Powered by Blogger.
Latest Post
Showing posts with label Salasilah. Show all posts
Showing posts with label Salasilah. Show all posts

Sejarah - Ringkasan Sejarah DYMM Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan

Written By Pentadbir on Tuesday, December 24, 2013 | 12:21 PM

Beraja ke Johor, Bertali ke Siak, Bertuan ke Minangkabau

Pada asalnya Orang Minangkabau seperti di Naning, Rembau, Seri Menanti, Penajis, Ulu Muar dan beberapa tempat lagi mengadap ke Melaka sebagai sultan mereka. Sebarang kesulitan mereka akan dibawa oleh ketua luak masing-masing yang dipanggil Datuk Undang Luak.

Apabila Portugis menyerang Melaka pada tahun 1511, Sultan Melaka lari ke Johor dan menubuhkan kerajaan baru di sana, orang Minangkabau juga beralih arah ke Johor pula.

Sekitar tahun 1760 semasa Belanda menguasai Melaka setelah mengambil alih pentadbiran daripada Portugis, Belanda mula mengganggu Johor di samping kacau bilau yang ditimbulkan oleh orang Bugis ke atas Orang Minangkabau. Orang Bugis yang diketuai oleh Daeng Kemboja mahu supaya masyarakat Minangkabau tunduk kepada mereka tetapi tidak dipersetujui oleh Orang Minangkabau yang telah melafazkan taat setia kepada Kesultanan Melayu Johor.

Kesultanan Melayu Johor pada ketika itu tidak lagi mampu untuk mentadbir negeri-negeri Melayu di bawah jajahannya. Memandangkan mereka yang berada di bawah Datuk Undang Luak ini berasal dari Melaka dan mengamalkan Adat Perpatih sedangkan Kesultanan Melaka pula mengamalkan Adat Temenggung maka sultan telah menitahkan Undang Luak untuk memperolehi seorang ketua yang boleh diangkat sebagai sultan atau raja daripada Kerajaan Minangkabau. Maka bermulalah pencarian seorang Sultan dari Pagar Ruyung.

Di antara tahun 1760-1770 Datuk-Datuk Undang Luak ini mula mengatur perancangan. Muafakat mengumpulkan luak, menentukan hukum, kuasa dan wakil yang akan dihantar ke Pagar Ruyung pada tahun 1770. Raja Pagar Ruyung telah berkenan untuk menghantar seorang daripada putera baginda yang bernama Raja Mahmud untuk dipertuankan di Negeri Sembilan.

Terdapat dua peristiwa bersejarah berlaku sebelum ketibaan Raja Mahmud:
  1. 1757 - Peristiwa Memutus Tali dengan Johor oleh Datuk Moyang Salleh, Undang Luak Jelebu yang tidak berpuashati dengan tindakan Sultan Johor yang membunuh Si Amat, tunangan Seri Banun (anak kepada Datuk Uban, Datuk Penghulu Rembau). Ini disebabkan pinangan baginda ditolak Penghulu Rembau yang kemudian mengadu kepada Datuk Moyang Salleh. (Rujuk Di SINI dan Di SINI)
  2. Sebelum ketibaan Raja Mahmud, Raja Khatib telah terlebih dahulu dihantar untuk membuat persediaan menyambut dan mengaturkan pertabalan. Apabila sampai, beliau telah belot dan mengakui bahawa dirinya adalah anak raja yang dihantar untuk ditabalkan. Kehadiran Raja Mahmud tidak dipersetujui oleh Undang Luak Sungai Ujong (Datuk Kelana Putera) dan Undang Luak Johol (Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Datuk Puteri Setiawan II, 1760-1790. Rujuk di SINI) Kedua-dua mereka telah menerima Raja Khatib pada mulanya dan berada di dalam keadaan serba-salah. Datuk Moyang Salleh telah bermuafakat dengan kedua-dua Undang Luak tersebut sehingga terdirinya Tiang Balai iaitu Tiang Istana di Seri Menanti pada 17 Syawal 1192 Hijrah. (Rujuk juga di SINI)

 Aturan adat pertabalan Raja Mahmud telah disempurnakan oleh Datuk Moyang Salleh dengan membawa gelaran Raja Melewar dan bermulalah sistem Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Tanah mengandung di Seri Menanti
Tanah kerajaan di Penajis
Balai melintang di Sungai Ujong
Balai bertingkat di Johol
Yang mengatur bilangan adat di Jelebu
Yang mengukurkan di Rembau





Rengkasan Salasilah
Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan
(Yam Tuan)
Tahun Nama Peristiwa Keturunan
1977 Raja Katib Diutus untuk menyediakan persediaan menyambut ketibaan dan pertabalan Raja Melewar tetapi telah belot dan mengakui dirinya sebagai anak raja yang dihantar dari Pagar Ruyong, Minangkabau
1977-1795 1. Tuanku Melewar Berasal dari Pagar Ruyong, Minangkabau.
Nama sebelum pertabalan ialah Raja Mahmud.
Perkahwinan 1 - Cik Seni, anak kepada Penghulu Naam (Penghulu Luak Ulu Muar yang pertama)
Ditabalkan di Penajis, Rembau dan berpindah ke Seri Menanti
1. Tengku Totok
2. Tengku
Aishah
1795-1808 2. Tuanku Hitam Berasal dari Pagar Ruyong, Minangkabau
Perkahwinan 1 - Tengku Aishah - puteri Raja Melewar
Perkahwinan 2 - Cik Jingke - orang kebanyakan -
1. Tengku Alan Hussein
2. Tengku Ngah
3. Tengku Ibrahim
4. Tengku Awi
1808-1824 3. Tuanku Lenggang Berasal dari Pagar Ruyong, Minangkabau
Perkahwinan 1 -
Tengku Ngah
1. Tengku Radin
2.
Tengku Imam
1824-1826 Raja Kerjan Pemangku Yang Di Pertuan Besar
1826-1830 Raja Sati Berasal dari Pagar Ruyong, Minangkabau
Nama sebelum pertabalan ialah Raja Labuh
Perkahwinan 1 - Raja Asil

Dilantik kerana ketika itu Raja Radin baru berusia 15 tahun.
Dipecat dan lari berlindung ke Melaka dan pemerintahan baginda tidak diiktirafkan
1824-1861 4. Tuanku Radin YDP Besar pertama dari kelahiran Negeri Sembilan
Putera kepada Raja Lenggang
1. Tengku Lintau
2. Tengku Antah
3. Tengku Muda Cik
1861-1869 5. Tuanku Imam Putera kedua kepada Raja Lenggang.
Naik takhta kerana Tengku Antah menolak kerana belum dewasa
Perkahwinan 1 - Tengku Ampuan Intan Ibni Tunku Alan Hussein
1. Tengku Cindai
2. Tengku Ahmad Tunggal
1869-1872 Tengku Ampuan Intan Pemangku Yang Di Pertuan Besar
Permaisuri kepada Tuanku Imam
Perebutan di antaran Tengku Antah dan Tengku Ahmad Tunggal
1872-1888 6. Tuanku Antah Putera kepada Raja Radin
Menaiki takhta setelah Tengku Lintau (Tengku Besar) yang merupakan kekanda kepada baginda tetapi berlain ibu, menolak perlantikan untuk menumpukan kepada keagamaan.
1. Tengku Muhammad
1888-1933 7. Tuanku Muhammad Putera Tuanku Antah
Berlaku perebutan dengan Tengku Muda Cik tetapi ditolak oleh Undang Luak
1. Tengku Abdul Rahman
1933-1960 8. Tuanku Abdul Rahman Putera Tuanku Muhammad
Perkahwinan 1 (1919) - Dulcie Campbell (Cik Maimunah)
Perkahwinan 2 (
1920) - Tunku Mahrum
Perkahwinan 3 (
1929) - Tunku Kurshiah
Perkahwinan 4 (
1948) - Tunku Zaidah binti Tunku Zakaria
Merupakan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung Malaysia yang pertama

1a. Tunku Aidah
1b. Tunku Jaafar
1c. Tunku Abdullah

2a. Tunku Munawir
3a. Tunku Baiyah
3b. Tunku Shahariah
1960-1967 9. Tuanku Munawir Putera Tuanku Abdul Rahman
Perkahwinan 1 - Tunku Durah
Putera:
1.
Tunku MuhrizPuteri:
1.
2.
3.
4.
5.
1967-2008 10. Tuanku Jaafar Putera Tuanku Abdul Rahman
Adinda kepada Tuanku Munawir berlainan ibu

Perkahwinan 1: Tuanku Najiah Tunku Besar Burhanuddin
Putera:1. Tunku Naquiyuddin2. Tunku Imran 3. Tunku Putra Nazaruddin

Puteri:
1. Tunku Jawahir
2. Tunku Naquiah
3. Tunku Irinah
2008 11. Tuanku Muhriz Putera kepada Tuanku Munawir
Perkahwinan 1: Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud
Putera:
1. Tunku Ali Redhauddin
2. Tunku Zain Al'Abidin
3. Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin.

167891011


Sumber rujukan:
:
Asal usul dan kedatangan Raja-Raja dan Sultan ke Negeri Sembilan





 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2013. Ex-SMDKP Boys n Girls - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger