Latest Post
Showing posts with label Pepatah Minang. Show all posts
Showing posts with label Pepatah Minang. Show all posts
12:00 AM
Kias - Alun Takileh Lah Takalam
Written By Pentadbir on Wednesday, March 11, 2015 | 12:00 AM
Bila mentafsirkan pepatah Minang, perlulah berhati-hati kerana kebanyakan pepatah minang menggunakan simbolik dalam kiasan seperti pepatah yang disebut di atas "Alun Takileh Lah Takalam"
1. Tafsiran terus secara luaran:
"Belum Terkilat Sudah Terkelam." Kekeliruan akan berlaku sekiranya pepatah ini ditafsirkan sebegini. Seolah-olah ia bersamaan dengan belum diterangi sudah kegelapan yang membawa maksud kegagalan di dalam sesuatu usaha.
2. Tafsiran secara kiasan perlambangan:
"Belum Terkilat Sudah Terkalam" pula memberi maksud yang berlainan. Kilat di dalam tafsiran ini dijadikan sebagai perlambangan sesuatu yang pantas melintasi keadaan. Kalam pula bererti Tulis. Ini membawa maksud bahawa kita telah tahu sebelum sesuatu itu berlaku.
Jika kita melihat pepatah ini di dalam konteks yang kedua, kita akan dapati bahawa maksud yang ingin disampaikan sama seperti pepatah "Sekilas ikan di air sudah tahu jantan betinanya".

Labels:
Pepatah Minang
2:16 PM
Meneliti semula pepatah-petitih, kiasan dan pantun Minangkabau ternyata Adat Perpatih begitu menekankan kemampuan berkomunikasi mengikut protokol. Setiap lapisan dalam masyarakat telah diberikan ketua dan tugas masing-masing. Kuasa dan tanggungjawab setiap lapisan dalam masyarakat diperjelaskan satu persatu supaya keamanan di dalam sesuatu tempat masyarakat itu dapat dipelihara dan dikekalkan.
Kerana itu diperjelaskan juga di dalam satu lagi pepatah:
"Walau memegang tampok alam
Kata muafakatlah yang berkuasa"
Dan
"Yang raja kata muafakat
yang benar kata seiya"
Pepatah Adat - Pengurusan Kampung/Negeri
Written By Pentadbir on Sunday, December 21, 2014 | 2:16 PM
Meneliti semula pepatah-petitih, kiasan dan pantun Minangkabau ternyata Adat Perpatih begitu menekankan kemampuan berkomunikasi mengikut protokol. Setiap lapisan dalam masyarakat telah diberikan ketua dan tugas masing-masing. Kuasa dan tanggungjawab setiap lapisan dalam masyarakat diperjelaskan satu persatu supaya keamanan di dalam sesuatu tempat masyarakat itu dapat dipelihara dan dikekalkan.
Elok nagari dek Panghulu.
Bila bercakap mengenai sesuatu negeri maka penghulu atau ketua kampung yang akan diperbualkan. mereka ini mewakili kampung-kampung yang berlindung di bawah satu negeri. Sekiranya elok pengurusan mereka maka eloklah keadaan di penempatan mereka dan negeri tersebut
Rancak kampuong dek nan tuo
Kebiasaannya orang tua dianggap sebagai orang yang berpengalaman, berwibawa dan bijaksana. Kehadiran mereka di penempatan menjadi tempat rujukan dan semangat kepada penduduk.
Elok musajik dek Tuanku
Raja atau Sultan adalah Ketua Agama sesebuah negeri maka perlantikan mereka sebagai payung negeri perlu memenuhi kriteria tertentu selain daripada darah keturunan.
Rancak tapian den nan mudo
Berdasarkan kepada pesekitaran di zaman dulu, tepian sungai merupakan tempat bersukaria orang muda. Keakraban bersama memeriahkan suasana penempatan seperti ketika beramai-ramai membasuh pakaian atau bermandi-manda.
Elok rumahtanggo dek mandeh kanduang
Sapakaik lahia jo batin
Sasuai muluit jo hati
Masyarakat Minangkabau sangat menghargai peranan kaum ibu dalam membina masyarakat generasi baru mereka. Tanggungjawab yang mereka laksanakan dengan keikhlasan mendapat pengiktirafan sehingga pewarisan suku dan tanah adat dibuat mengikut salasilah ibu.
Kamanakan barajo ka mamak
Mamak barajo ka panghulu
Panghulu barajo ka muafakaik
Sistem protokol dan dewan perbincangan telah lama diamalkan oleh orang Minangkabau. Setiap lapisan masyarakat mempunyai perwakilan mereka sendiri untuk mengadu permasaalahan.
Muafakaik badiri kanan bana
Bana badiri sandiri
Nan manuruit aluo dengan patuit
Walau di dalam sesuatu penempatan itu mempunyai ketua ulong malahan seorang sultan sekalipun namun tiada kuasa mutlak yang dimiliki oleh mereka. Adat Minangkabau begitu mengambil berat keputusan bersama dalam menangani sesuatu isu atau pertelingkahan. Kerana itu ditegaskan betapa pentingnya sesuatu muafakat itu sekiranya tiada peruntukan yang telah ditetapkan sebelumnya.

Kerana itu diperjelaskan juga di dalam satu lagi pepatah:"Walau memegang tampok alam
Kata muafakatlah yang berkuasa"
Dan
"Yang raja kata muafakat
yang benar kata seiya"
Labels:
Adat,
Arizan,
Pepatah Minang,
Sistem Pentadbiran
8:35 AM
Di dalam melakukan sesuatu kerja terutamanya secara berkumpulan pula, kiasan Minangkabau mengingatkan kita supaya sentiasa mencari jalan yang terbaik dan waspada. Peringatan ini disebut di dalam kiasannya yang tertera di sebelah ini:
Berlebih berancak-ancak, bakurang sio-sio merujuk kepada keuntungan atau kerugian yang akan diperolehi. Kalau lebih, sudah pastilah kita merasa gembira dan sekiranya kerugian pula membuatkan segala usaha kita menjadi sia-sia. Anggaran yang munasabah perlu dilakukan sebelum sesuatu itu dibahagi-bahagikan. Sesuatu yang akan dilakukan itu pula perlulah diteliti dari semua sudut sebelum dilakukan. Ini disebut di dalam baris:
Tindakan yang akan diambil hendaklah positif dan logik supaya tidak melebihi kemampuan diri kita sendiri. Ini disebut di dalam baris:
Kias - Merancang Sesuatu Kerja
Written By Pentadbir on Tuesday, December 24, 2013 | 8:35 AM
![]() |
Berlebih berancak-ancak, bakurang sio-sio merujuk kepada keuntungan atau kerugian yang akan diperolehi. Kalau lebih, sudah pastilah kita merasa gembira dan sekiranya kerugian pula membuatkan segala usaha kita menjadi sia-sia. Anggaran yang munasabah perlu dilakukan sebelum sesuatu itu dibahagi-bahagikan. Sesuatu yang akan dilakukan itu pula perlulah diteliti dari semua sudut sebelum dilakukan. Ini disebut di dalam baris:
- Diagak mangko diagieh
- Dibaliek mangko dibalah
Tindakan yang akan diambil hendaklah positif dan logik supaya tidak melebihi kemampuan diri kita sendiri. Ini disebut di dalam baris:
- Bayang-bayang sapanjang badan - Bayangan kemampuan fisikal
- Nan babarieh nan dipahek - Kerjakan sesuatu yang telah ditentukan
- Nan baukuo nan dikabuang - Kerjakan sesuatu yang telah diperhitongkan
- Jalan nan luruih nan ditampuah - tidak perlu menggunakan cara yang rumit
- Jalan pasa nan dituruit - Cara biasa yang digunakan seperti cara kita ke pasar setiap hari
- Di garieh makanan pahek
- Di aie makanan tubo
- Tantang sakiek lakek an ubek
Labels:
Adat,
Arizan,
Pepatah Minang
12:39 AM
Walaupun biasanya kita akan menjumpai ubi kayu yang lurus tetapi kadangkala terdapat juga ubi kayu yang bengkok. Ini mungkin disebabkan keadaan tanah yang keras atau terdapat batu-batan yang melencungkan bentuk ubi kayu tersebut ketika membesar.
Perumpamaan ini sering ditujukan kepada seseorang yang tidak mendapat pendidikan yang sempurna walaupun usia telah semakin tua. Oleh itu, mungkin dengan betuk fizikalnya yang bongkok ditambah dengan sikapnya yang tidak disenangi maka perumpaan ini dicipta.
Pepatah: Bungkuak ubi....
Written By Pentadbir on Monday, November 4, 2013 | 12:39 AM
Walaupun biasanya kita akan menjumpai ubi kayu yang lurus tetapi kadangkala terdapat juga ubi kayu yang bengkok. Ini mungkin disebabkan keadaan tanah yang keras atau terdapat batu-batan yang melencungkan bentuk ubi kayu tersebut ketika membesar.Perumpamaan ini sering ditujukan kepada seseorang yang tidak mendapat pendidikan yang sempurna walaupun usia telah semakin tua. Oleh itu, mungkin dengan betuk fizikalnya yang bongkok ditambah dengan sikapnya yang tidak disenangi maka perumpaan ini dicipta.
Labels:
Arizan,
Pepatah Minang
12:00 AM
Mungkin ada yang merasakan ayat ini ayat lucah tapi sebenarnya yang mempunyai maksud yang mendalam.
Mengikut hukum lama, selalunya batang kayu yang terendam akan menjadi reput dan hancur. Namun apabila ia timbul dan kering kerana terjemur, ianya akan menjadi begitu keras dan tahan lama. Ini disebabkan getah-getah yang ada di dalam kayu tersebut semasa ia mula terendam akan berbuku di dalam serat kayu dan mampat bersamanya apabila kering.
Kejadian alam inilah yang dijadikan perumpamaan Minang untuk membayangkan kehebatan seseorang apabila mereka berusaha untuk keluar dari kesusahan.
Perumpamaan ini boleh juga ditujukan kepada mereka yang menuntut ilmu. Sebagai contoh, dahulu kala ramai yang pergi bertapa untuk mengasah ilmu masing-masing. Apabila mereka keluar dari pertapaan, mereka akan menjadi lebih hebat dari sebelumnya.
Pepatah: Tabangkik batang...
Mungkin ada yang merasakan ayat ini ayat lucah tapi sebenarnya yang mempunyai maksud yang mendalam.Mengikut hukum lama, selalunya batang kayu yang terendam akan menjadi reput dan hancur. Namun apabila ia timbul dan kering kerana terjemur, ianya akan menjadi begitu keras dan tahan lama. Ini disebabkan getah-getah yang ada di dalam kayu tersebut semasa ia mula terendam akan berbuku di dalam serat kayu dan mampat bersamanya apabila kering.
Kejadian alam inilah yang dijadikan perumpamaan Minang untuk membayangkan kehebatan seseorang apabila mereka berusaha untuk keluar dari kesusahan.
Perumpamaan ini boleh juga ditujukan kepada mereka yang menuntut ilmu. Sebagai contoh, dahulu kala ramai yang pergi bertapa untuk mengasah ilmu masing-masing. Apabila mereka keluar dari pertapaan, mereka akan menjadi lebih hebat dari sebelumnya.
Labels:
Arizan,
Pepatah Minang
8:22 PM
Pepatah ini pada mulanya ditujukan kepada orang berniaga. Ketika mempromosikan barang, berbagai rayuan dan pujukan diberikan tetapi apabila ditimbang ternyata harganya lebih mahal. Kadangkala terdapat juga penipuan pada alat timbang tersebut.
Di dalam kehidupan seharian, kita banyak menemui perlakuan-perlakuan seperti ini seperti:
Pepatah ini mempunyai persamaan dengan
Pepatah: Murah di muncuang...
Written By Pentadbir on Sunday, November 3, 2013 | 8:22 PM
Pepatah ini pada mulanya ditujukan kepada orang berniaga. Ketika mempromosikan barang, berbagai rayuan dan pujukan diberikan tetapi apabila ditimbang ternyata harganya lebih mahal. Kadangkala terdapat juga penipuan pada alat timbang tersebut.Di dalam kehidupan seharian, kita banyak menemui perlakuan-perlakuan seperti ini seperti:
- Orang yang ingin meminjam dari kita
- Orang yang ingin membeli atau menjual sesuatu dari/kepada kita
Pepatah ini mempunyai persamaan dengan
- "Menanam tebu di hujung bibir" (Terima kasih
Abang Hamzah Saaban) - "Yang tersurat dan tersirat" walaupun penggunaannya untuk tujuan berlainan.
Labels:
Arizan,
Pepatah Minang
9:53 AM
Orang Minang begitu mengambil berat tentang ilmu. Sindiran-sindirannya tajam supaya masyarakatnya tidak berkata sesuatu yang bukan dalam bidangnya.
Untuk membicarakan sesuatu perkara perlulah ada ilmu, kepandaian, kepakaran dan pengalaman selain daripada pertimbangan yang sewajarnya. Apabila ciri-ciri ini tidak ada maka keputusannya akan menjadi tidak menentu.
Adalah dinasihatkan merujuk kepada yang lebih berpengalaman seperti yang disarankan di dalam kata-kata ini.
Peribahasa - Pikia-pikia baruok...
Orang Minang begitu mengambil berat tentang ilmu. Sindiran-sindirannya tajam supaya masyarakatnya tidak berkata sesuatu yang bukan dalam bidangnya.Untuk membicarakan sesuatu perkara perlulah ada ilmu, kepandaian, kepakaran dan pengalaman selain daripada pertimbangan yang sewajarnya. Apabila ciri-ciri ini tidak ada maka keputusannya akan menjadi tidak menentu.
Adalah dinasihatkan merujuk kepada yang lebih berpengalaman seperti yang disarankan di dalam kata-kata ini.
Labels:
Arizan,
Pepatah Minang