. Kebanyakan dari pengusaha adalah terdiri dari mereka yg sedang bekerja dan berkelulusan tinggi (university) tetapi menjadikan tanaman jagung dengan menggunakan teknologi "pricision farming" sebagai hobi dan kerja sampingan. Sungguh pun begitu, kejayaan demi kejayaan yang telah dicapai telah menjadikan projek tanaman jagung ini sebagai sumber pendapatan yang tinggi yang dapat menjana pendapatan sebagai memperkukuhkan ekonomi mereka.

Kepada pembaca dan kawan kawan yang berminat untuk menceburi projek tanaman jagung seperti yang di paparkan disini boleh lah mengikuti cara cara penanaman jagung menggunakan teknologi pertanian tepat pada siri yang akan datang.... Sekian.














Bunga Ros (Rosaceae)

Written By Abah Warisan on Friday, September 16, 2011 | 11:45 AM

Botanical name/ Nama sains: Rosa spp.

Common name/ Nama biasa: Rose/ Bunga mawar

Family/ Famili: Rosaceae

Origin/Negara asal: Asia, Europe, North America , North west africa

Growth habits or types/ Jenis: Shrubs, Trailing , climbers and some species can grow up to 7 meters./ Banyak jenis , ada Pokok sesemak, memanjat, merayap dan ada jenis yang yang boleh mencapai tinggi 7 meter

Sunlight/Matahari: Semi shade to full sunlight/Separa hingga matahari penuh

Other info/Info lain: Flowers are distilled for essential oil. Medicinal plants, it is a practice to soak 10 rose flowers to drunk daily to stay healthy./ Bunga mawar disuling untuk minyak atsiri dan digunakan didalam industry minyak wangi. Pokok bunga mawar ada mempunyai khasiat perubatan, mengikut amalan perubatan tradisional 10 kuntum bunga ros yang tidak terdedah kepada racun serangga direndam didalam segelas air dan diminum setiap hari untuk kekel sihat.

Landscape uses/Kegunaan lanskap: Aromatic garden, specimen planting, ornamental flowers hedges , climbers and barriers












Botanical name/ Nama sains: Rosa spp.

climbers and barriers

BERTANI DENGAN ILMU

Written By Abah Warisan on Tuesday, September 13, 2011 | 3:08 PM





Assalamualaikum semua..... Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat hari raya Aidil Fitri kepada semua kawan kawan dan pembaca sekelian. Ucapan terima kasih di dahulukan kepada Saudara Arizan Hashim (Nama pena, Madcrab) kerana atas usaha beliau telah membolehkan saya menulis di ruangan ini untuk menyampaikan sedikit sebanyak pengetahuan dalam bidang berkaitan pertanian merangkumi penanaman , penternakan & juga perikanan.

Ilmu adalah satu elemen yang penting didalam apa jua perkara yang ingin kita lakukan. Dengan adanya ilmu pengetahuan maka apa yang kita usahakan atau kerjakan akan lebih mudah dilakukan dan mempunyai peratusan kejayaan yang tinggi.

Didalam bidang pertanian juga begitu, petani mestilah mempunyai ilmu sedikit sebanyak didalam apa apa bidang pertanian yang ingin diceburi. Saya akan bercerita sedikit berkenaan ilmu dalam bertani yg menjurus kepada bidang penanaman termasuk perkebunan dan perladangan.

Bagi memperolehi kejayaan didalam bidang penanaman seperti, sayuran, buah buahan, padi dan lain lainnya, terdapat 5 faktor utama yang perlu diketahui dan di praktik kan bagi menjamin kejayaan dan bagi mendapat hasil yang tinggi.

Faktor faktor itu adalah:

1) Media (tanah) - Tanah mestilah ditentukah PH (kadar kemasaman, ini adalah Asas) yang bersesuaian dengan jenis tanaman yang bakal ditanam (contoh : padi PH 5.5 ke 6.5), Kalau boleh dapatkan bacaan kadar NPK dalam tanah & yang lebih baik lagi dapatkan analisa bacaan CEC/KTK (Kadar Tukaran Kation). Semua perkara berkaitan tanah ini perlu diketahui sebelum memulakan sesuatu tanaman. Maklumat ini juga bakal menentukan berapa kah kadar baja yang bakal digunakan nanti.

2) Benih - Haruslah menggunakan benih yang di buat khas untuk benih (hibrid: contoh benih jagung siri 1253 taiwan sweetcorn). kerana benih ini berkualiti dan potensi untuk percambahan yang tinggi, juga telah dirawat dengan ubat kulat seperti benomyl dan sebagainya.

3) Baja - Baja NPK (kimia) dan baja organik atau baja Bio-organik perlu digunakan bersesuaian dengan keadaan kesuburan tanah dan juga jenis tanaman yang bakal diusahakan.

4) Pengairan - Saliran perlu lah disediakan kerana jika berlaku kemarau, tanaman akan mati.

5) Kawalan penyakit/ serangga - Mengawal penyakit dan musuh perosak tanaman adalah perlu dan kaedah mencegah dahulu perlu diamalkan.

Faktor tambahan: sikap - Faktor ini bergantung kepada individu atau petani itu sendiri. Contohnya: bagi penanaman padi yang diusahakan oleh beberapa orang petani di sesebuah kampung. Sikap bekerjasama diantara mereka adalah penting kerana boleh melakukan sesuatu aktiviti secara bersepadu: contoh: Apabila tiba waktu meracun serangga, Petani A meracun dikawasan mereka tetapi petani B tidak mau ikut serta. Musuh serangga tanaman akan lari ke sawah petani B. Dana apabila petani B pula meracun kemudiannya, maka musuh serangga akan berpindah ke sawah petani A.

Adalah lebih baik jika kedua dua petani berpakat dan melakukan kawalan secara bersama, maka musuh akan dapat di banteras dengan lebih berkesan.

Ulasan:

Cuba kita tinggalkan salah satu dari 5 faktor diatas maka tanaman kita akan berisiko dan berkemungkinan akan gagal. Saya tidak dapat untuk memperincikan setiap faktor itu disini, kerana ianya lebih sesuai diterangkan secara lisan. Walau bagaimana pun, tuan tuan dan puan puan yang mempunyai minat dalam bertani boleh mengemukakan soalan disini. Insyaallah saya akan cuba untuk menjawabnya.

sekian, terima kasih.

Dr Aziz (Abah Warisan)

Link to : www.kurmatech.blogspot.com




 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2013. Ex-SMDKP Boys n Girls - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger