Powered by Blogger.
Latest Post
Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts

Perkahwinan Minang - Manjalang/Manghanta Nasi

Written By Pentadbir on Tuesday, December 23, 2014 | 6:40 PM

Perkataan jalang di sini sebenarnya bermakna jelang/jenguk dalam Bahasa Melayu. Di dalam adat perkahwinan Melayu, acara ini lebih dijenali dengan panggilan Bertandang atau bertamu ke rumah mertua. Terdapat beberapa istilah lain seperti:

  • manjalang mintuo/mengunjungi mertua 
  • mahanta nasi/menghantar nasi 
  • mahanta bubuie/menghantar bubur
  • mahanta konji/menghantar kanji
  • manyaok kandang/nasi berlauk
  • batandang/bertandang
  • dan sebagainya.
Di dalam adat Jawa pula acara ini dipanggil Ngunduh Mantu.

Adat Manjalang Mintuo ini biasanya diadakan selepas kenduri perkahwinan di rumah perempuan, Aidil-Fitri, Aidil-Adha, Maulud Nabi, minggu-minggu awal bulan Ramadhan dan hari-hari yang baik seumpamanya.

Di dalam Adat Perkahwinan, acara ini diadakan untuk memberi peluang kepada pengantin perempuan berkenalan lebih rapat dengan sanak saudara sebelah suami terutama mereka yang tidak dapat menghadiri Majlis Persandingan/Baralek Gadang di rumahnya. Ia boleh dilakukan pada hari yang sama atau keesokan hari sekiranya berdekatan. Bagi yang jauh jarak rumah di antara keluarga lelaki dan keluarga perempuan mungkin memerlukn masa seminggu atau dua bergantung kepada muafakat kedua keluarga.

Mengikut kebiasaan dahulu, pengantin perempuan akan menemani suaminya melawat mertua dengan membawa makanan seperti pulut kuning ayam panggang (singgang), lauk-pauk dan kueh mueh. Semua makan ini dibawa menggunakan dulang yang dihias menandakan peradapan keluarga sebelah pengantin perempuan.

Memandangkan pada masa dahulu ahli keluarga tidak begitu ramai maka pertemuan tersebut cukup sekadar dengan majlis doa selamat berbanding dengan sekarang. Bagi keluarga yang merantau jauh pula masaalah pengangkutan juga perlu diambil kira.

Mungkin terdapat sedikit percanggahan dengan adat yang diamalkan di beberapa tempat. Acara Menjalang ini juga digunakan sebagai acara memulangkan dulang hantaran pengantin lelaki untuk mengiringi pengantin ke rumah mertuanya.

Adat Perpatih VS Temenggung

Written By Pentadbir on Thursday, December 26, 2013 | 9:10 AM

Sebenarnya ramai yang menyedari bahawa hampir semua masyarakat Melayu di dunia terutama di Asia mengamalkan cara hidup dan Adat Minangkabau kerana adat ini telah berkembang sejak dari seawal abad ke13. (Sila rujuk Penghijrahan Minangkabau) Apabila adat ini mula disusun oleh Datuk Ketemenggungan yang berpusat di Palembang dalam abad ke 14 maka berlaku pemisahan di antara cara hidup orang Minangkabau dengan yang lain-lain. Apabila Datuk Perpatih Nan Sebatang yang merupakan adik kepada Datuk Temenggungan mula mengasas Adat Perpatih yang berpusat di Pagar Ruyung, ramai yang menganggap bahawa Adat Perpatih itulah adat Minang tanpa menyedari bahawa Adat Temenggung yang mereka amalkan itu juga adalah Adat Minang. Sehingga kini, Adat Perpatih banyak diamalkan di Pagar Ruyung, Indonesia dan Negeri Sembilan, Malaysia.

Adat Temenggung
(Datuk Ketemenggungan)
Adat Perpatih
(Datuk Perpatih Nan Sebatang)
Masyarakat
Kedudukan dalam keluarga dan masyarakat
  • Anak lelaki mempunyai hak dalam pewarisan harta
  • Nasab keturunan dikira dari sebelah bapa.
  • Lelaki juga berperanan sebagai ketua keluarga.
Kedudukan dalam keluarga dan masyarakat
  • Kaum wanita mempunyai keutaman dalam pewarisan harta
  • Nasab keturunan dikira melalui suku ibu
  • Anak perempuan menjadi asas dalam wujudnya suku.
Rasionalnya:
Kaum lelaki mampu untuk memperolehi harta mereka sendiri tetapi pergerakan kaum perempuan terbatas.
Perkahwinan
  • Selepas perkahwinan isteri mesti mengikut suami dan boleh tinggal bersama keluarga suami.
  • Selepas berkahwin, suami tinggal bersama isteri dalam lingkungan sukunya.
  • bertanggungjawab menyediakan kediaman untuk isteri dan anak-anaknya
  • tempat kediaman atau rumah kemudiannya menjadi hak isteri.
Rasionalnya:
Sekiranya berlaku musibah seperti kematian si suami atau perceraian, perempuan masih berada di dalam perlindungan keluarganya yang asal.


Nota:
(Suami dikenali sebgai orang Semenda)
Tarap Perkahwinan Perkahwinan dibenarkan dengan sesiapa sahaja asalkan tidak melanggar hukum syarak. Perkahwinan melibatkan berlainan suku kerana yang sesuku dianggap bersaudara.

Rasionalnya:
Adat Perpatih menggalakkan masyarakatnya berkembang tetapi di dalam lingkungan satu adat (berlainan suku tetapi dalam kelompok orang Minangkabau sendiri)
Pentadbiran
Bersifat autokrasi (kuasa mutlak) :
  • hak istimewa memperkukuhkan kuasa sultan.
  • Pemilihan ketua/pembesar dilakukan oleh Sultan atas nasihat pembesar
  • pembesar peringkat paling bawah ialah ketua kampung
  • pentadbiran diketuai oleh raja/sultan dan dibantu oleh pembesar.
  • Putera sulong sultan adalah pewaris takhta
  • sekiranya tiada putera, adinda sultan akan mewarisi takhta
Bersifat demokrasi :
  • kuasa dibahagi dari bawah ke atas
  • Pemilihan ketua dilakukan dengan persetujuan ketua-ketua yang berada di setiap peringkat dari bawah
  • Ketua paling bawah ialah Perut (ketua keluarga seibu)
  • Pentadbiran diketuai oleh raja/sultan atas nasihat dan persetujuan sekumpulan Undang (Undang Luak)
  • Perut akan memilih Buapak, Buapak memilih Lembaga, Lembaga memilih Undang dan Undang memilih Yang Di Pertuan Besar.
  • Putera sultan bukan pewaris mutlak takhta. Kumpulan Undang boleh memilih putera yang lain malah dari nasab yang berlainan sekiranya difikirkan sesuai.
  • Kumpulan Undang berhak melucut atau memecat sultan dari takhtanya.
Perundangan
Undang-undang jenayah berunsur pembalasan dan undang-undangnya lebih tegas
  • Hukuman keras dan mirip ke arah Hukum Hudud
  • hukuman terhadap pembunuhan ialah balasan bunuh, mencuri akan dipotong tangan.
  • Hanya raja/sultan yang akan menjatuhkan hukuman bunuh.
Undang-undang jenayah bersifat pemulihan untuk menyedarkan masyarakat
  • Hukuman lebih kepada Qisas dan Takzir
  • kesalahan yang dilakukan boleh ditebus dengan membayar ganti rugi atau hukuman lain yang difikirkan sesuai
  • Yang Dipertuan Besar atau Undang sahaja yang boleh menjatuhkan hukuman bunuh
Nota:
Ganti rugi mengikut tahap seperti seorang yang dicederakan akan dibayar dengan ayam atau kambing. Mangsa kecurian akan memperolehi kembali gantian barang-barangnya. Pembunuh akan menanggung kehidupan keluarga mangsa.
Pembahagian harta
Harta Milik Individu:
  • Berdasarkan undang-undang Islam dan memberi keadilan kepada semua pihak .
  • Anak lelaki berhak mewarisi harta pusaka denga kadar 2/3 berbanding anak perempuan kerana berdasarkan tanggungjawab anak lelaki yang lebih besar dalam keluarga.
  • Anak perempuan berhak mewarisi sebahagian kecil daripada harta pusaka 1/3 bahagian.
Harta Milik Keluarga :
  • Pembahagian harta pusaka diwarisi daripada ibu kepada anak perempuan.
  • Harta pusaka turun temurun adalah kepunyaan suku.
  • Harta carian : harta yang diperoleh oleh pasangan sepanjang perkongsian hidup. Jika berlaku perceraian harta dibahagi dua.
  • Harta dapatan : harta seia ada pada isteri sebelum berkahwin kekal di tangan isteri.
  • Harta pembawaan : harta yang dimiliki oleh suami sebelum berkahwin kekal di tangan suami. Bekas isteri tidak boleh menuntut hartanya.
Rujuk di sini:
Status Harta Adat


Sumber rujukan:
Weblog Cikgu Jumali

Daftar emel anda di "Masuok an emel kek siko laa"
untuk mendapatkan entri terbaru dari blog ini!

Gadis Jolobu (WARIS) - Bila Adat Dipersendakan

Written By Pentadbir on Saturday, December 21, 2013 | 12:58 PM

Klik imej untuk paparan jelas
Sebelum aku mula berhikayat di sini mari kita teliti dahulu lirik lagu "Gadis Jolobu" dendangan WARIS feat Dato Hattan ini terlebih dahulu.

Dah? Faham ke?

Bagi yang bukan dari Negeri Sembilan pula jangan tersilap. Percakapan Negeri Sembilan lebih kepada Bahasa Melayu yang diloghatkan seperti Minangkabau sedangkan percakapan Minangkabau adalah satu bahasa yang tersendiri.

Memang fobia bagi orang luar untuk memilih jodoh gadis Negeri Sembilan. Hanya kerana kata-kata pantun gurindam:

Pantun ini mungkin membawa unsur mistik pada satu ketika dahulu sehingga membawa anggapan bahawa orang Jelebu adalah orang yang pandai ilmu guna-guna (pengasih?). Dari kisah ini menyebabkan seluruh gadis Negeri Sembilan terlibat sama. Itulah ironinya.

Kalau kita tafsirkan betul-betul cerita dalam lagu tersebut, ternyata Orang Jelebu khasnya dan Orang Negeri Sembilan amnya tidak perlu menggunakan sebarang ilmu kerana, mereka yang datang ke tempat-tempat tersebut selalunya datang berseorangan untuk mencari rezeki. Jadi, apabila terpikat atau terpaut hati (kerana kesepian berada di perantauan) maka mereka ingin menumpang kasih. Momokan bahawa orang Jelebu/N9 suka mengunakan ilmu adalah untuk menakut-nakutkan orang luar sahaja sama seperti "kawin perempuan Negeri Sembilan kena masuk suku."

Mewarisi kecantikan dan peradaban dari Minangkabau, gadis Negeri Sembilan selalunya memukau sehingga seringkali ramai lelaki akan terlupa kepada asal usul mereka.

Cuma, di dalam lirik lagu "Gadis Jolobu" WARIS tidak dapat menceritakan kisah sebenar yang tersurat di sebalik pemilikan harta. Mungkin kerana kekangan ruang, rima atau sebagainya.

Sememangnya mengikut ada Perpatih Nan Sebatang, harta pusaka akan diserahkan kepada anak perempuan kerana anak lelaki boleh mencari hartanya sendiri disamping akan dipertanggungjawab untuk menjaga dan menguruskan harta bakal isteri masing-masing. Sebab itu dikatakan lelaki dibuang ke hutan pun boleh hidup.

Tetapi, itu cerita harta pusaka "Ninik Muyang" seperti Tanah Adat. Kalau harta tersebut adalah harta pencarian maka ibubapa berhak memberikan kepada anak-anak mereka mengikut ketentuan mereka sendiri atau mengikut Hukum Faraid. Kerana hak-hak anak lelaki telah disebutkan oleh Hukum Syarak, maka Adat Perpatih memberikan keutamaan kepada anak perempuan.

Sekarang berbalik pula kepada kisah harta milik perempuan apabila bercerai. Isu di sini bukan kerana harta lelaki akan dibolot oleh bekas isterinya tetapi lelaki pada ketika itu memang tidak mempunyai harta. Apabila mereka merantau dan berkahwin di Negeri Sembilan, kebanyakkan lelaki akan menumpang di tanah pusaka isterinya. Kalau bercerai, takkan rumah yang dibina di atas tapak tanah pusaka isteri pun nak dibongkar dan dibawa pergi? Sekurang-kurangnya ada juga peninggalan untuk isteri/bekas isteri. Sekiranya ada zuriat maka, zuriat tersebut akan mewarisi juga harta tersebut.

Kalau lelaki ada pencarian yang baik dan mampu membeli harta sendiri, tidak ada undang-undang yang boleh merampas harta tersebut dari mereka KECUALI sekiranya ia adalah Harta Pencarian Bersama iaitu harta yang dimiliki selepas perkahwinan. Maka, separuh daripada harta tersebut perlu diserahkan kepada bekas isteri. (KLIK DI SINI untuk keterangan lanjut mengenai Pengurusan Harta Adat Perpatih)

Yang menjadi masaalahnya ialah, kebanyakkan lelaki yang mengahwini gadis Negeri Sembilan akan membeli harta dan meletakkan nama isteri mereka sebagai pemilik. Seperti kata P. Ramlee "Sape tak sayang bini ooooiiii!!!!" hehehe



Daftar emel anda di "Masuok an emel kek siko laa"
untuk mendapatkan entri terbaru dari blog ini!

Orang Semenda - Pengertian

Written By Pentadbir on Sunday, November 17, 2013 | 11:59 AM

Sumando (Semenda) dikatakan berasal dari perkataan "sando" yang bermakna gadai. (Rujuk petikan dari buku Adat Minangkabau dan Merantau di bawah)



Terjemahan bebasnya = rang sumando (menantu lelaki)

Orang Semenda di letakkan di dalam 4 kategori,


  1. Lapiak buruak - Walaupun tidak mendatangkan masaalah kepada puak/suku/keluarga, Menantu seperti ini tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada keluarga.
  2. Langau hijau - Selain berbau cuma menumpang makan. Tidak berguna dan cuma bawa kuman. Maksudnya menantu yang tidak mempunyai pekerjaan/harta dan membawa pengaruh yang tidak baik.
  3. Kacang miang - Kacang yang sudah tidak sedap dimakan. Menantu seperti ini ialah jenis menantu yang berubah selepas kahwin walaupun pada mulanya dia seorang menantu yang baik. Mungkin sebelum kawin dia pandai berpura-pura menunjuk baiknya.
  4. Niniak mamak - Menantu yang bertanggungjawab dan mengambil peduli terhadap lingkungannya. Dia tidak hanya mengurus anak dan isterinya saja, tetapi juga bertanggungjawab terhadap suka dan duka yang dialami saudara-saudara isteri beserta anak cucunya dan anggota kaum lainya.Ia sangat peduli dengan kesulitan kaum. Perilakunya disenangi dan disegani. Niniak Mamak merasa terbantu kerana dia ikut membimbing yang kecil dan yang muda.
    Ia menjadi : "Rang sumando nan tinggi tampak jauh. Nan dakek jolong basuo."
    (Yang tinggi nampak jauh, yang dekat nampak besar) 
Terdapat dua lagi kategori yang kurang disebut di dalam masyarakat Minangkabau iaitu:
  1. Apak Paja - Menantu seperti ini memang tidak memberi erti kepada persekitaran masyarakat dan keluarga kerana hanya mengharap mereka menambahkan zuriat sahaja tanpa boleh dipertanggungjawabkan atas sebarang tugas. Mereka tidak mengambil peduli apa yang berlaku di dalam masyarakat isterinya tetapi mengambil berat dengan sebarang kejadian di dalam masyarakat ibunya sahaja.
  2. Gadang Malendo -  Telah menjadi tradisi kepala adat sesuatu puak itu diterajui oleh saudara lelaki terutamanya 'mamak' (bapa saudara) sebelah perempuan di dalam sesuatu masyarakat. Namun begitu berlaku juga peralihan teraju ini apabila kepala adat diambil alih oleh menantu lelaki. Perkara seperti ini biasa berlaku di penempatan Minangkabau yang bermastautin di perantauan.

Daftar emel anda di "Masuok an emel kek siko laa"
untuk mendapatkan entri terbaru dari blog ini!

Perkahwinan Minang - Larangan Kawin Sesuku

Written By Pentadbir on Saturday, November 16, 2013 | 5:41 PM

Maklumat ini aku ambil dari Facebook dengan ubahsuai untuk memudahkan kefahaman.;
"Dalam adat istiadat Minangkabau, nikah sesuku dilarang. Padahal Agama Islam tidak melarang"

Tentu kita bertanya-tanya "Berani sekali adat melarang sesuatu yang dibolehkan agama?" padahal jelas sekali kalau Adat Minang berlandaskan Islam sesuai dengan falsafah adat itu sendiri:


Adat Minang bukan berani melarang sesuatu yang dibolehkan agama tetapi apabila melihat lebih banyak mudarat atau sisi buruknya maka tindakan seperti ini tidak dilarang ataupun diharamkan oleh agama. Yang menjadi masalah ialah sesuatu yang diharamkan agama tapi dihalalkan oleh adat. Dan ini tidak ada di dalam adat Minangkabau. Para tokoh ataupun ulama Minangkabau masa dahulunya tentu tidak sembarangan membuat peraturan. Mereka pasti telah mempertimbangkan sisi baik dan buruknya dan itu tidak melanggar perintah agama.

Contoh mudah:
Di  sekolah para murid laki-laki dilarang berambut panjang walaupun di dalam agama tidak ada larangan tersebut. Tetapi kerana pihak sekolah menganggap lebih banyak sisi negatif dari pada positifnya maka larangan itu perlu dilaksanakan.

Sisi negatif yang boleh kita lihat, laki-laki berambut panjang akan kelihatan tidak rapi, tidak bersih dan boleh mengelirukan. Pihak sekolah akan susah membedakan mana murid perempuan dan mana murid laki-laki terutama pandangan dari belakang.

Larangan pernikahan sesuku diadakan oleh beberapa sebab:
  1. Menyempitkan pergaulan.
    Kenapa kita harus menikah dengan saudara terdekat kita sendiri, walaupun secara mata kasar tidak kelihatan hubungan persaudaraan secara ketara kerana jarak atau tempat tinggal yang berbeda-beda. Tapi harus di ingat orang yang sesuku adalah orang-orang yang sedarah, mempunyai garis keturunan yang sama yang telah ditetapkan oleh para tokoh dan ulama Minangkabau yang terkenal dengan kejeniusannya di dunia. "Ibaraiknyo cando surang se mah Laki-laki nan 'Iduik' atau cando surang se mah Padusi nan 'Kambang' " (Ibarat macam seorang lelaki yang gagah atau macam seorang perempuan yang cantik)
  2. Dapat menyebabkan perpecahan besar.
    Apabila dua insan sesuku itu menikah maka tidak boleh dinafikan akan banyak terjadi perselisihan yang biasa berlaku dalam hidup berumahtangga. Ketika pernikahan sesuku terjadi, konflik besar akan lebih mudah terjadi. Ibaratnya negara akan lebih mudah hancur apabila terjadi perselisihan sesama rakyatnya dari pada perselisihan dengan negara lain.

    "Bini bacakak jo laki, bini mangadu ka Amaknyo, nan laki mangadu pulo ka Amaknyo, Amaknyo surang-surang mangadu ka adiak-adiaknyo, ka mamaknyo, ka datuaknyo jo ka paeteknyo. Akhianyo tajadi cakak banyak padohal awak badunsanak jo sasuku. Suku hancua, urang lain batapuak tangan sambia galak kajang-kajang"
  3. Mencipta keturunan yang kurang berkualiti.Ilmu perubatan moden mendapati keturunan yang berkualiti tinggi itu apabila si keturunan dihasilkan dari orang tua yang tidak mempunyai hubungan darah sama sekali.
  4. Pisikologis Anak Terganggu.
    Pisikologis anak dari hasil pernikahan sesuku rentan mendapatkan perlakuan rasis dan dikucilkan teman-teman sebayanya bahkan orang sekampung.
  5. Dll.
Masih banyak sanak, kalau dibahas sadonyo, bakunang-kunang mato sanak mambaconyo beko :D) Nah pasti diantara pembaca bertanya-tanya, jika tulisan ini saya dedikasikan untuk orang Minang, kenapa saya tidak tulis langsung dengan menggunakan Bahasa Minang? sengaja saya tulis menggunakan Bahasa Indonesia karena kebanyakan yang memprotes larangan menikah sesuku ini kebanyakan adalah orang yang tak paham adat Minang. Bahkan mungkin saja mereka mengaku orang Minang tapi tidak bisa berbahasa Minang dengan baik dan benar. "Nyo mangaku urang Minang, tapi katiko ditanyo apo sukunyo? Gadang ngangak dari pado ngango. Bahaso sakarek ula sakarek baluik pulo padohal baru tigo hari di Jarkarta , nan labiah parah bahasonyo cando iko 'woi jangan main dilebuh nanti dilantak mobil kamu' atau 'kerambil satu, minyak manis sekila berapa saya kena?'
___________________________________________________________________

Komen penulis:

Berdasarkan carta di atas, suku yang ditentukan oleh keturunan sebelah perempuan akan diwarisi oleh anak-anak. Oleh itu, perkahwinan silang sesuku walaupun berada di dalam peringkat generasi yang mana sekali pun ianya adalah dilarang sama sekali.

Berdasarkan carta di bawah pula ditunjukkan pula bagaimana perkahwinan di antara dua orang yang mempunyai pertalian persaudaraan dibenarkan asalkan ianya tidak dilarang oleh agama.



Agama Islam juga mengesyorkan supaya dilakukan pernikahan dari baka/keturunan yang berlainan untuk mengelakan beberapa perkara negatif terutamanya penyakit keturunan. Ternyata Agama Islam dan Adat Minang telah lebih dahulu membuat penyelidikan sainstifik sebelum adanya perubatan moden. Percampuran dua baka yang berlainan mampu mengurangkan risiko penyakit keturunan malahan adakalanya menghapuskan terus penyakit itu seperti Kencing Manis, Darah Tinggi, Asthma/lelah, sawan dan sebagainya.

Kebanyakan yang mengkritik larangan adat ini mungkin disebabkan tidak puashati pada jodoh yang ditentukan untuk perempuan. Ada diantarnya pula merasa kecewa kerana dilarang mendapat jodoh di kalangan keluarga sendiri yang telah dikenali sejak dari kecil.

Jika kita melihat larangan adat ini dari perspektif lain ternyata adat Minang mahukan orang-orangnya yang terdiri dari berbagai suku bersatu melalui perkahwinan. Walaupun tiada larangan untuk si perempuan mengahwini calun diluar kelompok orang Minang tetapi perkawhwinan di antara suku sangat-sangat digalakkan. Kerana itu mereka membuat aturan gelar kepada anak-anak yang lahir dari perkahwinan sedemikian dan menjadikan harta pusaka sebagai ikatan adat. Ini untuk memastikan bahawa gadis-gadis keturunan Minang mengahwini calun-calun yang mempunyai sejarah keturunan yang baik-baik (juga disyorkan oleh Agama Islam) dan beradat yakni beradap.

Rujuk:
  1. Pewarisan Suku Minang
  2. Suku-Suku Minangkabau 
  3. Teks Asal - Kenapa Nikah Sesuku Dilarang di Minangkabau ?

 

Daftar emel anda di "Masuok an emel kek siko laa"
untuk mendapatkan entri terbaru dari blog ini!

Pewarisan Suku Minang

Written By Pentadbir on Friday, November 15, 2013 | 6:04 PM

 Terdapat istilah-istilah yang digunakan merujuk kepada kumpulan kekeluargaa di dalam bahasa Minang seperti Sasuku (kelompok terbesar), Sakampuang (Sekampung), Kaum (kelompok), Sajurai (Sebahagian), Sapayuang (Serumah), Saparuik (Seperut) dan Samandai (ibu dan anak-anak). Namun, untuk memudahkan kefahaman kita maka eloklah kita takrifkan tiga istilah utama di bawah ini:

Saparuik (seperut) merujuk kepada emak yang sama iaitu adik beradik.

Sapayuang (sepayung) merujuk kepada mereka yang bersaudara sepupu dan diawasi oleh satu penghulu.

Sasuku (sesuku) merupakan kelompok terbesar yang mewarisi daripada suku nenek-moyang walaupun telah tidak diketahui lagi nama-nama mereka.


Biasanya di dalam sesuatu rumah adat (rumah gadang) itu mempunyai satu kepala rumah yang dipanggil Tungganai atau Mamak Rumah yang bertanggungjawab terhadap semua keluarga di dalam rumah tersebut samada di dalam rumah/halaman atau pun di luar. Tanggungjawab ini dipikul oleh saudara lelaki tertua kepada nenek atau ibu. Sekiranya datuk saudara yang masih ada maka datuk saudaralah yang menjadi Tungganai. Sekiranya bapa saudara yang masih ada maka beliaulah yang menjadi Tungganai dan seterusnya.

Bersama saudara-saudara lelaki lain, Mamak inilah yang dipertanggungjawabkan menjaga kebajikan ahli-ahli keluarga di bawahnya. Beliau juga diharapkan untuk menjaga harta-harta saparuik dan memakmurkannya.

Apabila ahli-ahli rumah yang saparuik ini bertambah oleh perkahwinan dan keluar dari rumah adat serta membentuk rumah adat yang baru (keluarga sendiri) maka kelompok-kelompok inilah yang dipanggil Sapayuang dan berlindung di bawah pengawasan satu penghulu.

Sila baca Suku-Suku Minangkabau



Daftar emel anda di "Masuok an emel kek siko laa"
untuk mendapatkan entri terbaru dari blog ini!

Suku-suku Minangkabau

Banyak pertikaian mengenai suku mana yang lebih awal di dalam masyarakat Minangkabau. Mungkin penerangan di bawah ini boleh meringankan sedikit kekeliruan.

Sebelum terdirinya kerajaan Minangkabau, mungkin kelompok-kelompok ini tidak disebut sebagai suku tetapi sebagai Puak atau Urang. Contohnya, Urang Piliang, Urang Caniago dan seterusnya. Maka ketika itu ada yang mengatakan puak paling awal ialah dari keturunan Urang Mahek (Mahat), diikuti oleh keturunan Urang Baruih (Baros/Baruh) dan Keturunan Urang Malayu (Melayu).

Ketika menubuhkan pentadbiran (Limbago/Lembaga), berkumpul empat puak yang tidak berdasarkan senioriti atau saiz tetapi berdasarkan kesepakatan. Puak-puak tersebut ialah
Urang Bodi, Urang Caniago, Urang Koto dan Urang Piliang. Keempat-empat puak ini yang juga dikenali sebagai suku lareh (laras/kelarasan) berkongsi kuasa yang sama dalam penentuan adat masyarakat (atau undang-undang yang disebut sekarang) perlantikan Raja/Sultan. Dari sinilah kemungkinan bermulanya panggilan suku kepada puak-puak tersebut. Maksudnya pecahan suku kuasa setiap puak yang disatukan dari empat puak menjadi satu.


Suku ialah satu perempat. Bermula dari empat suku induk iaitu Suku Koto, Suku Piliang, Suku Bodi dan Suku Caniago maka bermulalah Adat persukuan di Minangkabau. Daripada empat suku ini, masyarakat Minang berkembang dengan penambahan beberapa suku lagi dengan cara gabungan baru atau penubuhan suku baru oleh perkahwinan dan perantauan.

Penduduk asli Sumatera Barat ialah orang Minangkabau atau disebut juga Orang Padang. Terdapat beberapa suku besar yang berkembang sehingga mencapai ratus. Di bawah ini tersenarai hanya beberapa suku besar dan suku utama.

Suku Asli/Asal Minangkabau menurut turutan usia:
  1. Suku Mahek (Mahat)
  2. Suku Urang Baruih (Baros/Baroh)
  3. Suku Urang Malayu (Melayu)
  4. Suku Guci
  5. Suku Tanjuang
  6. Suku Piliang
  7. Suku Caniago
  8. Suku Koto
  9. Suku Jambak
  10. Suku Si Kumbang

Suku-suku lain tidak mengikuti turutan usia
  1. Suku Bendang
  2. Suku Bodi
  3. Suku Dalimo
  4. Suku Domo
  5. Suku Kutianyie
  6. Suku Kampai
  7. Suku Payobada
  8. Suku Pitopang
  9. Suku Mandailing
  10. Suku Mandaliko
  11. Suku Sumagek
  12. Suku Dalimo
  13. Suku Panai 
  14. Suku Payobada
  15. Suku Simabua
  16. Suku Salo
  17. Suku Singkuan
  18. Suku Sipisang
Di Negeri Sembilan pula, penentuan suku kebanyakan berdasarkan dari nama kampung asal mereka di Sumatera supaya anak cucu tidak melupakan tanah asal mereka.

Suku Di Negeri Sembilan:
Suku Asal
1 Tanah Datar Dari Luhak Tanah Datar seperti ; Sumanik, Sungai Tarab, Pagaruyung,
2 Batu Hampar anak kamanakan Datuk Lelo Balang
3 Sari Lamak Pahang dari dua jurusan yg pertama dengan melalui Pahang dan yang kedua keluarga mereka yang datang terus dari Minangkabau.
4 Sari Lamak Minangkabau Tiada maklumat
5 Sari Malanggang Simalanggang, Payakumbuh
6 Mungka dari Mungka, Minangkabau yang mengiringi Datuk Lelo Balang
7 Payakumbuh Payakumbuh, Minangkabau
8 Tiga Batu Tiga Batur Padang Berangan, Lubuk Batingkap dan Gurun
9 Tiga Nenek Tiada maklumat
10 Anak Aceh Mungkin dari Suku Aceh yang disingkirkan oleh Siak dan Bugis dari Johor. Ada juga keluarga mereka yang datang terus dari Minangkabau
11 Suku Biduanda Penduduk asli Tanah Melayu seperti Semang, Sakai dan Jakun yang diangkat menjadi satu suku dalam Negeri Sembilan
12 Batu Belang Tiada makluamt

Rujukan:
Asal Usul Minang/Melayu
Minang XT Gem Dot Com
Adat Minangkabau & Merantau - Tsuyoshi Kato - Google Books
Daftar emel anda di "Masuok an emel kek siko laa"
untuk mendapatkan entri terbaru dari blog ini!

Adat Perkahwinan - Contoh Pantun

Written By Pentadbir on Saturday, July 20, 2013 | 8:03 AM

Ko den latak an sikiek contoh pantun yang dibuek dek amak-apak budak kek Facebook Boys n Girl. Kok ado laie, tulih an yo laa kek komen dibawah. Nanti den pilih an mano yang sasuai, yo? hehehe

Nasrah Khatib


Kain palikek jo kain saghuong,
Duo duo buek basahan,
Adat dikelek agamo di junjuong,
kami kamari ingin babesan
Jumeah Ali


Pergi mengail anak gelama
Laut berombak dan bergelora
Niat baik akan diterima
Tp nak tengok dulu muda ke tua?
Nasrah Khatib


Buah jambu malambak lambak,
Bilo di kaik balabuok labuok,
Ado sibujang duik salambak,
Tengok nak dagho ati badabuok..

Ati badabuok muluik manyabuik,
Mato pajam ghindukan bulan,
Sudi lah Apak Katam kato basambuik,
Bulieh ko den nak kawin minggu dapan
KetamGila Madcrab:
Jumeah Ali


urang daghek mancilok lado
buek bakalan paie ka baghuoh
urang gaek bahati mudo
ghambuik ea itam gigi lah lughuoh

Apo dihaghok karambie mudo
santan indak baminyak laie
apo dihaghok kek mudo balio
alun batandak alah balaghi
KetamGila Madcrab:
Nasrah Khatib


Jatuoh badabuok di ateh papan
papan tajungkek di tangah rumah
kok manikah minggu dapan
ado yang laghi tak cukuit tanah.
Jumeah Ali:
Bang KetamGila MadCrab


Urang daghek manchilok lado
Manumbuok lado bakain saghuong..
Kok ghambuit itam gigi tak ado
Bulieh jo laie kok ado ameh sagunuong
Samsinar Bustami


Ikan merah ikan siakap
Sambiey makan mato manjalieng
Kami batanyo tolonglah jawab
Kok inyo ma angguok, tak andak manggeleng
KetamGila Madcrab:
Jumeah Ali


Bukan lameh di dalam tabek
lameh manunggu urang manjampuit
kok ameh buek panambek
bialah lughuoh sagalo jangguit
KetamGila Madcrab:
Samsinar Bustami


Baghu tagak sibuluoh rakiek
lapeh di balun jo malaun
baghu tagak leher yang sakiek
digeleng indak diangguok tak maun
Nasrah Khatib


Dahi bincuik dah kano pantak,
Panawa biso paei caghiek an,
Ma angguok indak manggeleng indak,
Dah sah lah ni kawin pakso an..
KetamGila Madcrab:
Menolak hajat


Bukan hajait menolak buah
sidai disandar alah tumbang
bukan hajait manolak tuah
kami dagang hiduit manumpang
??
?? ??

Perkahwinan Minang - Baralek Gadang

Written By Pentadbir on Tuesday, June 11, 2013 | 11:28 PM

Baralek Gadang bermakna Kenduri Besar. Ada juga yang memanggil dengan sebagai Hari Langsung. Kalau yang mengikut cara orang barat pula dipanggil Reception. Pada hari inilah hari kegemilangan dalam sesuatu perkahwinan kerana ianya dianggap sebagai Penyambutan Rumah Nak Daro (Sambutan di rumah anak dara).

Terdapat beberapa aturcara dan peradapan yang dilalui untuk mempamirkan kehebatan adat, tertib dan kesopanan Orang Minangkabau.

Acara Manjampuit Marapulai (Menjemput Mempelai/Pengantin)
Bagi pengantin lelaki yang duduk berhampiran atau sekampung sudah pastinya tidak mendatangkan masaalah. Sekiranya pengantin lelaki itu datang dari jauh maka disediakan sebuah rumah singgah (rumah beranggau) untuk mereka membuat persiapan. Wakil pengantin perempuan akan datang menjemput dengan membawa tiga barang:
  1. Sirih lengkap dalam tepak/cerana menandakan datang secara beradat dan untuk manis mulut pembuka kata.
  2. Sepersalinan pakaian pengantin yang lengkap untuk dipakai semasa majlis persandingan
  3. Nasi/pulut kuning ayam panggang (singgang ayam) bersama lauk lain dan kueh mueh sebagai buahtangan terutama bagi rombongan yang terpaksa menumpang di rumah persinggahan kerana datang dari jauh.
Terdapat juga amalan yang memerlukan wakil membawa beberapa barang lain berdasarkan perjanjian di antara mereka. Setelah siap, wakil dari pihak perempuan akan menemani pengantin lelaki dan keluarganya. Acara ini dipanggil Manjampuit Marapulai (Menjemput Pengantin)

Peradapan Acara Menjemput Mempelai/Pengantin
  • Rombongan penjemput (wakil pengantin perempuan) ke rumah/rumah persinggahan pengantin lelaki dengan segala kelengkapan
  • Ketua wakil berbisik dahulu bertanya kepada wakil yang mengiringi mereka siapakan Ketua Sambutan sebelah perempuan yang perlu dibicarakan. Selepas pasti maka barulah wakil pengantin lelaki mendahulukan hajat seperti:
    Jikok ado nan takana di ati.
    Nan tailan-ilan dimato.
    Alah kok buliah kami katangahkan?
    Jika ada yang terkenang di hati
    Yang melintas-lintas di mato
    Sudah ke boleh kami tengahkan?
  • Ketua wakil perempuan pula akan mempelawa tetamu menghadapi seteguk air sebelum meneruskan rundingan:
    Jikok manggolek di nan data
    Jikok batanyo lapeh arak
    Jikok barundiang sudah makan.
    Jika menggolek di tempat data.
    Jika bertanya lepas berarak.
    Jika berunding sesudah makan
  • Seterusnya maka dipersembahkan maksud menjemput pengantin lelaki untuk bertandang ke rumah pengantin perempuan untuk disandingkan.
Acara sambutan di rumah pengantin perempuan
Biasanya ada empat peringkat sambutan yang dilakukan di rumah pengantin perempuan.

  1. Menyambut pengantin lelaki dengan payung di jalan sehingga ke pagar rumah. Bunga manggar juga diarak bersama mengiringi pengantin sebagai syarat menunjukkan jalan.
  2. Menyambut pengantin lelaki dengan tarian silat gelombang oleh pemuda-pemuda yang digelar sebagai parik pagar (parit pagar). Sambutan ini dilakukan sebelum pengantin lelaki memasuki pagar rumah. Biasanya kumpulan ini terdiri daripada enam orang. Selepas tamat tarian silat tersebut, pemencak-pemencak akan membentuk satu laluan di kiri kanan jalan seolah-olah melindungi pengantin lelaki dari sebarang gangguan diperjalanan.
  3. Apabila berada di tengah halaman pula, rombongan ini akan bertembung dengan sekumpulan pemencak lagi yang akan mempersembahkan tarian mereka pula. Kumpulan ini juga biasanya mempunyai enam orang pemencak sebagai pengawal kampung pengantin perempuan. Selepas itu kedua-dua kumpulan ini akan bergabung membuat satu lagi tarian pencak menyatakan penyatuan di antara dua keluarga. Ada juga yang memanggil tarian ini sebagai Gelombang Duabelas kerana memerlukan duabelas orang pemencak
    Untuk mengindahkan suasana, terdapat juga dilakukan pencak laga yang mempertemukan dua jaguhan dari dua kumpulan ini sebagai selingan. Pertembungan ini biasanya akan leraikan oleh seseorang seperti bapa saudara sebelah pihak perempuan dan minta mereka berdamai.
    Selesai acara pencak silat barulah datang kumpulan gadis-gadis yang datang membawa tepak sireh dan bunga pahau untuk ditukarkan oleh kedua-dua wakil dalam acara sambah manyambah (sembah menyembah) yang dilakukan oleh wakil yang berpengalaman dengan pantun dan pepatah petitih.
    Kalau mengikut cara dulu, pengantin perempuan hanya menunggu di atas pelamin di dalam rumah. Kemudian, cara ini diubah. Pengantin perempuan turun menyambut di tengah laman untuk bersama mengiringi pengantin lelaki menaiki rumah.
  4. Sambutan di pintu rumah dilakukan oleh orang perempuan-perempuan berumur yang akan menaburkan beras kunyit dan bunga rampai sebagai tanda kegembiraan menerima tetamu.
    Sedikit air akan dicurahkan di hujung sepatu seolah-olah membasuh kaki pengantin sebelum dijemput naik ke dalam rumah. Acara ini sebagai perlambangan membuang segala macam kekotoran sepanjang perjalanan kehidupan.
Selepas selesai empat acara di atas, barulah dilangsungkan majlis persandingan seperti yang diinginkan oleh keluarga seperti menabur bunga rampai dan makan beradap. Kebiasaannya kini makan beradap tidak lagi dibuat di atas rumah tetapi di kemah tetamu untuk ruang yang lebih selesa.

Perkahwinan Minang - Akad Nikah

Akad Nikah

Seperti yang diterangkan secara ringkas di dalam Carta Perkahwinan, terdapat dua cara akad nikah yang dijalankan:
  1. Pada pagi hari langsung/persandingan
  2. Sebelum hari langsung/persandingan
Mengikut kelaziman dahulu, hari akad nikah diadakan pada pagi hari kenduri besar atau lebih dikenali dengan panggilan Baralek Gadang (Kenduri Besar). Kini, disebabkan kekangan masa bakal pengantin atau jurunikah maka upacara akad nikah ini sering dilakukan lebih awal dari pada Kenduri Besar yang juga dikenali dengan Hari Persandingan/Hari Langsung. Ini lebih merupakan kembali kepada amalan asal.

Zaman dahulu, memandangkan rumah-rumah kampung bersaiz kecil maka pernikahan sering dilakukan di masjid atau surau berdekatan. Selepas pernikahan, pengantin lelaki akan dijemput ke rumah mertuanya untuk disandingkan dengan pengantin perempuan pada hari yang sama. Berbeza dengan sekarang, pernikahan dijalankan beberapa hari/minggu/bulan lebih awal sebelum Hari Langsung.

Terdapat beberapa petua dari orang-orang tua yang masih digunapakai. Petua-petua ini adalah untuk melancarkan majlis pernikahan supaya ijab dan kabul tidak tersangkut-sangkut dan berulang-ulang kali. Di antaranya adalah seperti berikut:
  1. Ketika menaiki masjid, surau atau rumah pengantin perempuan elakkan bersalaman dengan mereka yang berada di tepi tangga. Di sinilah peranan pengapit yang berpengalaman yang akan menyambut salam tersebut bagi pihak pengantin. Cukup sekadar pengantin memberikan senyuman. Petua ini dikatakan mampu mengelak dari terkena sebarang perbuatan jahat yang boleh disampaikan melalui jabatan tangan tadi. Berikan salam kek kepada malaikat kiri dan kanan dan bersalawatlah ketika menaiki tangga atau memasuki pintu rumah.
  2. Sekiranya persada atau tilam kecil disediakan untuk diduduki oleh pengantin, tarik sedikit bucunya supaya kedudukannya akan berganjak dari asal. Mengikut tafsiran orangtua, sekiranya seseorang ingin membuat onar/dajal seolah-olah menanam bom jangka di sesuatu tempat yang telah ditetapkan untuk orang yang akan dianiaya itu berhenti atau duduk. Jadi, apabila kedudukan tilam tersebut telah beralih seolah-olah posisi sasar (target position) telah bertukar.
  3. Kedudukan pengapit ketika duduk hendaklah rapat di sebelah kanan dengan bahu kirinya menekan lengan kanan pengantin. Kepalanya pula terlentuk sedikit ke sebelah kanan supaya jauh sedikit dari kepala pengantin lelaki. Kepala pengapit hendaklah sentiasa tegak sepanjang ijabkabul dalam keadaan siapsiaga. Adakalanya dipercayaai terdapat beberapa yang nakal untuk menduga pihak pengantin lelaki tetapi selalu ditujukan kepada pengapit untuk menguji. Oleh itu sekiranya terlihat seperti kilauan yang datang, tolak sedikit lengan pengantin lelaki sebagai syarat menjauhkannya dari dituju ilmu orang.
  4. Sebaik-baiknya seorang yang lebih tua seperti bapa saudara, datuk atau abang duduk menemani pengantin di sebelah kirinya pula. Letakkan tangan di bawah peha pengantin supaya mudah mencuitnya sebagai isyarat melafazkan kabul sebaik sahaja jurunikah menghabiskan ayat ijabnya. Dengan cara ini, pengantin tidak akan terleka dan sentiasa bersedia.
  5. Kalau mengikut petua orang tua-tua, sebaiknya lafaz ijabkabul dilakukan dua kali. Yang pertama biarlah lebih perlahan dan yang kedua biarlah lebih kuat dan jelas. Sekiranya banyak kali menampilkan rasa gemuruh dan kurang yakin serta boleh menimbulkan fitnah seperti dipermainkan orang menggunakan ilmu halus. Sekiranya sekali pula dianggap seperti tidak sabar-sabar. Namun begitu, kebanyakkan orang muda sekarang lebih bangga kalau sekiranya dapat melafazkan ijabkabul tersebut berjaya pada kali pertama sahaja.

Perkahwinan Minang - Malam Berinai

Written By Pentadbir on Thursday, March 14, 2013 | 6:38 AM

Mandi Berlangir
  • Mandi belangir ialah menggunakan limau dan juga bunga-bungaan.  
  • Terdapat beberapa tempat di Minangkabau yang melakukan adat mandi berlangir pada sebelah petang yang menyerupai acara siraman dalam perkahwinan orang Jawa. Di beberapa tempat di Malaysia seperti di Johor, Melaka, dan Negeri Sembilan juga masih ada yang mengamalkan tradisi ini.
  • Berbeza mandi pengantin dengan sesetengah budaya termasuk di Sabah dan Sarawak, mandi berlangir orang Minangkabau hanya dilakukan di kalangan sanak saudara yang perempuan. Walaupun bapa atau bapa-bapa saudara yang layak menjadi wali juga dibenarkan tetapi kurang mendapat sambutan walaupun hanya memercikkan sedikit sahaja.
  • Begitu juga dengan penyertaan pengantin. Di tempat-tempat lain, penyertaannya adalah pasangan pengantin itu sendiri sedangkan mandi berlangir orang Minangkabau hanya melibatkan pengantin perempuan sahaja.

Malam Berinai/Malam Bainai
  • Merupakan kemuncak debaran seorang gadis sebelum dinikahkan.
  • Berinai ialah meletakkan tanda merah di jari sebagai tanda seseorang itu baru berkahwin dengan menggunakan sejenis daun inai yang ditumbuk dan dibasahkan. Lebih bagus sekiranya daun tersebut dicampurkan dengan sedikit nasi supaya memudahkan ia melekat.
  • Malam berinai lazimnya diadakan satu malam sebelum majlis persandingan. Mengikut kelaziman dahulu di mana majlis pernikahan dan persandingan diadakan serentak pada hari yang sama maka tajuk ini didahulukan sebelum majlis akad nikah.
  • Mengikut amalan dulu malam berinai adalah malam di mana pengantin perempuan diinaikan oleh saudara mara dan sahabat handai yang perempuan.
    Namun begitu perlu ada seseorang yang mahir dalam perkara ini untuk memberi tunjuk ajar atau bimbingan kepada mereka yang ingin menginaikan pengantin. Bagi mereka yang berhajat mungkin dibenarkan untuk menginai satu jari atau tempat-tempat tertentu.
  • Adakalanya sebelum acara menginai pengantin di penghujung malam, terlebih dahulu diadakan persandingan pengantin perempuan dengan memakai beberapa busana untuk membiasakan diri. Dengan cara ini, rasa gementar di hari persandingan akan berkurangan atau terus hilang.
    Amalan ini masih dibuat di beberapa tempat sekadar untuk mengambil gambar pengantin dalam berbagai gaya dan busana.
  • Perlu diingat bahawa kedua-dua acara ini tidak melibatkan pengantin lelaki kerana biasanya kedua mereka masih belum dinikahkan ketika ini.
  • Ada juga beberapa kelumpok di Melaka yang menjemput pengantin lelaki untuk sama diinaikan dengan syarat mereka telah dinikahkan lebih awal. Walau bagaimana pun kedua pengantin ini tidak akan disandingkan bersama pada Malam Berinai. Cara ini tidak ada di dalam adat Minangkabau.

