Latest Post
Showing posts with label Suku. Show all posts

4:10 PM
Sejarah - Penghijrahan Minangkabau Ke Negeri Sembilan
Written By Pentadbir on Tuesday, December 24, 2013 | 4:10 PM
Penghijrahan orang Minangkabau ke Tanah Melayu bermula sejak dari zaman kegemilangan Melaka. Beberapa rombongan dari Pagar Ruyong telah memasuki Melaka lantas terus membuka beberapa penempatan di Negeri Sembilan.
Terdapat beberapa sebab penghijrahan ini seperti:
Nota Tambahan:
Se awal tahun 1390 suku bangsa Minangkabau telah menjejakkan kaki ke pesisiran Kalimantan Utara diketuai oleh Datuk Bagindo. Keturunannya bukan sahaja menetap di Sarawak tetapi terdapat juga di Berunai dan Pulau Sulu di Filipina dan mendirikan kerajaan Sulu pada tahun 1410.
Pada tahun 1550, Raja Minangkabau telah menerima utusan dari Melaka dan mengirim pula sembilan (9) orang utusan ke Melaka. Di antaranya ialah:
Pada tahun 1630, puteri kepada Raja Sri Sultan Malapersyah iaitu Puteri Gumala Intan berkahwin dengan Sultan Ibrahim (Raja Aceh).
Sumber:
Minang XT Gem Dot Com
Kerajaan Air Pura - Hubungan Diplomatik

- Orang Minangkabau yang terkenal dengan sikap mereka untuk merantau untuk mencari rezeki terutamanya kepada kaum lelaki.
- Kegemilangan Melaka pada ketika itu menarik minat mereka.
- Kaum lelaki yang merajuk kerana tidak diberikan harta pusaka kerana mengikut adat Perpatih, harta pusaka akan diturunkan kepada anak perempuan
- Pasangan yang lari untuk berkawin di tempat lain kerana adat Perpatih melarang perkahwinan sesuku.
| Rombongan | Nama Ketua | Kampung Asal | Perjalanan | Bermastautin |
| 1 | Datuk Raja dan isterinya Tok Seri |
Tidak pasti. | Singgah di Siak kemudian ke Johor. Dari Johor, mereka ke Naning dan terus ke Rembau |
Londar Naga (Kampung Galau) |
| 2 | Datuk Rajo Kuga | dari keluarga Datuk Bandaro Penghulu Alam Sungai Tarok |
(mungkin melalui Melaka) | Kampung Sungai Layang |
| 3 | Sutan Sumanik dan Johan Kebesaran |
keluarga Datuk Mangkudun Sati di Sumanik, Batu Sangkar |
Melalui Siak, Melaka dan Rembau | Tanjung Alam (Gunung Pasir) |
| 4 | Datuk Putih | Sarilamak, Payakumbuh | (mungkin melalui Melaka) | Seri Menanti (yang menamakan tempat tersebut) |
| 5 | Datuk Lelo Balang | Batu Hampar, Payakumbuh Pengiringnya juga ada yang datang dari Mungka |
(mungkin melalui Melaka) | Rembau |
| 6 | Datuk Laut Dalam | Batu Hampar, Payakumbuh Adik kepada Datuk Lelo Balang |
(mungkin melalui Melaka) | Rembau |
| ? | Sheikh Ahmad | Tidak pasti asal di Minangkabau | (mungkin melalui Melaka) Meninggal pada tahun 872H (1467 Masehi) |
Port Dickson |
Nota Tambahan:
Se awal tahun 1390 suku bangsa Minangkabau telah menjejakkan kaki ke pesisiran Kalimantan Utara diketuai oleh Datuk Bagindo. Keturunannya bukan sahaja menetap di Sarawak tetapi terdapat juga di Berunai dan Pulau Sulu di Filipina dan mendirikan kerajaan Sulu pada tahun 1410.
Pada tahun 1550, Raja Minangkabau telah menerima utusan dari Melaka dan mengirim pula sembilan (9) orang utusan ke Melaka. Di antaranya ialah:
- Tuanku Arifinsyah yang kemudiannya menetap di Terengganu
- Tan Sri Abdul Kadir yang kemudiannya menetap di Patani, Kedah,
- Tan Sri Maharaja Besar yang kemudiannya menetap di Johor.
Pada tahun 1630, puteri kepada Raja Sri Sultan Malapersyah iaitu Puteri Gumala Intan berkahwin dengan Sultan Ibrahim (Raja Aceh).
Sumber:
Minang XT Gem Dot Com
Kerajaan Air Pura - Hubungan Diplomatik
5:41 PM
Perkahwinan Minang - Larangan Kawin Sesuku
Written By Pentadbir on Saturday, November 16, 2013 | 5:41 PM
Maklumat ini aku ambil dari Facebook dengan ubahsuai untuk memudahkan kefahaman.;
Tentu kita bertanya-tanya "Berani sekali adat melarang sesuatu yang dibolehkan agama?" padahal jelas sekali kalau Adat Minang berlandaskan Islam sesuai dengan falsafah adat itu sendiri:
Adat Minang bukan berani melarang sesuatu yang dibolehkan agama tetapi apabila melihat lebih banyak mudarat atau sisi buruknya maka tindakan seperti ini tidak dilarang ataupun diharamkan oleh agama. Yang menjadi masalah ialah sesuatu yang diharamkan agama tapi dihalalkan oleh adat. Dan ini tidak ada di dalam adat Minangkabau. Para tokoh ataupun ulama Minangkabau masa dahulunya tentu tidak sembarangan membuat peraturan. Mereka pasti telah mempertimbangkan sisi baik dan buruknya dan itu tidak melanggar perintah agama.
Contoh mudah:
Larangan pernikahan sesuku diadakan oleh beberapa sebab:
Komen penulis:
Berdasarkan carta di atas, suku yang ditentukan oleh keturunan sebelah perempuan akan diwarisi oleh anak-anak. Oleh itu, perkahwinan silang sesuku walaupun berada di dalam peringkat generasi yang mana sekali pun ianya adalah dilarang sama sekali.
Berdasarkan carta di bawah pula ditunjukkan pula bagaimana perkahwinan di antara dua orang yang mempunyai pertalian persaudaraan dibenarkan asalkan ianya tidak dilarang oleh agama.
Agama Islam juga mengesyorkan supaya dilakukan pernikahan dari baka/keturunan yang berlainan untuk mengelakan beberapa perkara negatif terutamanya penyakit keturunan. Ternyata Agama Islam dan Adat Minang telah lebih dahulu membuat penyelidikan sainstifik sebelum adanya perubatan moden. Percampuran dua baka yang berlainan mampu mengurangkan risiko penyakit keturunan malahan adakalanya menghapuskan terus penyakit itu seperti Kencing Manis, Darah Tinggi, Asthma/lelah, sawan dan sebagainya.
Kebanyakan yang mengkritik larangan adat ini mungkin disebabkan tidak puashati pada jodoh yang ditentukan untuk perempuan. Ada diantarnya pula merasa kecewa kerana dilarang mendapat jodoh di kalangan keluarga sendiri yang telah dikenali sejak dari kecil.
Jika kita melihat larangan adat ini dari perspektif lain ternyata adat Minang mahukan orang-orangnya yang terdiri dari berbagai suku bersatu melalui perkahwinan. Walaupun tiada larangan untuk si perempuan mengahwini calun diluar kelompok orang Minang tetapi perkawhwinan di antara suku sangat-sangat digalakkan. Kerana itu mereka membuat aturan gelar kepada anak-anak yang lahir dari perkahwinan sedemikian dan menjadikan harta pusaka sebagai ikatan adat. Ini untuk memastikan bahawa gadis-gadis keturunan Minang mengahwini calun-calun yang mempunyai sejarah keturunan yang baik-baik (juga disyorkan oleh Agama Islam) dan beradat yakni beradap.
Rujuk:
"Dalam adat istiadat Minangkabau, nikah sesuku dilarang. Padahal Agama Islam tidak melarang"
Tentu kita bertanya-tanya "Berani sekali adat melarang sesuatu yang dibolehkan agama?" padahal jelas sekali kalau Adat Minang berlandaskan Islam sesuai dengan falsafah adat itu sendiri:
Adat Minang bukan berani melarang sesuatu yang dibolehkan agama tetapi apabila melihat lebih banyak mudarat atau sisi buruknya maka tindakan seperti ini tidak dilarang ataupun diharamkan oleh agama. Yang menjadi masalah ialah sesuatu yang diharamkan agama tapi dihalalkan oleh adat. Dan ini tidak ada di dalam adat Minangkabau. Para tokoh ataupun ulama Minangkabau masa dahulunya tentu tidak sembarangan membuat peraturan. Mereka pasti telah mempertimbangkan sisi baik dan buruknya dan itu tidak melanggar perintah agama.
Contoh mudah:
Di sekolah para murid laki-laki dilarang berambut panjang walaupun di dalam agama tidak ada larangan tersebut. Tetapi kerana pihak sekolah menganggap lebih banyak sisi negatif dari pada positifnya maka larangan itu perlu dilaksanakan.
Sisi negatif yang boleh kita lihat, laki-laki berambut panjang akan kelihatan tidak rapi, tidak bersih dan boleh mengelirukan. Pihak sekolah akan susah membedakan mana murid perempuan dan mana murid laki-laki terutama pandangan dari belakang.
Larangan pernikahan sesuku diadakan oleh beberapa sebab:
- Menyempitkan pergaulan.
Kenapa kita harus menikah dengan saudara terdekat kita sendiri, walaupun secara mata kasar tidak kelihatan hubungan persaudaraan secara ketara kerana jarak atau tempat tinggal yang berbeda-beda. Tapi harus di ingat orang yang sesuku adalah orang-orang yang sedarah, mempunyai garis keturunan yang sama yang telah ditetapkan oleh para tokoh dan ulama Minangkabau yang terkenal dengan kejeniusannya di dunia. "Ibaraiknyo cando surang se mah Laki-laki nan 'Iduik' atau cando surang se mah Padusi nan 'Kambang' " (Ibarat macam seorang lelaki yang gagah atau macam seorang perempuan yang cantik) - Dapat menyebabkan perpecahan besar.
Apabila dua insan sesuku itu menikah maka tidak boleh dinafikan akan banyak terjadi perselisihan yang biasa berlaku dalam hidup berumahtangga. Ketika pernikahan sesuku terjadi, konflik besar akan lebih mudah terjadi. Ibaratnya negara akan lebih mudah hancur apabila terjadi perselisihan sesama rakyatnya dari pada perselisihan dengan negara lain.
"Bini bacakak jo laki, bini mangadu ka Amaknyo, nan laki mangadu pulo ka Amaknyo, Amaknyo surang-surang mangadu ka adiak-adiaknyo, ka mamaknyo, ka datuaknyo jo ka paeteknyo. Akhianyo tajadi cakak banyak padohal awak badunsanak jo sasuku. Suku hancua, urang lain batapuak tangan sambia galak kajang-kajang" - Mencipta keturunan yang kurang berkualiti.Ilmu perubatan moden mendapati keturunan yang berkualiti tinggi itu apabila si keturunan dihasilkan dari orang tua yang tidak mempunyai hubungan darah sama sekali.
- Pisikologis Anak Terganggu.
Pisikologis anak dari hasil pernikahan sesuku rentan mendapatkan perlakuan rasis dan dikucilkan teman-teman sebayanya bahkan orang sekampung. - Dll.
___________________________________________________________________
Komen penulis:
Berdasarkan carta di atas, suku yang ditentukan oleh keturunan sebelah perempuan akan diwarisi oleh anak-anak. Oleh itu, perkahwinan silang sesuku walaupun berada di dalam peringkat generasi yang mana sekali pun ianya adalah dilarang sama sekali.
Berdasarkan carta di bawah pula ditunjukkan pula bagaimana perkahwinan di antara dua orang yang mempunyai pertalian persaudaraan dibenarkan asalkan ianya tidak dilarang oleh agama.
Agama Islam juga mengesyorkan supaya dilakukan pernikahan dari baka/keturunan yang berlainan untuk mengelakan beberapa perkara negatif terutamanya penyakit keturunan. Ternyata Agama Islam dan Adat Minang telah lebih dahulu membuat penyelidikan sainstifik sebelum adanya perubatan moden. Percampuran dua baka yang berlainan mampu mengurangkan risiko penyakit keturunan malahan adakalanya menghapuskan terus penyakit itu seperti Kencing Manis, Darah Tinggi, Asthma/lelah, sawan dan sebagainya.
