Latest Post
Showing posts with label Temenggung. Show all posts
Showing posts with label Temenggung. Show all posts
11:34 PM
Mengenali Ketumanggungan Dan Perpatih
Written By Pentadbir on Monday, January 20, 2014 | 11:34 PM
Datuk Ketumanggungan
Merupakan putera dari hasil perkahwinan Puteri Indah Jelita (Puteri Bunga Alam/Puteri Bunga Setangkai) dengan Datuk Sri Maharaja Di Raja putera Sultan Hidayatullahsyah (Raja Rom Timur), kekanda kepada Sultan Zattullahsyah (Raja Air Pura Inderapura).
Sewaktu kecilnya beliau diberi nama Sutan Paduko Basa. Ketika berumur 18 tahun (1165M), beliau diangkat menjadi penghulu dengan gelaran Datuk Ketumanggungan sekaligus menduduki takhta kerajaan Minangkabau.
Datuk Ketumanggungan terkenal kerana menyusun semula adat Minangkabau yang dipanggil Laras Koto Piliang atau dikenali dengan panggilan Adat Temenggung.
Datuk Perpatih Nan Sebatang
Merupakan adinda kepada Datuk Ketumanggungan seibu tetapi berlainan bapa. Ada sumber mengatakan bapanya ialah Sri Sultan Muhamadsyah, suami kedua ibunya. Ada sumber mengatakan bapanya ialah Cati Bilang Pandai (Wisnu Rupakumara) yang merupakan bangsawan Majapahit dan juga penasihat Raja Raden Wijaya (Raja Majapahit).
Sewaktu kecilnya beliau diberi nama Sutan Balun. Nama-nama lain yang dikaitkan dengan beliau ialah Jatang atau Cumatang.
Datuk Perpatih Nan Sebatang terkenal kerana menyusun semula adat Minangkabau yang diterajui oleh kekandanya dengan adat yang dipanggil Laras Bodi Caniago atau dikenali dengan Adat Perpatih.
Maklumat tambahan
Terdapat juga satu lagi adat yang digagaskan oleh adik lelaki dari kedua tokoh di atas ini. Adat tersebut dipanggil Laras Panjang.
Sumber:
Wikipedia - Datuk Ketumanggungan
Wikipedia - Datuk Perpatih Nan Sebatang
Wikipedia - Adat Minangkabau

Labels:
Adat,
Arizan,
Minangkabau,
Perpatih,
Sejarah,
Temenggung
9:10 AM
Adat Perpatih VS Temenggung
Written By Pentadbir on Thursday, December 26, 2013 | 9:10 AM
Sebenarnya ramai yang menyedari bahawa hampir semua masyarakat Melayu di dunia terutama di Asia mengamalkan cara hidup dan Adat Minangkabau kerana adat ini telah berkembang sejak dari seawal abad ke13. (Sila rujuk Penghijrahan Minangkabau) Apabila adat ini mula disusun oleh Datuk Ketemenggungan yang berpusat di Palembang dalam abad ke 14 maka berlaku pemisahan di antara cara hidup orang Minangkabau dengan yang lain-lain. Apabila Datuk Perpatih Nan Sebatang yang merupakan adik kepada Datuk Temenggungan mula mengasas Adat Perpatih yang berpusat di Pagar Ruyung, ramai yang menganggap bahawa Adat Perpatih itulah adat Minang tanpa menyedari bahawa Adat Temenggung yang mereka amalkan itu juga adalah Adat Minang. Sehingga kini, Adat Perpatih banyak diamalkan di Pagar Ruyung, Indonesia dan Negeri Sembilan, Malaysia.
Sumber rujukan:
Weblog Cikgu Jumali
| Adat Temenggung (Datuk Ketemenggungan) |
Adat Perpatih (Datuk Perpatih Nan Sebatang) |
|
| Masyarakat |
Kedudukan dalam keluarga dan masyarakat
|
Kedudukan dalam keluarga dan masyarakat
Kaum lelaki mampu untuk memperolehi harta mereka sendiri tetapi pergerakan kaum perempuan terbatas. |
| Perkahwinan |
|
Sekiranya berlaku musibah seperti kematian si suami atau perceraian, perempuan masih berada di dalam perlindungan keluarganya yang asal. Nota: (Suami dikenali sebgai orang Semenda) |
| Tarap Perkahwinan | Perkahwinan dibenarkan dengan sesiapa sahaja asalkan tidak melanggar hukum syarak. | Perkahwinan melibatkan berlainan suku kerana yang
sesuku dianggap bersaudara. Rasionalnya: Adat Perpatih menggalakkan masyarakatnya berkembang tetapi di dalam lingkungan satu adat (berlainan suku tetapi dalam kelompok orang Minangkabau sendiri) |
| Pentadbiran |
Bersifat autokrasi (kuasa mutlak) :
|
Bersifat demokrasi :
|
| Perundangan |
Undang-undang jenayah berunsur pembalasan
dan undang-undangnya lebih tegas
|
Undang-undang jenayah bersifat pemulihan
untuk menyedarkan masyarakat
Ganti rugi mengikut tahap seperti seorang yang dicederakan akan dibayar dengan ayam atau kambing. Mangsa kecurian akan memperolehi kembali gantian barang-barangnya. Pembunuh akan menanggung kehidupan keluarga mangsa. |
| Pembahagian harta |
Harta Milik Individu:
|
Harta Milik Keluarga :
Status Harta Adat |
Sumber rujukan:
Weblog Cikgu Jumali
Labels:
Adat,
Arizan,
Hukum,
Perkahwinan,
Perpatih,
Temenggung