Latest Post
Showing posts with label Nasrah. Show all posts

6:27 PM
KISAH DUA INSAN
Puisi: Kisah Dua Insan
Written By Pentadbir on Monday, January 13, 2014 | 6:27 PM
KISAH DUA INSAN
Al kisah bermulanya sebuah penceritaan,
Pertemuan bermulanya suatu lembaran,
Ada mimpi berbuah harapan,
Ada senyum dalam impian,
Ada gelora di jiwa tak keruan,
Ada resahnya hati mula merindu,
Ada hati hati kan bersoal rindu mu ,rindu ku jua,
Ada dua insan kan membina mahligai syahdu,
Ada jiwa kan berpadu ...menyatu....
Ada insan bakal teraju nakhoda,
Ada insan bakal membelah gelora bersama,
Termaktub sudah sebuah istana,
Dua hati bertemu dalam Akad dan Maharnya,
Hasrat indah tumbuh bahagia,
Niat tersirat ...tersurat jua...
Berbahagia lah wahai hati hati ,
Cicit Bagindo.....Bib Khairi......
Moga jiwa kamu adik adik ku...
Berpadu......menyatu.....
Dalam rindu....se rindu...rindunya...
Bersulam kasih dan sayang yang tanpa jemu....
~~~~~~~~~~~~~~
Selamat Ulang Tahun hari indah mu ya adik ku berdua..maaf kiranya
terlewat utusan kakak mu ini..kerana ujianNYA yang tanpa terduga akal
dan minda kita..
Moga berbahagia hingga ke akhirnya..
In Shaa ALLAH....
5:04 PM
Nasrah Khatib
Puisi - Gerubuk Rindu - Buat Meah!
Written By Pentadbir on Thursday, October 10, 2013 | 5:04 PM
Nasrah Khatib
~Gerubuk Rindu~Buat Meah~
Dalam heningnya samar kabus pagi..
Dalam keringat terbit mentari.
Dalam keroncong irama dinihari..
Dalam rembang petang nan di nanti..
Dalam senja Sang Cengkerik memecah sepi..
Dalam samar ia bernyanyi..
Lagu rindu. Lagu sunyi..
Dalam kelam malam Sang Punggok menghiba..
Merinteh menanti,rindukan bulan yang tinggi..
Memuja... Memamah sepi..sendiri..
Kita bersama.. Se irama..
Dalam hati .. Dalam rindu.. Dalam mimpi..
Hati kita.. Rindu kita..mimpi kita..
Hanya kita.. Kita dan kita..
Kita lipat ..biar rapi..
Kita simpan..biar tak hilang..
Kita kunci biar tak di gerudi.
Bukan tamak bukan haloba.
Tapi...biar rindu kita tak hilang..tak di curi pergi..
Tidak jua pergi tanpa pamit mohon diri.
Biarlah kita.. Bersama..
Tika ini dan hingga hujungnya..
Biar lah kita bersama. . Menyimpan rindu.. Teramat rindu..
Dalam Gerubuk Rindu..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selamat Ulang Tahun Jumeah Ali. .
Moga sentiasa dalam Rahmat Allah hingga hujung nyawa.
Taghimo lah sajak sa ado ea daghi den. Untuok kito sado ea kek sini..

2:00 PM
Dari Entri FB Nasrah Khatib
Written By Pentadbir on Sunday, May 26, 2013 | 2:00 PM
Ko den cilok entri si Nasrah. Ruduan Omar nak yang dalam kecek Melayu lak. Bia den cubo yo? hehehe
Untuk yang begola POMIMPIN....tak kigho lah
Yang kocik ko yang bosa.. Sesamo biringek lah nampak ea...mogo yang dipimpin tak tak condong... Tak ngikut ghobah..bia kuek dari aka samapi ko pucuk ea,, Yang dipimpin pun pandai2 jago adat dan budayo... bia sesame kito AMAN DAN BAHAGIO.. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Bosa jangan molando Panjang jangan molondeh Kono ko mato jangan dipicing an Kono ko poghut jangan dikompih an Dalam pado tu kono ingat jo..... Tumboh eh ditanam Tinggi eh dianjung Bosa eh diampu Jangan nak momerah muko Jangan nak mongontak tanah Jangan nak momanjek tak botanggo Jangan nak monjunjong ateh kopalo Jangan mongangkek tak boponganda samo jo, Pokok ghendang di tongah padang Batang eh tompek bosanda Dahan eh tompek bogantong Buah eh untok dimakan Daun eh tompek bolindong Adat dipakai syarak diturut Syarak mongato adat momakai Ibu hukom mopakat Ibu adat mopakat..... Timo kasih kepado Dato' Andika Pendeta Norzali dan Anjang Zahriman Alias.. Den pinjam yo kato2 ni untuk kawan2 semuo.. | Besar jangan melanda Panjang jangan melondeh kena di mata jangan dilelapkan Kena di perut jangan dikempiskan Dalam pada itu kena ingat juga Tumbuh kerana ditanam Tinggi kerana di anjung Besa kerana ditatang Jangan nan merahkan muka Jangan nak menghentak tanah Jangan nak memanjat tak bertangga jangan nak menjunjong atas kepala Jangan mengangkat tanpa pengandar Sama juga, Pokok rendang di tengah padang Batangnya tempat bersanda Dahannya tempah bergantung Buahnya untuk dimakan Daunnya tempat berlindung Adat dipakai syarak diturut Syarat mengata adat memakai Ibu hukum muafakat Ibu adat muafakat |
Labels:
Nasrah
5:42 PM

Tanggal 17 Ramadan jam 1.48 pagi,
Sahabatku Yang Pergi
Written By Pentadbir on Wednesday, August 8, 2012 | 5:42 PM

Tanggal 17 Ramadan jam 1.48 pagi,
Aku mendapat khabar pilu
Dalam sayu berbaur hiba,
Dalam sebak terasa lara
Aku...capai persalinan yang rengkas
Bergegas...tapi dalam rela dan sabar
Aku pingin lihat..tatap raut wajah mu kali yang penghabisan
Senyuman terukir indah dibibir
Ibarat kamu lena di buai mimpi indah..
Tatapan terakhir ku..
Wahai sahabat..
Sebelum kau terus semadi di Alam mu..
Alam kekal buat kita semua....
Masa mu cuma awal dari kami kami....
Kau pergi menunggu waktu berbuka
Sempat beriba di pangkuan isteri tercinta
Walau ia tanpa terasa...sebab amalan biasa mu..katanya..
Jam 7.05....kau meninggalkan semua
Semua...semua....
Anak anak mu..
Cucu cucu mu yang mungil
Ibu mu yang kian uzur
Dan isteri mu yang setia....
Wajahnya tenang ..senyum di bibir tetap ada
Walau air mata bergenang dalam kelopak berkaca kaca...
Aku tahu dalam hatinya penuh hiba
Lebarannya kali ini tanpa mu..
Tanpa senda gurau mu..
KuasaNya melebihi segala..
Siapa kita untuk menahannya..
Tapi...
Ada bahagia disudut rasa
Di hati hati kami yang menemaninya
Pergi mu SAHABAT dalam Bulan yang berkat
Bulan yang penuh Rahmat
Moga kamu dalam NikmatNya
Mengadap Tuhan dalam Raja segala bulan..
Ramadan ...Ramadan....
Moga Ramadan yang mendatang
Aku dan SAHABAT SAHABAT yang tinggal
Masih ada waktu untuk kita...
Di Ramadan penuh indah penuh baraqah
Dan di Ramadan yang datang dan pergi
Kamu SAHABAT ku..yang telah pergi akan muncul dalam kenangan..
Nukilan Nasrah Khatib
19 Ramadan
Klang.
Al fatihah buat SAHABAT ku yang telah kembali ke Rahmatullah pada tanggal 16 Ramadan .Moga rohnya diletakkan dikalangan orang orang yang beriman..

4:34 PM
Kisah ini berdasarkan kisah benar yang berlaku di awal tahun 1960an di Kg Sg Machang Ulu, Lenggeng, Negeri Sembilan. Aku dengar dari penceritaan orang-orang kampung kerana ketika itu aku masih berada di sekolah rendah. Nama watak-watak utama adalah nama yang sebenar tetapi penceritaannya kuolah untuk menyesuaikan dengan penceritaan cerpen (cerita pendek). Kisah ini aku siarkan setelah mendapat persetujuan daripada salah seorang warisnya. Sekiranya berlaku kesilapan fakta atau kisah ini menyinggung mana-mana pihak, aku memohon jutaan maaf.

Kak Bayan masih tersepuk di tepi jendela sambil matanya tenang memandang keluar. Hatinya semakin tenang apabila melihat sesusok tubuh anak muda yang sedang mengerjakan kolam ikannya basah bermandi peloh. Kolam yang dihuni oleh ikan talapia, keli, haruan, ikan putih dan beberapa lagi spisis ikan air tawar itu semakin meriah dengan kehadiran sebuah rakit buloh. Di tepi kolam pula semakin biak sayur kangkong menjalar dengan tanaman kontan seperti cili, cilipadi, pokok kari, halia, lengkuas dan bermacam-macam lagi di tebingnya.
Di seberang kolam itu pula ialah pondok kecil untuk penginapan si pemuda. Pondok yang dulunya digunakan untuk menunggu semasa musim durian dengan dinding buloh beranyam dan atap rembia. Kedudukan pondok kecil itu yang mengadap tingkap biliknya memudahkan Kak Bayan memerhatikan tingkah laku si pemuda yang telah bekerja dengannya selama hampir enam bulan.
Semenjak kehadiran anak muda tersebut, tiada apa lagi yang perlu dirisaukan. Kebunnya juga bersih dan menampakkan hasil. Tiada lagi semak belukar dengan ular yang meliar. Semakin senang untuknya bersiar-siar melihat pohon buah-buahan atau mencari pucok-pucok kayu.
"Tib!" Dia memanggil.
Anak muda itu berpaling.
"Baghanti la dulu. Paie makan. Alah den siap an kek dapo tu!"
"Indak ba'a doh. Kajap laie paie lah den." Suara garau anak muda itu menyahut.
"Barantilah. Wak ang kok baghu elok damam. Jangan dituruit an ati bakajo." Kak Bayan memberikan arahan.
"Iyolah, kak!" Anak muda itu menjawab. Dia melangkah ke arah tepi kolam ikan. Kakinya mengocak-ngocak air kolam itu untuk menghilangkan beberapa helai lalang yang melekat. Kemudian dia membasuh tangannya pula sebelum melangkah ke arah pintu dapur rumah lama berkerawang itu. Di pintu dapur dia sekali lagi membasuh tangannya dengan air yang diambil dari tempayan yang disediakan sebagai bilasan terakhir.
Kak Bayan telah berada di dapur sambil menyediakan juadah. Pais ikan sungai, sambal tempoyak cilipadi, kerdas muda, pucuk ubi rebus dengan ikan keli goreng. Nasi dicedok ke dalam pinggan dan diletakkan di hadapan anak muda yang baru duduk bersila itu.
Pangkin kayu beralas tikar mengkuang itu baru sahaja dibina di dapur tanpa dinding itu. Kak Bayan bersyukur kerana selama ini sukar untuknya menguruskan hal dapur kayu yang berlantaikan tanah. Dengan adanya pangkin tersebut mudahlah untuk Kak Bayan duduk sambil mengupas bawang atau menyiang sayur. Sebelum ini Kak Bayan akan menghantar hidangan di pangkin kecil di bawah pohon rambutan berhampiran kolam ikan.
"Kak Yan tak samo ko?" Suaranya yang garau itu mempelawa.
"Wak ang makanlah. Den nak semayang Zohor dulu."
"Maghilah samo. Zohor lun masuok laie." Pemuda itu masih mendesak. "Ada bondo nak den kecek an."
Kak Bayan akur. Semenjak bekerja dengannya belum pernah pemuda itu mengajak makan bersama. Tentu ada sesuatu yang mustahak yang ini dibincangkan berkenaan kebun atau kolam ikannya. Bagai perempuan kampung yang tertib, Kak Bayan duduk bersimpuh mengadap mengadap juadah sambil menundukkan kepalanya walaupun usianya lebih tigapuloh tahun tua dari si pemuda.
"Susah yo nak den kecek an, tapi......" Si pemuda mula bersuara sambil menyuapkan nasi ke mulutnya "bialah kito bataghang dulu daghi diungkik kamudian."
Dada Kak Bayan berdebar. Mungkinkah pemuda ini akan meninggalkannya? Mungkinkah pemuda ini telah mendapat tawaran bekerja dengan orang lain? Bagaimana nanti dengan kebun-kebunnya? Bagaimana nanti dengan kolam-kolam ikannya?
"Saminggu den damam, akaklah yang manjago den. Gadang bana ghaso ea utang den jo akak. Tak cukuit dek taghimo kasiah nak den sampai an," sambung pemuda itu.
Kak Bayan semakin resah.
"Den kaken cando parantau. Manumpang gharubuok urang mancaghi sasuok nasi sataguok air. Tapi, kok yang den dapek labieh daghi yang den mimpi an. Pahatian seminggu yang akak baghi an maso den damam manyada an den batapo sumbang ea iduit ko. Maaplah. Bukan den nak mangato tapi akak pulo jando. Duduok di ghumah gadang surang. Den pulo bujang. Walaupun den di sabarang tabek namun indak manieh juo dipandang urang."
Nafas Kak Bayan semakin sesak.
"Lapeh den pikie dan kigho, apo kato kito manikah yo?"
Bagaikan halilintar membelah bumi, Kak Bayan terpana. Kepalanya terangkat dan memandang tepat ke mata Si pemuda. Tidak mampu lagi untuknya menyuapkan nasi di tangan.
"Bukan harto akak yang den idam an. Wasiat an lah kek anak-anak sadagho. Dapek den manumpang kasiah samantagho iduit, cukuit lah. Sabalum urang mangato."
Kak Bayan tersedar dari lamunan. Dia menoleh ke arah pintu biliknya yang terbuka. Wajah Maimunah yang tersenyum sambil menatang talam makanan terpampang di pintu. Anak gadis jirannya itu masuk dan meletakkan talam tersebut di hadapan di Kak Bayan. Nasi disenduknya dengan penoh tertib. Dipotongnya separuh ikan keli masak lemak cilipadi dan dimasukkan ke dalam pinggan kaca retak seribu berbunga-bunga. Diambilnya sedikit sayur pucuk paku dari gulai yang sama dan dicampurkan sekali di dalam nasi Kak Bayan. Pinggan itu diletakan dihulurkan. Kak Bayan menyambut.
"Makan dulu, Kak." Maimunah mempelawa. "Daghi pagi tadi tak akak jamah ghabuih ubi tu."
"Iyolah, Munah." Kak Bayan tersenyum sambil mula menyuap nasi lembek di tangannya. "Kawu indak sato makan jo den?"
"Indak ba'a, Kak. Aden makan jo paja-paja di dapuo nanti."
Kak Bayan memandang Maimunah yang kini telah berusia pertengahan duapulohan. Gadis hitam manis ini mempunyai semua ciri-ciri gadis kampung yang menjadi idaman setiap ibubapa yang mempunyai anak lelaki. Seharusnya sudah lama dia bersuami tetapi kerana ramai pemuda kampung yang merantau, maka tinggallah dia sebagai salah seorang gadis pingitan di kampung.
"Lah siap ghandang di dapuo?"
"Kajap laie kaghieng la ghandang tu, Kak"
"Ingek yo. Jangan kaghieng bana. Abang Khatib kawu suko ea basah sikiek. Sanang nak dicicah ea jo ubi ghabuih." Kak Bayan mengingatkan Maimunah cara-cara memasang rendang Minang mengikut selera Khatib. Tangannya dibasuh walaupun baru empat suap yang masuk ke mulutnya.
Maimunah hanya mengangguk. Hidangan yang tidak habis dimakan itu diangkat dan dia pun berlalu.
Kak Bayan memandang ke arah tubuh sasa yang memasuki bilik peraduannya itu. Tubuh itu melangkah tenang dan duduk di birai katil.
"Bilo Uda barangkek?" Kak Bayan bertanya dengan suara pilu.
"Pagi besuok." Khatib merenung wajah Kak Bayan yang penuh kesedihan itu. "Sadieh yo ati denai maningga an kawu, Yan."
"Indak ba'a doh. Uda kapaie mancaghi razaki. Tigo taun bukan ea lamo. Kok panjang umo, bajumpo yo laie." Kak Bayan memberikan kata semangat.
"Brome bukan ea dakek, Yan. Ostralia tu nagari urang putieh. Susah ati den maningga an kawu."
"Den bukan ea surang di siko, Uda. Ado tatango ado sadagho. Tanangkan ati. Paielah," Bisik Kak Bayan sambil memberikan senyuman penuh kasih sayang.
"Cukuit duik mambali sabidang tanah sakangkang kagho untuk gharubok bughok nanti, pulanglah den." Janji Khatib. Hajat hatinya untuk memiliki tanah sendiri telah lama dipendam. Tawaran sebagai penyelam mutiara itu tidak mampu dipandang sepi. Baginya inilah peluang terbaik untuk membuktikan kepada orang kampung bahawa dia bukan berharap kepada harta isterinya.
Tiba-tiba Kak Bayan tersentak kerana terdengar jeritan di halaman. Halaman yang sejak tadi riuh dengan ketawa kanak-kanak yang berlari tiba-tiba bertukar dengan tangisan. Ternyata salah seorang dari mereka terjatuh. Kakinya berdarah. Terdengar pula suara ibunya marah-marah oleh kenakalan anaknya.
Kak Bayan tersenyum sendirian. Matanya yang masih memandang ke arah pondok usang di seberang kolam dilindungi oleh kelibat Maimunah. Kak Bayan memanggil.
Maimunah masuk ke bilik dan duduk bersimpuh di sebelah Kak Bayan.
"Kawu jangan lupo janji yo, Munah."
Maimunah tunduk tersipu-sipu. "Tak hingin ea dek Abang Khatib kek den, Kak."
"Sia yang bakato? Kok den yang sabuit an kek wak ea nanti, maun ea yo."
"Camma lo akak nanti?" Maimunah sangsi.
"Indak ba'a doh, Munah. Den alah tuo. Bialah laki den kawin yang mudo lak. Tak tadayo laie den nak malayan ea nanti." Kak Bayan merenung Maimunah yang masih tertunduk. "Asal an maun yo kawu jo Abang Khatib menengok an den ka ujong nyawo, sanang ati den." Katanya sambil mengunjukkan surat-surat yang pernah dihantar oleh Khatib dari luarnegeri.
Maimunah menyambut surat yang sering dibacakannya untuk Kak Bayan.
"Dulu, janji ea tigo tawun yo. Basambuong lo kontrek ea duo tawun laie. Kinin, alah lapeh tujuoh tawun baghu dapek wak ea pulang." Kak Bayan mengeluh. "Makin tuo makin uzur badan den kinin, Munah. Sabalum den mati, bialah den tengok Abang Khatib bahagio."
Maimunah mengangkat muka. Airmatanya berlinangan.
"Bukan den pandang payuong ameh di syurgo, Munah. Bukan den mintak mutiagho kalilieng tangkuok den. Mutiagho yang ciek tu lah yang den nanti an salamo ni." Kak Bayan bersuara lagi. "Bialah den tatah an mutiagho den tu kek kawu." Kak Bayan terus memujuk.
Maimunah berpaling. Dari tingkap tersebut dia dapat melihat seorang budak lelaki yang baru sampai dengan basikal. Basikal Raleigh berkarat itu terhumban apabila budak tersebut melompat turun. "Saha Birin dah baliek, kak. Tando ea rombongan alah dakek." Maimunah bersyukur dengan gangguan tersebut. Hampir setahun dia mendengar rayuan Kak Bayan untuk dia menerima Khatib sebagai isteri. Hampir setahun dia cuba mengelak.
"Pimpin an den ka tanggo. Den nak manyambuit laki den di sinan." Kak Bayan bersuara perlahan.
"Tak payahlah, kak. Akak tunggu yo di siko. Akak bukan ea talok laie." Maimunah membantah.
"Kok paie ea den lambai di tanggo, bialah pulang ea den tunggu di sinan juo." Kak Bayan berkeras.
Maimunah tiada pilihan. Dia terpaksa memanggil beberapa orang lagi untuk memapah Kak Bayan untuk dibawa ke tangga pintu hadapan.
Kak Bayan tersenyum lega apabila dapat duduk di tangga kayu itu. Matanya tenang memandang ke arah lorong yang menghala ke rumahnya. Lorong sunyi yang direnungnya setiap hari sebelum ini akan meriah dengan rombongan yang mengiringi suaminya pulang.
Maimunah hanya mampu duduk di sebelah sambil menupang badan Kak Bayan. Dadanya semakin berdebar-debar.
Senyuman Kak Bayan semakin melebar apabila melihat susuk tubuh Khatib yang mengetuai rombongan mula muncul. Mata redupnya lembut menentang mata Khatib yang bersinar-sinar apabila tubuh itu bagaikan berlari-lari anak menuju ke arahnya.
Maimunah bangun apabila Khatib menghulur tangannya ke arah Kak Bayan. Dia berundur menyisihkan diri ke arah dapur. Dari sana dia memandang tanpa mengelipkan matanya.
Tangan Khatib disambut dan diciumnya. Tangan itu ditarik menyuruh Khatib duduk bersamanya di tangga. Perlahan-lahan dia mengelunsur turun ke anak tangga pertama dengan bantuan Khatib. Kemudian dia membuka ke dua-dua kasut suaminya lalu dibasuh kaki yang sedia bersih itu dengan air tempayan yang berada di tepi tangga. Satu persatu air itu dicedok dengan tempurung. Disiram dan digosoknya perlahan-lahan.
Akhirnya kaki tersebut dipangku satu persatu. Kain batik sarung yang dibuat sebagai kerudung itu diselak. Rambut putihnya yang hanya tinggal paras pinggang disauk ke hadapan dada. Rambut itu kini digunakan untuk mengelap kaki Khatib yang basah. Penuh tertib. Penuh kasih sayang.
Khatib bangun. Tangannya yang sasa menyauk tubuh kurus Kak Bayan lalu ditatang. Tubuh yang semakin ringan itu dibawa menaiki tangga lalu terus ke bilik peraduan. Kak Bayan hanya mampu berpaut di tengkok Khatib dengan linangan airmata kerinduan.
Di halaman rumah masih ramai yang tercegat dengan airmata yang berlinangan.
Di dapur pula kedengaran isakan Maimunah yang tidak dapat lagi menahan perasaan.
Cinta Orang Tuo
Written By Pentadbir on Friday, October 7, 2011 | 4:34 PM
Kisah ini berdasarkan kisah benar yang berlaku di awal tahun 1960an di Kg Sg Machang Ulu, Lenggeng, Negeri Sembilan. Aku dengar dari penceritaan orang-orang kampung kerana ketika itu aku masih berada di sekolah rendah. Nama watak-watak utama adalah nama yang sebenar tetapi penceritaannya kuolah untuk menyesuaikan dengan penceritaan cerpen (cerita pendek). Kisah ini aku siarkan setelah mendapat persetujuan daripada salah seorang warisnya. Sekiranya berlaku kesilapan fakta atau kisah ini menyinggung mana-mana pihak, aku memohon jutaan maaf.Kak Bayan masih tersepuk di tepi jendela sambil matanya tenang memandang keluar. Hatinya semakin tenang apabila melihat sesusok tubuh anak muda yang sedang mengerjakan kolam ikannya basah bermandi peloh. Kolam yang dihuni oleh ikan talapia, keli, haruan, ikan putih dan beberapa lagi spisis ikan air tawar itu semakin meriah dengan kehadiran sebuah rakit buloh. Di tepi kolam pula semakin biak sayur kangkong menjalar dengan tanaman kontan seperti cili, cilipadi, pokok kari, halia, lengkuas dan bermacam-macam lagi di tebingnya.
Di seberang kolam itu pula ialah pondok kecil untuk penginapan si pemuda. Pondok yang dulunya digunakan untuk menunggu semasa musim durian dengan dinding buloh beranyam dan atap rembia. Kedudukan pondok kecil itu yang mengadap tingkap biliknya memudahkan Kak Bayan memerhatikan tingkah laku si pemuda yang telah bekerja dengannya selama hampir enam bulan.
Semenjak kehadiran anak muda tersebut, tiada apa lagi yang perlu dirisaukan. Kebunnya juga bersih dan menampakkan hasil. Tiada lagi semak belukar dengan ular yang meliar. Semakin senang untuknya bersiar-siar melihat pohon buah-buahan atau mencari pucok-pucok kayu.
"Tib!" Dia memanggil.
Anak muda itu berpaling.
"Baghanti la dulu. Paie makan. Alah den siap an kek dapo tu!"
"Indak ba'a doh. Kajap laie paie lah den." Suara garau anak muda itu menyahut.
"Barantilah. Wak ang kok baghu elok damam. Jangan dituruit an ati bakajo." Kak Bayan memberikan arahan.
"Iyolah, kak!" Anak muda itu menjawab. Dia melangkah ke arah tepi kolam ikan. Kakinya mengocak-ngocak air kolam itu untuk menghilangkan beberapa helai lalang yang melekat. Kemudian dia membasuh tangannya pula sebelum melangkah ke arah pintu dapur rumah lama berkerawang itu. Di pintu dapur dia sekali lagi membasuh tangannya dengan air yang diambil dari tempayan yang disediakan sebagai bilasan terakhir.
Pangkin kayu beralas tikar mengkuang itu baru sahaja dibina di dapur tanpa dinding itu. Kak Bayan bersyukur kerana selama ini sukar untuknya menguruskan hal dapur kayu yang berlantaikan tanah. Dengan adanya pangkin tersebut mudahlah untuk Kak Bayan duduk sambil mengupas bawang atau menyiang sayur. Sebelum ini Kak Bayan akan menghantar hidangan di pangkin kecil di bawah pohon rambutan berhampiran kolam ikan.
"Kak Yan tak samo ko?" Suaranya yang garau itu mempelawa.
"Wak ang makanlah. Den nak semayang Zohor dulu."
"Maghilah samo. Zohor lun masuok laie." Pemuda itu masih mendesak. "Ada bondo nak den kecek an."
Kak Bayan akur. Semenjak bekerja dengannya belum pernah pemuda itu mengajak makan bersama. Tentu ada sesuatu yang mustahak yang ini dibincangkan berkenaan kebun atau kolam ikannya. Bagai perempuan kampung yang tertib, Kak Bayan duduk bersimpuh mengadap mengadap juadah sambil menundukkan kepalanya walaupun usianya lebih tigapuloh tahun tua dari si pemuda.
"Susah yo nak den kecek an, tapi......" Si pemuda mula bersuara sambil menyuapkan nasi ke mulutnya "bialah kito bataghang dulu daghi diungkik kamudian."
Dada Kak Bayan berdebar. Mungkinkah pemuda ini akan meninggalkannya? Mungkinkah pemuda ini telah mendapat tawaran bekerja dengan orang lain? Bagaimana nanti dengan kebun-kebunnya? Bagaimana nanti dengan kolam-kolam ikannya?
"Saminggu den damam, akaklah yang manjago den. Gadang bana ghaso ea utang den jo akak. Tak cukuit dek taghimo kasiah nak den sampai an," sambung pemuda itu.
Kak Bayan semakin resah.
Nafas Kak Bayan semakin sesak.
"Lapeh den pikie dan kigho, apo kato kito manikah yo?"
Bagaikan halilintar membelah bumi, Kak Bayan terpana. Kepalanya terangkat dan memandang tepat ke mata Si pemuda. Tidak mampu lagi untuknya menyuapkan nasi di tangan.
"Bukan harto akak yang den idam an. Wasiat an lah kek anak-anak sadagho. Dapek den manumpang kasiah samantagho iduit, cukuit lah. Sabalum urang mangato."
Kak Bayan tersedar dari lamunan. Dia menoleh ke arah pintu biliknya yang terbuka. Wajah Maimunah yang tersenyum sambil menatang talam makanan terpampang di pintu. Anak gadis jirannya itu masuk dan meletakkan talam tersebut di hadapan di Kak Bayan. Nasi disenduknya dengan penoh tertib. Dipotongnya separuh ikan keli masak lemak cilipadi dan dimasukkan ke dalam pinggan kaca retak seribu berbunga-bunga. Diambilnya sedikit sayur pucuk paku dari gulai yang sama dan dicampurkan sekali di dalam nasi Kak Bayan. Pinggan itu diletakan dihulurkan. Kak Bayan menyambut.
"Makan dulu, Kak." Maimunah mempelawa. "Daghi pagi tadi tak akak jamah ghabuih ubi tu."
"Iyolah, Munah." Kak Bayan tersenyum sambil mula menyuap nasi lembek di tangannya. "Kawu indak sato makan jo den?"
"Indak ba'a, Kak. Aden makan jo paja-paja di dapuo nanti."
Kak Bayan memandang Maimunah yang kini telah berusia pertengahan duapulohan. Gadis hitam manis ini mempunyai semua ciri-ciri gadis kampung yang menjadi idaman setiap ibubapa yang mempunyai anak lelaki. Seharusnya sudah lama dia bersuami tetapi kerana ramai pemuda kampung yang merantau, maka tinggallah dia sebagai salah seorang gadis pingitan di kampung.
"Lah siap ghandang di dapuo?"
"Kajap laie kaghieng la ghandang tu, Kak"
"Ingek yo. Jangan kaghieng bana. Abang Khatib kawu suko ea basah sikiek. Sanang nak dicicah ea jo ubi ghabuih." Kak Bayan mengingatkan Maimunah cara-cara memasang rendang Minang mengikut selera Khatib. Tangannya dibasuh walaupun baru empat suap yang masuk ke mulutnya.
Maimunah hanya mengangguk. Hidangan yang tidak habis dimakan itu diangkat dan dia pun berlalu.
Kak Bayan memandang ke arah tubuh sasa yang memasuki bilik peraduannya itu. Tubuh itu melangkah tenang dan duduk di birai katil.
"Bilo Uda barangkek?" Kak Bayan bertanya dengan suara pilu.
"Pagi besuok." Khatib merenung wajah Kak Bayan yang penuh kesedihan itu. "Sadieh yo ati denai maningga an kawu, Yan."
"Indak ba'a doh. Uda kapaie mancaghi razaki. Tigo taun bukan ea lamo. Kok panjang umo, bajumpo yo laie." Kak Bayan memberikan kata semangat.
"Den bukan ea surang di siko, Uda. Ado tatango ado sadagho. Tanangkan ati. Paielah," Bisik Kak Bayan sambil memberikan senyuman penuh kasih sayang.
"Cukuit duik mambali sabidang tanah sakangkang kagho untuk gharubok bughok nanti, pulanglah den." Janji Khatib. Hajat hatinya untuk memiliki tanah sendiri telah lama dipendam. Tawaran sebagai penyelam mutiara itu tidak mampu dipandang sepi. Baginya inilah peluang terbaik untuk membuktikan kepada orang kampung bahawa dia bukan berharap kepada harta isterinya.
Tiba-tiba Kak Bayan tersentak kerana terdengar jeritan di halaman. Halaman yang sejak tadi riuh dengan ketawa kanak-kanak yang berlari tiba-tiba bertukar dengan tangisan. Ternyata salah seorang dari mereka terjatuh. Kakinya berdarah. Terdengar pula suara ibunya marah-marah oleh kenakalan anaknya.
Kak Bayan tersenyum sendirian. Matanya yang masih memandang ke arah pondok usang di seberang kolam dilindungi oleh kelibat Maimunah. Kak Bayan memanggil.
Maimunah masuk ke bilik dan duduk bersimpuh di sebelah Kak Bayan.
"Kawu jangan lupo janji yo, Munah."
Maimunah tunduk tersipu-sipu. "Tak hingin ea dek Abang Khatib kek den, Kak."
"Sia yang bakato? Kok den yang sabuit an kek wak ea nanti, maun ea yo."
"Camma lo akak nanti?" Maimunah sangsi.
"Indak ba'a doh, Munah. Den alah tuo. Bialah laki den kawin yang mudo lak. Tak tadayo laie den nak malayan ea nanti." Kak Bayan merenung Maimunah yang masih tertunduk. "Asal an maun yo kawu jo Abang Khatib menengok an den ka ujong nyawo, sanang ati den." Katanya sambil mengunjukkan surat-surat yang pernah dihantar oleh Khatib dari luarnegeri.
Maimunah menyambut surat yang sering dibacakannya untuk Kak Bayan.
"Dulu, janji ea tigo tawun yo. Basambuong lo kontrek ea duo tawun laie. Kinin, alah lapeh tujuoh tawun baghu dapek wak ea pulang." Kak Bayan mengeluh. "Makin tuo makin uzur badan den kinin, Munah. Sabalum den mati, bialah den tengok Abang Khatib bahagio."
Maimunah mengangkat muka. Airmatanya berlinangan.
Maimunah berpaling. Dari tingkap tersebut dia dapat melihat seorang budak lelaki yang baru sampai dengan basikal. Basikal Raleigh berkarat itu terhumban apabila budak tersebut melompat turun. "Saha Birin dah baliek, kak. Tando ea rombongan alah dakek." Maimunah bersyukur dengan gangguan tersebut. Hampir setahun dia mendengar rayuan Kak Bayan untuk dia menerima Khatib sebagai isteri. Hampir setahun dia cuba mengelak.
"Pimpin an den ka tanggo. Den nak manyambuit laki den di sinan." Kak Bayan bersuara perlahan.
"Tak payahlah, kak. Akak tunggu yo di siko. Akak bukan ea talok laie." Maimunah membantah.
"Kok paie ea den lambai di tanggo, bialah pulang ea den tunggu di sinan juo." Kak Bayan berkeras.
Maimunah tiada pilihan. Dia terpaksa memanggil beberapa orang lagi untuk memapah Kak Bayan untuk dibawa ke tangga pintu hadapan.
Kak Bayan tersenyum lega apabila dapat duduk di tangga kayu itu. Matanya tenang memandang ke arah lorong yang menghala ke rumahnya. Lorong sunyi yang direnungnya setiap hari sebelum ini akan meriah dengan rombongan yang mengiringi suaminya pulang.
Maimunah hanya mampu duduk di sebelah sambil menupang badan Kak Bayan. Dadanya semakin berdebar-debar.
Senyuman Kak Bayan semakin melebar apabila melihat susuk tubuh Khatib yang mengetuai rombongan mula muncul. Mata redupnya lembut menentang mata Khatib yang bersinar-sinar apabila tubuh itu bagaikan berlari-lari anak menuju ke arahnya.
Maimunah bangun apabila Khatib menghulur tangannya ke arah Kak Bayan. Dia berundur menyisihkan diri ke arah dapur. Dari sana dia memandang tanpa mengelipkan matanya.
Tangan Khatib disambut dan diciumnya. Tangan itu ditarik menyuruh Khatib duduk bersamanya di tangga. Perlahan-lahan dia mengelunsur turun ke anak tangga pertama dengan bantuan Khatib. Kemudian dia membuka ke dua-dua kasut suaminya lalu dibasuh kaki yang sedia bersih itu dengan air tempayan yang berada di tepi tangga. Satu persatu air itu dicedok dengan tempurung. Disiram dan digosoknya perlahan-lahan.
Akhirnya kaki tersebut dipangku satu persatu. Kain batik sarung yang dibuat sebagai kerudung itu diselak. Rambut putihnya yang hanya tinggal paras pinggang disauk ke hadapan dada. Rambut itu kini digunakan untuk mengelap kaki Khatib yang basah. Penuh tertib. Penuh kasih sayang.
Khatib bangun. Tangannya yang sasa menyauk tubuh kurus Kak Bayan lalu ditatang. Tubuh yang semakin ringan itu dibawa menaiki tangga lalu terus ke bilik peraduan. Kak Bayan hanya mampu berpaut di tengkok Khatib dengan linangan airmata kerinduan.
Di halaman rumah masih ramai yang tercegat dengan airmata yang berlinangan.
Di dapur pula kedengaran isakan Maimunah yang tidak dapat lagi menahan perasaan.
7:03 AM

Dalam bagughau jo bapantun, tasabuit lah duo buah yang dah lamo dilupoan. Buah utan sabana ea. Nasrah maingek an kito kek buah lombo (lemba). jadi den pun goga (google) kek internet mako tajumpo lo caghito ea.
"Kegunaan

Buah componek (cempunek) lak tasabuit kek awak. Taragak lo nak mancaghi ea kok dapek kaluargo den maghaso ea. Buah ea cando buah tarap atau sukun tapi isi ea cando campadak. Bulek-bulek isi ea. Ghaso ea santiang lamak manieh. Maleleh lo air lio manganang an ea.
Buah Lombo jo Campunek
Written By Pentadbir on Monday, October 3, 2011 | 7:03 AM
Dalam bagughau jo bapantun, tasabuit lah duo buah yang dah lamo dilupoan. Buah utan sabana ea. Nasrah maingek an kito kek buah lombo (lemba). jadi den pun goga (google) kek internet mako tajumpo lo caghito ea."Kegunaan
- Bahagian akarnya berfungsi untuk: ~ Mengubati sakit ginjal, ~ Menguatkan fungsi seks ~ Menghilangkan sakit perut kerana kesejukan. ~ Mengubati sakit kepala ~ Mengubati ulser mulut >>akarnya direbus sehingga mendidih dan dibuat kumur2
- Buah lemba yang manis boleh menggantikan gula bagi pengidap kencing manis. ~ Buah lemba yang manis dicampurkan dengan air dan diminum amat sesuai untuk meredakan demam.
- Ia juga dikatakan boleh mengubati demam malaria.
- Mengubati batuk.
- Merawat bengkak.
- Melawaskan kencing.
- Sebagai ramuan ubat periuk bagi wanita.
- Biji lemba yang berwarna hitam seperti biji selasih dicampurkan dengan sirap dapat menyejukkan badan.
- Daunnya yang kering boleh dipintal menjadi tali (sumber http://fazlisyam.com/2007/12/14/lemba-molineria-latifolia)"
sumber maklumat =
http://tintaresam.blogspot.com/2011/01/pokok-lemba.html
http://herba.herbal.my/?p=849
http://tintaresam.blogspot.com/2011/01/pokok-lemba.html
http://herba.herbal.my/?p=849
Buah componek (cempunek) lak tasabuit kek awak. Taragak lo nak mancaghi ea kok dapek kaluargo den maghaso ea. Buah ea cando buah tarap atau sukun tapi isi ea cando campadak. Bulek-bulek isi ea. Ghaso ea santiang lamak manieh. Maleleh lo air lio manganang an ea.
Sumber maklumat =
http://akumama.blogspot.com/p/buah-hutan-enak-dimakan.html
http://akumama.blogspot.com/p/buah-hutan-enak-dimakan.html
Labels:
Arizan,
Buah Hutan,
Nasrah,
Pertanian