Kebanyakan yang mengkritik larangan adat ini mungkin disebabkan tidak puashati pada jodoh yang ditentukan untuk perempuan. Ada diantarnya pula merasa kecewa kerana dilarang mendapat jodoh di kalangan keluarga sendiri yang telah dikenali sejak dari kecil.
Jika kita melihat larangan adat ini dari perspektif lain ternyata adat Minang mahukan orang-orangnya yang terdiri dari berbagai suku bersatu melalui perkahwinan. Walaupun tiada larangan untuk si perempuan mengahwini calun diluar kelompok orang Minang tetapi perkawhwinan di antara suku sangat-sangat digalakkan. Kerana itu mereka membuat aturan gelar kepada anak-anak yang lahir dari perkahwinan sedemikian dan menjadikan harta pusaka sebagai ikatan adat. Ini untuk memastikan bahawa gadis-gadis keturunan Minang mengahwini calun-calun yang mempunyai sejarah keturunan yang baik-baik (juga disyorkan oleh Agama Islam) dan beradat yakni beradap.
Rujuk:
- Pewarisan Suku Minang
- Suku-Suku Minangkabau
- Teks Asal - Kenapa Nikah Sesuku Dilarang di Minangkabau ?
Labels:
Adat,
Arizan,
Perkahwinan,
Suku
6:04 PM
Pewarisan Suku Minang
Written By Pentadbir on Friday, November 15, 2013 | 6:04 PM
Terdapat istilah-istilah yang digunakan merujuk kepada kumpulan kekeluargaa di dalam bahasa Minang seperti Sasuku (kelompok terbesar), Sakampuang (Sekampung), Kaum (kelompok), Sajurai (Sebahagian), Sapayuang (Serumah), Saparuik (Seperut) dan Samandai (ibu dan anak-anak). Namun, untuk memudahkan kefahaman kita maka eloklah kita takrifkan tiga istilah utama di bawah ini:
Saparuik (seperut) merujuk kepada emak yang sama iaitu adik beradik.
Sapayuang (sepayung) merujuk kepada mereka yang bersaudara sepupu dan diawasi oleh satu penghulu.
Sasuku (sesuku) merupakan kelompok terbesar yang mewarisi daripada suku nenek-moyang walaupun telah tidak diketahui lagi nama-nama mereka.
Biasanya di dalam sesuatu rumah adat (rumah gadang) itu mempunyai satu kepala rumah yang dipanggil Tungganai atau Mamak Rumah yang bertanggungjawab terhadap semua keluarga di dalam rumah tersebut samada di dalam rumah/halaman atau pun di luar. Tanggungjawab ini dipikul oleh saudara lelaki tertua kepada nenek atau ibu. Sekiranya datuk saudara yang masih ada maka datuk saudaralah yang menjadi Tungganai. Sekiranya bapa saudara yang masih ada maka beliaulah yang menjadi Tungganai dan seterusnya.
Bersama saudara-saudara lelaki lain, Mamak inilah yang dipertanggungjawabkan menjaga kebajikan ahli-ahli keluarga di bawahnya. Beliau juga diharapkan untuk menjaga harta-harta saparuik dan memakmurkannya.
Apabila ahli-ahli rumah yang saparuik ini bertambah oleh perkahwinan dan keluar dari rumah adat serta membentuk rumah adat yang baru (keluarga sendiri) maka kelompok-kelompok inilah yang dipanggil Sapayuang dan berlindung di bawah pengawasan satu penghulu.
Sila baca Suku-Suku Minangkabau

12:32 PM
Suku-suku Minangkabau
Banyak pertikaian mengenai suku mana yang lebih awal di dalam masyarakat Minangkabau. Mungkin penerangan di bawah ini boleh meringankan sedikit kekeliruan.
Sebelum terdirinya kerajaan Minangkabau, mungkin kelompok-kelompok ini tidak disebut sebagai suku tetapi sebagai Puak atau Urang. Contohnya, Urang Piliang, Urang Caniago dan seterusnya. Maka ketika itu ada yang mengatakan puak paling awal ialah dari keturunan Urang Mahek (Mahat), diikuti oleh keturunan Urang Baruih (Baros/Baruh) dan Keturunan Urang Malayu (Melayu).
Ketika menubuhkan pentadbiran (Limbago/Lembaga), berkumpul empat puak yang tidak berdasarkan senioriti atau saiz tetapi berdasarkan kesepakatan. Puak-puak tersebut ialah Urang Bodi, Urang Caniago, Urang Koto dan Urang Piliang. Keempat-empat puak ini yang juga dikenali sebagai suku lareh (laras/kelarasan) berkongsi kuasa yang sama dalam penentuan adat masyarakat (atau undang-undang yang disebut sekarang) perlantikan Raja/Sultan. Dari sinilah kemungkinan bermulanya panggilan suku kepada puak-puak tersebut. Maksudnya pecahan suku kuasa setiap puak yang disatukan dari empat puak menjadi satu.
Suku ialah satu perempat. Bermula dari empat suku induk iaitu Suku Koto, Suku Piliang, Suku Bodi dan Suku Caniago maka bermulalah Adat persukuan di Minangkabau. Daripada empat suku ini, masyarakat Minang berkembang dengan penambahan beberapa suku lagi dengan cara gabungan baru atau penubuhan suku baru oleh perkahwinan dan perantauan.
Penduduk asli Sumatera Barat ialah orang Minangkabau atau disebut juga Orang Padang. Terdapat beberapa suku besar yang berkembang sehingga mencapai ratus. Di bawah ini tersenarai hanya beberapa suku besar dan suku utama.
Suku Asli/Asal Minangkabau menurut turutan usia:
Suku-suku lain tidak mengikuti turutan usia
Suku Di Negeri Sembilan:
Rujukan:
Asal Usul Minang/Melayu
Minang XT Gem Dot Com
Adat Minangkabau & Merantau - Tsuyoshi Kato - Google Books

- Suku Mahek (Mahat)
- Suku Urang Baruih (Baros/Baroh)
- Suku Urang Malayu (Melayu)
- Suku Guci
- Suku Tanjuang
- Suku Piliang
- Suku Caniago
- Suku Koto
- Suku Jambak
- Suku Si Kumbang
Suku-suku lain tidak mengikuti turutan usia
- Suku Bendang
- Suku Bodi
- Suku Dalimo
- Suku Domo
- Suku Kutianyie
- Suku Kampai
- Suku Payobada
- Suku Pitopang
- Suku Mandailing
- Suku Mandaliko
- Suku Sumagek
- Suku Dalimo
- Suku Panai
- Suku Payobada
- Suku Simabua
- Suku Salo
- Suku Singkuan
- Suku Sipisang
Suku Di Negeri Sembilan:
| Suku | Asal | |
| 1 | Tanah Datar | Dari Luhak Tanah Datar seperti ; Sumanik, Sungai Tarab, Pagaruyung, |
| 2 | Batu Hampar | anak kamanakan Datuk Lelo Balang |
| 3 | Sari Lamak Pahang | dari dua jurusan yg pertama dengan melalui Pahang dan yang kedua keluarga mereka yang datang terus dari Minangkabau. |
| 4 | Sari Lamak Minangkabau | Tiada maklumat |
| 5 | Sari Malanggang | Simalanggang, Payakumbuh |
| 6 | Mungka | dari Mungka, Minangkabau yang mengiringi Datuk Lelo Balang |
| 7 | Payakumbuh | Payakumbuh, Minangkabau |
| 8 | Tiga Batu | Tiga Batur Padang Berangan, Lubuk Batingkap dan Gurun |
| 9 | Tiga Nenek | Tiada maklumat |
| 10 | Anak Aceh | Mungkin dari Suku Aceh yang disingkirkan oleh Siak dan Bugis dari Johor. Ada juga keluarga mereka yang datang terus dari Minangkabau |
| 11 | Suku Biduanda | Penduduk asli Tanah Melayu seperti Semang, Sakai dan Jakun yang diangkat menjadi satu suku dalam Negeri Sembilan |
| 12 | Batu Belang | Tiada makluamt |
Rujukan:
Asal Usul Minang/Melayu
Minang XT Gem Dot Com
Adat Minangkabau & Merantau - Tsuyoshi Kato - Google Books
Labels:
Adat,
Arizan,
Perkahwinan,
Suku

Thata Labora Andezkca