Latest Post
Showing posts with label Sejarah. Show all posts

9:11 PM
Luhak atau sering disebut sebagai Luak adalah jajahan sesuatu pentadbiran. Luhak bertaraf dan bertindak sebagai sebuah negeri dengan diterajui oleh Undang dan Penghulu Luhak. Luhak berhak menentukan pentadbirannya sendiri dan berhak menentukan samada ingin bersendirian atau bernaung dengan negeri-negeri yang mempunyai Sultan.
Yang Dipertuan Besar bersemayam di Sri Menanti. Mengelilingi Sri Menanti ialah:
Empat luhak yang lain iaitu Inas, Gemencheh, Ayer Kuning dan Linggi termasuk juga dalam Luhak Tanah Mengandung. 'I'etapi luhak-luhak ini bersama 'I'ampin tak dikira dalam pola ideal terutama dalam menentukan Yang Di Pertuan Besar.
Di antara empat luhak yang utama, paling kanan sekali ialah luhak Sungai Ujong. Undang Sungai Ujong merupakan ketua dan jurubicara bagi Undang yang tiga lagi. Beliaulah yang merasmikan perlantikan 'Yang Dipertuan Besar.
Luhak-Luhak di Negeri Sembilan
Written By Pentadbir on Thursday, August 13, 2015 | 9:11 PM
![]() | |
| Dipetik dari buku: Sistem Sosial Adat Perpatih Dr. Nordin Selat Buku Utusan |
Luhak atau sering disebut sebagai Luak adalah jajahan sesuatu pentadbiran. Luhak bertaraf dan bertindak sebagai sebuah negeri dengan diterajui oleh Undang dan Penghulu Luhak. Luhak berhak menentukan pentadbirannya sendiri dan berhak menentukan samada ingin bersendirian atau bernaung dengan negeri-negeri yang mempunyai Sultan.
Negeri Sembilan pada asasnya ditubuhkan dengan gabungan sembilan Luhak/Negeri utama. Ini tidak bermakna hanya ada sembilan luhak sahaja yang ada di dalam komposisinya. Terdapat juga luhak-luhak kecil yang menjadi serambi kepada luhak-luhak utama. Komposisi ini juga berubah-rubah mengikut sejarah sebelum ianya menjadi tetap selepas merdeka.
Suatu ketika dulu beberapa luhak seperti Kelang (Selangor), Segamat (Johor), Naning (Melaka) dan beberapa kawasan di Negeri Pahang termasuk dalam Negri Sembilan. Oleh beberapa sebab, luhak-luhak ini beralih arah ke dalam negeri-negeri seperti yang tersebut dalam kurungan.
Terdapat beberapa versi penulis-penulis dan penyelidik sejarah berkenaan dengan luhak-luhak asal di Negeri Sembilan.
Newbold
|
M. Lister
|
R.J Wilkinson
|
Winstedt dan Nathan
|
||
Yang Dipertuan Besar bersemayam di Sri Menanti. Mengelilingi Sri Menanti ialah:
- Ulu Muar,
- Jempol,
- Teraci,
- Gunong Pasir.
- Sungai Ujong,
- Jelebu,
- Johol,
- Rembau.
Empat luhak utama inilah yang dipanggil Undang Yang Empat dan membentuk satu ikatan adat (Rujuk Suku-Suku Minangkabau di sini). Keempat-empatnya ada persangkutannya dengan empat buah Luhak Tanah Mengandung. Luhak Tanah Mengandung merupakan serambi bagi luhak yang empat itu.
- Serambi Sungai Ujong ialah Terachi,
- Serambi Jelebu ialah Jempol
- Serambi Johol ialah Ulu Muar,
- Serambi Rembau ialah Gunong Pasir.
- ke Sungai Ujung, Datuk Paduka Besar (Ulu Muar) dan Raja Di Muda (Terachi);
- ke Jelebu, Orang Kaya Bongsu (Ulu Muar) dan Datuk Lela Raja (Jempol);
- ke Johol, Sri Menanti (Ulu Muar) dan Datuk Andika (Johol);
- ke Rembau, Datuk Senara Muda (Ulu Muar) dan Paduka Sri Maharaja (Gunong Pasir),
Empat luhak yang lain iaitu Inas, Gemencheh, Ayer Kuning dan Linggi termasuk juga dalam Luhak Tanah Mengandung. 'I'etapi luhak-luhak ini bersama 'I'ampin tak dikira dalam pola ideal terutama dalam menentukan Yang Di Pertuan Besar.
Di antara empat luhak yang utama, paling kanan sekali ialah luhak Sungai Ujong. Undang Sungai Ujong merupakan ketua dan jurubicara bagi Undang yang tiga lagi. Beliaulah yang merasmikan perlantikan 'Yang Dipertuan Besar.
Berdasarkan giliran mengadap waktu upacara pertabalan Yang Dipertuan Besar, hiraki luhak itu adalah seperti berikut:
- Sungai Ujong
- Jelebu
- Johol
- Rembau
- Ulu Muar
- Jempol
- Terachi
- Gunong Pasir
- Inas (rujuk sejarah Luhak Inas)(Kampung Inas)
- Gemencheh
- Ayer Kuning
- Linggi.
- Sri Menanti terkeluar kerana ketuanya adalah Yang Dipertuan Besar sendiri.
- Tampin pula yang diketuai oleh Tengku Besar seolah-olah berdiri dengan sendirinya walaupun bernaung di bawah Negeri Sembilan.
Negeri
Sembilan kini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu yang mengamalkan Adat Perpatih dan yang tidak mengamalkan Adat Perpatih. Kebanyakan bahagian yang tidak mengamalkan Adat Perpatih ini samada mengamalkan Adat Temenggung (Ketumangungan), mengamalkan cebisan adat yang bercampur-aduk atau tidak mempraktikkan sebarang adat.
Bahagian yang
tidak mengamalkan adat pepatih terdiri daripada sebahagian besar daerah
Port Dickson, iaitu meliputi kawasan Linggi, Lukut dan kawasan pingir
pantai Selat Melaka.
Wilayah Negeri Sembilan yang mengamalkan adat pula
terdiri daripada daerah Seremban, Tampin, Kuala Pilah, Jempol dan
Jelebu.
Di
samping perbezaan sistem adat di sebahagian besar daerah Port Dickson
dan daerah-daerah lain di Negeri Sembilan, terdapat juga kelainan sistem
adat dalam kalangan luak tradisi Adat Perpatih. Berdasarkan sistem
politik tradisi wilayah adat perpatih,
Negeri Sembilan kini dapat
dibahagikan kepada tiga, iaitu:
- Wilayah Luak Berundang
- Wilayah Luak Tanah Mengandung
- Wilayah Luak Tampin
Sebelum
dijajah Inggeris, luak-luak ini bertaraf negeri dan mempunyai kuasa
mutlak dengan Undang dan Penghulu menjadi pemimpin.
Wilayah adat yang diperintah Undang atau Penghulu Luak Adat yang ada ialah:
Wilayah adat yang diperintah Undang atau Penghulu Luak Adat yang ada ialah:
- Sungai Ujong,
- Jelebu,
- Rembau,
- Johol,
- Inas,
- Jempol,
- Gunung Pasir,
- Ulu Muar,
- Terachi, dan
- Naning (Melaka).
rujuk juga Pentadbiran Luhak
4:21 PM
Asal-usul Luak Sungai Ujong
Written By Pentadbir on Friday, August 7, 2015 | 4:21 PM
Oleh: Ghazali Abdul Kadir
Berita Harian, Sabtu, 21 Disember, 1985
Seperti lain-lain luak di Negeri Sembilan, Sungai Ujong adalah satu-satunya luak yang mempunyai ketua adat bergelar Undang. Bagaimanapun ia agak berbeza daripada lain-lain luak kerana sistem pemerintahannya bertunggakkan kepada dua waris yang berlainan.
Kedua-dua waris itu ialah Waris di Darat yang bertunggakkan kepada Datuk Undang Kelana yang bergelar Datuk Kelana Putera dan Waris di Air bertunggakkan kepada Datuk Shahbandar atau Datuk Bandar.
Semenjak kematian Undang Kelana kira-kira dua tahun lalu, tempat itu dibiarkan kosong dan belum dicari ganti. Bagaimanapun ini bukan bererti yang Luak Sungai Ujong telah kehilangan tunggaknya. Masih ada satu tunggak lagi yang berupaya mententeramkan keadaan di luak itu iaitu Datuk Shahbandar sendiri.
Biasanya, apabila kedua-dua pesaka ini terisi, masing-masing saling bekerjasama dan hormat antara satu sama lain. Kata sepakat dan kebulatan muafakat sentiasa dicari, permusuhan dan ketegangan dijauhi.
Sebenarnya, kedua waris itu, di Darat dan di Air, berasal dari satu keturunan, cuma hak dan pangkat adatnya sahaja yang berlainan yang hanya akan ditentukan mengikut peraturan yang teradat.
Waris di Darat dan Waris di Air diumpamakan
Kata perbilangan ada yang dipetik dalam Teromba dan Salasilah Negeri Sungai Ujong fasal 14, ceraian 8 dan 9 menyebutkan:
Pesaka Undang Luak Sungai Ujong yang bergelar Datuk Kelana Putera hanya boleh disandang oleh dua waris Kelana sahaja, iaitu Waris di Hulu dan Waris di Hilir dari Kampung Pantai sahaja.
Ini adalah disebabkan pesaka Undang Kelana adalah kepunyaan orang-orang Kampung Pantai, bukan kampung-kampung lain dalam wilayah Sungai Ujong itu. Pesaka Kelana adalah hak dan waris yang tasak di Pantai dan bukan kepunyaan waris mendatang atau waris lingkungan.
Waris di Hilir adalah dari dua perut: Perut Kampung Gedang yang juga perut asal dan tasak. Perut ini ada dua pecahan iaitu Perut Tok Amah dan Perut Tok Raoh. Perut Tok Amah adalah perut yang tua.
Perut kedua ialah perut dari Kampung Manggis yang disebutkan sebagai perut mendatang dan diakui sebagai Waris Lingkungan bagi Kampung Gedang. Perut ini berasal daripada Kampung Beranang, Setur dan Mantin yang datang ke Pantai ketika mereka dijemput yang kemudiannya diakui sebagai Waris Lingkungan dan Waris di Hilir.
Menurut Teromba, Kampung Manggis dan Kampung Gedang adalah dari satu kawasan sebelum ia dipecahkan seperti sekarang. Manakala keturunan Waris di Hilir Kampung Manggis yang bertaraf Waris Kampung Gedang yang juga Waris di Hulu dari keturuan Tok Kelambu atau Mohd Tumbu.
Kata Teromba itu di Pasal ke 14 ceraian 7 berbunyi:
Jika diteliti secara terperinci berdasarkan jurai keturunan Waris di Hulu telah terpilih seramai lima orang untuk memegang pesaka Datuk Kelana manakala Waris di Hilir pulai seramai empat orang adalah tidak benar dan mengelirukan anak Waris Kelana sendiri. Sebenarnya oleh kerana Waris di Hulu dan di Hilir Kampung Manggis dari keturunan yang sama bererti pesaka Datuk Kelana yang diwarisi di Hulu telah menjadi lapan orang sedangkan Waris di Hilir yang tasak dari Kampung Gedang hanya seorang sahaja.
Lembaga Waris Kelana:
Semua Waris Kelana dari di Hulu adalah di bawah kuasa Datuk Lembaganya yang bergelar Datuk Shah Johan Lela Perkasa Setiawan. Pesaka Datuk Shah Johan itu masih kosong berikutan dengan pemecatannya oleh Datuk Kelana Putera yang kira-kira sepuluh tahun lalu.
Semenjak pemecatan itu hingga ke hari ini, Waris Kelana dari Waris di Hulu tidak mempunya Datuk Lembaga untuk mentadbir adat dalam waris itu.
Justru itu, untuk menghidupkan kembali Datuk Lembaga yang telah dipecat itu, terserahlah kepada budi bicara Datuk Kelana sendiri. Ini juga bererti segala apa jua kerapatan dan kemuafakatan yang dibuat semasa ketiadaan Datuk Lembaga itu adalah tidak diakui sah di segi adat. Dan keputusan yang dibuat tidak mengikut lunas-lunas adat yang teradat.
Bagi semua Waris Kelana dari Waris di Hilir pula adalah di bawah kuasa Datuk Seri Maharaja Lela yang jawatan Datuk Lembaga masih ada pemegangnya dan kekal hingga sekarang.
Bagaimanapun, pada suatu ketika dahulu ada percubaan menjatuhkan Datuk Seri Maharaja Lela ini, tetapi oleh kerana telah disedari oleh anak-anak buah yang setia dengan beliau, maka percubaan itu telah ternyata gagal.
Jawatan Datuk Seri Maharaja Lela yang disandang oleh Datuk Zamanhuri Haji Abdul Rahman yang sekarang sedang bertugas di Selangor itu kekal hingga sekarang.
Semenjak daripada percubaan hendak menjatuhkan datuk itu semua anak-anak Waris di Hilir saling bekerjasama dan sedia berjaga-jaga supaya pisang tidak berbuah dua kali. Golongan yang tidak bertanggungjawab sentiasa diawasi dan dikenal pasti.
Selain dua Waris Kelana, Waris di Darat juga terdiri daripada tiga waris persukuan iaitu:
Ketiga Datuk Lembaga Tiga Persukuan dan Datuk Andika Mendelika itu saling bekerjasama dan Datuk Andika tidak ada kuasa mutlak seperti Datuk Kelana Atau Datuk Shahbandar, sebagai tunggak utama di Sungai Ujong itu.
Datuk Andika juga tidak boleh bertindak bersendirian dalam perkara bersangkutan dengan adat atau dalam mencari Datuk Kelana seperti kata adat:
Menurut seorang anak Waris di Darat, Undang Luak Sungai Ujong, Encik Mohd Rom Daud, penyelewengan dalam adat boleh mencetuskan kemarahan Waris Kelana yang akhirnya akan mencetuskan perpecahan dan setiap anak waris hendaklah mematuhi kata-kata adat.
Waris di Darat dari Waris Datuk Andika Mendelika bertaraf Datuk Lembaga dan beliau sendiri sebagai lembaga kepada warisnya. Keturunan dari waris ini tidak berhak menuntut pesaka "Datuk Kelana atau Datuk Bandar disebabkan tunggaknya kepada Lembaga sahaja," kata Encik Mohd Rom.
"Sebenarnya Waris Datuk Andika berasal dari anak angkat kepada Tok Serimenai atau Serimani yang bersuamikan Perdana Ramping yang tidak mempunyai anak dan mengambil anak angkat yang kemudiannya dilantik sebagai Datuk Andika Mendelika bertaraf Lembaga," katanya.
Tok Serimenai adik kepada Tok Semerega.
Katanya lagi, Datuk Andika Mendelika juga merangkap salah seorang daripada Datuk Lembaga Tiang Balai Yang Empat kepada Datuk Undang Luak Sungai Ujong. Selain Datuk Andika itu ialah, Datuk Seri Maharaja di Raja, Datuk Akhiruzzaman Rantau dan Datuk Amar Penghulu.
Tidak tegak Balai tanpa ada empat orang Datuk Lembaga ini yang dikatakan sebagai Tiang kepada Balai Undang Kelana. Kata sepakat daripada keempat-empat datuk ini sangat diperlukan kerana mereka telah disifatkan oleh adat sebagai empat bersaudara.
"Jika berjalan sama melangkah dan apabila melangkah sama sederap. Pakaian diberi taraf yang sama. Tiada kata sepakat keempat ini tiadalah kebulatan dalam muafakat dan adatnya," tegas Encik Mohd Rom lagi.
Datuk Seri Maharaja Diraja pula adalah Datuk Lembaga Waris di Air merangkap Datuk Lembaga kepada Datuk Shahbandar Luak Sungai Ujong yang juga selaku penasihat peribadi dan adat kepada Datuk Shahbandar sendiri.
Gelaran sebenar Datuk Seri Maharaja Diraja yang sekarang disandang oleh seorang bekas pendidik, Datuk Azman Jamlus itu ialah Datuk Seri Maharaja Diraja Lagi Bandar di samping mempunyai bidang kuasa kelantasan hingga kepada Datuk Bandar sendiri.
"Sebarang kerapatan permuafakatan dan keputusan yang diambil oleh anak-anak waris terlebih dahulu mendapat restu daripada beliau," kata Encik Mohd Rom lagi.
Bagi Tiang Balai Datuk Akhiruzzaman yang bertugas sebagai Datuk Lembaga Waris di Air Rantau yang juga boleh menerima kuasa pada Waris di Darat yang disebutkan:
Datuk Akhiruzzaman sekarang disandang oleh seorang guru di sebuah sekolah menengah di sini. Haji Bahari Hamzah yang pun diakui sah oleh Dewan Keadilan Negeri Sembilan yang bersidang pada 20 Oktober lalu di Istana Besar Seri Menanti.
Mengikut peraturan, apabila jawatan itu telah diakui sah oleh Dewan Keadilan tiada siapa lagi yang berhak menggantikan tempatnya sebagai Datuk Akhiruzzaman, demikian disebutkan dalam Teromba dalam fasal ke27 dalam aturan memilih waris.
Mengikut sejarah, Datuk Muda Labu dari keturunan Tok Monkon iaitu orang yang mula-mula meneroka jajahan Labu. Beliau orang yang mula-mula sekali dibawa mengadap ke bawah Kaus Undang Kelana oleh Datuk Shahbandar Megat yang kemudiannya diberikan gelaran 'Datuk Muda Labu Bergajah Tunggal.'
Gading
Gelaran seumpama itu disebabkan Tok Monkon mempersembahkan bersama sebatang gading dari seekor gajah tunggal yang dibunuhnya di Mukim Labu.
Pada hari mengadap itu juga Tok Monkon membawa bersama persembahan ke bawah Undang Kelana seekor kerbau, 50 gantang beras dan wang sebahara $24 dengan pengiring-pengiringnya.
Asal-usul Datuk Shahbandar Luar Sungai Ujong
Datuk Shahbandar berketurunan dari Datuk Semerenga Waris di Air iaitu Putera Bendahara Sekudai. Beliau adalah adik ketiga kepada empat orang adik beradik yang tua, Tok Kelambu, kedua: Tok Musang dan adik bongsunya, Tok Serimenai.
Datuk Shahbandar berkuasa sebagai tunggak di Air di Sungai Ujong seperti yang telah diatur sendiri oleh ayahanda beliau, Bendahara Sekudai.
Namun demikian, semasa ketiadaan Datuk Kelana seperti sekarang, Datuk Shahbandar adalah tunggak di luak itu. Pada asalnya kedua mereka, Kelana dan Shahbandar, bersaudara dan hak pesaka kedua telah ditentukan oleh ayahandanya.
Dalam soal mencari ganti pula Waris di Air ketiadaan tunggak Datuk Kelana boleh mencari ganti penyandang pesaka Datuk Shahbandar, demikian juga sebaliknya, mereka hendaklah tolong menolong antara satu sama lain.
Pautan bersangkutan:
Cucu Tg Munawir
Utusan Melayu

'mata hitam' dan 'mata putih' menatang bersama telur nan sebiji (pesaka).
Kata perbilangan ada yang dipetik dalam Teromba dan Salasilah Negeri Sungai Ujong fasal 14, ceraian 8 dan 9 menyebutkan:
"Undang lagi hilang di Darat,
di Air tolong mencarikan,
dan hilang di Air,
di Darat tolong mencarikan".
Pesaka Undang Luak Sungai Ujong yang bergelar Datuk Kelana Putera hanya boleh disandang oleh dua waris Kelana sahaja, iaitu Waris di Hulu dan Waris di Hilir dari Kampung Pantai sahaja.
Ini adalah disebabkan pesaka Undang Kelana adalah kepunyaan orang-orang Kampung Pantai, bukan kampung-kampung lain dalam wilayah Sungai Ujong itu. Pesaka Kelana adalah hak dan waris yang tasak di Pantai dan bukan kepunyaan waris mendatang atau waris lingkungan.
Waris di Hilir adalah dari dua perut: Perut Kampung Gedang yang juga perut asal dan tasak. Perut ini ada dua pecahan iaitu Perut Tok Amah dan Perut Tok Raoh. Perut Tok Amah adalah perut yang tua.
Perut kedua ialah perut dari Kampung Manggis yang disebutkan sebagai perut mendatang dan diakui sebagai Waris Lingkungan bagi Kampung Gedang. Perut ini berasal daripada Kampung Beranang, Setur dan Mantin yang datang ke Pantai ketika mereka dijemput yang kemudiannya diakui sebagai Waris Lingkungan dan Waris di Hilir.
Menurut Teromba, Kampung Manggis dan Kampung Gedang adalah dari satu kawasan sebelum ia dipecahkan seperti sekarang. Manakala keturunan Waris di Hilir Kampung Manggis yang bertaraf Waris Kampung Gedang yang juga Waris di Hulu dari keturuan Tok Kelambu atau Mohd Tumbu.
Bicara:
"Oleh sebab itu, Waris di Hilir Kampung Manggis mempunyai pertalian persaudaraan yang amat rapat dengan Waris di Hulu hingga ke hari ini," kata Teromba itu.
Kata Teromba itu di Pasal ke 14 ceraian 7 berbunyi:
"Maka oleh sebab belas kasihan anak cucu Tok Musang itu akan saudara daging darahnya itu kerana adat mengatakan sama saib semula dan jua oleh muafakat daripada anak cucu Tok Mudah memanggil anak cucu Tok Mungkai dan Tok Derani di Beranang, Setur dan Mantin, tinggal di Pantai didudukkan ia pada pihak di Hilir bernama Kampung Manggis oleh bagi pihak Kampung Hulu itu sempit dan tiada tempat hendak didudukkan dengan sebab itulah sehingga sekarang maka itu Perut Hulu dan Hilir pada hal ia satu keturunan jua. Maka adalah dengan sebenarnya bagi Perut Hilir itu bernama Kampung Gedang. Kerana inilah asalnya keturunan daripada Tok Mengkudu bin Tok Musang dan inilah satu keturunan bagi Perut Hilir yang belum pernah menerima gelaran Pesaka Datuk Kelana Putera itu lagi hingga sekarang (kecuali dari Perut Tok Rioh Undang Kelana yang baru lalu)."
Jika diteliti secara terperinci berdasarkan jurai keturunan Waris di Hulu telah terpilih seramai lima orang untuk memegang pesaka Datuk Kelana manakala Waris di Hilir pulai seramai empat orang adalah tidak benar dan mengelirukan anak Waris Kelana sendiri. Sebenarnya oleh kerana Waris di Hulu dan di Hilir Kampung Manggis dari keturunan yang sama bererti pesaka Datuk Kelana yang diwarisi di Hulu telah menjadi lapan orang sedangkan Waris di Hilir yang tasak dari Kampung Gedang hanya seorang sahaja.
Lembaga Waris Kelana:
Semua Waris Kelana dari di Hulu adalah di bawah kuasa Datuk Lembaganya yang bergelar Datuk Shah Johan Lela Perkasa Setiawan. Pesaka Datuk Shah Johan itu masih kosong berikutan dengan pemecatannya oleh Datuk Kelana Putera yang kira-kira sepuluh tahun lalu.
Semenjak pemecatan itu hingga ke hari ini, Waris Kelana dari Waris di Hulu tidak mempunya Datuk Lembaga untuk mentadbir adat dalam waris itu.
Justru itu, untuk menghidupkan kembali Datuk Lembaga yang telah dipecat itu, terserahlah kepada budi bicara Datuk Kelana sendiri. Ini juga bererti segala apa jua kerapatan dan kemuafakatan yang dibuat semasa ketiadaan Datuk Lembaga itu adalah tidak diakui sah di segi adat. Dan keputusan yang dibuat tidak mengikut lunas-lunas adat yang teradat.
Bagi semua Waris Kelana dari Waris di Hilir pula adalah di bawah kuasa Datuk Seri Maharaja Lela yang jawatan Datuk Lembaga masih ada pemegangnya dan kekal hingga sekarang.
Bagaimanapun, pada suatu ketika dahulu ada percubaan menjatuhkan Datuk Seri Maharaja Lela ini, tetapi oleh kerana telah disedari oleh anak-anak buah yang setia dengan beliau, maka percubaan itu telah ternyata gagal.
Jawatan Datuk Seri Maharaja Lela yang disandang oleh Datuk Zamanhuri Haji Abdul Rahman yang sekarang sedang bertugas di Selangor itu kekal hingga sekarang.
Semenjak daripada percubaan hendak menjatuhkan datuk itu semua anak-anak Waris di Hilir saling bekerjasama dan sedia berjaga-jaga supaya pisang tidak berbuah dua kali. Golongan yang tidak bertanggungjawab sentiasa diawasi dan dikenal pasti.
Selain dua Waris Kelana, Waris di Darat juga terdiri daripada tiga waris persukuan iaitu:
- Waris Datuk Menteri; dari Suku Semelenggang,
- Waris Datuk Raja di Muda; dari Suku Biduanda,
- Waris Datuk Maharaja Inda; dari Suku Batu Hampar.
Ketiga Datuk Lembaga Tiga Persukuan dan Datuk Andika Mendelika itu saling bekerjasama dan Datuk Andika tidak ada kuasa mutlak seperti Datuk Kelana Atau Datuk Shahbandar, sebagai tunggak utama di Sungai Ujong itu.
Datuk Andika juga tidak boleh bertindak bersendirian dalam perkara bersangkutan dengan adat atau dalam mencari Datuk Kelana seperti kata adat:
"Lembaga Bersekat, Undang Berkelantasan."
Menurut seorang anak Waris di Darat, Undang Luak Sungai Ujong, Encik Mohd Rom Daud, penyelewengan dalam adat boleh mencetuskan kemarahan Waris Kelana yang akhirnya akan mencetuskan perpecahan dan setiap anak waris hendaklah mematuhi kata-kata adat.
Waris di Darat dari Waris Datuk Andika Mendelika bertaraf Datuk Lembaga dan beliau sendiri sebagai lembaga kepada warisnya. Keturunan dari waris ini tidak berhak menuntut pesaka "Datuk Kelana atau Datuk Bandar disebabkan tunggaknya kepada Lembaga sahaja," kata Encik Mohd Rom.
"Sebenarnya Waris Datuk Andika berasal dari anak angkat kepada Tok Serimenai atau Serimani yang bersuamikan Perdana Ramping yang tidak mempunyai anak dan mengambil anak angkat yang kemudiannya dilantik sebagai Datuk Andika Mendelika bertaraf Lembaga," katanya.
Tok Serimenai adik kepada Tok Semerega.
Katanya lagi, Datuk Andika Mendelika juga merangkap salah seorang daripada Datuk Lembaga Tiang Balai Yang Empat kepada Datuk Undang Luak Sungai Ujong. Selain Datuk Andika itu ialah, Datuk Seri Maharaja di Raja, Datuk Akhiruzzaman Rantau dan Datuk Amar Penghulu.
Tidak tegak Balai tanpa ada empat orang Datuk Lembaga ini yang dikatakan sebagai Tiang kepada Balai Undang Kelana. Kata sepakat daripada keempat-empat datuk ini sangat diperlukan kerana mereka telah disifatkan oleh adat sebagai empat bersaudara.
"Jika berjalan sama melangkah dan apabila melangkah sama sederap. Pakaian diberi taraf yang sama. Tiada kata sepakat keempat ini tiadalah kebulatan dalam muafakat dan adatnya," tegas Encik Mohd Rom lagi.
Datuk Seri Maharaja Diraja pula adalah Datuk Lembaga Waris di Air merangkap Datuk Lembaga kepada Datuk Shahbandar Luak Sungai Ujong yang juga selaku penasihat peribadi dan adat kepada Datuk Shahbandar sendiri.
Gelaran sebenar Datuk Seri Maharaja Diraja yang sekarang disandang oleh seorang bekas pendidik, Datuk Azman Jamlus itu ialah Datuk Seri Maharaja Diraja Lagi Bandar di samping mempunyai bidang kuasa kelantasan hingga kepada Datuk Bandar sendiri.
"Sebarang kerapatan permuafakatan dan keputusan yang diambil oleh anak-anak waris terlebih dahulu mendapat restu daripada beliau," kata Encik Mohd Rom lagi.
Bagi Tiang Balai Datuk Akhiruzzaman yang bertugas sebagai Datuk Lembaga Waris di Air Rantau yang juga boleh menerima kuasa pada Waris di Darat yang disebutkan:
"Mengimbau ke darat ke air pun boleh.""Ini, dek keturunan Datuk Akhiruzzaman bukan dari keturunan anak angkat, tetapi dari keturunan berbangsa iaitu hasil dari perkongsian anak perempuan kepada Batin Lenggang Setur Mantin dengan Datuk yang mula-mula membuka jajahan Rantau iaitu Datuk Akhiruzzaman," kata Encik Mohd Rom.
Datuk Akhiruzzaman sekarang disandang oleh seorang guru di sebuah sekolah menengah di sini. Haji Bahari Hamzah yang pun diakui sah oleh Dewan Keadilan Negeri Sembilan yang bersidang pada 20 Oktober lalu di Istana Besar Seri Menanti.
Mengikut peraturan, apabila jawatan itu telah diakui sah oleh Dewan Keadilan tiada siapa lagi yang berhak menggantikan tempatnya sebagai Datuk Akhiruzzaman, demikian disebutkan dalam Teromba dalam fasal ke27 dalam aturan memilih waris.
Mengikut sejarah, Datuk Muda Labu dari keturunan Tok Monkon iaitu orang yang mula-mula meneroka jajahan Labu. Beliau orang yang mula-mula sekali dibawa mengadap ke bawah Kaus Undang Kelana oleh Datuk Shahbandar Megat yang kemudiannya diberikan gelaran 'Datuk Muda Labu Bergajah Tunggal.'
Gading
Gelaran seumpama itu disebabkan Tok Monkon mempersembahkan bersama sebatang gading dari seekor gajah tunggal yang dibunuhnya di Mukim Labu.
Pada hari mengadap itu juga Tok Monkon membawa bersama persembahan ke bawah Undang Kelana seekor kerbau, 50 gantang beras dan wang sebahara $24 dengan pengiring-pengiringnya.
Asal-usul Datuk Shahbandar Luar Sungai Ujong
Datuk Shahbandar berketurunan dari Datuk Semerenga Waris di Air iaitu Putera Bendahara Sekudai. Beliau adalah adik ketiga kepada empat orang adik beradik yang tua, Tok Kelambu, kedua: Tok Musang dan adik bongsunya, Tok Serimenai.
Datuk Shahbandar berkuasa sebagai tunggak di Air di Sungai Ujong seperti yang telah diatur sendiri oleh ayahanda beliau, Bendahara Sekudai.
Namun demikian, semasa ketiadaan Datuk Kelana seperti sekarang, Datuk Shahbandar adalah tunggak di luak itu. Pada asalnya kedua mereka, Kelana dan Shahbandar, bersaudara dan hak pesaka kedua telah ditentukan oleh ayahandanya.
Dalam soal mencari ganti pula Waris di Air ketiadaan tunggak Datuk Kelana boleh mencari ganti penyandang pesaka Datuk Shahbandar, demikian juga sebaliknya, mereka hendaklah tolong menolong antara satu sama lain.
Pautan bersangkutan:
Cucu Tg Munawir
Utusan Melayu
11:34 PM
Mengenali Ketumanggungan Dan Perpatih
Written By Pentadbir on Monday, January 20, 2014 | 11:34 PM
Datuk Ketumanggungan
Merupakan putera dari hasil perkahwinan Puteri Indah Jelita (Puteri Bunga Alam/Puteri Bunga Setangkai) dengan Datuk Sri Maharaja Di Raja putera Sultan Hidayatullahsyah (Raja Rom Timur), kekanda kepada Sultan Zattullahsyah (Raja Air Pura Inderapura).
Sewaktu kecilnya beliau diberi nama Sutan Paduko Basa. Ketika berumur 18 tahun (1165M), beliau diangkat menjadi penghulu dengan gelaran Datuk Ketumanggungan sekaligus menduduki takhta kerajaan Minangkabau.
Datuk Ketumanggungan terkenal kerana menyusun semula adat Minangkabau yang dipanggil Laras Koto Piliang atau dikenali dengan panggilan Adat Temenggung.
Datuk Perpatih Nan Sebatang
Merupakan adinda kepada Datuk Ketumanggungan seibu tetapi berlainan bapa. Ada sumber mengatakan bapanya ialah Sri Sultan Muhamadsyah, suami kedua ibunya. Ada sumber mengatakan bapanya ialah Cati Bilang Pandai (Wisnu Rupakumara) yang merupakan bangsawan Majapahit dan juga penasihat Raja Raden Wijaya (Raja Majapahit).
Sewaktu kecilnya beliau diberi nama Sutan Balun. Nama-nama lain yang dikaitkan dengan beliau ialah Jatang atau Cumatang.
Datuk Perpatih Nan Sebatang terkenal kerana menyusun semula adat Minangkabau yang diterajui oleh kekandanya dengan adat yang dipanggil Laras Bodi Caniago atau dikenali dengan Adat Perpatih.
Maklumat tambahan
Terdapat juga satu lagi adat yang digagaskan oleh adik lelaki dari kedua tokoh di atas ini. Adat tersebut dipanggil Laras Panjang.
Sumber:
Wikipedia - Datuk Ketumanggungan
Wikipedia - Datuk Perpatih Nan Sebatang
Wikipedia - Adat Minangkabau

Labels:
Adat,
Arizan,
Minangkabau,
Perpatih,
Sejarah,
Temenggung
11:47 AM
Asal Kerajaan Air Pura Inderapura - Pra-Minangkabau
Kerajaan Air Pura Inderapura:
Sejarah Kerajaan Air Pura bermula dari tahun 800Masehi bermula dari tiga kampung:
Nama Kerajaan Air Pura diberikan oleh Sri Sultan Zattullah kerana berdasarkan pusaka kerajaan berupa batu-batu mustika yang terdapat di dalam Pura (kantong dalam air yang jernih). Terletak di muara sungai dengan di kelilingi Gunung Kerinci, Gunung Patah Sembilan dan deretan Bukit Barisan.
Pemerintahan ketika itu berdasarkan "Mati dibangun, luko dipapek" yang bererti "hutang nyawa dibayar nyawa, hutang harta dibayar harta dan tangan yang mencincang bahu yang memikul".
Semasa pemerintahan Sri Sultan Zattullah di Indrapura, datang tiga orang anakanda Sri Sultan Hidayatullah:
Kemudian Putri Bunga Setangkai kawin lagi dengan Tuanku Sri Sultan Muhammadsyah anak Raja Air Pura dan mendapat seorang anak yang bernama Datuk (Perpatih) Pinang Sebatang. (Terdapat juga versi lain mengenai salasilah ini)
Sultan Zatullah berkawin dengan Putri Gandolayu mempunyai dua orang anak yaitu :
Pada Tahun 1350 terjadi hura hura di kerajaan Minangkabau yaitu kerajaan diserang oleh Raja Tiang Bungkuk, Raja Negeri Tamiai. Maka mengungsilah para pembesar kerajaan Minangkabau ke negeri asalnya di Air Pura. Mereka adalah Bundo Kandung, Dang Tuanku dan isterinya Putri Bungsu (Puteri Kemalasari), Cindur Mato beserta Balanan IV Balai. Pada waktu itu yang menjadi raja di Air Pura ialah Sri Sultan Baridinsyah. Sultan menitahkan para pengungsi dari Minangkabau ditempatkan :
Batas kerajaan Air Pura Indrapura secara rasminya diumumkan sewaktu menerima delegasi diplomatik dari Kerajaan Melaka pada tahun 1550 adalah sebagai berikut:
sumber http://kerajaanairpura.blogspot.com/2014/01/kissah-dan-sejarah-kerajaan-air-pura.html
Sejarah Kerajaan Air Pura bermula dari tahun 800Masehi bermula dari tiga kampung:
- Teluk Air Pura
- Muara Campo
- Air Puding
Nama Kerajaan Air Pura diberikan oleh Sri Sultan Zattullah kerana berdasarkan pusaka kerajaan berupa batu-batu mustika yang terdapat di dalam Pura (kantong dalam air yang jernih). Terletak di muara sungai dengan di kelilingi Gunung Kerinci, Gunung Patah Sembilan dan deretan Bukit Barisan.
Pemerintahan ketika itu berdasarkan "Mati dibangun, luko dipapek" yang bererti "hutang nyawa dibayar nyawa, hutang harta dibayar harta dan tangan yang mencincang bahu yang memikul".Semasa pemerintahan Sri Sultan Zattullah di Indrapura, datang tiga orang anakanda Sri Sultan Hidayatullah:
- Maha Raja Alif
- Maha Raja Depang
- Sri Maha Raja Diraja
- Datuk Ketumanggungan
- Putri Djamilan.
![]() |
| Selanjutnya di http://id.wikipedia.org/wiki/Daftar_Raja_Inderapura |
Sultan Zatullah berkawin dengan Putri Gandolayu mempunyai dua orang anak yaitu :
- Sri Sultan Muhammadsyah
- Sri Sultan Firmansyah.
Pada Tahun 1350 terjadi hura hura di kerajaan Minangkabau yaitu kerajaan diserang oleh Raja Tiang Bungkuk, Raja Negeri Tamiai. Maka mengungsilah para pembesar kerajaan Minangkabau ke negeri asalnya di Air Pura. Mereka adalah Bundo Kandung, Dang Tuanku dan isterinya Putri Bungsu (Puteri Kemalasari), Cindur Mato beserta Balanan IV Balai. Pada waktu itu yang menjadi raja di Air Pura ialah Sri Sultan Baridinsyah. Sultan menitahkan para pengungsi dari Minangkabau ditempatkan :- Bundo Kandung di istana Lunang Sira kemudian beliau menukar nama menjadi Mande Rubiah. Beliau bermakam di sini. Harta benda Kerajaan Minangkabau juga ditempatkan di Istana ini.
- Dang Tuanku dan Putri Bungsu ditempatkan di istana kerajaan Air Pura, Dang Tuanku pernah memerintah di Air Pura selama 3 tahun ( 1520-1524 ) sebagai pengganti Raja Baridinsyah yang telah mangkat, kerana penggantinya adik beliau Sultan Usmansyah sedang pergi ke Tanah Taroja untuk menghantar isteri beliau. Dang Tuanku dan Putri Bungsu bermakam di Gunung Selasih Batang Kapas.
- Cindur Mato ditempatkan di istana Gandolayu di Air Pura.
- Datuk Makhudum dan Indomo ditempatkan di Tapan
- Tuanku Sumpur Kudus beristeri dan menetap di Air Pura.
- Rajo Seruaso kawin dan menetap di Air Pura dan anak beliau kemudian menjadi Raja di Muko-Muko.
![]() |
| Cap Mohor Kerajaan Indrapoera |
- Utara - Sekilang air bangis (berbatasan dengan Kerajaan Batang Toru)
- Selatan - Muara ketahun (berbatasan dengan Kerajaan Air Hitam Bengkulu)
- Barat - Lautan Lepas (Samudera Indonesia)
- Timur - Gunung bepuncak (Gunung Kerinci) Durian Takuk Rajo, Nibuong Balantak, Mudik Salingkaran dan Tanjung Samaladu
sumber http://kerajaanairpura.blogspot.com/2014/01/kissah-dan-sejarah-kerajaan-air-pura.html
Labels:
Adat,
Arizan,
Minangkabau,
Perpatih,
Sejarah
4:10 PM
Sejarah - Penghijrahan Minangkabau Ke Negeri Sembilan
Written By Pentadbir on Tuesday, December 24, 2013 | 4:10 PM
Penghijrahan orang Minangkabau ke Tanah Melayu bermula sejak dari zaman kegemilangan Melaka. Beberapa rombongan dari Pagar Ruyong telah memasuki Melaka lantas terus membuka beberapa penempatan di Negeri Sembilan.
Terdapat beberapa sebab penghijrahan ini seperti:
Nota Tambahan:
Se awal tahun 1390 suku bangsa Minangkabau telah menjejakkan kaki ke pesisiran Kalimantan Utara diketuai oleh Datuk Bagindo. Keturunannya bukan sahaja menetap di Sarawak tetapi terdapat juga di Berunai dan Pulau Sulu di Filipina dan mendirikan kerajaan Sulu pada tahun 1410.
Pada tahun 1550, Raja Minangkabau telah menerima utusan dari Melaka dan mengirim pula sembilan (9) orang utusan ke Melaka. Di antaranya ialah:
Pada tahun 1630, puteri kepada Raja Sri Sultan Malapersyah iaitu Puteri Gumala Intan berkahwin dengan Sultan Ibrahim (Raja Aceh).
Sumber:
Minang XT Gem Dot Com
Kerajaan Air Pura - Hubungan Diplomatik

- Orang Minangkabau yang terkenal dengan sikap mereka untuk merantau untuk mencari rezeki terutamanya kepada kaum lelaki.
- Kegemilangan Melaka pada ketika itu menarik minat mereka.
- Kaum lelaki yang merajuk kerana tidak diberikan harta pusaka kerana mengikut adat Perpatih, harta pusaka akan diturunkan kepada anak perempuan
- Pasangan yang lari untuk berkawin di tempat lain kerana adat Perpatih melarang perkahwinan sesuku.
| Rombongan | Nama Ketua | Kampung Asal | Perjalanan | Bermastautin |
| 1 | Datuk Raja dan isterinya Tok Seri |
Tidak pasti. | Singgah di Siak kemudian ke Johor. Dari Johor, mereka ke Naning dan terus ke Rembau |
Londar Naga (Kampung Galau) |
| 2 | Datuk Rajo Kuga | dari keluarga Datuk Bandaro Penghulu Alam Sungai Tarok |
(mungkin melalui Melaka) | Kampung Sungai Layang |
| 3 | Sutan Sumanik dan Johan Kebesaran |
keluarga Datuk Mangkudun Sati di Sumanik, Batu Sangkar |
Melalui Siak, Melaka dan Rembau | Tanjung Alam (Gunung Pasir) |
| 4 | Datuk Putih | Sarilamak, Payakumbuh | (mungkin melalui Melaka) | Seri Menanti (yang menamakan tempat tersebut) |
| 5 | Datuk Lelo Balang | Batu Hampar, Payakumbuh Pengiringnya juga ada yang datang dari Mungka |
(mungkin melalui Melaka) | Rembau |
| 6 | Datuk Laut Dalam | Batu Hampar, Payakumbuh Adik kepada Datuk Lelo Balang |
(mungkin melalui Melaka) | Rembau |
| ? | Sheikh Ahmad | Tidak pasti asal di Minangkabau | (mungkin melalui Melaka) Meninggal pada tahun 872H (1467 Masehi) |
Port Dickson |
Nota Tambahan:
Se awal tahun 1390 suku bangsa Minangkabau telah menjejakkan kaki ke pesisiran Kalimantan Utara diketuai oleh Datuk Bagindo. Keturunannya bukan sahaja menetap di Sarawak tetapi terdapat juga di Berunai dan Pulau Sulu di Filipina dan mendirikan kerajaan Sulu pada tahun 1410.
Pada tahun 1550, Raja Minangkabau telah menerima utusan dari Melaka dan mengirim pula sembilan (9) orang utusan ke Melaka. Di antaranya ialah:
- Tuanku Arifinsyah yang kemudiannya menetap di Terengganu
- Tan Sri Abdul Kadir yang kemudiannya menetap di Patani, Kedah,
- Tan Sri Maharaja Besar yang kemudiannya menetap di Johor.
Pada tahun 1630, puteri kepada Raja Sri Sultan Malapersyah iaitu Puteri Gumala Intan berkahwin dengan Sultan Ibrahim (Raja Aceh).
Sumber:
Minang XT Gem Dot Com
Kerajaan Air Pura - Hubungan Diplomatik
12:21 PM
Pada asalnya Orang Minangkabau seperti di Naning, Rembau, Seri Menanti, Penajis, Ulu Muar dan beberapa tempat lagi mengadap ke Melaka sebagai sultan mereka. Sebarang kesulitan mereka akan dibawa oleh ketua luak masing-masing yang dipanggil Datuk Undang Luak.
Apabila Portugis menyerang Melaka pada tahun 1511, Sultan Melaka lari ke Johor dan menubuhkan kerajaan baru di sana, orang Minangkabau juga beralih arah ke Johor pula.
Sekitar tahun 1760 semasa Belanda menguasai Melaka setelah mengambil alih pentadbiran daripada Portugis, Belanda mula mengganggu Johor di samping kacau bilau yang ditimbulkan oleh orang Bugis ke atas Orang Minangkabau. Orang Bugis yang diketuai oleh Daeng Kemboja mahu supaya masyarakat Minangkabau tunduk kepada mereka tetapi tidak dipersetujui oleh Orang Minangkabau yang telah melafazkan taat setia kepada Kesultanan Melayu Johor.
Kesultanan Melayu Johor pada ketika itu tidak lagi mampu untuk mentadbir negeri-negeri Melayu di bawah jajahannya. Memandangkan mereka yang berada di bawah Datuk Undang Luak ini berasal dari Melaka dan mengamalkan Adat Perpatih sedangkan Kesultanan Melaka pula mengamalkan Adat Temenggung maka sultan telah menitahkan Undang Luak untuk memperolehi seorang ketua yang boleh diangkat sebagai sultan atau raja daripada Kerajaan Minangkabau. Maka bermulalah pencarian seorang Sultan dari Pagar Ruyung.
Di antara tahun 1760-1770 Datuk-Datuk Undang Luak ini mula mengatur perancangan. Muafakat mengumpulkan luak, menentukan hukum, kuasa dan wakil yang akan dihantar ke Pagar Ruyung pada tahun 1770. Raja Pagar Ruyung telah berkenan untuk menghantar seorang daripada putera baginda yang bernama Raja Mahmud untuk dipertuankan di Negeri Sembilan.
Terdapat dua peristiwa bersejarah berlaku sebelum ketibaan Raja Mahmud:
Aturan adat pertabalan Raja Mahmud telah disempurnakan oleh Datuk Moyang Salleh dengan membawa gelaran Raja Melewar dan bermulalah sistem Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Tanah mengandung di Seri Menanti
Tanah kerajaan di Penajis
Balai melintang di Sungai Ujong
Balai bertingkat di Johol
Yang mengatur bilangan adat di Jelebu
Yang mengukurkan di Rembau
Sumber rujukan:
:Asal usul dan kedatangan Raja-Raja dan Sultan ke Negeri Sembilan
Sejarah - Ringkasan Sejarah DYMM Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan
Beraja ke Johor, Bertali ke Siak, Bertuan ke Minangkabau

- 1757 - Peristiwa Memutus Tali dengan Johor oleh Datuk Moyang Salleh, Undang Luak Jelebu yang tidak berpuashati dengan tindakan Sultan Johor yang membunuh Si Amat, tunangan Seri Banun (anak kepada Datuk Uban, Datuk Penghulu Rembau). Ini disebabkan pinangan baginda ditolak Penghulu Rembau yang kemudian mengadu kepada Datuk Moyang Salleh. (Rujuk Di SINI dan Di SINI)
- Sebelum ketibaan Raja Mahmud, Raja Khatib telah terlebih dahulu dihantar untuk membuat persediaan menyambut dan mengaturkan pertabalan. Apabila sampai, beliau telah belot dan mengakui bahawa dirinya adalah anak raja yang dihantar untuk ditabalkan. Kehadiran Raja Mahmud tidak dipersetujui oleh Undang Luak Sungai Ujong (Datuk Kelana Putera) dan Undang Luak Johol (Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Datuk Puteri Setiawan II, 1760-1790. Rujuk di SINI) Kedua-dua mereka telah menerima Raja Khatib pada mulanya dan berada di dalam keadaan serba-salah. Datuk Moyang Salleh telah bermuafakat dengan kedua-dua Undang Luak tersebut sehingga terdirinya Tiang Balai iaitu Tiang Istana di Seri Menanti pada 17 Syawal 1192 Hijrah. (Rujuk juga di SINI)
Aturan adat pertabalan Raja Mahmud telah disempurnakan oleh Datuk Moyang Salleh dengan membawa gelaran Raja Melewar dan bermulalah sistem Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Tanah mengandung di Seri Menanti
Tanah kerajaan di Penajis
Balai melintang di Sungai Ujong
Balai bertingkat di Johol
Yang mengatur bilangan adat di Jelebu
Yang mengukurkan di Rembau
Rengkasan
Salasilah
Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan (Yam Tuan) |
|||
| Tahun | Nama | Peristiwa | Keturunan |
| 1977 | Raja Katib | Diutus untuk menyediakan persediaan menyambut ketibaan dan pertabalan Raja Melewar tetapi telah belot dan mengakui dirinya sebagai anak raja yang dihantar dari Pagar Ruyong, Minangkabau | |
| 1977-1795 | 1. Tuanku Melewar | Berasal dari Pagar Ruyong, Minangkabau. Nama sebelum pertabalan ialah Raja Mahmud. Perkahwinan 1 - Cik Seni, anak kepada Penghulu Naam (Penghulu Luak Ulu Muar yang pertama) Ditabalkan di Penajis, Rembau dan berpindah ke Seri Menanti |
1. Tengku Totok
2. Tengku Aishah |
| 1795-1808 | 2. Tuanku Hitam | Berasal dari Pagar Ruyong, Minangkabau Perkahwinan 1 - Tengku Aishah - puteri Raja Melewar Perkahwinan 2 - Cik Jingke - orang kebanyakan - |
1. Tengku Alan Hussein 2. Tengku Ngah 3. Tengku Ibrahim 4. Tengku Awi |
| 1808-1824 | 3. Tuanku Lenggang | Berasal dari Pagar Ruyong, Minangkabau Perkahwinan 1 - Tengku Ngah |
1.
Tengku Radin 2. Tengku Imam |
| 1824-1826 | Raja Kerjan | Pemangku Yang Di Pertuan Besar | |
| 1826-1830 | Raja Sati | Berasal dari Pagar Ruyong, Minangkabau Nama sebelum pertabalan ialah Raja Labuh Perkahwinan 1 - Raja Asil Dilantik kerana ketika itu Raja Radin baru berusia 15 tahun. Dipecat dan lari berlindung ke Melaka dan pemerintahan baginda tidak diiktirafkan |
|
| 1824-1861 | 4. Tuanku Radin | YDP Besar pertama dari kelahiran Negeri
Sembilan Putera kepada Raja Lenggang |
1. Tengku Lintau 2. Tengku Antah 3. Tengku Muda Cik |
| 1861-1869 | 5. Tuanku Imam | Putera kedua kepada Raja Lenggang. Naik takhta kerana Tengku Antah menolak kerana belum dewasa Perkahwinan 1 - Tengku Ampuan Intan Ibni Tunku Alan Hussein |
1. Tengku Cindai 2. Tengku Ahmad Tunggal |
| 1869-1872 | Tengku Ampuan Intan | Pemangku Yang Di
Pertuan Besar Permaisuri kepada Tuanku Imam Perebutan di antaran Tengku Antah dan Tengku Ahmad Tunggal |
|
| 1872-1888 | 6. Tuanku Antah | Putera kepada Raja Radin Menaiki takhta setelah Tengku Lintau (Tengku Besar) yang merupakan kekanda kepada baginda tetapi berlain ibu, menolak perlantikan untuk menumpukan kepada keagamaan. |
1. Tengku Muhammad |
| 1888-1933 | 7. Tuanku Muhammad | Putera Tuanku Antah Berlaku perebutan dengan Tengku Muda Cik tetapi ditolak oleh Undang Luak |
1. Tengku Abdul Rahman |
| 1933-1960 | 8. Tuanku Abdul Rahman | Putera Tuanku Muhammad Perkahwinan 1 (1919) - Dulcie Campbell (Cik Maimunah) Perkahwinan 2 (1920) - Tunku Mahrum Perkahwinan 3 (1929) - Tunku Kurshiah Perkahwinan 4 (1948) - Tunku Zaidah binti Tunku Zakaria Merupakan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung Malaysia yang pertama |
1a. Tunku Aidah 1b. Tunku Jaafar 1c. Tunku Abdullah 2a. Tunku Munawir 3a. Tunku Baiyah 3b. Tunku Shahariah |
| 1960-1967 | 9. Tuanku Munawir | Putera Tuanku Abdul Rahman Perkahwinan 1 - Tunku Durah |
Putera: 1. Tunku MuhrizPuteri: 1. 2. 3. 4. 5. |
| 1967-2008 | 10. Tuanku Jaafar | Putera Tuanku Abdul Rahman Adinda kepada Tuanku Munawir berlainan ibu Perkahwinan 1: Tuanku Najiah Tunku Besar Burhanuddin |
Putera:1. Tunku Naquiyuddin2. Tunku Imran 3. Tunku Putra Nazaruddin Puteri: 1. Tunku Jawahir 2. Tunku Naquiah 3. Tunku Irinah |
| 2008 | 11. Tuanku Muhriz | Putera kepada Tuanku Munawir Perkahwinan 1: Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud | Putera: 1. Tunku Ali Redhauddin 2. Tunku Zain Al'Abidin 3. Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin. |
Sumber rujukan:
:Asal usul dan kedatangan Raja-Raja dan Sultan ke Negeri Sembilan
12:31 AM
Asal Lenggeng
Written By Pentadbir on Tuesday, December 17, 2013 | 12:31 AM
Lenggeng adalah sebuah mukim di Seremban, Negeri Sembilan. Untuk mencapai Pekan Lenggeng, anda boleh menggunakan jalan masuk melalui:
Bagaimana Lenggeng mendapat namanya?
Berikut ialah penerangan yang diberikan oleh beberapa orang semasa perbincangan di dalam Grup Orang Lenggeng di Facebook. Mungkin sekiranya ada masa, aku akan terjemahkan dialog Minangkabau ini ke dalam Bahasa Melayu.
Sekiranya anda mempunyai maklumat dan bukti yang lebih sahih, sila tinggalkan di ruangan komen.
Terima kasih.
- Bukit Mantin ke Bukit Puyoh, atau
- Pekan Mantin ke Kg Sg Machang Hilir, atau
- Pekan Beranang Hilir ke Kg Rawa atau Kg Tengah, atau
- Semenyih ke Broga.
Bagaimana Lenggeng mendapat namanya?
Berikut ialah penerangan yang diberikan oleh beberapa orang semasa perbincangan di dalam Grup Orang Lenggeng di Facebook. Mungkin sekiranya ada masa, aku akan terjemahkan dialog Minangkabau ini ke dalam Bahasa Melayu.
Sekiranya anda mempunyai maklumat dan bukti yang lebih sahih, sila tinggalkan di ruangan komen.
Terima kasih.
Labels:
Arizan,
Cicit Bagindo,
Hamzah Saaban,
Kesenian Minang,
Lenggeng,
N9,
Panduan,
Pengenalan,
Sejarah