Perkahwinan Minang - Menjemput

Written By Pentadbir on Monday, March 11, 2013 | 10:15 AM

Menjemput:
  • Terdapat sedikit perbezaan acara menjemput di antara bakal pengantin lelaki dan bakal pengantin perempuan.
  • Adalah sesuatu kemestian bagi bakal pengantin lelaki sendiri pergi menjemput sanak saudaranya. Ini disebabkan bakal pengantin lelaki perlu meminta izin dan restu keluarganya terutama ketua-ketua adat di tempatnya, bapa-bapa saudara dan orang-orang tertentu yang mempunyai kepentingan dalam adat. Adat ini dinamakan Minta Izin.
  • Bagi pihak perempuan pula cukup sekadar menghantar wakil kerana mengikut adat, perempuan selalunya dipingit kecuali yang sudah berumahtangga. Wakil terdiri daripada kaum keluarga yang terdekat untuk menjemput sanak saudara. Adat ini juga dikenali dengan adat Manghanta Sirieh/Menghantar Sireh.
  • Untuk menjemput jiran tetangga atau teman-teman, kedua-dua pihak dibenarkan menghantar wakil sahaja.
    Aku masih ingat lagi satu ketika dahulu aku mengikut pergi menjemput. Kami membawa tepak sireh berbungkus kain dan rokok pucuk bersama tembakau. Biasanya jemputan kami singgah ditangga sahaja atau dipangkin bawah pokok di depan rumah kerana perlu menjemput ramai lagi. Tak sempat minum. hehehehe

Perkahwinan Minang - Meminang

Meminang:
  • Ada yang memanggil Adat Meminang ini dengan panggilan Batimbang Tando (bertukar tanda)
  • Pertunangan adalah satu kontrak perjanjian sebuah perkahwinan. Kerana itu deraf perjanjian itu hendaklah dimuktamadkan dahulu sebelum ianya diikat secara rasmi dalam ikatan yang diberi nama Pertunangan. Sekiranya deraf perjanjian tidak dimuktamadkan oleh wakil-wakil risik, acara pertunangan ini akan berpanjangan atau sukar mendapat kata sepakat. Kemungkinan acara pertunangan ini terpaksa diulang semula pada masa lain.
  • Biasanya, rombongan peminangan akan dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua pihak seperti ibubapa, bapa saudara, adik beradik dan sebagainya sebagai saksi.
  • Menggunakan seorang wakil setiap satu pihak untuk mengemudikan acara ini. Selalunya wakil akan mendapat maklumat terlebih dahulu dari wakil merisik segala persetujuan yang telah dicapai sebelum ini. Oleh itu, istiadat meminang ini lebih berbentuk persembahan dari apa yang telah dipersetujui kedua-dua pihak.
  • Wakil yang berhajat akan memulakan dengan membuka sireh adat dan mempelawa wakil pihak yang dihajati. Sireh merupakan perlambangan adat yang membawa maksud kehidupan. Di dalam sireh terdapat bermacam-macam rasa seperti disebut dalam pepatah:

  • Malamar/Melamar  bererti membuat lamaran secara rasmi dengan ketertiban dan beradat.
  • BaretongBerhitung bererti melakukan memperhalusi kata sepakat yang telah dibuat oleh wakil-wakil sebelum ini.
  • Manakuak Hari/Menentu Hari bererti menentukan hari penyatuan itu akan dilaksanakan bersesuaian dengan keadaan masing-masing.
  • Seperkara yang penting di dalam acara pertunangan ialah syarat mungkir yang perlu dipersetujui. Mengikut yang biasa diamalkan, sekiranya pihak lelaki mungkir maka barang tanda termasuk cincin, wang hantaran, hadiah iringan dan sebagainya akan luput. Dan sekiranya pihak perempuan yang mungkir maka pihak perempuan hendaklah memulangkan sireh junjung bersama barang tanda yang digandakan termasuk wang hantaran. Contohnya, dua bentuk cincin.
    Namun, kebiasaan amalan atau pun adat sekalipun masih boleh diubah dengan syarat diperakui satu perjanjian baru dengan syarat "walau menongkah arus tapi jangan mengempang badai".
  • Apabila sesuatu ikatan pertunangan itu telah dibuat secara rasmi barulah disebut sebagai pepatah di bawah ini:

Barang-barang yang dibawa:
  • Tepak sirih lengkap adalah keperluan adat dalam acara ini. Tepak sirih lengkap dengan kapur, pinang dan gambir.
  • Tanda pertunangan seperti cincin, rantai atau gelang. Cincin merisik biasanya akan dipulangkan dan digantikan dengan cincin pertunangan. Namun begitu, cincin merisik boleh juga dijadikan hadiah sekiranya pihak yang berhak tadi berhasrat sedemikian
  • Dulang iringan mengikut jumlah ganjil. Pihak perempuan akan menyediakan tambahan dua dulang sebagai balasan.
  • Adakalanya dulang iringan diisi dengan barang-barang pusaka yang menunjukkan kebesaran dan kemuliaan keturunan sesuatu keluarga. Barang-barang seperti ini akan dipulangkan dalam satu acara yang dinamakan Penutup Adat/Memulangkan Tanda.

Contoh pantun meminang:
1. Versi Bahasa Melayu
2. Versi Minangkabau

Perkahwinan Minang - Merisik

Written By Pentadbir on Saturday, March 9, 2013 | 6:48 PM

Merisik:
  • Merisik lebih merupakan usaha mencari calun atau menjejak calun. Umumnya di Minangkabau, usaha merisik ini dilakukan oleh wakil-wakil pihak perempuan tetapi ianya bukanlah sesuatu kemestian. Urusan ini tidak boleh disamakan dengan perumpamaan "perigi mencari timba" kerana perumpamaan tersebut lebih merujuk kepada pergaulan di antara lelaki dengan perempuan.
  • Merisik juga boleh dilakukan oleh wakil pihak lelaki berdasarkan pepatah:
  •  
  • Berdasarkan keadaan semasa, pasangan yang ingin berkahwin mungkin telah mengenali antara satu sama lain berbanding di zaman dahulu di mana wakil merisik ini yang akan terlebih dahulu cuba mengenali pasangan atau calun. Oleh itu, mungkin ada di antara kita yang menyatukan acara merisik dengan meminang. Namun begitu, acara ini masih elok dilakukan berasingan.
  • Biasanya, satu barang tanda akan ditinggalkan yang boleh diibaratkan sebagai "tempahan" apabila terdapat persetujuan. Biasanya barang tanda itu ialah sebentuk cincin atau seutas rantai kepunyaan keluarga terdekat seperti ibu atau kakak kepada pihak yang berhajat. Biasa juga acara ini disebut sebagai "Menghantar Tanda".
  • Selepas mendapat persetujuan pihak yang dirisik, pihak wakil tadi akan kembali membawa khabar gembira tersebut kepada keluarga yang berhajat untuk merundingkan tarikh pertunangan.
  • Acara merisik ini tidak semestinya berlaku sekali sahaja. Mungkin ianya berulangkali untuk merundingkan beberapa perkara sebelum satu pertemuan rasmi diadakan di antara kedua-dua keluarga. Ini bermakna acara merisik ini lebih kepada membuat deraf perjanjian yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak sebelum dirasmikan dalam satu majlis yang dinamakan PERTUNANGAN.
  • Sekiranya di dalam tempoh merisik ini salah satu pihak membatalkan hasrat mereka maka "tanda" tersebut akan dipulangkan kerana ianya bukanlah satu pemberian yang muktamad.
  • Di dalam risikan, wakil akan berunding beberapa perkara asas seperti:
    1. Tarikh pertunangan
    2. Maskawin:
      Lain tempat lain jumlahnya
    3. Wang hantaran:
      Sama ada dihantar separuh masa pertunangan atau penuh atau mengiringi pengantin semasa akad nikah.
    4. Dulang iringan
      Mengikut adat, perempuan akan membalas dengan tambahan dua dulang dari yang dihantar lelaki.

Perkahwinan Minang - Carta

Bila bercerita tentang perkahwinan, terdapat banyak "adat" yang diamalkan di Malaysia. Namun begitu, aturan adatnya masih lagi tidak jauh berbeza. Cuma, mungkin dewasa ini, adat hanya tinggal pada nama sahaja sedangkan tidak dipraktikkan sepenuhnya. Ini disebabkan kebanyakkan kita mengambil ringkas dengan melakukan PINTASAN ADAT yang menyebabkan kemeriahannya semakin hambar. Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
  1. Masaalah kewangan
  2. Masaalah kesuntukan masa
  3. Masaalah kurangnya tenaga sokongan
  4. Masaalah kurangnya kefahaman tentang adat itu sendiri
Akhirnya kita akan melihat satu perkahwinan yang dilangsungkan berdasar kepada "orang lain pun buat macam itu."

Apabila aku menyemak semula aturan beberapa adat perkahwinan, aku membuat kesimpulan bahawa adat perkahwinan cara Minangkabau masih lagi mempunyai aturan yang lengkap. Mungkin dengan mempraktikkan sebahagian daripadanya akan dapat mengembalikan kemeriahan dan kegemilangan yang pernah berlaku satu masa dahulu. Namun begitu, kerjasama semua pihak seperti keluarga dan masyarakat adalah perlu.

Di sini aku akan cuba menerangkan secara ringkas aturan adat tersebut. Perinciannya akan aku huraikan di dalam tajuk-tajuk khas. Sila rujuk dahulu carta di bawah ini:

 Hebat, bukan?

Merisik:
  • Merisik lebih merupakan usaha mencari calun atau menjejak calun. Umumnya di Minangkabau, usaha merisik ini dilakukan oleh wakil-wakil pihak perempuan tetapi ianya bukanlah sesuatu kemestian. Urusan ini tidak boleh disamakan dengan perumpamaan "perigi mencari timba" kerana perumpamaan tersebut lebih merujuk kepada pergaulan di antara lelaki dengan perempuan.

Meminang:
  • Pertunangan adalah satu kontrak perjanjian sebuah perkahwinan. Kerana itu deraf perjanjian itu hendaklah dimuktamadkan dahulu sebelum ianya diikat secara rasmi dalam ikatan yang diberi nama Pertunangan
Menjemput Saudara Mara:
  • Bagi bakal pengantin lelaki, dia sendiri akan pergi menjemput saudara mara untuk memberitahu hari langsung perkahwinan. Ianya adalah adat memohon restu terutama daripada saudara terdekat pertalian darah. Kebanyakan tempat di Minangkabau memanggil adat ini Adat Meminta Izin.
  • Bagi bakal pengantin perempuan pula, jemputan ini akan dilakukan oleh saudara perempuannya yang telah berumahtangga memandangkan pada ketika itu anak gadis dipingit di dalam rumah dan tidak bebas keluar. Adat ini juga dikenali dengan panggilan Adat Menghantar Sirih.
Babako Babaki:
  • Adat ini hanya ditujukan kepada bakal pengantin perempuan. Bakal pengantin akan bermalam di rumah bapa-bapa saudara sebelah ayahnya untuk memohon restu dan panduan.
Berinai
  • Malam berinai biasanya dibuat pada malam sehari sebelum akad nikah dijalankan. Inai adalah tanda bahawa seseorang itu baru dimiliki. Adakalanya majlis berinai di adakan serentak dengan mandi limau dan bunga pada sebelah petangnya supaya pengantin berbau harum
Akad Nikah
  • Mengikut kebiasaan dahulu, akad nikah dijalankan pada pagi hari yang sama dengan hari langsung/persandingan tetapi sekarang ianya selalu diadakan lebih awal atas sebab yang tertentu seperti masa kelapangan jurunikah/kadhi dan sebagainya.
 Persandingan/Baralek Gadang
  • Baralek Gadang bermakna Kenduri Besar. Pada hari inilah hari kegemilangan dalam sesuatu perkahwinan. Terdapat beberapa aturcara dan peradapan yang dilalui untuk mempamirkan kehebatan adat, tertib dan kesopanan Orang Minangkabau.
Bertandang
  • atau juga dikenali dengan Manjalang. Buruk juga bunyinya, kan? hehehe.. Ada yang memanggilnya Manjalang Mintua atau Menjenguk Mertua. Adat ini dilakukan untuk membalas kunjungan keluarga pengantin lelaki.
Penutup Adat
  • Akhir sekali dalam carta ini ialah Penutup Adat. Ketika ini beberapa acara dilakukan seperti Mamulang Tando, Malewakan Gala Marapulai, Balantuang Kaniang, Mangaruak Nasi Kuniang dan Bamain Coki. Acara ini lebih merupakan pesta untuk merapatkan kemesraan kedua pengantin yang kemungkinan tidak pernah berkenalan sebelum berkahwin. Di samping itu ianya digunakan untuk memulangkan beberapa peralatan yang digunakan seperti peralatan semasa bertunang dan dulang iringan semasa persandingan.

Perkahwinan Minang: Babako Babaki

Written By Pentadbir on Saturday, March 2, 2013 | 1:06 AM

Bako (baka) sebenarnya ditujukan kepada seluruh keluarga sebelah bapa yakni keturunan. Ini untuk memperlihatkan bahawa anak gadis yang akan berkahwin itu datang dari baka orang berketurunan yang baik-baik lalu dirujukkan sebagai  BABAKO (berbaka).

Baki kalau ikut kefahaman kita semua ialah lebihan. Sekiranya dirujukan kepada tanggungjawab dan kuasa yang ada pada pihak bako tadi sememangnya ia adalah lebihan daripada tanggungjawab yang diberikan kepada keluarga si bapa dan mungkin boleh kita merujukkan sebagai BABAKI (berbaki)

Mengikut adat Minang, kehidupan anak adalah tanggungan adat keluarga sebelah ibu. Memandangkan dari ibu kita lahir maka tanggungjawab itu diperuntukan kepada mereka kerana seorang anak terutamanya anak perempuan mendapat perhatian yang lebih dalam masyarakat Minang samada mereka itu anak pusaka, anak pisang atau anak ujung emas. Terdapat pepatah yang menyatakan:



Namun begitu, pihak keluarga bapa masih memainkan peranan mereka dalam empat perkara:
  1. Acara turun mandi, cukur jambul atau penyelenggaraan aqiqah.
  2. Upacara perkawinan
  3. Pengangkatannya penghulu (jika anak itu laki-laki)
  4. Penyelenggraan kematian
Mungkin ini yang dimaksudkan sabagai Babaki (berbaki) yakni baki peranan yang tinggal untuk keluarga sebelah bapa.

Apabila seseorang anak gadis itu akan mendirikan rumahtangga, anak gadis tadi akan singgah bermalam di rumah keluarga sebelah bapanya beberapa hari sebelum akad nikah dilangsungkan. Ketika ini keluarga sebelah bapanya akan memberikan nasihat, pedoman dan tunjuk ajar sebagai bekalan untuk si gadis melayari bakhtera rumahtangga nanti.

Keesukkan harinya, si gadis akan dipakaikan dengan pakaian adat sebelah bapanya dan dihantar pulang ke rumah ibubapanya semula dengan diiringi hantaran yang sesuai bagi membantu majlis perkahwinannya nanti. Di antara barangan yang akan dihantar adalah seperti:
  1. Sirih lengkap dalam tepak/carano (sebagai kepala adat)
  2. Nasi kuning singgang/panggang ayam (sebagai makanan adat)
  3. Sepersalinan busana merupakan pakaian atau baju yang telah dijahit, selimut dll
  4. Seperangkat perhiasan emas
  5. Seperangkat bahan mentah yang diperlukan di dapur untuk persiapan perhelatan, seperti beras, kelapa, binatang-binatang ternak yang hidup, seperti ayam, kambing atau kerbau
  6. Seperangkat makanan yang telah dimasak, baik berupa lauk pauk maupun kue-kue besar atau kecil
Ini bermakna adat Babako Babaki ini lebih merujuk kepada adat memberikan restu dan bantuan kepada anak saudara yang akan berkahwin. Di sini menunjukkan betapa adat Minangkabau begitu menitikberatkan sikap bertanggungjawab dan bantu membantu di antara mereka.


Terdapat juga adat yang hampir serupa dengan Adat Babako Babaki ini di Medan, Sumatera Utara dan diberi nama Magalehan Mangan yang diamalkan oleh suku Mandailing (Tapanuli Selatan). Di dalam adat ini, saudara-mara memberikan hadiah dan nasihat kepada bakal pengantin.

Rujukan:
Adat Budaya Minangkabau
Bundo Kanduong - Limpapeh Rumah Gadang Sumarak Dalam Nagari
Cantik Studio
Berawal dari membaca
Cimbuak - Pantun Babako Babaki
Utusan Malaysia - Tradisi Lisan Dalam Perkahwinan Minang-Mandailing 
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2013. Ex-SMDKP Boys n Girls - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger