Powered by Blogger.
Latest Post
Showing posts with label Kebajikan. Show all posts
Showing posts with label Kebajikan. Show all posts

Kanak-Kanak Hilang

Written By Pentadbir on Wednesday, January 15, 2014 | 10:42 PM

Yuri Azhar Bin Mazlan 
PENGUMUMAN PENTING. MOHON BACA DAN SEBARKAN.

Salam.

Diminta kerjasama semua pihak untuk mencari kanak-kanak hilang ini (Gambar di bawah), yang bernama Mohd. Helmi Khalish (memakai baju biru) telah hilang dari sekolahnya di Sekolah Rendah Pandan Indah, dipercayai telah keluar berseorangan keluar dari sekolahnya pukul 12 tengahari, pada 15 Januari, hari ini (tahun 2014).

Sesiapa yang menjumpai dan ternampak Mohd. Helmi, sila HUBUNGI SEGERA, Cik Balqis di talian 012 236 2141 atau Cik Asmah di talian 012 259 6320 . Terima Kasih.


Daftar emel anda di "Masuok an emel kek siko laa"
untuk mendapatkan entri terbaru dari blog ini!

Bantuan dan Keperihatinan anda diperlukan

Written By Pentadbir on Monday, December 9, 2013 | 2:58 PM

Abdul Othman adalah bekas pelajar SMDKP, Lenggeng, Negeri Sembilan. Beliau belajar di SMDKP 1978 sehingga tahun 1981 dan berpindah ke Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar, Seremban Negeri Sembilan pada tahun 1982-1983. Bekas pelajar lain yang seangkatan dengan beliau di SMDKP ialah Mustafa Hassan, Samsiah Samsuddin, Samsiah Mustafa, Jan Moez, Zul Azki Mat Sulop, Ruduan Omar, Norliza Nasir, Adnan Nordin, Rahim Razali, Samsul Bahrin (Cicit Bagindo), Yahya Minhat dan lain lain lagi

1979 Tingkatan 1 C,
(Sessi Petang)
Sekolah Menengah Datok Klana Putra,
Lenggeng, Negeri Sembilan
(Gambar Ehsan dari Ruduan Omar)


Hari ini aku mendapat mesej di Facebook dari Ummi Aishah  meminta sesiapa yang sudi membantu menderma darah untuk tujuan pembedahah anak kepada Abdul Othman iaitu adik Amirul Ariff (sila rujuk imej di bawah)


SILA BACA BERITA TERKINI DI BAWAH!



Kepada sesiapa yang ingin membantu sila ke laman Pusat Darah Negara. InsyaAllah aku akan berada HUKM besok pada pukul 11 pagi.


Tak tau macam mana nak pergi? Perghhh!!!! Goggle laaaaaaa...


Jangan lupa!!!!



BERITA TERKINI 10/12/13,
Anakanda Muhammad Amirul Al Ariff Bin Abdul Halim tidak jadi dibedah pada hari ini kerana kesihatan beliau tidak mengizinkan pembedahan itu dilakukan. Pembedahan tersebut ditunda sehingga diberitahu kelak. Maka dengan ini masih ada waktu kepada mereka yang ingin menderma darah bagi meringankan beban yang perlu dipikul oleh Abdul Halim Othman untuk mencari darah ganti.

Sila lakukan HANYA di Pusat Darah Negara (http://www.pdn.gov.my/) dan beritahu kepada pegawai bertugas bahawa darah tersebut adalah darah ganti yang akan digunakan oleh Anakanda yang kini masih berada di HUKM.

Gambar terbaru beliau dan ibu beliau (duduk) bersama kami yang melawat. Doakan semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT. amin.
— with Normi Md Saleh.

11/12/14



Daftar emel anda di "Masuok an emel kek siko laa"
untuk mendapatkan entri terbaru dari blog ini!

Adila Bakhtiar di ambang Aidil-Fitri 2012

Written By Pentadbir on Tuesday, August 7, 2012 | 12:57 PM



























Pada jam 06.56 pagi (07/08/2012) aku dikejutkan oleh satu SMS daripada Fatimawati Bustami berbunyi:

"Aslmkm abg katam.. Fatimawati ni.. lalok ko? sori gnggu tido.. Abg.. den ko ado bondo nk share n mntak pandangn n pendapat abg. den trbaco dlm salah satu akbar tntang sahabat kito yg kematian suami. ado anak tigo urang. umur anak2 ea bwah 15 thn xsalah den dan wae mangidap kanser rahim,. dlu wae ado taska. lapeh suami ea mninggal wae baliek duduok jo amak ayah ea tp ayah ea lak maningga awal poso baru ni. dduk ke Taman Klana dopan Smdkp tu. Namo ea Adila Baktiar. pasti wae memerlukan bantuan. apo kato kito buek kutipan sabalun rayo ni. kito paie ziarah,, sekurang ea ringan baban ea jo ank2 n amak ea.. Ni la tanggung jwb kito kek laman kito kn bang.. memberi manafaat pd urang lain yg mmrlukan. K tq"

Selepas menghantar isteri ke tempat kerja, aku terus bertolak ke Lenggeng. Dalam perjalanan aku membuat temujanji dengan Cikgu Shamsul Bahrin (Cicit Bagindo), Setiausaha Alutra. Lebih kurang jam 10.15 pagi kami sudah sampai ke rumah Adila.

Untuk pengetahuan sahabat-sahabat semua, Adila merupakan bekas pelajar SMDKP 1981-1985 dan merupakan seorang yang peramah dan periang. Perkahwinan beliau telah menghasilkan 3 orang cahayamata dengan yang kecil sekali berusia 10 tahun sekarang dan yang sulung masih di SMDKP (bawah 15 tahun.)

4 tahun sudah suaminya meninggal dunia kerana kemalangan semasa bertugas yang menyebabkan pendarahan di otak. Oleh kerana penyakit yang beliau sendiri tanggung iaitu Kanser Pangkal Rahim (Cervic Cancer), beliau tidak mampu meneruskan usaha mengelolakan taska yang pernah diusahakan bersama suami beliau. Selepas kematian suami, Adila kembali bernaung dibawah jagaan ayahanda tersayang sebagai tempat bergantung.

Allah mempunyai perancanganNya tersendiri dengan dugaan yang maha hebat. Ayahanda tersayang meninggal dunia pula sebelum bermula bulan Ramadhan baru-baru ni (aku sempat berziarah pada hari tersebut selepas mendapat maklumat daripada Norizan Moez)

Walaupun Adila masih mempunyai adik beradik dan saudara mara, namun sebagai insan yang berkemampuan untuk menghulur sedikit bantuan kepada beliau, marilah bersama kita membantu supaya Aidil-Fitri ini akan lebih bermakna kepada beliau dan ahli keluarganya.

Kami, sekumpulan bekas pelajar SMDKP akan mengadakan Majlis Santai Berbuka Puasa di rumah beliau pada hari Ahad ini 12hb Ogos 2012 HARI SABTU 11HB OGOS 2012 secara "potluck". Kepada mereka yang ingin menyertai kami adalah dialu-alukan.

Kepada mereka-mereka yang ingin menyumbang kewangan bolehlah menggunakan beberapa cara seperti di bawah ini:
  1. Menitip/mengirimkan kepada mereka yang akan hadir pada hari tersebut, atau
  2. Menitip/mengirimkan kepada Nasrah Khatib, Fatimawati Bustami, Norizan Moez, Shamsul Bahrin, atau
  3. Pindahan Bank (Bank Transfer) ke akaun seperti Maybank
    • Mohd Arizan Bin Hashim
    • No: Akaun: 1622-1848-5215
    • sila emel ke ketamgila@yahoo.com butir-butir pembayaran, atau
    • sms ke 019-2744894, atau
    • tinggalkan mesej di Facebook saya http://www.facebook.com/ketamgila
Semoga dengan semangat ukhwah ini dapat merapatkan lagi tali silaturrahim kita bersama. Program ini adalah program perintis untuk membantu mereka-mereka yang memerlukan dan InsyaAllah, beberapa program jangka panjang akan dirancangkan untuk beliau dan bekas-bekas pelajar yang lain.
Oleh:
Mohd Arizan Hashim
@ KetamGila MadCrab
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2013. Ex-SMDKP Boys n Girls - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger